Categories
NASIONAL

Penganalisis: Jokowi berpeluang tewaskan Prabowo

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 MAC: Presiden Indonesia, Joko Widodo dijangka mampu mengekalkan jawatannya jika Pemilihan Umum (PEMILU) republik itu berlangsung hari ini, kata penganalisis.

Pengarah Eksekutif sebuah lembaga survei, Dr Kunto Adi Wibowo berkata, gandingan Joko atau Jokowi dan Ma’ruf Amin memiliki kelebihan berbanding pesaingnya, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.

“Jokowi adalah penyandang yang membuatkan beliau mempunyai akses kepada masyarakat untuk mempengaruhi memilih dirinya.

“Kedua, dia berjaya memperolehi dukungan parti politik yang besar iaitu 11 parti politik mendukung beliau, sekali gus menyebabkan lebih 600 calon legaslatif atau parlimen menyokong Jokowi berbanding Prabowo hanya didukung lima parti,” katanya dari Lembaga Survei Kelompok Diskusi dan Kajian Opini Publik Indonesia (Kedai Kopi).

Beliau berkata demikian pada Siri Forum Demokarasi: Siapa Pilihan Rakyat Indonesia?: Analisis PEMILU Indonesia 2019 di Institut Darul Ehsan di sini, hari ini.

Forum itu turut menampilkan seorang lagi lembaga survei yang juga pengasas Kedai Kopi, Hendri Satrio.

Bagaimanapun Dr Kunto berkata, pola itu boleh berubah pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu sebelum PEMILU dilangsungkan pada 17 April ini.

Survei itu juga mendapati rakyat Indonesia meletakkan harapan supaya ada perubahan ekonomi dan peluang pekerjaan lebih baik di Indonesia, katanya.

PEMILU Indonesia 2019 mencatatkan sejarah tersendiri apabila kali pertama Pemilihan Presiden diadakan serentak dengan Pemilihan Parlimen.

Categories
GLOBAL

Malaysia dan Indonesia sepakat tangani kempen Eropah burukkan industri minyak sawit

JAKARTA, 30 JUN: Malaysia dan Indonesia hari ini, sepakat untuk menangkis kempen negatif Eropah berhubung industri minyak sawit.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata sebagai dua pengeluar utama komoditi itu, Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama melawan kempen yang dijalankan Eropah memburukkan industri negara.

“Eksport minyak sawit kini diancam oleh Eropah dan kita perlu bersama melawan hujah mereka kononnya banyak hutan ditebang yang memberi kesan besar kepada cuaca dan alam sekitar,” katanya pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, di Istana Presiden Bogor, di sini.

Dr Mahathir berkata, tentangan Eropah itu dilihat lebih berkaitan ekonomi dan bukannya kesan alam sekitar akibat penerokaan tanah untuk tanaman sawit.

Beliau berkata, jika berkaitan alam sekitar, negara Eropah yang sebenarnya tidak lagi mempunyai kawasan yang dilitupi hutan kerana hampir semuanya sudah ditebang.

“Apabila kita perlukan kawasan penanaman sawit yang lebih besar, mereka menentangnya,” katanya.

Sementara itu, Jokowi meminta kerajaan Malaysia menimbangkan permintaan Indonesia menyediakan sekolah untuk anak pekerja dari negara itu di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menyentuh keperluan mengadakan kerjasama erat dalam menangani isu berkaitan sempadan dan pengeluaran kereta bersama.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL SUKANKINI

Jokowi mahu isu bendera tidak diperbesarkan

JAKARTA 20 OGOS: Presiden Joko Widodo hari ini meminta semua pihak agar tidak memperbesar-besarkan isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Media-media dalam talian hari ini memetik Presiden Republik Indonesia itu sebagai berkata walaupun perkara berkenaan sangat dikesali namun rakyat negaranya diminta tidak bersikap berlebihan berhubung isu itu.

“Tidak usah dibesarkan-besarkan,” katanya seperti yang dipetik oleh Detik.com Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia haruslah memohon maaf secara rasmi kepada Indonesia.

“Kita menunggu permintaan maaf daripada pemerintah Malaysia, kerana menyangkut sebuah kebanggaan, nasionalisme daripada bangsa kita Indonesia.

Kita tunggu permintaan maaf rasmi,” kata presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu.

Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (Masoc) dalam kenyataan awal hari ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Menurut Masoc, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi Masoc akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya Imam Nahrawi, hari ini, untuk memohon maaf bagi pihak jawatankuasa itu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Pejabat PM halang M’Kini buat liputan Jokowi

SHAH ALAM 6 FEB: Wartawan Malaysiakini disekat daripada membuat liputan acara melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya hari ini.

Memetik laporan portal itu, sekatan itu dibuat walaupun Malaysiakini mempunyai kad wartawan Kementerian Penerangan serta kad kebenaran khas untuk liputan acara melibatkan Jokowi daripada jabatan sama.

B9ENtgJCIAAlZXVKetika melalui laluan pemeriksaan keselamatan, pegawai di situ berkata, walaupun mempunyai kad media lawatan khas, Malaysiakini tidak boleh boleh berada di PMO “atas arahan pihak atasan”.

Malaysiakini memperoleh kad media khas yang disahkan oleh ketua pegawai keselamatan PMO minggu lepas.

Tertulis di kad itu: “Kad ini adalah kad rasmi lawatan dan harus dipakai setiap masa” dan “kad ini sah digunakan ketika masa lawatan sahaja”.

Jokowi yang pertama kali datang ke Malaysia selepas menjadi presiden mengadakan lawatan tiga hari bermula semalam sehingga Sabtu.

Semalam Malaysiakini dibenarkan membuat liputan ketibaan Joko.

Ini bukan kali pertama PMO menyekat Malaysiakini menghadiri acara yang di pejabat itu.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Ketegasan Jokowi yang Najib perlu belajar

Sebaik dipilih menjadi Presiden Indonesia, langkah Joko Widodo atau Jokowi yang paling menarik perhatian negara kita ialah tentang amarannya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh perairan negara itu.

Jokowi ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya sendiri.

JokowiKita akan tangkap dan selamatkan dulu nelayan-nelayan yang menceroboh itu sebelum kapalnya kita letup dan tenggelamkan, demikian Presiden Indonesia daripada golongan marhaen itu dilaporkan memberi amarannya tidak lama dahulu.

Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, pemerintah Indonesia telah membuktikan kata-kata itu dengan meletupkan sebuah kapal nelayan tunda yang dipercayai milik Malaysia di perairan Pulau Pandan, Sumatera Utara.

Sebelum ia diletupkan, kesemua empat orang anak kapalnya daripada warganegara Myanmar telah diselamatkan terlebih dahulu dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen sebelum diibenarkan pulang.

Meskipun ada yang menganggap tindakan Indonesia itu keterlaluan tetapi Presiden Jokowi telah membuktikannya dirinya seorang pemimpin negara yang tegas dan lebih mengutamakan kepentingan rakyatnya berbanding rakyat luar.

Dilihat lemah-lembut, bertubuh kurus dan bercakap pun tidak menjerit-jerit, namun sebaliknya Jokowi telah membuktikan sikap tegasnya yang terpuji sebagai pemimpin.

Walaupun kita sebangsa dan serumpun dengan Indonesia, kita sebenarnya tidak boleh marah atau berasa hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Jokowi itu kerana ia menunjukkan sikap dan pendiriannya yang lebih mengutamakan rakyatnya sendiri.

Sudah tentu pendirian Jokowi itu mendapat pujian daripada rakyatnya. Jika pemimpin kita pun lebih mengutamakan rakyat sendiri berbanding rakyat luar, sudah tentu juga pujian yang akh diterimanya.

Ada nilai-nilai yang perlu pemimpin kita belajar daripada ketegasn Jokowi itu. Kecuali dalam era kepimpinan Mahathir yang bersikap tegas dalam mempertahankan hak-hak negara sendiri, kepimpinan selepasnya dilihat amat lembut dengan negara asing dan juga negara jiran.

Lihat saja bagaimana ketika era Pak Lah dan Najib Razak ini dalam berurusan dengan Singapura misalnya. Kita bukan saja lembut dan sering mengalah, tetapi juga seolah-olah suka dilihat kalah dan menunduk kepada negara jiran itu.

Dengan negara besar seperti Amerika Syarikat lebih lagilah mengalahnya kita sehingga antara golf dan banjir besar pun, pemimpin kita gagal membuat pertimbangan yang mana satu keutamaan yang harus didahulukan.

Begitu juga dalam beberapa isu yang melibatkan kaum dan agama, pemimpin negara kita kerapkali gagal bertindak sewajarnya berlandaskan peruntukan undang-undang dan keutamaan sehingga menyebabkan ketegangan kaum dan agama terus berlaku dan berulang-ulang sehingga kini.

Dengan tindakan Jokowi menunaikan janjinya untuk meletup dan menenggelamkan kapal nelayan yang menceroboh perairannya, ada nilai-nilai ketegasan yang perlu pemimpin kita, terutamanya Najib Razak, perlu belajar daripada pemmpin Indonesia yang bertubuh kurus dan berwajah kekampungan itu.

Janganlah terlalu lembut, diam, senyap dan lebih suka tidak berbuat apa-apa dalam negara yang semakin banyak masalah ini.

Mahathir berulangkali menyatakan, “jadi pemimpin mestilah tegas dan berani”. Anwar Ibrahim juga menyatakan, “kalau tiada sifat berani, jangan jadi pemimpin”.

Sekiranya Najib malu untuk mendengar nasihat Mahathir yang tidak lagi menyokongnya atau segan dengan kata-kata Anwar yang menjadi musuh politiknya, sekurang-kurangnya nilai ketegasan yang ditunjukkan Jokowi ini telah menyentap hati dan perasaannya.

Dipetik: Blog Shahbudin Husin

Categories
BERITA UTAMA

Beza marhaen dan bangsawan menjadi pemimpin

Oleh: Saiful Nang

Berkaitan asbab pemashuran Bapak Joko Widodo atau mesra dikenali sebagai Jokowi sebagai Presiden Indonesia selepas Bapak Susilo Bambang Yudhoyono, saya ingin memetik beberapa pemerhatian yang saya fikir wajar untuk semua lihat dan agak menarik untuk kita teliti.

Jokowi bagi yang tidak mengenali mungkin boleh buat bacaan sedikit dari sumber-sumber yang pelbagai atau mungkin juga boleh menonton filem “Jokowi” yang telah ada sebelum beliau menjadi seorang presiden lagi.

1900174_330468297160305_5416329214340620812_nPermulaan hidup beliau dari marhaen yang sukar menjadi matang lebih awal apabila hidup sentiasa dihimpit dan dicabar dengan pelbagai masalah dan rintangan.

Mana mungkin seorang anak manja bangsawan yang tercalar dek lalang sudah masuk ke wad di hospital kelas pertama boleh jadi lebih kuat dan kreatif berbanding anak kampung yang biasa jatuh dari pokok rambutan dan biasa juga disengat tebuan dan hanya diubati dengan ludahan air liur sendiri dan terus bangkit berjalan semula.

Kita harapkan Bapak Jokowi mampu untuk menjadi seorang presiden yang meneruskan kesederhanaan beliau. Anak-anak beliau buat masa ini masih lagi meneruskan kehidupan biasa.
Anak sulong Jokowi, Gibran Rakabuming masih meneruskan perniagaan katering dan perancang perkahwinan dan masih lagi sangat sederhana dengan sebuah kereta Mazda hatchback yang dibeli hasil dari perniagaannya sendiri.

Malah, sehingga hari akhir sebelum pemashuran bapanya sebagai orang nombor 1 Indonesia, beliau masih lagi meneruskan kerja menyiapkan tempahan pelanggannya.

Isteri Bapak Jokowi, Irina sangat sederhana mengenakan busana bukan rekaan butik tetapi sekadar pakaian marhaen yang dibeli dengan harga borong di Tanah Abang (tahap pasar malam) dan tidak pernah dilihat mengenakan aksesori-aksesori berjenama.

ST_20141027_ZBIRIANA274781_771645eTidak ada beg tangan Birkin, tiada cincin bertatah intan dengan potongan jauhari ternama dunia dan tidak juga membeli belah di Harrods atau di Champs Elysees sekalipun sebelum ini Jokowi telahpun terlebih dahulu menduduki kerusi Datuk Bandar dan juga Gabenor Jakarta. Atas dasar itu, kita doakan Bapak Jokowi sekeluarga akan terus konsisten dalam carahidup yang disenangi marhaen dan tidak melampau-lampau.

Sebagai seorang ketua negara, saya fikir beliau sangat layak menerima semua kemudahan kerajaan yang ada. Namun apabila beliau mampu untuk berundur dan kurang bermewah, insyaAllah hubungan beliau dengan rakyat akan menjadi sangat rapat.

Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu, saya diwajibkan oleh sekolah untuk berbaris dari pintu gerbang Sekolah Menengah Bandar Bera sehingga ke kawasan sekolah hanya untuk menyambut seorang pemimpin yang turun padang dan saya fikir beliau bergelar seorang menteri.

Sebagai anak Felda yang comot, saya teruja untuk bersalaman dengan individu yang saya juga kurang pasti siapa tetapi saya yakin beliau orang penting dalam negara sehingga guru besar mewajibkan sambutan itu.

Semasa mereka turun dari kereta saya terasa seperti seorang bidadari gempal turun dari sebuah kereta dengan beg tangan dan rambut yang berlitup sedikit sekadar memenuhi syarat (ini bukan DS Rosmah, ini sekitar awal 90-an). Tidak dapat bersalaman dengan suaminya, salam dengan isterinya pun jadilah.

Tetapi dengan pakaian berkerlipan dan kelihatan seperti terlampau jauh dengan kecomotan saya, jadi naik segan nak bersalam. Namun keinginan untuk bersalam diteruskan juga, saya terasa bangga dapat bersalaman dengan isteri seorang pemimpin dan tiba-tiba rasa bangga itu hilang apabila beliau mengambil sapu tangan dan mengelap tangannya itu di hadapan kami.

Ohhh…kotorkah kami ini?

Mungkin saya masih terlampau kecil ketika itu tetapi detik dalam hati sudah terasa tersinggung. Dalam hati berkata, tidak mengapa kerana mereka orang bangsawan.

Soalnya, jikalah ada pemisah antara pemimpin dengan marhaen sebegitu, bagaimanakah masalah marhaen mampu mereka ini fahami?

Malaysia telah ditadbir oleh 6 orang Perdana Menteri. Kesemua mereka dari kalangan darah bangsawan kecuali Tun Mahathir yang bangkit dari selut dan lumpur marhaen.

Sebab itulah, cetusan marhaen beliau dalam buku “The Malay Dilemma” telah menjadi satu anjakan serta lonjakan untuk beliau menuju ke atas sebagai seorang Perdana Menteri. Tun Abdullah juga bukanlah dari golongan bangsawan sangat tetapi mungkin pentadbiran beliau agak sedikit perlahan kerana kita telah disuakan dan merasai satu kayuukur yang tinggi yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

Bukanlah mahu kita katakan Tun Mahathir seorang yang terlampau hebat kerana beliau juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Bapak Jokowi juga tidak terlepas dengan kesilapan demi kesilapan yang pasti bakal menjadi bahan untuk pihak lain menjatuhkannya.

Indonesia memerlukan seorang presiden yang berjiwa marhaen bagi menaikkan kelangsungan Indonesia malah terus memajukan Indonesia dalam satu dekad mendatang.

Terkait dengan surat terbuka saya kepada Perdana Menteri sebelum ini, saya mengatakan bahawa menjadi satu keperluan untuk PM turun sendiri dan merapatkan jarak antara marhaen dengan pemimpin.

Turun sendiri dan lihat. Jangan turun dengan pakaian mahal yang senang menjarak beliau dengan marhaen. Pakailah sekadarnya, jika nak buat kejutan sekalipun tidak perlulah isteri datang sama dengan segala aksesori yang berpadanan dengan warna baju dan beg tangan.

Jokowi ialah satu contoh kesederhanaan dalam jiwa memimpin. Kesederhanaan itu bukannya mudah sehingga ada golongan ustaz pendakwah di Malaysia juga ada yang tidak tahan untuk tidak bermewah dengan rezeki kurniaan Allah.

Selagi rezeki mereka halal saya tak rasa itu masalah. Biasalah, jika ahli politik bermewah katanya satu pembaziran dan sepatutnya dana itu digunakan untuk membina sekolah dan lebuhraya TETAPI. Jika ahli perniagaan bermewah dengan Lamborghini dinasihati oleh masyarakat “kan elok kalau beri makan orang miskin” dan jika pendakwah bermewah dengan kereta sport mahal nanti kata orang ITU REZEKI BELIAU yang penting dia bayar zakat (seolah-olah pemimpin politik tidak bayar zakat pula).

Nampak tak persepsi yang tidak adil di situ? JANGAN INGAT SAYA KRITIK GOLONGAN INI TETAPI SAYA SEDANG MENGKRITIK MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI PERSEPSI INI. Perlu ingat, persepsi baik buruk itu bergantung juga kepada siapa pelakunya dalam konteks ini. Kelakar. Kalau ahli politik, habis kena bahan sampai lunyai. Kalau ustaz, semua nak fikir ustaz ini maksum dan tak boleh buat silap.

IKTIBAR DARI JOKOWI

Hujung sekali, saya ingin menyatakan doa saya dan mengajak anda semua untuk mendoakan agar Presiden Jokowi dapat terus rapat dengan golongan marhaen. Rapat dalam erti kata yang benar-benar menyelami keperluan dan penderitaan rakyat dan bukan sekadar rapat kerana boleh layan “K-Pop” dan “Selfie” ala-ala remaja hiphop.

Dengan cara itu, setiap perancangan dan siyyasah dalam pentadbiran akan mengambil kira untuk membawa marhaen sekali agar tidak keciciran dalam kemajuan.

Pemimpin ialah pemimpin. Untuk jadi pemimpin berjiwa rakyat bukanlah dengan mengambil budaya yang sedang “trend” seperti “selfie” mahupun K-Pop sebagai modal kononnya nanti orang akan kata “PM ni cool gillerr”.

Sebaliknya, rapatnya seorang pemimpin itu dengan rakyat ialah dengan turun padang mengambil tahu dengan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada laporan badut-badut sarkis di keliling gelanggang semata-mata.

Rimas juga jika ayah kita yang berumur 70 tahun tiba-tiba berseluar jeans besar londeh sampai menampakkan seluar dalam dengan memakai topi baseball terbalik sambil mengenakan segala jenis rantai logam di leher dan bercermin mata hitam.

Kononnya dengan cara itu mampu memenangi hati anaknya yang hip hop itu. Jika saya jadi anak, saya pun lari tak cukup tanah jika ayah saya buat begitu.

Buang tebiat.

Pemimpin tetap pemimpin

Kita telah banyak lihat pemimpin yang lahir atas bumi ini lebih hebat mentadbir berbanding dengan pemimpin yang lahir di atas langit.

Sama-sama kida doakan kemakmuran Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Jokowi. Mari juga kita doakan agar Malaysia juga mampu mengambil iktibar dari kisah ini. Biar bangsawan jadi pemimpin bangsawan, biar marhaen memimpin marhaen.

Mana mungkin enggang memimpin pipit jika terbangnya tak sama tinggi dan makannya tak sama rasa?

Jika enggang dapat terbang rendah dan makan juga makanan sang pipit insyaAllah enggang juga mampu tahu masalah pipit dan mampu memimpin dengan baik tanoa leka di atas langit tinggi.

Akhir kata, TAHNIAH Bapak Jokowi atas perlantikan sebagai Presiden Indonesia yang baru.

Salam hormat

SAIFUL NANG

Categories
SELANGOR

Jika Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada ‘Jokomin’

SHAH ALAM 24 OKT: Jika di Indonesia ada Joko Widodo (Jokowi) selaku Presiden republik negara itu yang berimejkan santai dan gemar berpakaian biasa ala-rakyat.

Di Malaysia, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digelar dengan Jokowi Malaysia atau Jokomin.

jokominKomen itu dizahirkan ke laman sosial dan ramai yang menganggap tindakan Mohamed Azmin yang meninggalkan imej elit kepada lebih merakyat perlu diteruskan.

“Kalau di Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada Jokomin,” tulis Pisau Karat ditwitternya.

Mohamed Azmin mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

MB bajaKatanya, tugas Jokowi yang dilihat majoritinya bersama rakyat berbanding di pejabat akan diaplikasikan di dalam corak pentadbirannya di Selangor.

“Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya…Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.

“Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka,” katanya semasa majlis perhimpunan pagi penjawat awam daerah Sabak Bernam di Sungai Besar, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini dilihat menyamakan tanggungjawab kerjanya sama seperti Jokowi.

1925283_329041233969678_2813924606747987782_nSelain digambarkan melalui Tweet, Mohamed Azmin turut membayangkan kerjanya lebih kepada meninjau kesusahan rakyat negeri itu sendiri dengan turun padang merasai denyut nadi kesusahan dan kepayahan rakyat.

Beliau sendiri mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertanggungjawab berkenaan sesuatu isu dan masalah serta melaksanakan penyelesaian secara segera.

Pelantikan Jokowi sebelum ini turut memberi harapan baru kepada anak muda Indonesia yang membentuk peratusan besar dalam populasi rakyat republik itu yang melebihi angka 250 juta orang.

Jokowi sendiri di dalam pidato pertamanya mengajak semua golongan bekerja keras dan menghargai peranan golongan bawahan demi masa depan Indonesia.

Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 pada 23 September lepas di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan patut ikut ‘Sistem Jokowi’, jimat perbelanjaan

Oleh: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 6 MEI: Kerajaan patut mengikuti ‘Sistem Jokowi’ bagi mengurangkan perbelanjaan wang rakyat lantas tidak perlu melaksanakan sistem cukai GST, bermula April 2015.

Tokoh Akademik, Prof Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau tertarik kepada sistem yang diperkenalkan calon Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ketika menjadi Gabenor di Jakarta dan bakal diperkenalkan jika menang dalam pemilihan Presiden, pada Julai ini.

Katanya, sistem Jokowi itu dilaksanakan dengan memotong separuh perbelanjaan untuk perjalanan pegawai, termasuk tiket kapal tebang, minyak dan kereta percuma dengan tingkat tertinggi sahaja mendapat kemudahan itu.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Bagus juga jika negara kita mengambil langkah sebegini dengan kemudahan kereta diberi hanya kepada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan Naib Canselor sahaja. Pegawai lain tidak perlu disediakan kereta, minyak dan pemandu. Mesyuarat pula kita adakan di pejabat sahaja.

“Pegawai berpangkat besar yang pencen itu, jangan lagi kita sambung kontrak mereka,” kata Agus di laman Facebooknya.

Katanya, jika mereka masih bertenaga lagi untuk terus berkhidmat, digalakkan mereka menceburi bidang lain atau jika perkhidmatan mereka disambung lagi, maka berilah pencen selepas tempoh perkhidmatan tamat.

GST“Jika ini yang boleh kita lakukan, banyak perbelanjaan negara yang boleh dijimatkan. Bersediakah kita?,” kata Dr Agus.

Katanya, tindakan kerajaan memperkenalkan GST membawa rakyat marhaen ke jalan raya, pada 1 Mei lalu kerana mereka berasa terbeban dengan kenaikan kos hidup, walaupun hakikatnya GST akan mula berkuatkuasa 11 bulan dari sekarang.

-NFN-