Categories
NASIONAL

Kenapa tanah rizab Melayu tidak dipertahankan?

SHAH ALAM, 23 SEP: Tanah rizab Melayu yang perlu dipertahankan kian merosot dengan kajian terbaru menunjukkan kini hanya berbaki 1.57 juta hektar atau 11.9 peratus sahaja.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, berkata keadaan yang membimbangkan itu berpunca daripada sikap beberapa Kerajaan Negeri yang tidak mempertahankannya.

Katanya, kebanyakan tanah yang sudah dibangunkan tidak diganti, namun ia termaktub dalam Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Persoalannya, mengapa ia semakin berkurangan kerana Perlembagaan menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlu diganti dengan kawasan sama sifat dan luasnya dengan yang dibatalkan.

“Mengapa selepas tanah rizab Melayu diambil, Kerajaan Negeri tidak menggantikannya? Parti mana yang memerintah Kerajaan Negeri itu?” katanya di Facebook.

Lebih mengecewakan, katanya kebanyakan Kerajaan Negeri yang ditadbir terdiri daripada orang Melayu, namun isu tanah rizab sering dipandang remeh.

“Inilah pertanyaan yang sering bermain di kepala saya. Apakah kerajaan Melayu hari ini betul-betul mempertahankan kepentingan Melayu?” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku di Selangor kerana negeri itu sudah terlebih ganti kira-kira 650 ekar tanah sejak setahun lalu.

MB AzminDato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya komited menjaga tanah rizab Melayu dengan mewajibkan penggantian jika wujud keperluan membatalkan yang mahu dibangunkan.

“Rizab tanah Melayu menjadi antara keutamaan saya dengan memastikan tanah yang dibatal dan dibangunkan perlu diganti dengan nilai sama seperti diperuntukkan Kanun Tanah Negara.

“Saya bersyukur kerana Selangor sudah terlebih ganti 650 ekar dan memberi jaminan tanah rizab akan terus kekal dan mempunyai nilai baik untuk masa depan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Subsidi minyak: Mengapa kerajaan begitu berkira?

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 OKT: Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi subsidi petrol mengikut pendapatan individu disifatkan tidak wajar dan dianggap terlalu ‘berkira’ dengan rakyat.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa kebanyakan individu yang menikmati kadar subsidi petrol terdiri di kalangan mereka yang berkereta mewah.

Katanya, hal itu kerana berdasarkan pemerhatian, kebanyakan rakyat Malaysia di negara ini memiliki pendapatan sederhana dan menggunakan kenderaan buatan Malaysia untuk urusan harian.

harga-minyak-naik-20-sen“Tidak adil untuk berkata golongan yang menikmati kadar minyak subsidi tinggi adalah mereka yang berkereta besar.

“Jika yang menikmati harga minyak subsidi adalah yang berkereta besar, mengapa pula mereka perlu dihukum? Mereka sudah membayar cukai.

“Yang saya lagi pening, kerajaan kata tidak suka kepada rakyat yang suka subsidi, tetapi memberi subsidi secara terpilih mengikut tahap pendapatan itu, tidakkah itu juga subsidi?” tulisnya di Facebook.

Beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa cara pemberian subsidi petrol menggunakan kaedah itu akan disusuli dengan kenaikan harga barang yang masih gagal dikawal sepenuhnya kerajaan.

Katanya, jika pemberian subsidi berkenaan memberi kesan kepada pendapatan negara, maka kerajaan pusat disarankan supaya mengapungkan harga minyak mengikut pasaran dunia.

“Yang saya bimbang, adalah dengan cara pemberian subsidi minyak ‘mengikut pendapatan individu’ ini adalah kenaikan harga barang.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Jika harga minyak naik 20 sen, itu masih boleh diatur dengan menjimatkan penggunaan kereta tetapi bagaimana dengan kenaikan harga barang? Apakah boleh dikawal?” katanya.

Mohammad Agus berkata, langkah terbaik yang boleh dilakukan kerajaan adalah menghapuskan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menggunakan dana itu untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur negara.

“Duit yang dapat dikutip itu perlu digunakan segera bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur negara. Seksa rasanya jalan raya sesak teruk,” katanya.

Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 sebulan dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baru yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Gagal selesai isu jawatan MB, buka peluang parti lawan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 17 JULAI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menasihatkan individu yang bercita-cita tinggi menjadi Menteri Besar Selangor dengan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk lebih bertenang dan menyelesaikan krisis jawatan itu secara damai.

Agus berkata, kegopohan berbuat demikian hanya merugikan dan tidak mustahil jawatan yang diidamkan beberapa individu itu terlepas ke parti lawan.

Grafik-Selangor-Pakatan“Selesaikan dulu krisis MB ini secara baik. Jangan gopoh. Nanti MB sekarang (Khalid Ibrahim) nasihatkan Tuanku Sultan supaya bubarkan DUN, semuanya terlopong nanti.

“Jika Tuanku setuju bubar DUN, entah-entah selepas itu, yang jadi MB bukannya Wan Azizah atau Azmin, tetapi Noh Omar.

“Dalam politik semuanya mungkin,” selorohnya dalam satu entri bertajuk Siapa MB Selangor? di akaun Facebooknya.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus YusoffSebelum ini, gambar banner dengan ucapan ‘Tahniah Azmin Bakal MB Baru’ tersebar luas di media sosial.

Banner yang tertera logo Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dipercayai dipasang di beberapa tempat dari persimpangan Sentul ke Gombak.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat ‘dahaga’ pujian, sekat kebebasan akademik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 JUL: Tindakan Kerajaan Pusat yang meminta Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Prof Dr Mohamad Redzuan Othman meletakkan jawatan ekoran kajiannya yang menyebelahi pembangkang membuktikan sikap pemimpin kerajaan dahagakan pujian dan benci pada teguran serta kritikan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, berkata beliau juga bersetuju dengan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa tindakan itu juga memperlihatkan kebebasan akademik negara ini disekat.

“Tindakan daripada laporan itu menggambarkan kebebasan akademik kita disekat. Ini kerana, kita tidak boleh berbeza pendapat dengan kemahuan kerajaan.

Umno-Najib-Muhyidin-1“Saya juga tahu ramai pemimpin kerajaan yang dahagakan pujian dan benci pada teguran serta kritikan, waalupun teguran itu hanya sekadar pandangan berbeza.

“Ia belum berlaku lagi pada saya, tetapi bagi kawan saya pula, ramai dalam kalangan mereka yang memilih untuk diam. Mereka tidak mahu kerjaya dan kehidupan ada masalah.

“Selalu mereka kata: Mengapa perlu dilawan kerajaan? Kerajaan hanya mahukan pujian. Oleh itu, jika tidak mahu puji dan angkat kerajaan, baiklah diam sahaja,” katanya dalam laman sosial Facebook.

Agus berpendapat, kerajaan tidak boleh selalu dipuji tanpa hujah yang kukuh kerana tindakan menegur bukan hanya terletak pada pembangkang sahaja tetapi juga tugas ahli akademik bagi melengkapi demi membangunkan negara.

“Bagi lantikan dekan pula, harapnya Naib Canselor dapat melantik ahli akademik yang dapat memberikan kepimpinan keilmuan. Sudah banyak wang yang negara belanjakan untuk menjadikan universiti kita ini antara 100 terbaik di dunia, tetapi belum tercapai.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Mengapa belum tercapai? Di manakah silapnya? Apakah ada kaitan dengan kebebasan akademik?

“Saya serahkan pertanyaan ini kepada Majlis Profesor Negara untuk menelitinya dalam kajian mereka seterusnya,” katanya.

Baru-baru ini, Mohamad Redzuan diminta Kementerian Pendidikan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL dan jawatannya sebagai dekan tidak disambung.

Manakala, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM sebagai tanda solidariti penyingkiran Mohamad Redzuan.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Umno macam sarkas, tidak ambil iktibar pengalaman 2008

Oleh: PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

DUA hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah ‘rakyat’ yang menjadi penentunya.

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?
# Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff adalah Pensyarah Sains Politik UKM

Categories
NASIONAL

Kerajaan patut ikut ‘Sistem Jokowi’, jimat perbelanjaan

Oleh: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 6 MEI: Kerajaan patut mengikuti ‘Sistem Jokowi’ bagi mengurangkan perbelanjaan wang rakyat lantas tidak perlu melaksanakan sistem cukai GST, bermula April 2015.

Tokoh Akademik, Prof Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau tertarik kepada sistem yang diperkenalkan calon Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ketika menjadi Gabenor di Jakarta dan bakal diperkenalkan jika menang dalam pemilihan Presiden, pada Julai ini.

Katanya, sistem Jokowi itu dilaksanakan dengan memotong separuh perbelanjaan untuk perjalanan pegawai, termasuk tiket kapal tebang, minyak dan kereta percuma dengan tingkat tertinggi sahaja mendapat kemudahan itu.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Bagus juga jika negara kita mengambil langkah sebegini dengan kemudahan kereta diberi hanya kepada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan Naib Canselor sahaja. Pegawai lain tidak perlu disediakan kereta, minyak dan pemandu. Mesyuarat pula kita adakan di pejabat sahaja.

“Pegawai berpangkat besar yang pencen itu, jangan lagi kita sambung kontrak mereka,” kata Agus di laman Facebooknya.

Katanya, jika mereka masih bertenaga lagi untuk terus berkhidmat, digalakkan mereka menceburi bidang lain atau jika perkhidmatan mereka disambung lagi, maka berilah pencen selepas tempoh perkhidmatan tamat.

GST“Jika ini yang boleh kita lakukan, banyak perbelanjaan negara yang boleh dijimatkan. Bersediakah kita?,” kata Dr Agus.

Katanya, tindakan kerajaan memperkenalkan GST membawa rakyat marhaen ke jalan raya, pada 1 Mei lalu kerana mereka berasa terbeban dengan kenaikan kos hidup, walaupun hakikatnya GST akan mula berkuatkuasa 11 bulan dari sekarang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Dr Agus : Jawapan Menteri BN Kelas Ke-3 – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 28062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyifatkan kenyataan Menteri-menteri Umno-BN berhubung isu dakwat kekal tidak ubah seperti pemimpin kelas ketiga.

2. Meskipun dikecam hebat ekoran skandal dakwat tidak kekal, Suruhanjaya Pilihan Raya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya kecil Kuala Besut nanti.

3. Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu menetapkan 18 Julai ini bagi pengurusan kes petisyen pilihan raya bagi Parlimen Ketereh dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Air Lanas, Kok Lanas, Mengkebang dan Manek Urai.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Prof Agus : SPR Gagal Laksana Tugas – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 11062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

2. Prasarana sukan di Selangor akan dipertingkatkan bagi menarik minat penganjur sukan memilih negeri ini sebagai venue pertandingan yang mereka anjurkan.

Selain mampu meningkatkan hasil industri pelancongan, langkah tersebut juga dapat memperkenalkan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan dan sukan di peringkat antarabangsa.

Categories
NASIONAL

Dr Agus: Dakwat Kekal Contoh Terbaik Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi SPR Letak Jawatan

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM, 10 JUN: Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu.

Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

“Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas.

“Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik.

“Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan.

“(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Perkasa Bantah Komponen BN Disatukan – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 29052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Datuk Saifuddin Nasution akan bertemu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membincangkan perlantikan beliau sebagai pegawai perhubungan politik.

2. Portal The Malaysian Insider dalam satu temubual eksklusif bersama Pemangku Presiden Perkasa, melaporkan pertubuhan itu tidak menyambut baik idea pembentukan Barisan Nasional menjadi satu parti berbilang kaum.

3. Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.