Categories
GLOBAL

Korea Selatan tolak senjata nuklear

SEOUL 1 NOV: Korea Selatan tidak akan membangunkan senjata nuklear walaupun berdepan ancaman Korea Utara.

Presidennya Moon Jae-In menegaskan, sebarang desakan atau usaha Korea Utara tampil sebagai negara bersenjata nuklear tidak boleh diterima, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Kita tidak akan membangunkan atau memiliki senjata nuklear sendiri,” kata Jae-In ketika berucap di Parlimen, hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan paling berkuasa setakat ini serta peluru berpandu yang berupaya sampai ke tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu meningkatkan kebimbangan Seoul, khususnya pakatan keselamatan dengan Washington.

Media Korea Selatan dan ahli politik pembangkang negara itu mendesak AS menghidupkan semula program senjata nuklear yang ditamatkan di semenanjung berkenaan pada 1990-an.

Sesetengah pihak menyarankan jika Washington tidak bersetuju, Seoul seharusnya membangunkan keupayaan nuklear sendiri bagi memastikan ia memberi keseimbangan terhadap tindakan keganasan di semenanjung itu.

Jae-In berkata, pendekatan Seoul adalah berdasarkan deklarasi bersama untuk gencatan senjata di semenanjung berkenaan yang diisytiharkan kedua-dua Korea pada 1992.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Ujian peluru berpandu Korea Utara jejas industri penerbangan

TAIPEI 25 OKT: Ujian peluru berpandu Korea Utara mencetuskan kebimbangan kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di seluruh Asia Pasifik.

Menurut seorang eksekutif industri, ujian itu menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan penilaian risiko dan mengubah sesetengah laluan penerbangan, lapor REUTERS.

“Masalah dengan Korea Utara ialah mereka tidak memberi notis awal. Ia membimbangkan. Serpihan peluru berpandu mungkin tersebar dan memberi kesan kepada kami.

“Semua pihak terpaksa melaksanakan penilaian risiko dan ia menyebabkan laluan penerbangan awam terjejas,” kata Pengarah Urusan Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik, Andrew Herdman, pada persidangan tahunan industri, di sini.

Peningkatan ujian peluru berpandu tentera dan pelancaran pesawat angkasa lepas awam memaksa industri penerbangan melaksanakan risiko penilaian lebih kompleks mengenai ruang udara.

Insiden membabitkan pesawat Malaysia Airline MH17, yang ditembak peluru berpandu di Ukraine pada 2014, adalah antara contoh yang jelas.

“Kita bercakap mengenai konflik ruang udara. Pengawal selia anda mungkin memberitahu anda tidak boleh terbang dalam kawasan itu. Mereka mungkin mengatakan anda boleh terbang di atas ketinggian tertentu.

“Syarikat penerbangan individu akan membuat penilaian sendiri. Ia adalah penilaian risiko yang kompleks dan industri perlu sentiasa berhati-hati,” katanya.

Herdman berkata, syarikat penerbangan tidak menerima amaran untuk melencongkan laluan penerbangan apabila peluru berpandu Korea Utara dikesan tentera.

“Tentera mungkin berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka berupaya memaklumkan kami mengenainya apabila ia berlaku. Namun, pengumuman itu mengambil masa yang agak lama,” katanya.

 

=EZY=

Categories
GLOBAL

AS, Korea Selatan & Jepun jalani latihan kesan peluru berpandu

GLOBAL 24 OKT: Pasukan tentera Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun hari ini menjalani latihan mengesan peluru berpandu sebagai persediaan menghadapi ancaman senjata nuklear terbaharu Korea Utara.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan latihan ketenteraan itu dijalankan di kawasan perairan Korea Selatan dan Jepun, menurut kenyataan tentera Korea Selatan.

Latihan itu sudah dijalankan sejak beberapa bulan lalu berdasarkan perjanjian yang dibuat ketika Mesyuarat Perundingan Keselamatan antara Korea Selatan dan AS pada tahun lalu.

Program senjata nuklear Korea Utara menimbulkan ancaman yang belum pernah terjadi dan serius terhadap Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Jepun.

Perkara itu disuarakan oleh tiga Menteri Pertahanan dari tiga negara itu.

Setiausaha Negara AS, James Mattis, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Song Young-Moo berikrar untuk mengenakan tekanan diplomatik terhadap Pyongyang termasuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan.

Dalam pada itu Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Presiden AS, Donald Trump kemungkinan tidak melawat zon bebas tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Utara dan Selatan.

Ia bertentangan dengan amalan pemimpin terdahulu menunjukkan komitmen AS menundukkan Pyongyang.

Kebanyakan presiden AS sebelum ini melawat kawasan berbahaya yang memisahkan tentera AS dan Korea Selatan daripada musuh mereka, Pyongyang.

=EZY=

 

Categories
GLOBAL

40 kapal laut AS & Korea Selatan mula latihan tentera

SEOUL 16 OKT: Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan tentera laut bersama selama seminggu di perairan sekitar Semenanjung Korea, hari ini, di sebalik ketegangan di rantau itu berikutan program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

“Kira-kira 40 kapal tentera laut dari kedua-dua negara, termasuk kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear USS Ronald Reagan menyertai latihan di timur dan barat pesisir Korea Selatan mulai 16 sehingga 20 Oktober,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, di sini, hari ini, lapor REUTERS.

Korea Utara sebelum ini menyifatkan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan sebagai ‘raptai penjajahan’.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson semalam berkata, Presiden Donald Trump mengarahkan beliau meneruskan usaha diplomasi untuk meredakan ketegangan dengan Korea Utara sambil memaklumkan usaha itu akan diteruskan ‘sehingga bom pertama gugur’.

Sejak beberapa minggu lalu, ketegangan di Semenanjung Korea meningkat susulan beberapa ujian senjata Pyongyang, termasuk ujian bom nuklear keenam dan yang paling kuat pada 3 September lalu serta dua peluru berpandu merentasi Jepun.

“Korea Utara kini bersiap untuk menguji peluru berpandu jarak jauh yang mampu mencapai jarak pesisir barat Amerika Syarikat,” kata pembuat dasar Russia yang mengunjungi Pyongyang, awal bulan ini.

Sementara itu, beberapa pegawai risikan dan penganalisis Korea Selatan berkata, Korea Utara mungkin melancarkan provokasi seterusnya seiring dengan kongres Parti Komunis China pada Rabu ini.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Utara bersiap sedia lancar peluru berpandu

SEOUL 14 OKT: Korea Utara dipercayai bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu balistik menjelang latihan tentera laut bersama Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, menurut laporan hari ini, memetik kenyataan sumber kerajaan.

Tentera Laut AS, semalam berkata kapal pengangkut pesawat AS akan mengetuai latihan itu minggu depan, tindakan terbaru mempamerkan kekuatan kepada Korea Utara ketika ketegangan memuncak berhubung program senjata rejim itu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Langkah itu akan menaikkan kemarahan Pyongyang yang sebelum ini berang kepada latihan bersama itu.

Akhbar Donga Ilbo, memetik sumber kerajaan, melaporkan gambar satelit menunjukkan banyak peluru berpandu balistik di atas pelancar dibawa keluar dari hangar berhampiran Pyongyang dan di Wilayah Phyongan Utara.

Pegawai tentera AS dan Korea Selatan mengesyaki Korea Utara bersiap sedia melancarkan peluru berpandu yang boleh sampai ke wilayah AS.

Ia berkemungkinan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-14 yang boleh sampai ke Alaska, atau peluru berpandu jarak pertengahan, Hwasong-12 yang pernah diancam oleh Pyongyang akan dibedil ke arah wilayah AS di Pasifik, Guam, Ogos lalu.

Kemungkinan lain adalah rejim itu bersiap sedia menguji ICBM Hwasong-13, tambah laporan, yang mempunyai jarak jauh maksimum berbanding dua peluru berpandu lagi dan boleh sampai ke Pantai Barat AS.

Jurucakap Kementerian Pertahanan enggan memberi ulasan mengenai laporan itu, berkata: “Kami tidak mengulang sebarang perkara mengenai perisikan tentera.”

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Selatan lancar peluru berpandu balistik simulasi serangan

GLOBAL 5 SEPT: Tentera Korea Selatan melancarkan sejumlah peluru berpandu balistik semalam dalam simulasi serangan ke atas tapak ujian nuklear Korea Utara, kata Seoul.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan gambar menunjukkan peluru berpandu jarak dekat, Hyunmoo dilancarkan ke udara pada waktu subuh dari lokasi pelancaran di pantai timur Korea Selatan.

Pihak berkuasa turut menyiarkan rakaman memaparkan jet-jet perang F-15K milik Korea Selatan melepaskan bedilan peluru berpandu udara ke darat.

Semua senjata tersebut tepat mengenai sasarannya di Laut Timur, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

hyunmoo-2_1499246472Latihan tentera itu merupakan amaran keras terhadap Korea Utara kerana me­lakukan ujian nuklear keenam, tambah kenyataan sama.

Jarak sasaran simulasi itu pula menyamai jarak tapak ujian nuklear Korea Utara di Punggye-ri kelmarin.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Selatan kaji bina kapal selam berkuasa nuklear

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 27 OGOS: Korea Selatan memulakan penyelidikan dan penilaian untuk membina kapal selam berkuasa nuklear ketika mana ancaman Korea Utara terhadap peluru berpandu semakin meningkat, kata sumber Kerajaan Korea Selatan.

Agensi Berita Korea Selatan YONHAP NEWS melaporkan, tentera laut Korea Selatan menugaskan sebuah institut swasta untuk mencari penyelesaian terhadap sekatan antarabangsa dalam pembinaan kapal selam berkuasa nuklear dengan keputusannya pada awal tahun depan.

Kerajaan Korea Selatan dan tentera bakal membina kapal selam berkuasa nuklear itu berdasarkan kajian dan penilaian dibuat institut itu.

Tindakan itu disebabkan peningkatan aktiviti Korea Utara yang membangunkan peluru berpandu balistik jarak sederhana dan jauh yang berkeupayaan membawa senjata nuklear.

Korea UtaraKemajuan Korea Utara dalam membangunkan peluru berpandu itu memberikan ancaman kepada Korea Selatan kerana ia semakin sukar untuk mengesan pelancaran peluru berpandu itu serta masa untuk respon tindak balas.

Pakar-pakar memberikan cadangan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear itu untuk menghadapi ancaman daripada Korea Utara.

Desakan semakin meningkat daripada pegawai kerajaan dan ahli politik termasuk Menteri Pertahanan Song Young-moo untuk meneruskan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear itu.

Tetapi sesetengah pakar mengatakan bahawa mungkin terdapat sekatan dalam berbuat demikian, memetik kata Presiden Moon Jae-in berhubung dasar bebas tenaga nuklear dan pakatan nuklear antara Seoul dan Washington.

Tentera Korea Selatan dilaporkan mempunyai keupayaan membina reaktor nuklear kecil untuk menjana kapal selam berkuasa nuklear namun masih berhadapan kekangan terhadap keselamatan penggunaan uranium.

Pakatan tenaga atom 2015 di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat membenarkan Seoul membuat uranium yang diperkaya pada tahap rendah yang boleh digunakan sebagai bahan bakar.

Kapal Selam NUK 1Penganalisis berkata bahawa perjanjian itu membolehkan Seoul untuk memperkayakan uranium pada tahap yang rendah untuk tujuan “damai”.

Korea Utara minggu lalu mengeluarkan gambar yang menunjukkan bahawa ia sedang membangunkan apa yang dipanggil peluru berpandu balistik strategik Pukguksong-3  di bawah air.

Penganalisis menganggarkan bahawa peluru berpandu itu mungkin menggunakan bahan api baru SLBM, yang mungkin mempunyai jarak 2,000-2,500 kilometer.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu lagi

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SEOUL 26 OGOS: Korea Utara dilaporkan melancarkan tiga roket dipercayai jenis jarak dekat di luar pantai timur negara itu menurut sumber ketenteraan Amerika Syarikat.

Agensi Berita Korea Selatan YONHAP NEWS melaporkan pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan berkata, ia menganalisis sifat roket itu, namun enggan mengesahkan sama ada ia adalah peluru berpandu balistik.

Agensi berita berkenaan melaporkan, ia mungkin peluru berpandu balistik, tanpa menyatakan sumber maklumat.

Dilaporkan peluru berpandu itu terbang sejauh 250 kilometer sebelum jatuh di Laut Jepun.

Perkembangan terbaru itu turut meningkatkan ketegangan konflik di rantau Korea ekoran beberapa ujian pelancaran peluru berpandu Korea Utara sebelum ini.

Korea Utara juga memberikan ancaman untuk menyerang Guam wilayah Amerika Syarikat dengan serangan peluru berpandu jarak jauh yang turut menerima respon kritikan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Tentera AS dan Korea Selatan guna simulasi komputer latihan perang

GLOBAL 22 OGOS: Tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan peperangan mengunakan simulasi komputer bagi persiapan sekiranya perang meletus dengan Korea Utara.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan latihan perang bersama itu akan berterusan hingga 31 Ogos ini.

Latihan perang itu juga diadakan selepas Pyongyang dilaporkan menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$270 juta (RM1.07 bilion) sejak Februari lalu walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, latihan bersama itu yang dinamakan Kawalan Kebebasan Ulchi adalah untuk pertahanan dan bukan bertujuan meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Korea Utara“Tiada niat untuk meningkatkan ketegangan tentera di Semenanjung Korea kerana latihan ini diadakan pada setiap tahun dan bertujuan untuk pertahanan semata-mata.

“Korea Utara juga tidak sepatutnya menjadikan latihan tentera ini sebagai provokasi untuk memburukkan lagi keadaan,” kata Jae-in.

Seorang jurucakap tentera AS, Michelle Thomas berkata, latihan tentera itu sebagai persiapan sekiranya sesuatu yang besar berlaku dan perlu melindungi Korea Selatan.

Pyongyang menganggap latihan tentera tahunan sebagai persiapan untuk menyerang Korea Utara. Negara komunis itu melancarkan peluru berpandu dan melakukan tindakan lain setiap kali latihan perang itu diadakan pada masa lalu.

=EZY=

Categories
PBT SELANGOR

MBPJ-Korea Selatan meterai perjanjian, erat jurang budaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 28 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di bawah program Sister City dua hala bersama Bandar Seongbuk-Gu Korea Selatan, pada 19 Julai lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Aziz Mohd Zain berkata, permeteraian meliputi kerjasama pembangunan kebudayaan dan perdagangan membabitkan dua bandar berkenaan.

“Kerjasama dua hala ini dilihat dapat mewujudkan suasana baru bagi bandar Seongbuk-Gu dalam mempelajari best practices yang terdapat di Petaling Jaya dan Selangor selari dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan negeri ini sebagai Smart City,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Majlis Bil 7/2017, pagi ini.

Mohd Azizi berkata, pemilihan bandar raya itu dibuat berdasarkan kemampuan Korea Selatan mengurus sistem penguatkuasaan berkesan dengan seni landskap menghijau dan keutamaannya mengekalkan peninggalakan artifak sejarah masyarakat Korea Selatan.

MBPJ KOREAKatanya, ia sekali gus boleh dipraktikkan di Petaling Jaya dengan melaksanakan pembangunan hijau, di samping mengekalkan struktur monumen sejarah terdahulu.

Difahamkan, memorandum persefahaman diadakan di Korea Selatan dalam rangka kerja wakil kakitangan MBPJ dan agensi terbabit.

Delegasi MBPJ turut dibawa melawat beberapa program komuniti dan pusat perkembangan minda bagi keperluan pembaikan sistem sedia ada, di Petaling Jaya.

Selain itu, delegasi turut dibawa ke pusat komuniti belia Youth Culture Institute, panggung wayang Arirang Cine Centre dan Seongbuk-Gu Public Library.

Terdahulu, MBPJ dan Korea Selatan giat melaksanakan pelbagai program usahasama bagi meningkatkan lagi jaringan pembangunan bandar raya itu.

Ia dibuktikan menerusi lawatan delegasi Korea Selatan ke Petaling Jaya yang diketuai Dato’ Bandar Seongbuk-Gu, Kim Young-Bae, pada Oktober 2016.

Categories
GLOBAL

Presiden Korea Selatan sedia jumpa Jong Un

SEOUL, 7 JULAI: Presiden Korea Selatan menyatakan kesediannya bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di tengah permusuhan serantau yang semakin memuncak ekoran pelancaran peluru berpandu balistik di utara Korea, lapor AP News.

Moon Jae-in menyatakan perkara itu, pada Khamis semasa berucap di Jerman, dengan beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak G-20.

Bulan juga mencadangkan kedua negara meneruskan perjumpaan ‘keluarga Korea’ yang dipisahkan oleh peperangan dan menghentikan aktiviti permusuhan di sepanjang sempadan.

Sejak berkhidmat pada Mei lalu, Jae-in berusaha meningkatkan hubungan diplomatik dengan Korea Utara dan akan menggunakan medium dialog serta tekanan untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Pada 4 Julai lalu, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari kawasan barat negara itu ke arah lautan di timur.

South Korean President Moon Jae-in presides over the National Security Council at the Presidential Blue House in Seoul, South Korea. Kim Joo-hyung/Yonhap via REUTERS

Peluru berpandu itu dilancarkan pada 12.40 tengah malam GMT (8.40 pagi waktu Malaysia) dari lapangan terbang di barat laut Pyongyang, menurut tentera Korea Selatan.

Ia terbang selama 40 minit sejauh 930 kilometer dan mungkin melanda Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Pelancaran itu diadakan menjelang pertemuan Sumit G20 di Jerman, minggu ini di antara pemimpin Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan yang dijangka membincangkan usaha mengekang ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Ia juga dilancarkan pada Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, pada 4 Julai dan Korea Utara sebelum ini pernah melancarkan peluru berpandu ketika perayaan Amerika Syarikat ini.

Categories
GLOBAL

Sedia runding dengan Korea Utara

SEOUL, 10 MEI: Presiden baru Korea Selatan, Moon Jae-In mengumumkan kesediannya ke Pyongyang bagi mengadakan rundingan damai walaupun sedang berdepan ketegangan dengan Korea Utara.

Dalam ucapan perasmiannya selepas mengangkat sumpah jawatan itu di Dewan Negara di Seoul, beliau menyatakan sokongan terhadap rundingan damai terbabit, berbeza dengan retorik berbaur ancaman dari pentadbiran Donald Trump, beberapa minggu kebelakangan ini.

“Jika perlu, saya akan segera terbang ke Washington,” kata pemimpin berhaluan kiri itu, lapor AFP.

Beliau menamakan bekas wartawan Lee Nak-Yon, seorang ahli parlimen selama empat penggal sebagai Perdana Menteri dan melantik Suh Hoon sebagai ketua baru Perkhidmatan Perisikan Negara yang pernah memainkan peranan penting dalam menyediakan negara itu untuk Sidang Kemuncak Korea, pada 2000 dan 2007.

Terdahulu. keputusan rasmi menunjukkan Jae-in memperoleh kemenangan mutlak selepas penduduk yang keluar mengundi mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 20 tahun, walaupun dalam keadaan tidak menentu di Korea Selatan.

Menurut data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan, Jae-in berjaya meraih 41.1 peratus undi berbanding calon Parti Konservatif, Hong Joon-pyo (24 peratus) dan calon haluan tengah, Ahn Cheol-soo (21.4 peratus).