Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Jangan libat tindakan ekstrem, pesan Singapura kepada Korea Utara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 MAC: Singapura berharap perbezaan pandangan antara Malaysia dan Korea Utara dapat diselesaikan tanpa melibatkan sebarang tindakan ekstrem.

Timbalan Perdana Menterinya, Teo Chee Hean berkata, pihaknya berharap Korea Utara terutama dapat bersikap lebih sederhana dalam segala tindakan sepanjang menangani isu berkenaan.

Katanya yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional, kesederhanaan negara komunis itu penting bagi memelihara keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.

Teo Chee Han“Kami sedang memantau rapat perkembangan isu ini dengan amat teliti sekali.

“Ia bukan sahaja di antara Korea Utara dan Malaysia tetapi juga Korea Utara yang dilihat begitu aktif melancarkan peluru berpandunya sejak beberapa hari kebelakangan ini,” katanya dipetik Channel News Asia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbalahan di antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada 13 Februari lalu.

Pada 1971, Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangements-FPDA) ditandatangani di antara United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura.

Menerusi perjanjian itu, lima negara perlu serta-merta berbincang sekiranya Malaysia atau Singapura diserang.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Solat hajat seluruh negara bermula 10 Mac

SHAH ALAM, 9 MAC: Seluruh rakyat Malaysia diseru mendoakan keselamatan dan kesejahteraan juga perlindungan ke atas rakyhat Malaysia yang berada di Korea Utara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, umat Islam di seluruh negara juga diseru menunaikan solat hajat bagi memohon perlindungan juga keselamatan berhubung ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, esok (10 Mac).

“Saya meminta semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat bermula 10 Mac ini dan berterusan sehingga kemelut ini selesai,” katanya lapor BERNAMA dalam satu kenyataan, semalam.

SolidaritiBeliau turut mengharapkan konflik itu diselesaikan dengan baik dan rakyat Malaysia di Korea Utara dapat kembali ke tanah air dengan selamat.

“Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean berkata, perbezaan pendapat antara Malaysia dan Korea Utara perlu dibincang serta diselesaikan tanpa mengambil langkah ekstrim.

Beliau mengulas perbalahan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang ekoran pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam, lapor Channel NewsAsia, semalam.

“Kami memantau rapat perkembangan di sana dengan amat teliti bukan sahaja antara Korea Utara dan Malaysia tetapi juga Korea Utara yang begitu aktif melancarkan peluru berpandunya beberapa hari lalu.

“Saya berpendapat, kita perlu menggalakkan Korea Utara bersikap lebih sederhana dalam tindakan yang diambilnya demi memelihara keamanan dan kestabilan serta keselamatan di rantau ini,” katanya yang juga menteri penyelaras keselamatan nasional Singapura kepada media negara itu di Jakarta.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

WeMalaysia ajak protes terbuka terhadap Korea Utara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 MAC: WeMalaysia menggesa rakyat termasuk pelajar di luar negara bersatu melakukan protes terbuka terhadap Korea Utara menerusi kempen di media sosial.

Koordinator Sekretariat WeMalaysia Kuala Lumpur, Mohd Asrol Md Jailani berkata, ia sebagai tanda solidariti bersama 11 rakyat Malaysia yang kini ditahan sebagai tebusan di negara komunis berkenaan.

Katanya, tindakan Korea Utara yang tidak berperikemanusiaan, melanggar hak asasi dan mencabul rukun diplomasi antarabangsa itu harus ditentang.

MALKOR“Tindakannya mengheret 11 rakyat Malaysia sebagai ‘tebusan’ selepas menuduh kerajaan Malaysia berkonspirasi dengan kuasa asing dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam amat melampau dan jijik.

“Tindakan kebudak-budakan itu jelas dibuat bagi membuli dan menekan kepimpinan kerajaan serta rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 7 Mac lalu, Pyongyang dipercayai sengaja menahan rakyat Malaysia yang berada di negara itu sebagai balasan tindakan kerajaan yang mengumumkan duta terdahulunya di sini, Kang Chol sebagai ‘persona non grata’.

Mohd Asrol berkata, WeMalaysia menyokong penuh tindakan kerajaan dalam menangani isu berkenaan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

“Kami juga ingin mengingatkan rejim pimpinan Kim Jong Un bahawa Malaysia adalah negara merdeka dan berdaulat. 30 juta rakyat Malaysia juga sanggup bermandi darah demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta,” katanya.

WeMalaysia adalah sebuah gerakan terbuka yang dianggotai pelajar Malaysia di luar negara dan mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Isu Korea Utara: PPBM gesa tubuh pasukan rundingan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 MAC: Kerajaan Persekutuan digesa menubuhkan pasukan rundingan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara seterusnya membawa mereka pulang ke tanah air.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan itu seharusnya dianggotai badan luar yang berkapasiti menguruskan rundingan antara dua negara secara baik.

Katanya, urusan hal berkenaan juga perlu dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelakkan peningkatan ketegangan antara Putrajaya dengan Pyongyang.

tsmy-muhyiddin-yassin“Teliti cara sebaik mungkin, mungkin ada langkah segera yang patut diambil untuk cari jalan bagaimana kemelut pertembungan dua pihak ini dapat diredakan dan jangan ditingkatkan lagi ketegangan.

“Adakah pihak lain yang boleh membantu kita, badan antarabangsa seperti Majlis Keselamatan PBB atau yang boleh berperanan untuk itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM, di sini, semalam.

Memetik Astro Awani, beliau berkata, sebarang kesilapan langkah bakal meningkatkan krisis dan mendedahkan Malaysia kepada ancaman keselamatan.

“Kita tahu cara Korea Utara menguruskan hubungan antarabangsa yang kadang-kadang tidak mengikut konvensyen biasa. Jadi, kita bimbang kalau tidak berjaga-jaga atau terlepas pandang, maka implikasinya amat besar,” katanya.

Terdahulu, Pyongyang mengeluarkan arahan sekatan terhadap 11 rakyat Malaysia yang berada di negara komunis itu daripada meninggalkan Korea Utara.

Empat daripadanya pegawai dan kakitangan kedutaan bersama lima ahli keluarga mereka sementara dua lagi kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

-NFN-

Categories
GLOBAL

Korea Utara larang sementara rakyat Malaysia tinggalkan negara

SHAH ALAM 7 MAC: Korea Utara mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Tindakan itu untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan keputusan itu dibuat ketika isu pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan semakin memuncak.

Reuters memetik agensi KCNA melaporkan Kementerian Luar Korea Utara telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu.

Mereka berkata Korea Utara berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Tubuhkan RCI siasat pelanggaran sekatan PBB isu Glocom

SHAH ALAM 5 MAC: KEADILAN menggesa Kerajaan Persekutuan menjalankan siasatan bahawa Putrajaya idak melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan isu Korea Utara.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata Kerajaan perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI).

Katanya keanggotaan RCI itu perlu terdiri daripada anggota parlimen kanan sama ada wakil kerajaan atau pembangkang, bekas hakim dan pakar keselamatan.

RCI itu, tambah Fahmi, perlu melaksanakan siasatan penuh terhadap syarikat Glocom yang dibenarkan beroperasi di Malaysia dan kemungkinan wujud mana-mana syarikat lain seperti itu yang perlu dikenal pasti serta disiasat.

“Penafian Wisma Putra terhadap dakwaan bahawa Malaysia telah melanggar larangan perdagangan PBB terhadap Korea Utara tidak memadai,” katanya dalam kenyataan media.
Sebelum ini media melaporkan kewujudan sebuah syarikat dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara yang beroperasi di sebuah bangunan usang di Little India.

Glocom menjual peralatan radio yang digunakan di medan perang dan didakwa agensi berita Reuters sebagai melanggar sekatan PBB.

Seorang ahli perniagaan Datuk Mustapha Ya’akub kemudian mengakui terlibat dalam penubuhan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan Glocom.

Setiausaha agung Veteran Umno itu mendakwa pembabitannya adalah semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea Utara.

Kata Fahmi laporan media memetik maklumat PBB yang menamakan Glocom – sebuah syarikat ditubuhkan di Malaysia yang diguna oleh Reconnaissance General Bureau iaitu agensi risikan Korea Utara – amat memeranjatkan dan cukup merisaukan umum.

“Persoalan utama yang berlegar di fikiran umum ialah, bagaimana sebuah syarikat peralatan perang seperti Glocom yang digunakan agensi risikan negara asing dibenarkan beroperasi di Malaysia,” katanya.

Demi keselamatan negara, kata Fahmi, kerajaan perlu segera menggambil tindakan termasuk membekukan aset Glocom dan pengarah-pengarah syarikatnya, serta memastikan siasatan penuh polis dijalankan terhadap mereka.

“Sekiranya didapati mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka perlu segera dihadapkan ke mahkamah.

“Penafian Wisma Putra terhadap dakwaan bahawa Malaysia telah melanggar larangan perdagangan PBB terhadap Korea Utara tidak memadai,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Korea Utara wajib visa ke Malaysia

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 MAC: Setiap warganegara Korea Utara berhasrat mengunjungi Malaysia diwajibkan memohon visa, berkuatkuasa 6 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan berkenaan sudah dimuktamadkan dan bakal dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, Korea Utara dan negara lain perlu menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang diberikan selama ini.

“Ini kes berprofil tinggi dan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia.

“Tetapi kita lihat diplomat dari luar khususnya Korea Utara langsung tidak menghormati Malaysia dan memporak-perandakan negara ini, saya ingin bagi nasihat supaya mereka sedar tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya,” katanya lapor Astro Awani.

Menyentuh status reman suspek warga Korea Utara, Ri Jong Chol, 47, yang bakal berakhir esok (3 Mac), Zahid berkata, pihaknya masih menunggu nasihat penasihat undang-undang negara.

Katanya, perkara itu akan diumumkan hari ini sama ada suspek akan ditahan dibawah Akta Imigresen kerana melebihi tempoh lawatannya ke Malaysia.

Screen Shot 2017-02-14 at 10.14.22 PMAhmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengesahkan Pegawai Kanan Korea Utara, Ri Tong sudah bertemu wakil Wisma Putra semalam, namun hasil pertemuan masih belum diketahui.

Pada 28 Februari lalu, Ri Tong yang juga bekas duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tiba di Malaysia bagi bertemu pegawai Kerajaan Persekutuan berhubung kes kematian Jong-Nam.

Pada 13 Februari lalu, Jong-Nam disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, selepas terkena racun ajen saraf VX.

Sebelum ini, Kedutaan Korea Utara menuduh Kerajaan Persekutuan tidak memberi kerjasama dalam usaha mereka menuntut mayat Jong-Nam.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan bertegas proses menuntut mayat hanya boleh dilakukan keluarga dan dibuktikan menerusi profil DNA.

Sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris tampil menuntut mayat Jong-Nam.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Agensi perisikan Korea Utara ada syarikat senjata di KL?

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Antarabangsa REUTERS mendedahkan di sebalik pintu tidak bertanda di aras dua sebuah bangunan usang di kejiranan Little India di sini, wujudnya operasi syarikat peralatan ketenteraan digelar Glocom dikendalikan ejen perisikan Korea Utara.

Glocom adalah syarikat menjual peralatan radio tempur sebagai pelanggaran sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menurut laporan PBB untuk Majlis Keselamatan yang diperoleh Reuters.

Reuters mendapati, Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi ‘tentera dan separa tentera’ di laman web miliknya di Malaysia, glocom.com.my. Laman web Glocom yang dipadam akhir tahun lalu, menyenaraikan alamat Little India di bahagian hubungannya.

Tiada siapa menjawab panggilan di pejabat itu manakala peti surat di luar dipenuhi dengan surat tidak dibuka.

Tiada syarikat dengan nama itu wujud di Malaysia. Bagaimanapun, dua syarikat Malaysia dikawal pemilik saham Korea Utara dan pengarah mendaftarkan laman web Glocom pada 2009, menurut laman web dan dokumen pendaftaran syarikat.

A general view of the building housing Glocom's offices in Kuala Lumpur, Malaysia February 7, 2017. REUTERS/Ebrahim Harris
A general view of the building housing Glocom’s offices in Kuala Lumpur, Malaysia February 7, 2017. REUTERS/Ebrahim Harris

Laporan deraf PBB berkata, ia sememangnya memiliki perniagaan disebutkan. Julai lalu, satu penghantaran udara peralatan komunikasi tentera Korea Utara dilakukan dari China menuju ke Eritrea, dipintas di sebuah negara tidak dinamakan.

Peralatan rampasan termasuk 45 kotak radio tempur dan aksesori dilabel ‘Glocom’, nama pendek untuk Global Communications Co. Glocom dikawal Biro Peninjauan Awam (RGB), agensi perisikan Korea Utara ditugaskan dengan operasi luar negara dan pemerolehan senjata, kata laporan yang memetik maklumat tidak didedahkan.

Seorang jurucakap untuk misi Korea Utara di PBB memberitahu Reuters, beliau tiada maklumat mengenai Glocom. Resolusi PBB 1874, diguna pakai pada 2009, melanjutkan embargo senjata ke atas Korea Utara untuk memasukkan peralatan tentera dan semua bahan berkaitan.

Namun pelaksanaan sekatan itu tidak mencukupi dan sangat tidak konsisten dalam kalangan negara anggota, kata laporan PBB, dengan Korea Utara menggunakan teknik mengelak yang meningkat dari segi skala, skop dan kecanggihan’.

Malaysia adalah satu daripada segelintir negara di dunia yang memiliki hubungan kuat dengan Korea Utara. Rakyat mereka boleh saling berkunjung tanpa visa.

Bagaimanapun, hubungan itu mula bertukar keruh selepas abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu.

Menurut pangkalan data ‘WHOIS’, yang mendedahkan pemilikan laman web, Glocom.com.my didaftar pada 2009 oleh sebuah entiti digelar International Global System menggunakan alamat ‘Little India’.

Syarikat nama sama, International Golden Services disenarai sebagai orang hubungan di laman web Glocom. Glocom dikendalikan cawangan syarikat Pyongyang berpusat di Singapura digelar Pan Systems, kata laporan deraf PBB, memetik invois dan maklumat lain.

Pengarah Urusan Pan Systems di Singapura, Louis Low, berkata syarikatnya pernah memiliki pejabat di Pyongyang sejak 1996, namun secara rasmi menamatkan hubungan dengan Korea Utara pada 2010 dan tidak lagi memiliki kawalan sebarang perniagaan di sana.

“Mereka menggunakan nama Pan Systems dan mengatakan ia syarikat asing, namun mereka mengendalikan segala-galanya sendiri,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Krisis antarabangsa Pyongyang, Putrajaya kini ‘keliru’ – bekas menteri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 FEB : Tindakan Putrajaya memanggil pulang duta besarnya di Pyongyang merumitkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Korea Utara.

Bekas Menteri Umno, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, keadaan itu menggambarkan bahawa kredibiliti Malaysia di mata dunia kini tercemar membabitkan isu penyelewengan dan pembunuhan berprofil tinggi.

“Putrajaya kini semakin keliru dan saya boleh sifatkan apa yang dilakukan Putrajaya ini sebagai janggal membabitkan hubungan diplomasi antara Malaysia dan negara luar.

“Nama Malaysia sudah riuh satu dunia tentang skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan kali ini berkait isu pembunuhan berprofil tinggi ini juga memberikan gambaran negatif terhadap Malaysia.

“Walaupun memangil pulang duta itu bukanlah mengejutkan, namun persoalan utamanya berkait isu kredibiliti dan imej negara di mata dunia sekarang,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pagi ini, Duta Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad tiba kira-kira jam 9.37 pagi dari Beijing selepas dipanggil pulang Wisma Putra ekoran pertikaian membabitkan kes kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

suspekkoreaBagaimanapun, Fauzi yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, kegagalan Putrajaya mencari penyelesaian terbaik melibatkan hubungan antarabangsa itu membuktikan ketidaksungguhan Kerajaan Persekutuan membersihkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Apa yang digambarkan pimpinan pembangkang selama ini ternayata benar bahawa pengurusan Kerajaan Persekutuan tidak konsisten ke arah itu.

“Diharap isu ini dapat diselesaikan supaya imej dan kredibiliti negara di mata dunia dapat dikembalikan,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, kontroversi kedua-dua negara itu tercetus selepas Duta Korea Utara, Kang Chol membidas pihak berkuasa Malaysia dalam penyiasatan kematian Kim Jong-nam dengan mendakwa bersekongkol dengan pihak luar bagi memberikan imej buruk kepada negara republik tersebut.

Kang Chol turut mendakwa pihak berkuasa Malaysia melakukan kekasaran terhadap warga Korea Utara yang ditahan berkaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam minggu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang medianya pagi ini menafikan wujudnya kekasaran dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan itu.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Korea Utara uji bom hidrogen, gegaran 5.1 skala dikesan

SHAH ALAM 6 JAN: Gegaran gempa bumi pada kekuatan 5.1 skala magnitud yang dikesan berhampiran tapak kawasan ujian nuklear di Korea Utara awal pagi ini dipercayai berpunca daripada ‘gegaran buatan’.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata, lokasi kejadian dalam jarak 30 kilometer dari tapak ujian nuklear Korea Utara.

BN-LZ206_NKNUKE_M_20160105223843Kerajaan Korea Utara dalam laporan media negara itu menyatakan ‘kejayaan’ negara itu melaksanakan ujian bom hidrogen.

Ekoran ujian senjata itu, Kerajaan Korea Selatan mengadakan mesyuarat tergempar susulan ujian senjata negara jirannya itu.

Menurut agensi Associated Press pengesahan ujian senjata oleh Korea Utara itu langkah besar Pyongyang untuk mencapai sasaran memperkukuhkan simpanan senjata pemusnah negara itu.

Amerika Syarikat dan sekutunya menyatakan kebimbangan ujian itu meningkatkan ketegangan dan konflik di semenanjung Korea.

EZY