Categories
SELANGOR

MB ‘sempoi’ berkain pelikat bertemu rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 13 MEI: Kedatangan mengejut Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Pasar Sari di Pekan Sari Parit 13, Sungai Panjang di sini pagi tadi menarik perhatian para peniaga dan pengunjung yang berada di situ.

Antaranya, termasuklah dua pengunjung wanita berusia sekitar 30-an yang perbualannya secara tidak sengaja didengari SelangorKini ketika membuat liputan di kawasan berhampiran.

344A4062“Bukan senang hendak jumpa orang besar datang ke Pasar Sari begini dengan berkain pelikat sahaja,” kata pengunjung itu yang kemudiannya disambut secara spontan seorang wanita lain bersamanya.

“Betullah, Menteri Besar kita ini nampak sangat dia sudah biasa turun tempat macam ini. Siap pakai kain pelikat lagi. Bukan senang nak dapat Menteri Besar begini. Ini baru ‘rare’,” sambut wanita kedua itu pula.

Sementara itu, seorang lelaki warga emas turut tidak mahu melepaskan peluang bertemu dan bersalaman dengan Mohamed Azmin.

IMG_20160513_070233Mohamed Azmin dalam lawatannya di Pasar Sari pagi tadi sempat bertanya khabar dan berbual mesra dengan peniaga dan pengunjung pasar pagi itu.

Sebelum itu, Mohamed Azmin memulakan pagi Jumaatnya dengan menunaikan solat subuh di Surau Taman Berkat sebelum bersarapan di Restoran Sri Kassim bersama jemaah Surau Berkat.

Beliau kemudiannya tidak melepaskan peluang mendekati dan minum bersama masyarakat kampung di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan Parit 13 dan kemudiannya meluangkan masa untuk menziarah sebuah keluarga di sebuah rumah berhampiran gerai terbabit.

-AA-

Categories
SELANGOR

Bas Smart Selangor di Sabak Bernam beroperasi 18 Mei

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 13 MEI: Penduduk Sabak Bernam berpeluang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor lebih awal daripada jangkaan apabila ia mula beroperasi pada 18 Mei ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkhidmatan meliputi perjalanan sejauh 27 kilometer itu melibatkan kos sebanyak RM633,000 yang akan ditanggung Kerajaan Negeri.

AZMIN HIJRAH“Kalau ikut rekod ucapan saya dua bulan lalu, saya sudah umumkan bahawa InsyaAllah pertengahan tahun ini perkhidmatan bas percuma akan sampai ke Sabak Bernam.

“Itu dua bulan lepas saya jangkakan pertengahan tahun tetapi bila saya semak balik rupanya boleh buat lebih awal.

“Saya nak umumkan operasi bas percuma Smart Selangor akan bermula pada 18 Mei ini, InsyaAllah,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, semalam.

Katanya, perjalan Bas Smart Selangor itu akan menghubungkan pekan Sabak Bernam, Taman Air Manis, pekan Sungai Besar, Sungai Hj Dorani, pekan Sungai Lima, pekan Sungai Nibong, pekan Pasir Panjang dan pekan Sekinchan.

Katanya, sama seperti dilancarkan di daerah lain sebelum ini, Bas Smart Selangor bagi kawasan Sabak Bernam juga menggunakan bas baru dilengkapi kemudahan wifi, kemudahan warga emas dan tempat duduk khas untuk orang kelainan upaya (OKU).

-AA-

Categories
SELANGOR

Sabak Bernam penerima tertinggi skim HIJRAH

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 13 MEI: Seramai 2,963 peniaga kecil di daerah Sabak Bernam berjaya menerima pembiayaan HIJRAH membabitkan kos RM13.9 juta setakat ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jumlah itu adalah tertinggi berbanding daerah lain di Selangor.

AZMIN HIJRAH“Program penyerahan pembiayaan lebih RM7 juta (petang semalam) ini melibatkan 1,247 orang usahawan dan daerah Sabak Bernam adalah penerima tertinggi mendapat bantuan Kerajaan Negeri.

“Statistik membuktikan di daerah Sabak Bernam sahaja, sejumlah 2,963 usahawan mendapat pembiayaan HIJRAH sejak ia dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, semalam.

Sementara itu, program yang diadakan pada petang semalam mendapat sambutan hangat masyarakat setempat apabila dihadiri kira-kira 2,000 hadirin termasuk penerima pembiayaan.

Selain menyerahkan pembiayaan HIJRAH, Mohamed Azmin dalam rangka lawatan dua hari ke daerah itu turut meluangkan masa bertemu masyarakat setempat di beberapa masjid dan surau di sini.

-AA-

Categories
SELANGOR

7,624 penduduk Sungai Besar terima pengecualian cukai taksiran, fi lesen

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 13 MEI: Seramai 7,624 penduduk di Parlimen Sungai Besar menerima pengecualian cukai taksiran dan fi lesen daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata faedah itu memberi impak kewangan sebanyak RM1.11 juta terhadap Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, katanya, ia dilakukan bagi manfaat rakyat Selangor.

AZMIN HIJRAH“Di Parlimen Sungai Besar, Kerajaan Negeri memberi pengecualian cukai taksiran kepada 6,866 rumah kampung dengan melibatkan implikasi kewangan RM770,000 hilang (tetapi) tidak mengapa (kerana) rakyat yang untung.

“Pada masa sama, sebanyak 758 peniaga kecil di Sungai Besar juga sudah menikmati pengecualian fi lesen perniagaan dengan implikasi kewangan sebanyak RM340,000 dan menjadikan lebih RM1 juta nikmat diperolehi rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, semalam.

Katanya, selain memberi pengecualian fi lesen perniagaan kecil dan cukai taksiran rumah kampung, Kerajaan Negeri turut menanggung kos sebanyak RM633,000 bagi membiayai operasi perkhidmatan bas percuma Smart Selangor yang bakal menghubungkan beberapa kawasan strategik di daerah itu.

Terdahulu, ketika membentangkan Belanjawan 2016, Mohamed Azmin mengumumkan pengecualian cukai taksiran kepada rumah kampung dan fi lesen kepada golongan penjaja kecil seluruh Selangor.

-AA-

Categories
SELANGOR

Selangor belanja RM116 juta biayai 23,000 usahawan HIJRAH

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 13 MEI: Sejumlah RM116 juta dibelanjakan Kerajaan Selangor bagi membiayai 23,000 usahawan HIJRAH sejak program itu dilancarkan pada Mac 2015.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata angka itu mengatasi peruntukan asal yang disediakan sebanyak RM100 juta semasa ia dilancarkan.

AZMIN HIJRAH“Lebih kurang setahun dilaksanakan, Kerajaan Negeri berjaya membantu dan membiayai 23,000 usahawan di Selangor.

“Jumlah pembiayaannya bukan kecil, walaupun pembiayaan asalnya kita sediakan RM100 juta tetapi hari ini kita sudah membiayai RM116 juta untuk peniaga kecil di Selangor.

“Kita mendapati walaupun negeri ini kaya, namun masih ramai rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang diperlu diupayakan, apatah lagi dengan suasana ekonomi yang amat getir hari ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, semalam.

Beliau berkata, kesungguhan Kerajaan Negeri membantu golongan terlibat jelas terbukti apabila skim pembiayaan ditawarkan itu tidak mengenakan syarat dan cagaran yang membebankan peniaga.

MB HIJRAH SG BESARKatanya, pencapaian Kerajaan Selangor dalam membantu golongan peniaga kecil sehingga kini masih tidak dapat ditandingi Kerajaan Negeri lain.

“Bagaimana meraka hendak mengupayakan perniagaan kalau tidak mempunyai simpanan atau modal bagi meneruskan perniagaan.

“Hendak dapat pinjaman di bank tidak mungkin ada kelulusan kecuali tuan-tuan dan puan-puan ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Usahawan Sabak Bernam buktikan Melayu tak pandai niaga hanyalah mitos

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Peserta HIJRAH Sabak Bernam berjaya membuktikan dakwaan kononnya masyarakat peniaga Melayu tidak bijak menguruskan perniagaan hanyalah mitos tidak berasas.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata usahawan Melayu di Sabak Bernam juga mempunyai displin kewangan tinggi seperti direkod HIJRAH dalam urusan bayaran balik pinjaman.

MB HIJRAH SG BESAR 2“Ini membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputra sebenarnya mereka mempunyai disiplin kewangan.

“Kalau mitos sebelum ini seolah-olah Melayu tidak ada upaya, kemampuan, tidak ada potensi tetapi program HIJRAH membuktikan Melayu ada potensi bila diberi peluang mengupayakan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan HIJRAH Selangor di
Dewan Sri Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, keadaan ini menyebabkan Kerajaan Negeri tidak teragak-agak menambah peruntukan pembiayaan Hijrah untuk masyarakat peniaga di sini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Sekat MB masuk, tapi KM Sarawak mahu belajar idea Selangor

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Kerajaan Selangor membuktikan kemampuannya mencetuskan idea segar membantu rakyat apabila program pro-rakyatnya mula mendapat perhatian Kerajaan Negeri lain bagi diaplikasikan di negeri masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata terbaru Ketua Menteri Sarawak mengumumkan kesediaannya belajar dari Selangor untuk mengadakan perkhidmatan bas percuma untuk penduduk Sarawak.

AZMIN HIJRAH“Minggu lepas Ketua Menteri Sarawak buat pengumuman dia kata dia bersedia nak belajar dengan Negeri Selangor bagaimana nak beri perkhidmatan bas percuma. Hebat tak hebatlah Selangor ini.

“Walaupun saya tak boleh masuk tetapi idea saya bertebaran di seluruh dunia dan sekarang menjadi contoh kepada negeri lain,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, keadaan ini membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

MB merasmikan Rumah Selangorku Mah Sing di Rawang (5)Sebelum ini, selain Sarawak, Kerajaan Negeri johor juga mengambil idea Selangor dalam beberapa isu seperti pemberian air percuma dan perkhidmatan bas percuma.

Selain itu, Kerajaan Pusat juga menjadikan idea cetusan Selangor iaitu rumah mampu milik sebagai satu program nasional Kerajaan Persekutan iaitu skim Projek Rumah Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

-nR-

Categories
SELANGOR

HIJRAH sedia peruntukan khas RM5 juta untuk OKU, ibu tunggal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Peruntukan khas bernilai RM5 juta diwujudkan bagi membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berminat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan ini bukan sesuatu yang baru tetapi sudah diluluskan sebelum ini lagi.

AZMIN HIJRAH“Jadi ibu tunggal dan OKU yang ingin mendapat bantuan HIJRAH, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan peruntukan RM5 juta untuk maksud tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan HIJRAH Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, langkah itu mampu menjadi pemangkin kepada usahawan dalam kalangan ibu tunggal dan OKU untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi masing-masing.

Terdahulu, beberapa pinjaman mikrokredit diwujudkan beberapa agensi termasuk agensi Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan khas untuk golongan OKU.

Mengulas syarat dikenakan kepada peserta HIJRAH, Mohamed Azmin berkata, Hijrah ditubuhkan bagi memudahkan peniaga kecil mendapatkan kemudahan pembiayaan berbanding pinjaman bank yang mengenakan pelbagai syarat dan cagaran di luar kemampuan peniaga kecil.

“Lainlah kalau tuan-tuan ahli lembaga pengarah 1MDB, bolehlah dapat pinjaman bank,” katanya lagi.

– nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB sertai solidariti bersama Tian Chua, Sivarasa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MEI: Di sebalik kesibukan sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempat mencuri waktu menyertai solidariti di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menerusi laman Facebooknya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, berkata kehadirannya bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang disiasat polis.

Azmin“Saya menemani kedua mereka di IPD Petaling Jaya tengah hari ini.

“Kami tidak gentar dan kekal ceria walaupun mereka disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung kempen #BebasAnwar,” katanya menerusi status terbaru.

Pada 9 Februari lalu, Tian Chua dan Sivarasa menyertai Himpunan 365 #BebasAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh.

Himpunan itu diadakan sempena ulang tahun pertama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara berkenaan kes Fitnah II.

Memetik Malaysia Kini, Tian Chua berkata, polis turut menyiasat 25 individu lain yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

“Kami adalah kumpulan pertama yang disiasat mengikut Seksyen 9, Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberi polis notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan,” katanya.

-AA-

MB terjah dua lokasi hotspot denggi

MB, MBSA, LPHS dan Jabatan Kesihatan turun padang, bersama terjah lokasi hotspot denggi.

Tingkat kapasiti air empangan, pembenihan awan berterusan

Tingkat kapasiti air : Pembenihan awan di empangan utama diteruskan dan pemantauan hampir setiap jam

Cegah denggi agenda utama Kerajaan Negeri 2016

Kerajaan Negeri memfokuskan agenda memerangi penularan wabak denggi sepanjang tahun ini -MB