Categories
GLOBAL

Pegawai atasan tentera Rusia, suspek utama nahas MH17 – Belanda

THE HAGUE 26 MEI: Badan penyiasat yang dilantik Belanda bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 menamakan seorang warga Rusia sebagai suspek utama yang ada kaitan dengan nahas tersebut.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Bellingcat pada Jumaat menamakan seorang warga Rusia, Andrey Ivanovich yang menggunakan kod nama “Orion” adalah Oleg Vladimirovich Ivannikov.

Hasil risikan dan siasatan yang dibuat Bellingcat mendakwa Ivannikov adalah salah satu suara yang dikesan dalam perbualan yang dikesan perisikan Ukraine sehari selepas nahas berlaku.

Perbualan tersebut didakwa ada kaitan dengan pelancaran peluru berpandu yang mensasarkan pesawat malang MH17 pada 17 Julai 2014.

Kumpulan penyiasat mendakwa Ivannikov merupakan seorang pegawai atasan tentera Rusia yang dihantar ke wilayah Luhansk di Ukraine sejak awal 2014 dan dia menjadi individu penting siasatan nahas tersebut.

Rusia bertalu-talu menafikan penglibatannya dalam serangan peluru berpandu ke atas MH17 yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk anak kapal itu.

Pada Jumaat, Belanda dan Australia menegaskan Rusia bertanggungjawab dalam serangan terbabit dan menggesa kerjasama diberikan Kremlin.

SUMBER: AGENSI

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Juruterbang didakwa tembak MH17 mati bunuh diri

UKRAINE 20 MAC: Juruterbang tentera Ukraine, Kapten Vladyslav Voloshyn yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines, MH17 pada 2014 dilaporkan membunuh diri.

Namun, Voloshyn menolak dakwaan Russia itu dan menuduh ia sebagai satu penipuan.

Menurut BBC News, media tempatan Ukraine yang memetik pihak polis, melaporkan Voloshyn menembak dirinya di rumahnya di Mykolaiv, berhampiran Laut Hitam.

Terdahulu, penyiasat Belanda mendedahkan bahawa peluru berpandu Buk buatan Russia digunakan untuk menembak jatuh pesawat Boeing 777, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Voloshyn yang dianggap wira di Ukraine dilapor menyertai 33 misi ketenteraan menentang pemberontak di Timur Ukraine, selain turut menerima anugerah atas keberaniannya.

Baru-baru ini, juruterbang berusia 29 tahun itu meletak jawatan dari tentera udara, ketika bertugas di lapangan terbang Mykolaiv.

Sementara itu, polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook menyifatkan insiden itu sebagai kes bunuh diri, tetapi mereka sedang menyiasat kejadian yang dianggap ‘pembunuhan dirancang’ itu mengikut salah satu seksyen bawah kanun keseksaan.

Pada masa sama, sepucuk pistol milik tentera yang ditemui di lokasi kejadian turut disiasat oleh pakar terbabit.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu, pesawat MH17 ditembak di kawasan perang di Timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dua pertiga daripada 298 penumpangnya adalah warga Belanda

SUMBER: BBC NEWS/ AGENSI

 

Categories
NASIONAL

Belanda pilihan tepat bicara suspek MH17

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Keputusan memilih Belanda sebagai lokasi perbicaraan suspek yang ditahan berkenaan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh tiga tahun lalu adalah tindakan tepat ekoran kredibiliti dimiliki negara itu.

Bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, Belanda sememangnya layak kerana negara itu sendiri mengetuai pasukan penyiasat bersama (JIT) berhubung insiden terbabit selain Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Beliau berkata, sebelum memulakan perbicaraan, JIT perlu terlebih dahulu menamakan suspek kejadian.

“Suspek hanya boleh dinamakan jika kedua pihak bertelagah (Ukraine dan Rusia) memberi kerjasama penuh dalam siasatan dan dijalankan secara adil, tidak berpihak kepada mana-mana negara bertelagah.

“Begitu juga dengan hukuman, sama ada ia akan diiktiraf pihak didapati bersalah adalah menjadi tanda soal yang amat besar. Banyak kes yang hukumannya dijatuhkan secara tanpa kehadiran pihak tergugat sehingga kini tidak dapat dilaksanakan.

“Oleh itu, JIT perlu menamakan suspek setelah mempunyai bukti yang amat kukuh dan tidak lut persoalan,” katanya kepada BERNAMA.

Juruterbang pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, pemilihan Belanda adalah tepat dan rakyat negara itu menantikan keadilan dilaksanakan di tanah air sendiri selepas majoriti mangsa adalah dari negara berkenaan.

MH 17 2Katanya, hasil daripada perbicaraan itu mampu memberi ‘penutupan’ kepada mereka berkaitan nahas terbabit, sekali gus mengharapkan kepada mahkamah antarabangsa di The Hague yang terkenal dalam mengendalikan kes antarabangsa berprofil tinggi.

“Menjatuhkan hukuman lazimnya mengikut prosedur jitu, namun untuk melaksanakan hukuman adalah sesuatu yang penuh berliku kerana pengaruh politik negara besar memainkan juga peranan,” katanya.

Mohd Harridon berkata, langkah seterusnya yang boleh dilakukan JIT ialah membantu mahkamah dalam proses penyediaan data dan informasi yang mendalam untuk digunakan kelak dalam perbicaraan.

Katanya, JIT juga digalakkan membuat analisa mendalam terhadap bukti dikumpul menggunakan perspektif dan metodologi lain untuk tuntutan balas pihak yang disabitkan kesalahan kerana pihak disabit akan mengeluarkan versi analisa tersendiri.

Terdahulu, negara dalam JIT dilaporkan bersetuju sebarang perbicaraan diadakan di bawah sistem undang-undang Belanda dengan suspek perlu didakwa di negara itu berteraskan kerjasama dan sokongan antarabangsa.

MH17 ditembak jatuh semasa terbang pada ketinggian 30,000 kaki di kawasan bergolak di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Categories
NASIONAL

MH17: Pendakwaan dibuat di Belanda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 JULAI: Malaysia, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju meneruskan proses pendakwaan bagi kes Malaysia Airlines MH17 di Belanda.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan semua proses akuantabiliti dilaksanakan secara berkesan mengikut piawaian tertinggi antarabangsa.

Katanya, Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda akan membuat keputusan berkenaan pendakwaan pada waktu sesuai memandangkan proses siasatan masih dijalankan.

“Perbicaraan akan dilaksanakan mengikut prosiding mahkamah jenayah Belanda berdasarkan undang-undang jenayah yang juga membenarkan waris mangsa memerhati dan terlibat dalam prosiding mahkamah.

“Tambahan lagi, Belanda mempunyai kerjasama undang-undang dengan banyak negara bagi tujuan bantuan perundangan serta ekstradisi, berdasarkan kerjasama multilateral juga bilateral,” katanya dalam kenyataan.

MH17 Pada masa sama, Tiong Lai turut mengesahkan kerjasama dengan penyiasat akan diteruskan semasa fasa pendakwaan.

“Keputusan ini meningkatkan azam Malaysia untuk mendapatkan keadilan dan mahukan pihak yang bertangungjawab tidak terlepas serta dihukum,” katanya.

Pada 17 Julai 2014, MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di kawasan bergolak di timur Ukraine menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Ukraine menuduh Rusia terlibat dalam tragedi itu tetapi Moscow menafikan dakwaan terbabit serta menyifatkan siasatan antarabangsa berat sebelah dan bermotifkan politik.

Siasatan dilaksanakan bersama oleh kerajaan Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Sehingga kini, pihak pendakwa berkata, mereka menyiasat kira-kira 100 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan senjata digunakan bagi menembak pesawat itu.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Genap dua tahun tragedi MH17 ditembak

MUAR 17 JULAI – Hari ini, genap dua tahun insiden nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS), namun bagi keluarga Allahyarham Mohd‎ Ali Mohd Salim, segala kenangan bersamanya tetap utuh terutama ketika menjelang Aidilfitri.

Ibu mangsa, Junaidah Basiron, 64, berkata, setiap kali menjelang Syawal merupakan detik sukar baginya apabila teringat kenangan manis mereka sekeluarga membuat persiapan menyambut lebaran.

“Setiap kali sambutan hari raya…arwah orang yang paling sibuk membuat persiapan daripada mengemas, menghias, membeli barang keperluan sehingga memasak di dapur.

“Arwah buat itu semua bagi memastikan bahawa persiapan raya lengkap tanpa menyusahkan anggota keluarga yang lain,” katanya dipetik Bernama.

GILZE-RIJEN, NETHERLANDS - OCTOBER 13:  A general view of the cockpit wreckage at the Gilze-Rijen Military Base on October 13, 2015 in Gilze-Rijen, Netherlands. The reports focus on four subjects: the cause of the crash, the issue of flying over conflict areas, the question why Dutch surviving relatives of the victims had to wait two to four days before receiving confirmation from the Dutch authorities that their loved ones were on board flight MH17, and lastly the question to what extent the occupants of flight MH17 were consciously of the crash.  (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)
GILZE-RIJEN, NETHERLANDS – OCTOBER 13: A general view of the cockpit wreckage at the Gilze-Rijen Military Base on October 13, 2015 in Gilze-Rijen, Netherlands. The reports focus on four subjects: the cause of the crash, the issue of flying over conflict areas, the question why Dutch surviving relatives of the victims had to wait two to four days before receiving confirmation from the Dutch authorities that their loved ones were on board flight MH17, and lastly the question to what extent the occupants of flight MH17 were consciously of the crash. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Mohd Ali merupakan antara yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Bakal pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.

Jenazah arwah dibawa pulang ke tanah air menerusi kumpulan pertama mangsa MH17 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, pada 23 Ogos dua tahun lalu.

Ibu kepada lapan orang anak itu berkata setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri, arwah pasti akan memasak sambal kegemarannya untuk seisi keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah.

“Arwah belajar masak daripada makcik, dia seorang yang cukup teliti dan mengutamakan kesempurnaan dalam semua hal termasuk memasak.

“Beliau akan tumbuk sendiri cili kerana baginya rasa sambal yang dibuat dengan cara menumbuk lebih sedap daripada cili yang dikisar, malah ada rakan-rakannya memberitahu makcik mereka rindu masakan arwah kerana masakannya asli dan sedap,” katanya.

Junaidah berkata, apabila pulang beraya ke Malaysia, beg pakaian arwah penuh dengan barang cenderahati kepada keluarga dan juga barang kelengkapan raya seperti cadar, kain dan alas meja.

“Arwah hanya bawa pulang sedikit baju untuk keperluan dirinya, manakala sebahagian besar beg yang dibawanya berisi dengan barang untuk keperluan kami sekeluarga.

“Kata-kata arwah yang makcik tidak boleh lupakan ialah beliau tidak mahu menyusahkan makcik dan sanggup menangung kesusahan sendiri kerana beliau ingin membalas jasa ibu dan ayah terlebih dahulu,” katanya dalam nada sedih.

Beliau berkata, arwah seorang yang suka membantu orang lain baik dari segi material mahupun berkongsi ilmu.

Mengimbau kembali kenangan akhir bertemu arwah sebelum berangkat ke Amsterdam ketika cuti hari raya sebelum nahas, Junaidah berkata arwah mengulangi ayat yang sama, “malas nak balik” sebanyak tiga kali, namun beliau memberi semangat kepadanya kerana pengajiannya di sana telah hampir tamat.

“Setahu makcik, arwah seorang yang gigih dan bukan cepat putus asa…makcik tidak sangka itulah perbualan terakhir antara makcik dan Ali,” katanya.

Junaidah berkata, semua barang peribadi mangsa seperti baju, buku, laptop dan kerusi rehat yang pernah digunakan oleh arwah ketika belajar di Belanda masih disimpan rapi sebagai tanda kenangan dan pengubat rindu keluarga kepada arwah.

Bagi Mohd Zaki Mohd Salim, wajah Allahyarham adiknya yang tidak lokek memberi senyuman dan sentiasa bersikap rendah diri serta susah marah itu sentiasa segar dalam ingatan mereka sekeluarga.

“Tiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri…kami sekelurga amat rindukan arwah kerana apabila balik beraya di Pagoh arwah yang paling banyak bercerita,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, setiap kali tanggal 17 Julai, keluarga akan mengadakan bacaan Yassin bagi memperingati arwah.

“Arwah pernah tinggal serumah dengan saya ketika melanjutkan pelajaran di ibu kota dulu…banyak kenangan bersama yang tidak dapat kami sekelurga lupakan,” kata anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur itu.

Categories
NASIONAL

Genap 4 bulan MH17 ditembak jatuh, siapa dalang jadi persoalan

SHAH ALAM 17 NOV: Hari ini genap empat bulan pesawat MAS MH17 ditembak jatuh yang mengorbankan 298 penumpang pada 17 Julai lepas.

Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjwab ketika mana sekutu negara Barat menuduh Rusia dan pejuang pemisah menembak jatuh MH17 menggunakan senjata MK-BUK.

Moment-flight-MH17-was-shot-downNamun Rusia dalam dakwaan terbaru sebelum persidangan G-20 menyatakan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang MIG 29 milik Ukraine.

Bukti itu menunjukkan imej satelit peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat MH17 ini disiarkan stesen televisyen Rusia.

Stesen televisyen Channel One Rusia mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat atau British.

Sementara itu, satu video baru mengenai suasana dramatik sebaik sahaja pesawat MH17 ditembak jatuh dimuat naik ke YouTube.

1416167717115_wps_21_aftermath_of_MH17Rakaman itu memaparkan suasana panik penduduk berdekatan lokasi nahas apabila mengesan satu objek jatuh dari langit dan terbakar.

Mereka juga kelihatan berlari ke arah lokasi cebisan pesawat yang mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal.

Kelihatan asap hitam di awan seperti yang tertera dalam video sebelum ini.

Pada Ahad, kerja-kerja mengalihkan bangkai pesawat MH17 dari wilayah pemberontak di timur Ukraine dimulakan selepas empat bulan berlalu.

EZY

Categories
NASIONAL

Laporan: MH17 berkecai di udara akibat objek ‘bertenaga tinggi’

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 SEPT: Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH 17 dilaporkan berkecai di udara akibat kerosakan struktur yang disebabkan objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat dari luar.

Demikian antara laporan awal dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda hari ini berhubung tragedi MH 17 yang didakwa ditembak di Timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

ReportLaporan itu turut menyebut tiada petunjuk menjurus kepada tindakan anak-anak kapal mahupun kesilapan teknikal menyebabkan kemalangan MH17.

“Pendengaran penuh terhadap komunikasi antara anak kapal dalam kokpit menunjukkan tiada masalah teknikal atau situasi kecemasan serta tiada bunyi amaran dikeluarkan.

MH17 3

“Perakam data penerbangan tidak mengandungi amaran sistem pesawat, parameter enjin pesawat juga konsisten dengan operasi normal semasa penerbangan.

MH17 report“Komunikasi radio dengan kawalan trafik udara Ukraine mengesahkan tiada panggilan kecemasan dibuat anak-anak kapal,” petik laporan itu.

Sementara itu, keadaan bangkai pesawat menunjukkan pesawat berkecai sewaktu di udara (in-flight break up) yang disebabkan kehilangan integriti struktur pesawat.

Lembaga Keselamatan Belanda berkata akan menyiasat secara lebih terperinci sebab kemalangan dan akan mengeluarkan laporan penuh pada 17 Julai tahun hadapan, iaitu tempoh setahun dari tarikh tragedi.

MH17 report1“Pihak lembaga percaya bukti-bukti tambahan akan ditemui dalam tempoh berkenaan,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra.

Laporan awal turut dihantar kepada wakil bertauliah negara yang mengambil bahagian dalam penyiasatan termasuk Malaysia, Ukraine, Russia, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Ikuti Laporan  MH17: b3923acad0ceprem-rapport-mh-17-en-interactief

 

Categories
NASIONAL

2 lagi jenazah mangsa MH17 tiba di KLIA

SEPANG 9 SEPT: Dua jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi ini.

Pesawat membawa jenazah Tambi Jiee dan kanak-kanak Benjamin Lee Jian Han berumur setahun, tiba pukul 8.28 pagi dan istiadat penghormatan sama seperti sebelum ini diberikan kepada kedua-dua jenazah.

MH17 aSejurus keranda jenazah pertama Tambi diusung keluar dari pesawat pukul 8.37 pagi, disusuli keranda yang disimpan abu Benjamin Lee pada 8.40 pagi, suasana hiba menyelubungi khemah yang menempatkan waris kedua-dua mangsa.

Waris mangsa turut kelihatan mengalirkan air mata sambil berpelukan antara satu sama lain. Sebaik selesai keranda kedua-dua mangsa dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, semua yang hadir pada istiadat itu berdoa dan bertafakur selama seminit pada pukul 8.44 pagi sebagai tanda penghormatan.

Memetik laporan MStar, kenderaan jenazah kemudian beredar meninggalkan pekarangan Kompleks Bunga Raya pada 8.46 pagi.

Jenazah Tambi kemudian diterbangkan ke Kuching, Sarawak dengan pesawatTentera Udara Diraja Malaysia Hercules C130 untuk disemadikan bersama isteri dan anaknya yang turut terkorban dalam kejadian malang itu.

Isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46, dan anak sulungnya, Muhammad Afif, 19, dikebumikan pada 22 Ogos lepas.

Tambi kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lalu, berada dalam pesawat MH17 itu bersama isteri dan empat orang anaknya.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebelum Tambi kembali bertugas di Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur.

Sementara keranda jenazah Benjamin Lee dibawa dengan kenderaan jenazah ke Pusat Xiao En Bereavement di Cheras.

Benjamin Lee ialah anak kepada pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing yang turut terkorban dalam insiden sama.
|
Dengan ketibaan jenazah kedua-dua rakyat Malaysia itu, sebanyak 35 mangsa MH17 dibawa pulang ke Malaysia termasuk seorang penumpang dengan dua kerakyatan (Loh Yan Hwa) dan dua warga Belanda (Paul Goes dan Fan Shun Po).

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

EZY

Categories
SELANGOR

Jenazah juruterbang MH17 selamat disemadi di Shah Alam

SHAH ALAM 2 SEPT : Jenazah juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini jam 11.30 pagi tadi.

Upacara pengebumian penuh penghormatan itu dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada saudara dan waris terdekat Allahyarham serta rakan setugas.

Bwf5xQ2CEAA8wK8Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi; dan serta Exco Selangor, Dr Yunus Hairi, Dr Halimah Ali turut sama memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah yang dibawa menggunakan kenderaan jenazah khas dari Kompleks Bunga Raya, KLIA itu disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

MBAllahyarham meninggalkan balu, Mariam Yusof, serta dua anak, masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

Pesawat Boeing 777-200, penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Categories
SELANGOR

Jenazah juruterbang MH17 disolatkan di Masjid Negeri Shah Alam

Oleh: Syasya Sufian

SHAH ALAM 2 SEPT: Jenazah juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin, selamat tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada jam 10.20 pagi tadi.

kapten5Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut bersama-sama lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan sekerja Allahyarham hadir untuk melakukan solat jenazah.

Solat jenazah Kapten Wan Amran selesai dijalankan dengan diimamkan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hatta Ahmad.

Rakan karib jenazah juruterbang, Zainul Mashi Mohd Zaini berkata, hampir 43 tahun beliau mengenali Allahyarham sejak di sejak bersekolah rendah sehingga bersama-sama menyambungkan pelajaran ke luar negara.

Kata beliau, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik dan sentiasa tersenyum.

kapten1“Apa-apa pun beliau tidak pernah mengadu dan bermasam jika ada masalah dengan orang lain,” kata beliau selepas selesai sembahyang solat jenazah.

Kapten Wan Amran merupakan juruterbang MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau yang berasal dari perak, mempunyai hampir 20 tahun pengalaman penerbangan, mula berkhidmat bersama MAS sejak tahun 1999 lagi.

Jenazah Allahyarham seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk dikebumikan.

EZY

Categories
NASIONAL

MH17: 9 jenazah lagi dijangka tiba 2 Sept

SHAH ALAM 30 OGOS: Istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini, sembilan jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor.

jenazah mh17 1 a“Kami percaya pada 1 Sept, kita dapat pastikan berapa,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau berkata persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumikan dan disemadikan.

Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak, katanya.

Zulkifeli berkata dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.

Pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka, katanya.

Zulkifeli berkata tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa empat jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala empat lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada Ahad lepas.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

EZY

Categories
NASIONAL

9 lagi jenazah tragedi MH17 tiba di KLIA 2 September

SHAH ALAM, 29 OGOS: Sembilan lagi jenazah termasuk dua warga asing mangsa tragedi pesawat penerbangan MH17 dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 2 September ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata jenazah itu juga akan mengikuti istiadat penghormatan.

“Setakat ini, sembilan jenazah berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah.

MH17“Kami percaya pada 1 September, kita dapat pastikan berapa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi istiadat penghormatan itu di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumi dan disemadikan.

Katanya, satu daripada sembilan jenazah itu adalah kanak-kanak.

Zulkifeli berkata, dua warga asing itu adalah suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia selepas mendapat kelulusan dari negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.

Katanya, pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka.

MH17 aZulkifeli berkata, tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa 4 jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, manakala 4 lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan penghormatan jenazah yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan disertai menteri berkenaan akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 1 September ini.

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos lalu, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada 24 Ogos lalu.

Pesawat Boeing 777-200 Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di wilayah Donetsk, timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.