Categories
SELANGOR

‘World Muslim Fashion City’ dilengkapi kemudahan, insentif

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JAN: Orang ramai dan pengusaha perniagaan fesyen Islam di Shah Alam bakal menikmati kemudahan prasarana bagi merancakkan lagi aktiviti perniagaan di situ.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri turut bersedia menyediakan insentif lain yang akan diputuskan kelak.

IMG_8228“Memang hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’ dengan pelbagai kemudahan, prasarana dan insentif.

“Saya gembira hasrat itu mendapat sambutan baik dan percaya industri fesyen akan terus berkembang dalam memastikan rakyat beragama Islam mengenakan pakaian sopan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran peringkat Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, malam tadi.

Pada 30 Oktober lalu, Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 mengumumkan rancangan membangunkan Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’.

-AA-

Tahniah Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali


Sempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Dato’ Seri’.

Unity ASEAN Lantern dibuka kepada awam mulai 11 Disember

Pesta tanglung terbesar ‘Unity ASEAN Lantern’ di Mines Wellness City, Seri Kembangan dibuka kepada orang awam bermula 11 Disember, jam 7.30 malam hingga 12 tengah malam.

Kemeriahan Karnival Usahawan HIJRAH 2015 (KAWAN ’15)

Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (Kawan ’15) di Taman Tasik Cempaka, Bangi pada 4 Hingga 6 Disember 2015

Categories
SELANGOR

Sultan: Tahniah Red Giants

SHAH ALAM, 7 DIS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan ucapaan tahniah kepada pasukan dan pemain bolasepak Selangor ekoran kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Ucapan baginda disampai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerusi kenyataan hari ini.

“Baginda juga menitahkan penyokong Gergasi Merah dan rakyat Selangor untuk terus memberikan sokongan di perlawanan akhir dalam tekad untuk menjulang Piala Malaysia setelah 10 tahun terlepas peluang daripada memenangi kejohanan berprestij itu.

“Kerajaan Negeri juga merasa amat gembira di atas kejayaan pasukan Gergasi Merah meraih kemenangan dan mengambalikan kecemerlangan sukan bolasepak Selangor,” katanya.

CVjQhcNUkAAQ6HaSelangor layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Pahang 2–0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kejayaan itu, Selangor akan bertemu Kedah di akhir yang layak dengan agregat 4 – 3 apabila menewaskan Felda United 2 – 1 di Stadium Darul Aman.

“Kerajaan Negeri menggesa supaya para penyokong kedua-dua pasukan, Selangor dan Kedah yang hadir di perlawanan akhir nanti akan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi tanpa melunturkan sokongan padu kepada pasukan masing-masing,” katanya.

-nR-

Pinjaman perniagaan, HIJRAH lebih mudah berbanding bank

Kesukaran rakyat khususnya peniaga kecil mendapatkan pinjaman bank mendorong Kerajaan Negeri mewujudkan program mikrokredit bersepadu, HIJRAH. Pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Categories
SELANGOR

HIJRAH mudahkan pinjaman peniaga berbanding bank

Oleh : AFEEQA AFEERA

BANGI, 6 DIS : Kesukaran rakyat khususnya peniaga kecil mendapatkan pinjaman bank mendorong Kerajaan Negeri mewujudkan program mikrokredit bersepadu, HIJRAH.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pinjaman Hijrah tidak mengenakan faedah kepada peniaga untuk mengelakkan mereka terbeban.

Karnival HIJRAH Selangor 2015 (11)“Hendak dapat RM5,00 pun susah, apatah lagi lebih daripada itu kecuali kita ahli Lembaga Pengarah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang boleh dapat pinjaman bila-bila masa tanpa perlu bayar balik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka, di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, peratusan bayaran balik pinjaman HIJRAH sangat memuaskan dengan mencatatkan 99.98 peratus sehingga kini.

HIJRAH12Mohamed Azmin berkata, inisiatif HIJRAH akan diperluaskan, antaranya penubuhan koperasi (Ko-HIJRAH) yang diharapkan dapat dianggotai peserta program mikrokredit itu.

“Kebaikannya menjamin masa depan keluarga di mana jika berlaku kemalangan atau perkara tidak diingini, maka koperasi akan menjaga kebajikan warga Hijrah,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Karnival Hijrah 2015 berlangsung meriah

Oleh : AFEEQA AFEERA

BANGI, 6 DIS : Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka, di sini selama tiga hari bermula Jumaat berlangsung dalam suasana meriah.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena program julung kali itu, antaranya jualan produk HIJRAH, persembahan daripada artis tempatan dan cabutan bertuah.

KAWAN 15Karnival bagi meraikan peserta Hijrah dan masyarakat setempat itu turut dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri seperti Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Tourism Selangor, TV Selangor dan Kolej Inpen.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hadir merasmikan karnival dengan diiringi Pengerusi Eksekutif HIJRAH Selangor, Datuk Mansor Othman.

Pada majlis itu, Mohamed Azmin turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Hijrah dengan Universiti Selangor (UNISEL) dan Pasar Raya Segi Fresh.

HIJRAH MOUMoU berkenaan membolehkan UNISEL memberi latihan tambahan kepada mahasiswa berminat memulakan perniagaan, sementara Segi Fresh akan membuka jaringan besar kepada usahawan dalam bidang peruncitan.

Kerajaan Negeri turut memberi peruntukan tambahan berjumlah RM31 juta untuk meluaskan program HIJRAH menjelang 2016 iaitu penubuhan Koperasi dan Bazaar HIJRAH.

Pada majlis sama, sebanyak RM9.602 juta diperuntukkan bagi pembiayaan 2,138 peserta HIJRAH meneruskan program pembangunan berteras ekonomi di Selangor.

Sementara itu, Mohd Daud Yusof yang mengunjungi karnival berkenaan berkata, ia membantu masyarakat mendapatkan penerangan jelas berkenaan bantuan yang boleh disalurkan kepada peniaga.

Beliau yang menerima pembiayaan HIJRAH turut menggalakkan masyarakat supaya mengambil peluang disediakan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

“Bagus buat begini kerana ia boleh membantu usahawan yang ada membuat pinjaman secara mudah berbanding di bank.

“Saya dapat tahu HIJRAH daripada rakan, bila saya lihat mereka dapat mengembalikan modal pusingan perniagaan, maka saya tidak teragak-agak untuk memohon,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan.

Categories
SELANGOR

HIJRAH kikis jurang pendapatan rakyat

Oleh : AFEEQA AFEERA

BANGI, 5 DIS : Kesenjangan pendapatan yang semakin membimbangkan mendorong Kerajaan Negeri melaksanakan program keusahawanan bagi mengupayakan golongan berpendapatan rendah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata HIJRAH diwujudkan sebagai manifestasi dan komitmen Kerajaan Selangor meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

Karnival HIJRAH Selangor 2015 (13)“Fenomena jurang pendapatan hari ini semakin serius dengan menyaksikan golongan kaya bertambah kaya, manakala yang miskin semakin papa kedana.

“Kerajaan Selangor bertanggungjawab memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan mengupayakan potensi mereka dengan pelaksanaan HIJRAH ekoran kos hidup rakyat semakin terbeban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Karnival Usahawan Hijrah Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka, di sini hari ini.

HIJRAH SELANGORSejak diperkenalkan pada Belanjawan 2015, HIJRAH berjaya memberi manfaat kepada 11,148 peserta dengan nilai pinjaman melebihi RM74.5 juta.

Jumlah penerima dijangka terus meningkat dengan sasaran sehingga 20,000 peserta pada penghujung tahun ini.

Berkonsep ‘Pinjaman Asas Simpanan’, HIJRAH menjanjikan hasil pulangan peserta diserap ke dalam Tabung Hijrah Selangor sebagai simpanan mereka,”

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu menyogok rakyat dengan pemberian wang tunai secara “one-off” kerana ia tidak menyelesaikan masalah sosio ekonomi.

Katanya, pemberian wang tunai tidak memberi makna ketika ini memandangkan peningkatan harga barangan semakin membebankan saban hari.

“Setelah mendengar keluhan rakyat yang pelbagai, maka kita tidak mahu menyogok mereka dengan wang tunai, sebaliknya berusaha mengupayakan kebolehan mereka.

“Apa maknanya simpanan negeri besar kalau rakyat menderita di bawah, pembangunan tidak membawa kesan positif kalau hanya segelintir pemimpin yang kaya,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

MB : ‘Semua orang janji, tapi belum tentu buat’

Oleh : AFEEQA AFEERA

BANGI, 5 DIS : Barisan Nasional (BN) dan janji manis memang sinonim, namun keupayaan untuk melaksanakannya diragui, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah dan ahli politik BN semakin terhakis ekoran janji yang dilaksanakan pada pilihan raya umum (PRU) lalu gagal ditunaikan.

Karnival HIJRAH Selangor 2015 (9)“Sebab itu KEADILAN dan parti pembangkang lain perlu mengambil iktibar daripada pengalaman ini dengan mengembalikan keyakinan rakyat.

“Kita mesti menunaikan janji yang dibuat dan memikul amanah rakyat dengan baik dan telus,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan Karnival Usahawan Hijrah Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, sesiapa sahaja boleh berjanji, namun cara pelaksanaan bergantung kepada ketelusan masing-masing.

Katanya, Umno sudah membuktikan mereka gagal menunaikan janji setelah lebih 50 tahun memerintah baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.

“Apakah rakyat yakin dengan kita, itu saya serahkan kepada mereka kerana kita ada kejayaan yang boleh dikongsi dengan rakyat seperti di Selangor,” katanya.

Terdahulu, BN Selangor menjanjikan sekolah agama percuma buat rakyat jika berjaya merampas semula negeri terkaya itu daripada tangan pembangkang.

-nR-

Categories
NASIONAL

RUU MKN: Cubaan terbaru Najib lindungi diri

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 DIS: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 jelas merupakan percubaan ‘tak tahu malu’ pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melindungi kepentingan peribadinya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata MKN langsung tidak berkaitan dengan soal keselamatan negara, sebaliknya hanya bertujuan memanjangkan hayat politik Najib yang semakin lemas di lautan skandal.

Katanya, tindakan itu juga nyata tidak berpandukan perlembagaan dan mencabul kebebasan asas rakyat.

MB Azmin“Cukuplah kita dibebani dengan pelbagai jenis undang-undang menindas, janganlah ditambah lagi dengan undang-undang zalim yang jelas bertentangan dengan proses demokrasi dan institusi kerajaan berperlembagaan.

“Undang-undang ini hanya akan membawa kita kepada satu jalan iaitu jalan menuju pemerintahan diktator,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 sekitar jam 10.52 malam, selepas dibahas lebih enam jam.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, Najib tidak patut bertopengkan alasan keselamatan negara bagi melindungi salah lakunya dan menekan pihak lawan sama ada dari dalam dan luar parti.

Katanya, semua pihak termasuk Ahli Parlimen, parti politik, dan orang awam mesti menolak rang undang-undang ini kerana ia jelas menyekat suara hati rakyat dalam membezakan antara salah dan betul.

NAJIB_MKN“Adakah kita dipilih oleh rakyat untuk menggubal undang-undang yang memberi kuasa kepada badan Eksekutif untuk menginjak-injak hak asasi dan kebebasan rakyat?

“Bukankah kita sudah bersumpah untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan Rukun Negara demi memastikan negara ini maju di bawah kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” katanya.

-nR-

Kongres PKR: Ucapan Penggulungan Timb. Presiden

Ucapan Penggulungan Timb. Presiden , Mohamed Azmin Ali pada Kongres Nasional Keadilan 2015