Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Penantian puluhan tahun berakhir, 45 penduduk terima Notis 5A

OLEH LIZAWATI MADFA

SEPANG, 4 OGOS: Penantian puluhan tahun 45 penduduk Kampung Sri Tanjong berakhir hari ini selepas Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan Notis 5A.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penduduk juga diberikan tempoh setahun untuk menjelaskan kadar premium di antara RM300 hingga RM1,000.

Katanya, premium dikira berdasarkan Kanun Tanah Negeri Selangor dan jauh lebih rendah berbanding nilai semasa tanah.

IMG_7797“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri juga akan membantu penduduk memiliki tanah berkenaan dan tidak mahu penduduk terbeban.

“Sebentar tadi, Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berkata, pihaknya sedia mempertimbang untuk melangsaikan bayaran premium bagi keluarga miskin dan tidak berkemampuan,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A di Dewan Orang Ramai, Taman Gemilang, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri meluluskan hampir 2,000 permohonan milikan tanah sejak beliau menjawat jawatan Menteri Besar pada September 2014.

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kerana ini bukan milik pemimpin tetapi tanah rakyat.

IMG_7859“Kita tidak memberinya ketika kempen pilihan raya tetapi kita lakukan pada setiap Rabu pada setiap minggu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyerahan bantuan pinjaman Hijrah kepada 62 peserta dengan jumlah keseluruhan RM710,000.

Sumbangan lain termasuk Skim Peduli Sihat kepada 10 penerima, Foodstamp (10), Bantuan Input Pertanian (19) dan Bantuan Peningkatan Kualiti Ternakan dan Hasil Pengeluaran (2).

Categories
SELANGOR

Notis 5A ibarat hadiah tahun baru

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 10 FEB: Pemilikan surat kelulusan Notis 5A daripada Kerajaan Negeri disambut penuh gembira penduduk Kampung Chempaka, di sini kerana sememangnya detik itu sejak sekian lama.

Malah, pemberian itu juga dianggap sebagai hadiah Tahun Baru Cina ekoran sambutan perayaan berkenaan masih diraikan mereka ketika ini.

Penduduk kampung, Teoh Chee Kong, 69, berkata keluarganya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana mereka sudah menunggu kelulusan terbabit dalam tempoh yang panjang.

“Permohonan bagi mendapatkan hak milik tanah ini sudah beberapa kali dibuat keluarga saya dan ia berlarutan hampir 40 tahun.

“Saya gembira akhirnya hak milik tanah ini diperoleh juga dan pastinya melegakan kebanyakan penduduk di sini yang menunggu sejak dahulu,” katanya kepada SelangorKini.

JpegTeoh adalah salah seorang daripada 32 penduduk kampung itu yang menerima Notis 5A daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam majlis penyerahan dan sambutan Tahun Bari Cina di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah; Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

Sementara itu, Phang Kok Ho, 55, juga sependapat dengan Teoh dan menganggap penyerahan hak milik itu tepat pada masanya.

“Penduduk di sini memang menunggu lama, macam keluarga saya sejak daripada bapa sehingga beliau meninggal dunia.

“Tentu pemberian ini sungguh bermakna dan diharap Kerajaan Negeri terus mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri selesai masalah peneroka miliki tanah

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 3 FEB: Kerajaan Negeri menyelesaikan hak pemilikan tanah kepada peneroka asal di daerah Kuala Langat dengan penyerahan Notis 5A, hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, isu yang berlarutan sekian lama itu diselesaikan kerana Kerajaan Negeri memahami masalah dihadapi golongan berkenaan.

“Kerajaan Negeri bertanggungjawab membantu peneroka asal yang sekian lama meneroka tanah kerajaan dan ia program yang sedang giat berjalan ketika ini.

MB Kuala Langat (14)“Namun, kerana nilai hartanah di Selangor termasuk Kuala Langat yang semakin meningkat maka sebagai kerajaan peduli rakyat, kita mengkaji bantuan yang dapat diberikan supaya bayaran premium dapat dikurangkan.

“Kita mempunyai skim pemilikan tanah dengan bayaran RM1,000 supaya mereka dapat memilikinya dengan syarat tidak menjualnya,” katanya selepas majlis penyerahan Notis 5A kepada 37 peneroka asal di Dewan Harmoni, Kampung Sungai Lang Tengah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Kerajaan Negeri berharap peneroka tidak menjualnya supaya dapat dibangunkan demi masa depan keluarga.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka berhak berbuat begitu dan akan dikenakan cukai kerana jualan terbabit mengikut harga pasaran semasa.

“Isu penerokaan tanah kerajaan ini agak meluas dalam puluhan tahun tetapi malangnya tiada usaha bagi penyelesaiannya. Ia seperti peneroka rancangan revolusi hijau ini iaitu hanya diberikan Lesen Pemilikan Sementara (LPS) dan diminta membangunkan tanah.

“Namun, selepas 40 tahun dan memasuki generasi kedua, masih lagi tidak dapat memiliki tanah berkenaann, maka Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk membantu peneroka asal ini,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 14 JAN: Kerajaan Negeri menganggap ‘kehilangan’ pendapatan tahunan RM70 juta setahun amat berbaloi kerana ia disalurkan bagi menambah lagi kesejahteraan kehidupan rakyat di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia ekoran Kerajaan Negeri memperkenalkan langkah mengecualikan cukai taksiran kepada pemilik rumah kampung dan rumah kos rendah, sejak 2016.

“Apa maknanya kalau ekonomi baik, rizab besar tetapi rakyat di bawah susah. Kita mahu kekayaan negeri ini mesti diserah balik kepada rakyat Selangor secara pelaksanaan program dan projek yang bermanfaat.

AZMIN-500x357“Antaranya cukai taksiran bagi kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan dan rumah kos rendah yang sudah dua tahun kita kecualikan.

“Rakyat tidak perlu bayar cukai taksiran di negeri ini, duduk dengan percuma dan ini menyebabkan Kerajaan Negeri hilang pendapatan RM70 juta setahun tetapi yang penting kita mahu rakyat hari ini yang dibebankan dengan kos sara hidup tinggi dapat diberikan bantuan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A kepada tiga penduduk Kampung Seri Indah B, Sungai Buloh dan sembilan lagi peduduk yang mengusahakan tanah kediaman masing-masing di Taman Daya, Selayang.

Katanya, selain itu Kerajaan Negeri turut menyediakan peluang pinjaman tanpa faedah iaitu skim pinjaman Hijrah untuk golongan peniaga di negeri itu.

Terdahulu, ketika membentangkan Belanjawan 2017 pada Oktober lalu, Mohamed Azmin mengumumkan meneruskan pemberian pengecualian cukai taksiran kepada pemilik kediaman di kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan, kampung tersusun dan rumah kos rendah buat dua tahun berturut-turut.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut meneruskan program memberi pengecualian fi lesen perniagaan kepada golongan penjaja di negeri itu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Tanah milik rakyat bukan pemimpin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 14 JAN: Rakyat di Selangor berhak mendapat hak milik tanah yang mereka usahakan bukannya golongan pemimpin seperti yang banyak berlaku sebelum Kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran di negeri itu, pada 2008.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, malahan rakyat di Selangor hari ini juga tidak perlu menjelaskan bayaran penuh premium yang tinggi tetapi hanya dikenakan bayaran premium RM1,000 sahaja sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri.

MB Notis 5A (2)“Agenda utama kita adalah memberikan kelulusan hak milik tanah kepada rakyat di pelbagai daerah dan kawasan khususnya yang telah menduduki juga mengusahakan tanah kerajaan sebelum 2008 kerana dasar Kerajaan Negeri hari ini ialah tanah milik rakyat bukan milik pemimpin. Kita akan beri tanah ini kepada rakyat.

“Kita mahu mereka yang benar-benar mengusahakan tanah itu berhak mendapatkannya terutama bagi tujuan kediaman memandangkan hartanah di Selangor semakin hari semakin mahal, ramai yang tidak mampu membeli tanah dengan harga premium yang mahal,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A kepada tiga penduduk Kampung Seri Indah B, Sungai Buloh dan sembilan lagi peduduk yang mengusahakan tanah kediaman masing-masing di Taman Daya, Selayang, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkaya, penduduk yang menerima Notis 5A diberikan pilihan sama ada menjelaskan bayaran premium penuh dengan potongan 30 peratus atau membayar premium RM1,000 sahaja.

Katanya, pemilik tanah terbabit dikenakan syarat perlu menjelaskan bayaran penuh premium sekiranya berhasrat menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menasihatkan supaya pemilik tanah tidak menjualkan tanah masing-masing untuk diwarisi generasi mereka pada masa akan datang.

Majlis penyerahan Notis 5A itu turut dihadiri Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib; ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Premium RM1,000 bantu rakyat memiliki tanah

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 14 JAN: Penerima surat pemilikan tanah Notis 5A Kampung Sungai Sering menghargai usaha Kerajaan Negeri yang menawarkan pembayaran premium rendah berjumlah RM1,000 untuk rakyat Selangor memiliki tanah kediaman.

MB Notis 5A (2)Bagi Khairi Samad, 46, yang mewakili ibunya, Siti Milah Ibrahim, berkata pilihan yang diberikan banyak membantu golongan kurang berkemampuan memiliki tanah pada kadar rendah.

“Ini merupakan satu inisiatif yang baik buat rakyat Selangor. Kita ada pilihan sama ada ingin membayar premium penuh atau sebaliknya.

“Saya juga bersetuju dengan ucapan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali supaya tanah ini tidak dijual sebaliknya terus diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Notis 5A, Kampung Sungai Sering di Surau Al-Maarip Al-Islamiyah, di sini, hari ini.

Pandangan sama turut dikongsikan Ali Jaapar, 54 yang sudah tinggal di kawasan itu lebih 15 tahun.

Katanya, kesediaan pimpinan negeri memikirkan pilihan terbaik untuk rakyat memiliki tanah di saat harga hartanah kian melambung tinggi wajar dipuji.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Jangan jual tanah demi keuntungan singkat

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 14 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan penerima surat pemilikan tanah, Notis 5A di Kampung Sungai Sering supaya tidak menjual tanah mereka demi keuntungan singkat.

MB Notis 5A (2)Katanya, nilai hartanah yang semakin tinggi di Selangor terutama berdekatan pusat bandar perlu dipelihara berdasarkan situasi kini yang sukar memiliki tanah.

“Saya ingatkan kepada semua, jangan jual tanah hanya demi keuntungan yang tidak seberapa.

“Kerajaan Negeri hanya mengenakan RM1,000 untuk pemilikan tanah. Tetapi jika anda jual, kita akan kenakan premium mengikut caj semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Penyerahan Notis 5A di Surau Al-Maarip Al-Islamiyah, Kampung Sungai Sering, di sini, hari ini.

Katanya, tahun ini merupakan tahun memcabar terutama dalam suasana ekonomi yang semakin malap dan suram, di samping keadaan politik tidak memberangsangkan.

Disebalik suasana itu, Selangor masih mampu menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 25 peratus.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, hampir 25 peratus KDNK negara disumbangkan Selangor. Bermakna dalam satu ringgit, setiap 25 sen dari Selangor.

“Sumbangan Johor dan Sarawak jauh lebih rendah dari negeri ini,” katanya.

Dalam majlis itu, Mohamed Azmin menyampaikan Notis 5A kepada sembilan penduduk Kampung Sungai Sering selain meluangkan masa beramah mesra pada sesi jamuan.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri selesaikan lagi tinggalan BN, 25 penduduk dapat notis 5A

OLEH ERMIZI MUHAMAD

HULU SELANGOR, 28 OKT: Seramai 25 penduduk Kampung Baru Chuang, Rasa, di sini, boleh menarik nafas lega selepas isu pemilikan tanah kediaman berjaya diselesaikan menerusi penyerahan notis 5A, hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, komitmen itu dilaksanakan seiring dasar peduli Kerajaan Negeri untuk memastikan isu kebajikan rakyat di negeri berkenaan terus mendapat perbelaan.

“Majoriti penduduk kampung telah menunggu hampir 60 tahun dan kebanyakan mereka adalah daripada generasi kedua dan ketiga penduduk asal kampung ini.

ean-5a“Dasar Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap isu kebajikan rakyat terus menjadi komitmen untuk kita membuat proses kelulusan dan pemilikan (lanjutan) bagi tempoh 99 tahun.

“Namun menerusi pemilikan hak ini, penduduk boleh membuat pembayaran premium secara penuh atau RM1000 untuk pemilikan status tanahmereka,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyerahkan notis berkenaan di Balai Raya JKKK Kampung Baru Chuang Rasa yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN), Kuala Kubu Bharu, Lee Khee Hiong.

Kerajaan Negeri sebelum ini komited memastikan isu pembangunan dan penempatan penduduk diselesaikan selepas pertikaian mengenainya gagal diselesaikan, sebelum 2008.

Bagaimanapun, permohonan pemilikan tanah giat diluluskan di peringkat pejabat daerah dan tanah melibatkan seluruh daerah di Selangor selepas pentadbiran Pakatan mentadbir negeri itu.

Isu pemilikan geran tanah dilakukan secara berperingkat dan terdapat beberapa kawasan diselesaikan antaranya sebahagian kawasan di Batu Arang, Kundang dan Sungai Serai.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mewujudkan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian sebagai inisiatif program di bawah agenda pembangunan dan kebajikan bagi memudahkan rakyat mengambilalih pemilikan rumah secara sah atau lanjutan tempoh pajakan.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hadiah ‘merdeka’ untuk penduduk Kuala Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 19 OGOS: Tiada apa selain perasaan gembira dan syukur mewarnai kehidupan penduduk Kampung Sungai Yu, di sini setelah sekian lama menanti surat kelulusan dan notis 5A.

Malah, sebahagian daripada 175 penerima menganggap ia hadiah ‘merdeka’ bersesuaian dengan sambutan bulan kemerdekaan, pada 31 Ogos ini.

R Chandran, 46, berkata penyerahan notis daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali amat bermakna dalam hidup beliau kerana detik manis itu memang dinantikan.

“Permohonan untuk mendapatkan hak milik ini sudah lama dibuat, namun hampa apabila ia sering berakhir dengan kegagalan.

“Tetapi hari ini saya gembira kerana hasrat memilikinya terlaksana juga dan lebih bermakna ia berlaku ketika kita menyambut bulan kemerdekaan,” katanya kepada SelangorKini.

JpegSementara itu, Zaaba Husin, 47, berkata masalah pemilikan tanah berlarutan sejak sekian lama dan permohonan dibuat berulang kali membabitkan sebahagian penduduk di situ.

“Kita memohon kembali selepas pilihan raya umum (PRU) lalu dan bersyukur ia berakhir. Penempatan juga memberikan ruang kepada penduduk iaitu kaum Melayu, India dan Cina,” katanya.

Bagi Lee Boon Huat, 51, usaha keluarganya untuk memperoleh pemilikan tanah itu kini berhasil.

“Sudah lama tunggu kerana perkara ini bukan baru. Bagi saya, tindakan Kerajaan Negeri memberikan hak milik ini bagus kerana ia memang hak penduduk,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Serah notis 5A kepada penduduk, Kerajaan Negeri teruskan program pembangunan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 19 OGOS: Kerajaan Negeri meneruskan program pembangunan di Kampung Sungai Yu, di sini, dengan proses penyerahan notis 5A dibuat secara terus kepada penduduk kampung berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri berjaya mengatasi masalah pemilikan tanah dihadapi penduduk di kawasan itu selama ini dengan pendekatan berkenaan.

“Ini adalah program pembangunan dan penempatan Kampung Sungai Yu yang menghadapi masalah puluhan tahun yang tidak dapat diselesaikan.

Azmin 5A2“Sebelum ini Kerajaan Negeri (terdahulu) menyerahkan kepada pemaju bagi membangunkan tanah dan menyediakan rumah tetapi program itu gagal.

“Kita berharap dapat mewujudkan sebuah penempatan yang tersusun dengan infrastruktur baik di kampung ini,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat kelulusan dan notis 5A di Dewan Serbaguna Haji Omar, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Mohamed Azmin menyerahkan notis berkenaan kepada 175 penduduk di situ.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan permohonan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, April lalu, bagi penyelesaian masalah berkenaan.

“Ia juga adalah antara program Kerajaan Negeri bagi membawa pembangunan ke kawasan desa kerana kita tidak mahu ia tertumpu di bandar sahaja.

“Ia perlu dilakukan di daerah lain Juga di daekerana pembangunan moden amat penting supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Penduduk Desa Timah Langat terima Notis 5A

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 8 OGOS: Penantian lebih 60 tahun penduduk Desa Timah Langat berakhir hari ini selepas Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan Notis 5A kepada 24 penduduk.

Penyerahan itu disempurnakan sendiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada 16 penduduk yang hadir.

Bagi, Abu Saman Mat Akit, 75 beliau bersama beberapa penduduk sebelum ini pernah mengemukakan permohonan mendapatkan hak milik, namun gagal disebabkan pelbagai kekangan.

“Saya dah duduk di sini hampir 30 tahun. Dahulu kita beramai-ramai hantar permohonan tetapi tidak diluluskan.

“Alhamdulillah bila kita memohon sekali lagi ia diluluskan Kerajaan Negeri,” katanya.

IMG_9030Perasaan gembira turut dikongsi Nazirah Awap, 46 yang menerima Notis 5A mewakili bapanya.

Bagi Abdul Arjis @ Abdul Aziz Rasidi, 71, keluarganya sudah menetap di kampung ini sejak tahun 1976.

Katanya, pemberian Notis 5A ini membantu golongan kurang berkemampuan memiliki aset sendiri.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam ucapannya mengingatkan penduduk Desa Timah Langat supaya tidak menjual tanah milik mereka demi kelangsungan generasi akan datang.

IMG_9131Katanya, nilai pembayaran premium rendah yang ditawarkan kepada penduduk untuk memiliki tanah membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyat.

Dalam majlis sama, beliau turut meluangkan masa menziarahi seorang penduduk, Joana Shaari yang terlantar sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga.

-nR-

Categories
SELANGOR

Penantian Lebih 30 Tahun Untuk Geran Berakhir

SABAK BERNAM 14 FEB : Umur Rasib Ghazali sudah mencecah 72 akan tetapi, harapan penduduk Kampung Hala Cara Baru itu untuk mendapat geran tanah bagi tapak rumahnya tidak kesampaian hingga semalam.

Penantian Rasib dan 116 penduduk kampung di daerah Sabak Bernam selama lebih 30 tahun berakhir apabila mereka diberikan notis 5A, iaitu notis yang mengakui mereka pemilik tanah yang sah, oleh Kerajaan Selangor.

Perasaan lega dan gembira jelas kelihatan di wajah Rasib dan penerima-penerima lain dari kampung Kampung Nelayan Haji Dorani, Kampung Jalan Pantai Sekendi dan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang.

“Hampir-hampir 30 tahun lah. 30 tahun saya tunggu tak dapat-dapat. Sampai sekarang dah dapat Alhamdulillah,” kata Rasib apabila ditemui di dalam majlis penerimaan borang tersebut di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata pemberian geran kepada pemilik tanah yang sah adalah usaha berterusan pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu bersikap adil kepada rakyat yang sudah berpuluh tahun menanti tetapi masih belum mendapat geran tanah. Di sesuatu kawasan, mereka sebagai pemilik yang sah. Inilah antara usaha dan janji kita kepada rakyat Selangor.

“Kita dapati dari kajian kita bukan sedikit. Lebih daripada 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor akan menerima geran sah (notis 5A) milik kepada mereka,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Borang Notis 5A Dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor.

Seorang lagi penerima Rahani Siran, 71, dari Kampung Hala Cara Baru berkata, beliau menanti saat itu lebih dari 20 tahun dan berasa amat gembira pada hari ini.

“Tinggal kampung di sana tu dalam tahun 1989, dalam 22 tahunlah,” katanya.

Seorang lagi, Mohd Sulaiman Yunus, 74, dari Kampung Nelayan Haji Dorani mengungkapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

“Alhamdulillah sangatlah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi notis 5A dan kebenaran untuk saya menduduki tanah Kampung Nelayan ini dan masalah ini selesailah,” kata Mohd Sulaiman.

Kerajaan Negeri juga akan mengurangkan bayaran premium hingga ke RM1,000 kepada penerima geran dan sekiranya masih tidak mampu menjelaskannya, mereka tetap dibantu oleh Tabung Kebajikan.
Pada majlis yang sama seramai 120 pewaris turut menerima RM1,500 seorang dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhannya dan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana mereka semua adalah rakyat Selangor. Mereka berhak mendapat geran tersebut,” kata Abdul Khalid semasa memberi sumbangan SMUE.