Categories
NASIONAL

Parlimen : BN sedia ‘sedikit peruntukan’ kepada PERKASA

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui tidak menyediakan peruntukan khusus kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Sebaliknya, sedikit peruntukan disediakan untuk membantu pertubuhan berkenaan mengadakan seminar ‘Transformasi Ekonomi Antara Kaum Dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat’ dan dihadiri 5,000 peserta.

Jawapan bertulis itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kepada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

sim-tze-tzimTze Tzin sebelum itu mengemukakan soalan berhubung jumlah peruntukan yang diberikan kepada PeERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tatanegara, pada 19 Mac lalu.

Tze Tzin menjelaskan, kenyataan itu adalah kali pertama Kerajaan BN mengesahkan mereka memberikan peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pro-Melayu itu.

“Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum tetapi di belakang slogan yang manis memberikan sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar Bible, ingin berdemo di depan gereja dan memberikan sampul putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

UMNO BN 55“Maka, terbukti selama ini PERKASA adalah sayap Umno dan menjalankan segala kerja extrimis demi parti itu. PERKASA juga selama ini mengakui 80 peratus ahli mereka adalah Umno,” katanya pada sidang media, di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, menteri berkenaan harus menyatakan peruntukan yang diberikan kerana dikhuatiri membabitkan jumlah tinggi ekoran pembabitan ramai peserta.

Beliau turut mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian MCA berhubung tindakan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada PERKASA, selain mencabar mereka tidak menerima jawatan di dalam Kabinet.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Parlimen : Anwar nafi tulis surat masuk Jepun

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Ketua Pembngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau memohon kelulusan khas daripada kedutaan Jepun bagi membolehkannya masuk semula ke negara itu selepas dihalang, pada 19 Januari lalu.

Katanya, jawapan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin mengelirukan apabila beliau mendakwa Anwar memohon kelulusan khas untuk masuk ke Negara Matahari Terbit itu.

“Tidak ada kelulusan khas yang diberikan dan tidak ada permohonan kepada Kementerian Luar. Saya hanya buat makluman dan diluluskan tanpa syarat baru seperti yang disebu Timbalan Menteri yang mengelirukan dewan.

anwar white“Saya tidak isi apa-apa borang. Diluluskan, disambut baik Menteri Luar Jepun. Surat daripada Kementerian Luar Jepun bukan surat daripada saya.

“Surat daripada Kementerian Luar Jepun tidak mengapa. Tiada masalah dan saya ucap terima kasih kepada Kementerian Luar,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar bangkit mencelah kerana nama beliau dikaitkan pada jawapan Timbalan Menteri Luar bagi menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hamzah dalam jawapannya berkata, Anwar memohon kelulusan khas daripada Jepun dan pihak Kementerian Luar Malaysia maklum dan membantu Anwar untuk memasuki negara matahari terbit itu, pada Februari lalu.

“Saya ingin jelaskan bahawa diterima masuk tanpa menulis sebarang surat. Surat daripada Kementerian Luar boleh,” jelasnya lagi.

Datuk Hamzah ZainuddinKatanya, beliau berterima kasih kepada Kementerian Luar Malaysia jika mereka memberikan kerjasama membantu perkara berkenaan.

Pada 19 Januari lalu, Anwar dihalang masuk ke Jepun untuk hadir dan berucap pada satu majlis.

Penganjur majlis, Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) kemudian datang ke Malaysia dan meminta maaf kepada Anwar berhubung halangan itu.

Pengerusi SPF, Jiro Hanyu, itu juga menjemput sekali lagi Anwar ke negara itu pada Februari lalu dan beliau dibenarkan masuk.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 18 MAC : Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terus mempertikai tindakan kerajaan pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kehilangan pesawat MH370.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak tahu mengapa sesi taklimat itu sengaja disembunyikan dan perlu dipolitikkan seperti tidak membabitkan kepentingan negara.

Katanya, kerajaan pusat harus lebih profesional dalam menangani perkara berkenaan dan berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen.

anwar ibrahim parliament 1“Saya tak faham mengapa taklimat itu tidak diberikan kepada semua kepada Ahli Parlimen.

“Soalnya, mengapa taklimat ini mahu dipolitikkan dan mengapa tidak bersedia berdepan dengan semua Ahli Parlimen? Apa yang mahu disembunyikan?” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berpandangan taklimat itu sengaja diadakan secara tertutup bagi meraih sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyerang atau bertanyakan soalan jika dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, hal itu didorong oleh kelemahan kerajaan pusat yang semakin ketara dalam menangani isu berkenaan ditambah dengan pelbagai kenyataan bercanggah menteri bertanggungjawab.

khalid samad parlimen tie 01“Ia adalah taklimat untuk mendapatkan sokongan padu daripada Ahli Parlimen BN supaya jangan serang atau bertanyakan soalan kepada menteri nanti. Kerajaan tidak mahu berhadapan masalah dengan Ahli Parlimen PR,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, mendesak supaya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat bagi memberi penjelasan berhubun perkara itu.

“Ia mesti diketahui semua wakil rakyat kerana perkara ini menimbulkan banyak kemarahan dari negara luar terutama China,” katanya.

Hishamuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac lalu menyatakan penjelasan itu dijadualkan di Aloft KL Sentral, pada jam 8.30 malam ini.

-NFN-

MP Pakatan cadang solat hajat di Parlimen

http://tv.selangorku.com

Categories
KENYATAAN MEDIA

Teks perbahasan Anwar Ibrahim usul menjunjung kasih ke atas titah Yang Di Pertuan Agong

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahir wabarukatuh.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Al-Maidah 5:8

Mukaddimah

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Terlebih dahulu, saya melafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya saya berpeluang mengambil bahagian membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung.

Dalam dewan yang mulia ini, saya ingin mempertegaskan pendirian Pakatan Rakyat bahawa kami menyatakan ikrar kesetiaan dan kasih tak berbelah bahagi kepada DYMM SPB Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan simpati dan keprihatinan saya selaku Ketua Pembangkang Parlimen yang mewakili kesemua Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014.

Penjelasan Boikot

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan dalam dewan yang mulia ini bagi menjelaskan tindakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memulau beberapa acara tertentu pada hari pembukaan Parlimen pada hari Isnin, 10hb Mac 2014.

Pada hari tersebut, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bersepakat untuk bertindak:

i. Tidak memakai pakaian rasmi Parlimen (Dress Code No. 1)

ii. Tidak menyertai perbarisan istiadat pembukaan Parlimen

iii. Memulau Majlis Minum Petang DiRaja.

Sebagai kesinambungan protes, kami juga mengambil keputusan memulau sesi pembukaan perbahasan usul yang dibentangkan oleh pencadang Ahli Barisan Nasional dan penyokongnya pada hari Selasa, 11hb Mac 2014.

Alasan Boikot

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Kami mempunyai alasan yang kukuh mengapa tindakan tersebut diambil. Pemulauan ini adalah suatu pernyataan protes yang telah dimaklumkan terlebih awal kepada SPB Yang Di-Pertuan Agung melalui surat saya kepada baginda pada awal pagi 10hb Mac 2014.

Dalam surat itu, saya selaku Ketua Pembangkang dan mewakili pimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan kepada Tuanku bahawa:

i. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir acara Majlis Perasmian Sesi Titah Diraja pada hari Isnin, 10hb Mac 2014 sebagai menghormati takhta SPB Agong.

ii. Pakatan Rakyat telah merafakkan maaf kepada SPB Agong kerana tidak hadir ke Majlis Jamuan DiRaja selepas Majlis Perasmian Parlimen. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat membantah cara pemerintah dan proses kehakiman yang dilihat amat tergesa-gesa dan bersungguh-sungguh untuk menghukum saya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari Jumaat, 7hb Mac 2014.

iii. Pakatan Rakyat menyelar tindakan kerajaan yang dilihat merestui proses kehakiman yang pincang yang gopoh lagi melampau menghukum saya. Ini hanyalah bertujuan untuk menghalang saya daripada bertanding dalam PRK DUN Kajang dan ini merupakan pengkhianatan terhadap aspirasi rakyat yang mahukan perubahan yang lebih baik.

Sekali lagi saya ingin mengulangi pendirian Pakatan Rakyat bahawa kami menjunjung kasih dan taat setia kepada SPB Agong.

Saya memberi amaran kepada Barisan Nasional agar tidak memutarbelitkan pendirian kami ini.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Pada hari semalam, media portal Malaysiakini melaporkan Timbalan Perdana Menteri mendakwa bahawa keputusan kehakiman ke atas saya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah suatu kenyataan yang dangkal, yang cuba memutihkan tangan-tangan kotor yang berkonspirasi untuk mengaibkan saya dan menafikan keadilan terhadap diri saya serta menyekat agenda perubahan Pakatan Rakyat.

Tangan-tangan kotor ini telah sekian lama merencanakan konspirasi jahat lagi rakus dan zalim. Oleh yang demikian, saya tidak terkejut apabila pada hari Jumaat yang lalu Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan saya daripada tuduhan yang diatur sekian lama untuk mengaibkan peribadi saya.

Saya sedar dengan penuh yakin bahawa konspirasi politik peringkat tertinggi yang menghukum saya pada tahun 1998 dahulu kini berulang kembali dengan skrip yang usang.

Maka dengan itu, Pakatan Rakyat mengambil keputusan membantah sekeras-kerasnya cara pemerintah dan proses kehakiman yang menafikan keadilan dan proses kehakiman baru-baru ini.

Kami yakin wujud konspirasi politik dan persekongkolan aparat pemerintah untuk menghukum saya.

Konspirasi Politik

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Kami tidak syak lagi bahawa wujud konspirasi politik peringkat tertinggi sejak dari awal yang bertujuan memfitnahkan saya. Konspirasi ini telah bermula lebih awal daripada dakwaan palsu yang berupa fitnah yang terancang.

Pada 24hb Jun 2008, YAB Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri sendiri mengaku bahawa beliau bertemu Saiful Bukhari Azlan.

Pertemuan itu diadakan di Kediaman Rasmi Najib Razak pada 26hb Jun 2008, iaitu dua hari sebelum dakwaan fitnah Saiful terhadap saya. Ia turut dihadiri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Kemudiannya, barulah disusuli dengan aduan polis yang dibuat oleh Saiful pada 28hb Jun 2008.

Menurut laporan Malaysiakini bertarikh 3hb Julai 2008, (TPM) Najib Razak mengaku bahawa Saiful datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat aduan polis terhadap saya. Menurutnya lagi, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat aduan polis (28hb Jun 2008), bercerita mendakwa telah diliwat oleh saya yang didakwa Saiful berlaku pada 26hb Jun 2008.

Pendek kata, ia begini Tan Sri Yang Di-Pertua; “Hari ini jumpa Najib, kemudian esok lusa buat cerita diliwat lagi dua hari.”

Ini cukup menghairankan dan merupakan lawak lucu politik.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Apakah tujuan dan motif pertemuan itu? Apakah ianya suatu kebetulan? Saya tidak dapat menerima sama sekali bahawa ianya adalah pertemuan yang disebutkan oleh Najib sebagai permohonan Saiful untuk mendapatkan biasiswa.

Ia tidak lain hanyalah suatu permulaan konspirasi terancang yang diatur dari awal untuk mengaibkan saya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah antara individu yang turut hadir ketika Saiful bertemu Najib Razak di kediamannya pada 24hb Jun 2008.

Shafee kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya mewakili Jabatan Peguam Negara.

Bagaimana, dan mengapa, Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri boleh menerima dan melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam kes saya? Sedangkan beliau jelas mempunyai kepentingan peribadi memfitnahkan saya.

Beliau juga mempunyai kaitan peribadi dengan beberapa individu pimpinan tertinggi UMNO.

Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan saya pada 1998.

Beliau adalah seorang peguam yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan YAB Najib Razak berkenaan pelbagai isu termasuklah, yang paling mengejutkan berhubung dengan perlantikan hakim.

Peguam Shafee juga pernah bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Dr Mahathir di dalam pelbagai kes, termasuklah kes terhadap saya yang jelas meletakkan beliau dalam kedudukan konflik.

Shafee juga turut didorong untuk memastikan bahawa saya disabitkan dengan pertuduhan liwat kerana beliau terlibat secara langsung sebagai peguamcara bagi beberapa personaliti berprofail tinggi yang telah disaman fitnah oleh saya dan bergantung kepada pembelaan justifikasi bahawa saya adalah homoseksual.

Beliau pernah mewakili Abdul Razak Baginda (kawan karib Najib Razak) dalam kes pembunuhan Altantuya.

Perilaku Shafee serius dipertikaikan apabila beliau gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam saya seperti yang disebutkan dalam Akuan Bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Persekongkolan Aparat Pemerintah

(SPR & Badan Kehakiman)

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Selain daripada konspirasi politik peringkat tertinggi, saya amat yakin juga wujud persekongkolan aparat pemerintah secara terancang untuk menyekat saya daripada bertanding di Kajang.

Kerusi Kajang diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN Selangor pada 27hb Januari 2014. Susulan daripada itu, SPR mengadakan mesyuarat pada 5hb Februari bagi menetapkan hari penamaan calon pada 11hb Mac 2014 (semalam). Penamaan calon itu ditetapkan 34 hari kemudian daripada tarikh mesyuarat SPR.

Bandingkan Kajang dan Balingian. Balingian diisytiharkan kosong pada 27hb Februari 2014. SPR bermesyuarat pada 6hb Mac 2014 dan memutuskan tarikh penamaan calon DUN Balingian pada 17hb Mac 2014, iaitu 11 hari kemudian.

Kajang, penamaan calonnya 34 hari selepas SPR bermesyuarat. Balingian cuma 11 hari. Bukankah SPR boleh menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang yang lebih awal?

Balingian, sebaliknya membuktikan SPR boleh menetapkan lebih awal. Mengapa Kajang ditetapkan begitu lewat sehingga 34 hari, satu jadual yang panjang yang luarbiasa.

Apakah motif dan muslihatnya, jika tidak kerana ianya bertujuan untuk memberi masa kepada pihak tertentu mengatur konspirasi menghalang saya daripada bertanding di Kajang.

Apa yang dilihat kemudiannya, kes saya ditetapkan di Mahkamah Rayuan pada 6hb dan 7hb Mac 2014, iaitu empat hari sebelum penamaan calon PRK Kajang.

Ada beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan:

a) Mengapa SPR lewatkan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi PRK Kajang?

b) Apakah ianya suatu kebetulan Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan tarikh prosiding empat hari (7 Mac 2014) sebelum penamaan calon pada 11 Mac 2014?

Saya dihukum sebelum hari penamaan calon yang sekaligus menjadi alasan hilang kelayakan saya di Kajang.

Segala yang berlaku menjelaskan konspirasi politik dan persekongkolan aparat pemerintah yang diperalatkan untuk menafikan harapan rakyat daripada perubahan dengan cara memusnahkan karier politik saya.

Amat nyata aparat kerajaan – SPR dan badan kehakiman – diperguna dan diperalatkan oleh konspirator politik bagi mengatur langkah kotor, jijik dan zalim terhadap saya. Dan caranya terlalu bobrok, jelek, rakus dan hina.

Hukuman Terhadap Karpal

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Rakan saya, Ahli YB Bukit Gelugor semalam dihukum denda RM4,000 di bawah Akta Hasutan 1948. Beliau dihukum semata-mata kerana memberi pandangan terbuka mengenai krisis Perlembagaan Negeri Perak, yang berentetan daripada kerakusan Barisan Nasional merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri Perak pada tahun 2008 dahulu.

Beliau didakwa dan dihukum di bawah satu undang-undang yang lapok yang diwarisi dari zaman penjajahan Inggeris. Ia bertujuan untuk menyekat, menghalang dan mencengkam kebebasan bersuara.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

“Free speech when suppressed renders democracy to be meaningless.”

“Demokrasi hilang pengertiannya apabila kebebasan bersuara ditindas.”

Tindakan ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk membenamkan kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi negara ini yang semakin pudar. Hukuman yang dijatuhkan pasti mengakibatkan YB Ahli Bukit Gelugor akan terlucut keanggotaannya dalam Parlimen ini. Jika rayuan yang bakal dikemukakannya ditolak.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 48 (1) (e), memperuntukkan bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat hilang kelayakannya jika disabitkan suatu kesalahan dalam mahkamah dengan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000 dan tanpa mendapat pengampunan.

Ini merupakan tindakan terbaru Barisan Nasional untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat dengan cara memperalatkan undang-undang zalim dan aparat badan kehakiman yang gagal mempertahankan hak-hak asasi manusia dan nilai-nilai demokrasi.

Konsensus Nasional

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Pakatan Rakyat sudah berkali-kali mengusulkan diadakan dialog di antara pihak Pakatan Rakyat dan Kerajaan supaya membincangkan dan mencari jalan keluar daripada masalah-masalah utama yang merasuk negara seperti isu perkauman, jenayah dan kenaikan kos kehidupan rakyat.

Isu perkauman dan agama yang diapi-apikan oleh pihak-pihak tertentu semakin agresif dan mencabar kewarasan.

Ini perlu ditangani dengan serius. Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat telah menawarkan dialog melalui gagasan “Konsensus Nasional” kepada Kerajaan.

Pada hari ini, saya ingin pertegaskan bahawa tawaran tersebut ditarik balik.

Keputusan ini diambil berikutan reaksi hambar dan kelesuan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak mempertahankan keadilan dan seterusnya menjerumuskan kepincangan ketara badan kehakiman.

Kesimpulan

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Ini mungkin ucapan perbahasan saya yang terakhir bagi Parlimen Ke-13. Kepada para konspirator, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak gentar dengan permainan politik kotor, jijik dan amat terkutuk.

Saya yakin dan percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan politik murahan yang dicanangkan selama ini untuk memusnahkan karier politik saya dan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya daripada kebobrokan, kebejatan, kegelojohan dan kerakusan kuasa Barisan Nasional.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Saya boleh dipenjarakan untuk lima tahun lagi. Saya sudah melalui dua tahun tahanan ISA. Saya sudah melalui ujian fitnah sehingga merengkok di dalam penjara selama enam tahun.

Jika tindakan Barisan Nasional ini bertujuan untuk melemahkan dokongan rakyat terhadap agenda reformasi, saya pertegaskan pada hari ini, dalam dewan yang mulia ini, kebangkitan rakyat adalah suatu yang pasti mampu merobohkan tembok kepalsuan, fitnah, kezaliman dan rasuah Kerajaan Barisan Nasional.

Saya dan mungkin ramai lagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan terhukum. Namun, saya yakin dan percaya kerakusan kuasa Barisan Nasional ini tidak mungkin berupaya memadamkan bara, api dan obor perjuangan rakyat.

Sekian, saya menyokong.
#Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Categories
NASIONAL

Anwar : Cara kerajaan BN urus krisis MH370, calar imej Malaysia

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelesaian yang digunap akai kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menangani krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Anwar berkata, teguran yang dikeluarkan pemimpin negara ASEAN juga memperlihatkan bahawa kerajaan cukup lemah dalam menguruskan krisis yang sedang berlaku seperti tidak mempunyai sebarang pengalaman.

Beliau turut mempertikaikan maklumat yang bercanggah dikeluarkan pemangku Menteri Pengangkutan, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan MAS berhubung misteri kehilangan terbabit.

Anwar“Dia sebenarnya baru selesa dengan media yang dikongkong jadi bila berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Bagaimana boleh timbul empat pasport, dua pasport, pesawat hilang, lepas tiga hari tentera udara kata patah balik.

“Semalam, kata tak pasti. Kita tidak boleh urus krisis dengan begini, kenyataan mesti disahkan dan tidak boleh ragu-ragu kerana itu yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera kepada saya,” katanya.

Hujah Anwar disokong Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan Malaysia bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi kredibiliti negara dan pimpinan turut terpalit sama ekoran gagal menguruskan krisis berkenaan.

Categories
NASIONAL

Dewan Rakyat tolak jawab isu anak Rosmah

SHAH ALAM, 12 MAC: Tindakan Dewan Rakyat menolak menjawab soalan berkenaan kemampuan anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membiayai filem The Wolf of Wall Street menandakan Parlimen mengakui laporan terbabit.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata soalannya kepada Najib berkenaan filem AS$100 juta itu ditolak Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah melalui surat bertarikh, 7 Mac lalu.

limlipengKatanya, pertanyaan itu diajukan bersama pembelian kondominium berharga AS$33.5 juta di New York dan hartanah berharga AS$17.5 juta di Hollywood oleh Riza Shahriz Abdul Aziz.

“Parlimen seperti mengiktiraf tiga laporan tentang Riza Aziz ini berasas kerana parlimen tidak menafikan apa-apa pun,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Speaker BN tolak usul khas isu MH370

)

Ikuti siaran langsung Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas (2014) dari 12 Mac sehingga 10 April 2014 melalui http://tv.selangorku.com dengan kerjasama MPPAS.

Anwar : cubaan sabotaj berucap di Parlimen

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Kerajaan BN lambat bantu mangsa banjir – Fuziah

KUALA LUMPUR 4 DIS: Kerajaan pusat lambat membantu mangsa banjir di Kuantan dan negeri lain di pantai timur, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

“Kalau perlu notis selama 2 hari, banjir pun sudah surut,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

fuzi536845_269590796542588_1815383859_nTerdahulu, beliau mengemukakan usul supaya darurat diisytihar di kawasan banjir tetapi kesal apabila usul ditolak atas alasan ia perlu dibuat dengan mengemukakan notis bertulis dua hari.

“Soal kecemasan yang berlaku takkanlah memerlukan notis dua hari,” katanya dipetik Keadilan Daily, hari ini.

f7Kata Fuziah, keadaan sekitar Kuantan dan beberapa kawasan lain seperti Paya Besar dan Indera Mahkota dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan segera.

Selain terputus bekalan elektrik, katanya, keadaan tambah parah apabila ada penduduk yang kelaparan kerana sudah kekurangan bekalan makanàn.

– FZL

Categories
NASIONAL

Abdullah Sani tawar diri bertanding Timbalan Presiden MTUC

Oleh : Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR 5 DIS : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada persidangan perwakilan pemilihan yang akan berlangsung, pada 22 Disember ini.

Abdullah berkata, pengalaman dan kedudukannya sebagai wakil rakyat selama dua penggal akan mebolehkan segala isu berbangkit berkenaan pekerja dapat disampaikan dengan lebih efektif di Dewan Rakyat.

abdullah sani“MTUC sebagai lidah kaum pekerja akan lebih efektif seandainya diwakili di Parlimen. Melalui wakil MTUC di Parlimen, isu semasa kaum pekerja dapat disampaikan dengan telus, cepat, tepat dan berkesan.

“Hubungan terus antara wakil MTUC di Parlimen dengan Kementerian Sumber Manusia adalah sangat perlu dan penting memandangkan isu pekerja adalah mendesak dan berlaku pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Abdullah mula aktif menyertai MTUC pada tahun 1984 apabila beliau menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

Pencalonan bagi pemilihan MTUC yang dibuka pada 1 Oktober lalu dan ditutup 1 November lalu menyaksikan terdapat pertandingan bagi semua jawatan penting.

Timbalan Presiden MTUC, Mohd Jafar Abd Majid menerima 10 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya itu, manakala Abdul Razak Md Hassan, yang juga Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu dan Abdullah Sani, masing-masing menerima 15 dan dua pencalonan bagi jawatan itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ahli Parlimen Kuantan kesal isu banjir dipandang remeh

Ahli Parlimen Kuantan kesal isu banjir dipandang remeh

Oleh : Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR 4 DIS : Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kesal usul tergemparnya berhubung pengisytiharan darurat di beberapa kawasan yang terbabit dalam banjir di Pahang ditolak sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui pada sidang media di lobi Parlimen berkata usul itu ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana memerlukan notis selama dua hari secara bertulis.

fuziahsallehFuziah berkata, perkara yang disifatkan sebagai kecemasan harus dipertimbangkan Speaker terutama apabila membabitkan nyawa rakyat.

“Saya tidak dapat menyiapkan teks atau notis kerana mendapat banyak aduan sejak awal pagi daripada penduduk terutama di Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar yang kini berhadapan banjir teruk, yang mana kebanyakan kawasan ini terputus bekalan elektrik dan air.

“Mereka juga tidak dibekalkan makanan dam pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak dapat dihubungi untuk memohon bantuan,” katanya.

Fuziah turut melahirkan kekesalannya terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mempersendakannya dan tidak prihatin terhadap kesengsaraan rakyat yang berdepan bencana banjir.

Katanya, kerajaan pusat juga lambat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan hanya mula mengarahkan pihak berkuasa untuk memulakan kerja menyelamat apabila usul itu dibentangkan.

“Saya kesal dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kata saya tidak prihatin dengan rakyat kerana meninggalkan kawasan dalam keadaan sekarang. Saya ingin tekankan bahawa kedatangan saya ke sini adalah untuk menggesa kerajaan pusat supaya segera menghulurkan bantuan.

“Malam tadi berlaku banjir, tapi hari ini baru ingin mengarahkan pihak berwajib turun memberi bantuan,” katanya.

Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan ramai mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri itu.

-NFN-