Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

PEKAWANIS bawa Dr Yasmeen kongsi pemakanan sihat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OKT: Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) terus mendekatkan wanita dengan ilmu penjagaan kesihatan menerusi program bual bicara kesihatan, hari ini.

Bertempat di Dewan Kompleks PERKIM Selangor, program kali ini menampilkan pakar pemakanan, Dr Yasmeen Farouk Mohamed bagi ‘Merungkai Rahsia Sebenar Kesihatan’.

Dihadiri hampir 1,000 tetamu, program disempurnakan Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Shamshida Taharin dan turut dihadiri tetamu kehormat seperti Tun Dr Siti Hasmah, YTM Raja Dato’ Seri Raja Azureen dan YM Dato’ Noor Hayati Tunku Abdul Rahman.

Shamshida berkata, program itu khusus dibawakan bagi memperkasa wanita dalam ilmu pemakanan.

Dr Yasmin“Dengan ilmu yang diperolehi daripada sumber tepat, kita dapat menolong ahli keluarga menjalani gaya hidup lebih sihat dan pemakanan lebih baik serta seimbang.

“Inisiatif ini juga selaras dengan saranan Islam sendiri untuk kita mengamalkan pemakanan sihat dengan cara yang betul dan bermanfaat untuk tubuh badan kita,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) kepada 50 pesakit kanser, masing-masing menerima RM500.

BICARADr Yasmeen seringkali dijemput bagi membicarakan panduan pemakanan dalam kehidupan seharian, terutamanya berkaitan kanser.

Beliau merupakan pengasas kepada produk penjagaan badan yang selamat untuk pesakit kanser, Temurun Asli.

Baru-baru ini, beliau melancarkan buku kesihatan bertajuk ‘Food Wisdom, Health and Happiness ~ Stay Beautiful’.

Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

300 warga Kuang terima bantuan PEKAWANIS & DUN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUANG, 17 SEPT: Seramai 300 warga Kuang menerima bantuan kewangan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Yang Dipertuanya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, bantuan disasarkan kepada semua kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

“Selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk tingkatkan kehidupan rakyat Selangor, PEKAWANIS menggerakkan inisiatif untuk turun padang dan mendekati rakyat Selangor yang memerlukan.

“Sasaran kami adalah untuk mendekati semua bangsa terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada pertubuhan ini.

IMG_7853“Selain itu, inisiatif turun padang ini juga bertujuan untuk melihat dan memahami sendiri keperitan hidup yang dialami golongan kurang bernasib baik ini di peringkat bawahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyampaian Sumbangan PEKAWANIS dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa.

Dalam perkembangan itu, Shamshida yang juga Isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut mendekati masyarakat kurang bernasib baik di Kampung Permata Kundang.

Beliau turut menyampaikan bantuan tunai dan keperluan barangan dapur kepada lima keluarga yang difahamkan menerima bantuan lain daripada Lembaga Zakat Selangor dan pertubuhan kebajikan lain.

Terdahulu, PEKAWANIS komited untuk membantu golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan seharian secara berterusan.

Pertubuhan kebajikan itu juga optimis mempelbagaikan lagi program ziarah dan serahan bantuan dalam usaha memastikan golongan serba kekurangan di negeri ini mendapat perhatian.

Bantuan terus disalurkan terutamanya ketika menjelang musim perayaan, atau permulaan persekolahan tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

=EZY=

Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

PEKAWANIS komited bantu golongan kurang berkemampuan

OLEH NORHAYATI UMOR

GOMBAK, 26 OGOS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor(PEKAWANIS) komited untuk membantu golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan seharian secara berterusan.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, pertubuhan itu kini sedang merangka program khusus untuk golongan terbabit.

“Kita sedang merancang untuk adakan program untuk golongan ini daripada pelbagai peringkat dan bangsa.

“Ia bagi membantu mengurangkan beban mereka dengan memenuhi keperluan yang mereka perlukan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 15 asnaf di Masjid Asy Syakirin, di sini.

PEKAWANISPada masa sama, Isteri kepada Dato’ Menteri Besar itu berkata, PEKAWANIS sentiasa turun padang mendengar rintihan sekaligus menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.

“Program ini sememangnya diteruskan sepanjang masa. Oleh itu, kita mahu memperluaskan program seperti ini dengan kerjasama pihak bertanggungjawab,” katanya.

Dalam program itu, kira-kira 15 asnaf sekitar Gombak menerima wang tunai yang merupakan sumbangan peribadi, keluarga dan rakannya.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu mereka membeli barangan keperluan harian,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

PEKAWANIS: Sihat untuk keluarga

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 OGOS: Wanita perlu melakukan aktiviti senaman dalam usaha memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap terbaik demi keluarga tercinta.

Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin berkata, ia merupakan sesuatu yang perlu ‘dipaksa’ walaupun dalam keadaan berat.

Katanya, wanita boleh mengamalkan pelbagai jenis dan kaedah senaman menyeronokkan untuk mendisiplinkan mereka dengan rutin itu.

“Saya setuju jika dikatakan wanita perlu sayangi diri sendiri dahulu, iaitu tubuh badan kita sebelum suami dan anak-anak.

IMG_20170820_105740“Kalau kita sakit, bagaimana kita mahu melakukan perkara lain untuk orang tersayang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesihatan PEKAWANIS bersama Women’s Sports & Fitness Foundation Malaysia (WSFFM), di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini, hari ini.

Disertai kira-kira 100 wanita, program sulung itu turut disertai Presiden WSFFM, Puan Seri Sabrina Syed Akil.

Shamshida berkata, pihaknya juga sudah merancang untuk mengadakan program serupa pada skala lebih besar pada masa akan datang.

“Walaupun pertama kali, kita terima pelbagai respon positif yang mahukannya lagi.

“Untuk penganjuran akan datang, kita mensasarkan penyertaan lebih ramai lagi,” katanya.

Program hari ini menyelitkan tiga jenis senaman iaitu Fitness Drumming, Stick2Stix dan Aerodance.

Terdahulu, Shamshida turut dikejutkan dengan nyanyian lagu ‘Happy Birthday’ dan kek harijadi sempena ulang tahun kelahirannya yang jatuh semalam ke-52.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Pekawanis: 140 anak yatim dan Rohingnya terima duit raya

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 JUN: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan duit raya kepada 140 anak-anak yatim dan Rohingya, pada Majlis Iftar Pekawanis, semalam.

Baginda diiringi Penaung Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Paduka Tengku Puteri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pengerusi Pekawanis, Datin Seri Shamshida Taharin.

Shamshida berkata, majlis anjuran bersama Pekawanis dan Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) itu selaras matlamat Pekawanis mempergiat kerja amal di negeri ini.

2017-06-08-PHOTO-00000249“Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memperkasakan wanita dan gagasan Membangun Bangsa dan Memakmur Negeri,” katanya.

Baginda turut berkenan menunaikan solat tarawih berjemaah serta mendengar tazkirah bersama kira-kira 1,150 hadirin.

Sumbangan duit raya ihsan Jakel dan Pekawanis disampaikan kepada 100 anak yatim daripada Kuala Selangor dan 40 anak Rohingya daripada Selayang.

Jakel menyumbangkan RM10,000 sementara Pekawanis menyumbangkan RM4,000 menjadikan jumlah sumbangan keseluruhan RM14,000 dengan setiap anak menerima RM100 seorang.

Categories
SELANGOR

Ibu tunggal terima bantuan PEKAWANIS

SHAH ALAM, 20 APRIL: Seramai 60 ibu tunggal di DUN Sekinchan menerima sumbangan RM100 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bantuan itu bagi membantu golongan terbabit mendepani peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat, mutakhir ini.

Katanya, PEKAWANIS juga tidak pernah meminggirkan kebajikan ibu tunggal yang memerlukan perhatian dan sokongan semua pihak.

“Sumbangan ini adalah inisiatif berterusan PEKAWANIS dalam membantu ibu tunggal terutama berhadapan kos sara hidup tinggi termasuk kenaikan harga barangan dan petrol,” katanya lapor Sinar Harian.

PEKAWANIS dipengerusikan isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin.

Selain itu, Suee Lim turut menyerahkan pinjaman skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) kepada penduduk di DUN berkenaan.

 

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PEKAWANIS serah sumbangan sempena Tahun Baru Cina

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 JAN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) melalui ADN Selat Klang melawat 13 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kalangan kaum Tionghua bagi menyampaikan beberapa hadiah dan sumbangan wang.

ADN Selat Klang, Halimah Ali berkata, beliau bersama petugas PAS dan Briged Amal Selat Klang menyerahkan sumbangan daripada PEKAWANIS kepada 13 penerima di sekitar Teluk Pulai, pada 26 Januari lalu.

“Sumbangan itu mensasarkan golongan warga emas dan OKU berbangsa Cina bagi meringankan beban mereka menyambut Tahun Baru Cina.

pekawanis (3)“Selain menyerahkan sumbangan, saya sempat menziarahi dan bertanya khabar, di samping melihat hasil lukisan yang unik oleh seorang belia OKU,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, seramai 400 rakyat Selat Klang yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina menerima baucer Jom Shopping, pada hari itu.

“Kita mahu orang Cina gembira ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang,” katanya.

Difahamkan, pemberiaan baucer itu dilakukan melalui tiga fasa iaitu pada 17, 24 dan 26 Januari lalu yang diadakan di Pasaraya Econmart berhampiran pejabat ADUN Selat Klang.

Turut hadir ialah Ketua Komuniti Kaum India Selat Klang, Radhakrishnan; Ketua DHPP Selat Klang, Ramanchandran dan Pegawai Khas Ahli Majlis MPK, Ismail Rabbani.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PEKAWANIS terus bantu masyarakat ‘miskin bandar’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

HULU KLANG, 17 DIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) meneruskan usaha mendekati golongan miskin bandar dalam program turun padang dan serahan zakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang, semalam.

Diketuai Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif pertubuhan itu memastikan golongan memerlukan mendapat pembelaan sewajarnya.

“Ini sebagai komitmen kita untuk membantu golongan miskin bandar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan dan moral untuk menjalani kehidupan lebih baik,” katanya.

Serahan zakat diberikan kepada 10 penerima melibatkan penempatan di Keramat Pangsa, Sri Impian, Klang Gate, Kampung Taman Warisan, Kampung Fajar dan Kampung Kemensah.

Kesemua penerima menerima bantuan kewangan sejumlah RM500 dan serahan buah tangan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Klang, Saari Sungip yang diwakili Ahli PEKAWANIS, Aliza Jaafar.

Tidak bersandar kepada bantuan kewangan semata-mata, Shamshida turut memanfaatkan peluang tersebut dengan memberikan dokongan moral kepada penerima.

Keprihatinan pertubuhan itu menyerlahkan lagi iltizam dan komitmen PEKAWANIS membantu rakyat di negeri ini tanpa mengambilkira perbezaan kaum dan agama.

“Tumpuannya PEKAWANIS terus membantu mereka memerlukan dengan harapan bantuan seumpama ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan boleh meringankan beban mereka,” kata Shamshida.

Terdahulu, PEKAWANIS optimis mempelbagaikan lagi program ziarah dan serahan bantuan dalam usaha pertubuhan itu memastikan golongan serba kekurangan di negeri ini mendapat perhatian.

Bantuan terus disalurkan terutamanya ketika menjelang musim perayaan, atau permulaan persekolahan tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PEKAWANIS komited laksana program manfaat untuk rakyat 2017

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 16 DIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) terus komited membantu golongan sasaran menerusi pelbagai program dianjurkan bagi tahun hadapan.

img_20161216_115532_011Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, pihaknya terus merangka pelbagai program kebajikan khususnya bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Awal tahun depan kita merancang untuk menjalankan program sumbangan sempena Tahun Baru Cina dan ia akan diteruskan untuk perayaan ain tanpa mengira bangsa dan agama.

“Objektif utama PEKAWANIS adalah untuk membantu semua kaum di Selangor dengan memberi bantuan yang dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah 2017 bagi Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan Batu Caves di Pusat Khidmat Rakyat YAB DS Mohamed Azmin Ali, Taman Melawati, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, PEKAWANIS juga akan menganjurkan pelbagai program untuk wanita, remaja dan program kesihatan.

“Paling penting, setiap program yang dirangka harus bermanfaat untuk semua rakyat Selangor khususnya,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PEKAWANIS rai 1,950 pelajar 33 DUN

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 16 DIS: Sempena sesi persekolahan 2017 yang akan dibuka pada awal Januari ini, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menganjurkan program ‘Back To School’ bagi meraikan persediaan pelajar kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, PEKAWANIS memperuntukkan RM195,000 untuk program itu melibatkan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam Parlimen.

“Program ini melibatkan hampir 1950 pelajar dan setiap DUN akan menyerahkan sumbangan bernilai RM100 kepada 50 pelajar terpilih.

“Cara penyerahan sumbangan diberikan dengan pelbagai cara mengikut DUN masing-masing, ada yang ahli PEKAWANIS membawa pelajar ke pasaraya membeli-belah, ada juga yang memberikan secara tunai,” katanya kepada SelangorKini.

img_20161216_115733_543Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah 2017 di Pusat Khidmat Rakyat YAB DS Mohamed Azmin Ali, Taman Melawati, di sini, pada 16 Disember lalu.

Katanya, program sumbangan hari itu gabungan bagi Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan Batu Caves dengan menyerahkan baucer pusat membeli-belah Hari-Hari yang bernilai RM100 kepada 150 pelajar.

“Kita memilihHari-Hari kerana ia mudah dijumpai dan terdapat 19 cawangan di Selangor.

“Kita berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak khususnya bagi yang berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Badur, 67, melahirkan rasa syukur di atas pemberian itu yang dapat menampung kos persekolan cucu yang dijaganya yang bakal masuk darjah satu tahun hadapan.

“Dengan sumbangan ini, saya dapat membeli pakaian sekolah serta keperluan alat tulis untuk cucu memandangkan saya sudah bersara,” katanya.

Manakala, Sukma Mohamed, 39, berkata dia berterima kasih kepada PEKAWANIS dan Kerajaan Negeri kerana prihatin perihal rakyat.

“Saya tidak memohon di mana-mana, tetapi pusat khidmat DUN Bukit Antarabangsa yang menghubungi saya mengatakan layak menerima baucer RM100 untuk anak yang kelainan upaya ini.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memang prihatin tentang keadaan rakyat memandangkan kos sekarang semakin meningkat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PEKAWANIS Gombak Setia salur bantuan Deepavali

GOMBAK, 17 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sekali lagi memberikan perhatian kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik melalui penyampaian sumbangan bantuan tunai RM100 dan ‘goodies’ menjelang Deepavali.

PEKAWANIS Gombak Setia dipengerusikan Ruhaiza Muhammed, isteri Hasbullah Mohd Ridzwan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia sentiasa prihatin dan cakna terhadap nasib wanita terutama ibu tunggal dan warga emas.

Ruhaiza berkata, seramai 30 penerima dari kalangan penduduk DUN Gombak Setia yang rata-ratanya dari kalangan ibu tunggal dan juga warga emas yang berlangsung di Pejabat Adun Gombak Setia, Taman Berjaya, Batu Gombak.

Beliau menjelaskan setiap tahun PEKAWANIS merancang mempelbagaikan lagi program dalam usaha kita memastikan golongan yang serba kekurangan mendapat perhatian terutama ketika menjelang perayaan tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik, katanya.

Ruhaiza menyeru semua kaum India hadir mendapatkan maklumat dan informasi dengan mengikuti berbagai program dijalankan.

Setiap program diadakan pasti diedarkan semua maklumat terkini daripada Kerajaan Negeri agar rakyat tidak ketinggalan.

EZY

Categories
SELANGOR

PEKAWANIS: Program Khatam dan Tadabbur Al-Qur’an dapat sambutan

OLEH : NORHAYATI UMOR

PULAU KETAM, 4 MAC: Program Khatam dan Tadabbur Al-Qur’an yang membabitkan wanita di Selangor diteruskan lagi sepanjang tahun ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin berkata program sejak setahun lalu itu teruskan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan.

ds shamsida-web“Kita lakukannya sejak tahun lalu di Kediaman Rasmi Menteri Besar setiap bulan. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari masa ke semasa,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau menyifatkan program itu wajar disertai oleh semua wanita kerana selain mengeratkan silaturahim mereka juga dapat menghayati dan belajar mendalami Kitab Suci Al-Quran.

“Saya rasa sangat gembira dengan sambutan diterima seperti program ini yang menyaksikan penyertaan bertambah setiap bulan.

“Kita mahu mengeratkan ukhwah dan meraikan kesamaan antara kita serta menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup,” katanya.

PEKAWANIS sebelum ini giat menjalankan program kesihatan dengan ahlinya bersama pasukan paramedik pergi ke rumah penduduk terutama orang tua dan menyantuni mereka.

EZY