Categories
NASIONAL

JK Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 12 MEI: Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) PKR 2014 tidak menerima sebarang aduan terhadap calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pemilihan parti itu.

Pengerusi JAP, Abdul Malek Hussain berkata JPP sentiasa telus dalam menjalankan siasatan terhadap mana-mana aduan tanpa mengira individu yang dinamakan dalam aduan terlibat.

pemilihan 2014“Sehingga kini kami tidak terima sebarang aduan terhadap Tan Sri Khalid secara khusus beliau sebagai calon.

“Kami mengalu-alukan sebarang aduan,” kata Abdul Malek dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan tiada politik wang berlaku sepanjang tempoh kempen Pemilihan PKR 2014.

Jelas beliau sehingga kini JPP sudah menerima menerima 331 aduan sepanjang bermulanya proses penamaan calon sehingga proses pengundian minggu ke tiga semalam.

Katanya daripada 331 aduan terbabit, pihak JAP sudah pun menyelesaikan sebanyak 241 aduan dan mendapati hanya 100 aduan disifatkan sebagai bantahan berasas, manakala 141 ditolak.

“Bermakna ada 90 lagi bantahan yang sedang dalam proses siasatan sebelum kita buat keputusan.

“Bantahan berasas ini beri implikasi kepada pencalonan di mana bantahan terhadap yang sudah diterima sebagai calon, pencalonan mereka digugurkan,” kata Abdul Malek lagi.

Aduan terbabit merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat penamaan calon, berkempen dan mengundi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang terserempak dengan wartawan Selangor Kini di pekarangan Ibu Pejabat PKR memberitahu kedatangan beliau disebabkan dipanggil Jawatankuasa Disiplin Parti.

EZY

Categories
NASIONAL

Abdul Khalid: Pemilihan PKR perlu penambahbaikan, lebih telus

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 11 MEI: Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata PKR memerlukan reformasi menyeluruh bagi memperbaiki kepercayaan ahlinya termasuk dalam isu ketelusan proses pengundian seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Abdul Khalid berkata beliau meminta maaf kepada ahli PKR di negeri ini berikutan insiden yang berlaku sehingga memaksa pengundian semula dijalankan di beberapa cabang.

pemilihan-2014“Saya meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN.

“Aduan dan tindakan ini penting untuk kita tunjukkan bahawa KEADILAN ialah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan pemilihan,” tulis Abdul Khalid di laman sosial facebook hari ini.

Pemilihan PKR 2014 yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan pemilihan di 17 cabang sudah pun dibatalkan disebabkan pelbagai isu yang berlaku sepanjang proses pengundian.

Antara cabang yang diadakan undian semula, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit , Pengerang, Tenggara, Tenom, Keningau, Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani.

Ketika berita ini ditulis, pengundian di beberapa cabang di Selangor dijangka turut berhadapan kemungkinan akan dibatalkan atas pelbagai alasan.

Antaranya ketelusan pegawas JPP yang dikatakan memihak kepada calon tertentu, jumlah kertas undi berbeza dari jumlah nama yang dipotong dan wakil calon menandakan kertas undi bagi pihak pengundi.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Keputusan penuh dijangka 19 Mei

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 11 MEI: Keputusan penuh Pemilihan PKR 2014 hanya akan diketahui selewat-lewatnya 19 Mei ini selepas proses pengundian semula di 17 cabang selesai.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP), Datuk Johari Abdul ketika dihubungi Selangor Kini

pemilihan 2014“Kita tunggu semua proses pemilihan berakhir pada 18 Mei. Kita masih ada lagi 17 atau 18 (pemilihan cabang).

“Kita akan kendalikan beberapa cabang yang kita tangguhkan dan batalkan akibat masalah teknikal dan masalah keraguan,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, JPP telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincang isu-isu berkaitan perjalanan Pemilihan 2014, khususnya isu 17 Cabang yang mana proses pengundian telah didapati bermasalah.

Hasil mesyuarat itu memutuskan 17 cabang berkenaan akan mengadakan pemilihan bagi peringkat Cabang dan/atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Sabtu 17 Mei 2014.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Abdul Khalid ungguli KL, Putrajaya dan NS, undi Selangor penentu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 11 MEI: Minggu ke-3 Pemilihan PKR 2014 menyaksikan calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setakat ini memperolehi undi tidak rasmi di Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Negeri Sembilan sebanyak 934 undi mengatasi saingannya, Datuk Saifuddin Nasution (551) dan penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali (544).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Abdul Khalid turut menang di semua cabang di Kuala Lumpur dan Putra Jaya kecuali Lembah Pantai dan Batu yang dimenangi Saifuddin.

pemilihan-2014Faktor kemenangan Saifuddin di dua cabang itu dipercayai disebabkan cabang-cabang itu merupakan kubu kepada Tian Chua dan Nurul Izzah yang merupakan rakan sepasukkan Saifuddin dalam regu ‘Masa Depan Bersama’.

Keputusan tidak rasmi di Lembah Pantai menyaksikan Saifuddin memperolehi 304 undi diikuti Abdul Khalid (72 undi) dan penyandang jawatan, Mohammed Azmin Ali (36 undi).

Manakala di Batu pula menyaksikan Saifuddin memperolehi 150 undi, Abdul Khalid (90 undi) dan Azmin (37 undi).

Cabang-cabang yang dikuasai Abdul Khalid pula, Bandar Tun Razak dengan memperolehui 118 undian, Azmin (28) dan Saifuddin (8).

Cabang lain yang turut dimenangi Abdul Khalid, Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju, Seputeh dan Putra Jaya.

Manakala Azmin sehingga kini masih belum menang mana-mana cabang di Lembah Klang.

Kutipan undi terkumpul tidak rasmi bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat ini, Saifuddin mendahului dengan 524 undi, diikuti Abdul Khalid (471) dan Azmin 131.

Mengikut Perlembagaan PKR, pengiraan undi dikira berdasarkan satu ahli, satu undi, bukan berdasarkan jumlah cabang yang dimenangi.

Di Selangor, Abdul Khalid mempunyai reputasi cemerlang sebagai pentadbir di kalangan rakyat dan ahli akar umbi PKR negeri itu.

Sementara itu di Negeri Sembilan, Azmin dan Abdul Khalid bersaing rapat dengan Azmin menang di tiga cabang dan Abdul Khalid dua cabang.

Azmin beroleh kemenangan di Teluk Kemang, Tampin dan Jempol, manakala Abdul Khalid menguasai di Seremban dan Rembau.

Jumlah undi terkumpul tidak rasmi bagi Negeri Sembilan setakat berita ini ditulis, Abdul Khalid mengatasi Azmin dengan Abdul Khalid, 463 undi, Azmin (413) dan Saifuddin (27).

Bagaimanapun sekiranya jumlah undi tidak rasmi ini diambil kira dijangka masih belum mengatasi jumlah keseluruhan undi yang diperolehi Azmin.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pemilihan PKR 17 Cabang dibuat pada 17 Mei

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN telah mengadakan satu mesyuarat pada hari Isnin, 5hb Mei 2014, untuk membincang isu-isu berkaitan perjalanan Pemilihan 2014, khusus isu 17 Cabang yang mana proses pengundian telah didapati bermasalah.

JPP telah membuat keputusan bahawa Cabang-Cabang berikut akan mengadakan pemilihan bagi peringkat Cabang dan/atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Sabtu 17hb Mei 2014:

1. Setiu
2. Kuala Nerus
3. Kemaman
4. Dungun – Cabang
5. Paya Besar
6. Nibong Tebal
7. Jerantut
8. Batang Sadong
9. Kapit – MPP sahaja
10. Pengerang – MPP sahaja
11. Tenggara – MPP sahaja
12. Tenom – MPP & Cabang
13. Keningau – MPP & Cabang; 2 lokasi pada 17hb & 18hb Mei 2014

Empat Cabang berikut pula akan mengadakan pemilihan pada satu tarikh yang akan ditetapkan dan diumumkan kemudian:

1. Bukit Katil – AMK & Cabang
2. Tawau – MPP & Cabang
3. Papar – AMK sahaja
4. Sg Petani – AMK sahaja

JPP akan mengeluarkan notis pemilihan parti bagi kesemua Cabang-Cabang yang dinyatakan di atas dalam masa terdekat.

Datuk Johari Abdul
Pengerusi JPP

JURNAL BERITA – MB : Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

1. MB maklumkan kepada DYMM Sultan jadi MB untuk 2 penggal

2. MB: “Bukan masanya laksana GST, pendapatan rakyat harus dipertingkat”

3. MB: Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

4. MB: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid

5. MB 2 penggal, prestasi pengganti perlu lebih baik

6. Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat tak akan pecah

7. Keterlaluan anggap penjawat awam sertai bantah GST pengkhianat

8. Jais perkasakan pendidikan perkukuh institusi kekeluargaan

9. Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

10.Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

11.Pemantauan berkala sumber air, pastikan cukup musim kering

12.Pergiat usaha benteras dadah di kalangan belia

13.Keputusan Pemilihan PKR Batang Sadong batal, sah wujud unsur penipuan

14.SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

15.SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Undian jawatan Ketua Wanita semakin sengit, hangat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 4 MEI: Pencabar bagi jawatan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dalam Pemilihan PKR 2014 berpendapat undian yang diperoleh dalam pusingan pertama minggu lalu membuktikan beliau seorang pencabar hebat bagi penyandang jawatan terbabit, Zuraida Kamaruddin.

Rodziah berkata daripada lima negeri yang membuang undi, empat negeri dari Semenanjung menunjukkan penerimaan kepimpinan beliau sebagai Ketua Wanita PKR.

pemilihan-2014“Bagaimanapun, di Sarawak saya kurang mendapat undi, tetapi empat negeri di Semenanjung boleh dikatakan menerima kepimpinan saya.

“Saya rasa jumlah itu cukup baik, walaupun saya ketinggalan sebanyak lebih 600 undi dari penyandangnya, namun saya rasa pusingan pertama ini cukup baik bagi saya.

“Jumlah undian setakat ini membuktikan kedua-dua pimpinan mempunyai indikasi yang baik dari segi persaingan,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini.

Rodziah berharap pada pusingan kedua itu nanti beliau akan beroleh keputusan yang lebih baik.

rodziah-ceramah-biru-01“Tawaran saya, berpegang pada prinsip wanita mesti diberikan keyakinan dan perubahan kerana perubahan itu bukan satu perkara yang negatif.

“Saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan di Selangor akan cuba dilaksanakan di luar sana.

“Isu orang mempertikaikan kesibukan saya, bukan satu isu. Bagi saya kadang-kadang orang sibuk lebih pandai menguruskan masa,” katanya

Perebutan bagi jawatan Ketua Wanita PKR masih diungguli penyandangnya, Zuraida Kamaruddin dengan 1,789 undi manakala pencabarnya, Rodziah Ismail mendapat 1,106 undi.

Keputusan penuh boleh diperolehi dengan melayari di laman web
hppt://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.

Minggu pertama pengundian berakhir 27 April lalu membabitkan pemilihan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor dan Melaka.

Proses pengundian akan disambung 2 Mei di Perlis, Kedah dan Sabah diikuti Pulau Pinang, Perak dan Sabah (4 Mei), Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan (10 Mei) dan Selangor (11 Mei).

EZY

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Abdul Khalid teruskan kempen tidak serang calon lawan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR 3 MEI: Calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2014, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berhasrat membalas serangan calon lawannya dalam baki tempoh berkempen sekaligus mengekalkan corak kempen tidak menyerang mana-mana calon lawannya.

Ini kerana Abdul Khalid menganggap strategi berkempen memburukkan pemimpin seperjuangan lain bukan amalan beliau dalam percubaan meraih kemenangan dalam mendapatkan kerusi nombor dua parti itu.

pemilihan-2014“Saya tidak menyerang, tidak payah. Dalam masjid ini lagilah tidak baik saya bercakap untuk menyerang,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Sementara itu ketika menyentuh keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membatalkan keputusan pemilihan di Batang Sadong, Sarawak berikutan wujudnya unsur penipuan dalam proses pengundian, Abdul Khalid berkata usaha menentang penipuan harus dijalankan di semua peringkat sama ada di peringkat parti mahupun dalam pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

b4“Pucuk pimpinan PKR menentang segala usaha untuk menipu dalam pilihan raya kerana kita bersetuju kita sangat marah kepada SPR tidak mengaturkan dan tidak mengingatkan bahawa menipu dalam pilihan raya itu salah kerana memperkecilkan sistem demokrasi,” kata Abdul Khalid.

Terdahulu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat parti itu berkata tindakan membatalkan keputusan itu dibuat berikutan wujud unsur penipuan dalam proses pengundiannya.

Katanya, antara keraguan yang timbul adalah jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan ahli yang keluar mengundi selain corak tulisan di kertas undi sama seolah ditulis orang yang sama.

EZY

JURNAL BERITA -MB: Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

1. Kerajaan Negeri pastikan bekalan air terjamin

2. Kerajaan Negeri beri MTUC tanah bina pusat latihan

3. MB: Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

4. MB: Henti catuan air tiada kena mengena Pemilihan PKR

5. MB: Jawatankuasa khas beri wajah baru projek perumahan rakyat

6. Penstrukturan industri air, pertimbang tidak guna Akta WSIA

7. Anwar: Umno berhati busuk, tambah 10 tahun penjara

8. Himpunan 1 Mei: Tahniah kebangkitan rakyat, lawan sampai BN tersungkur – Anwar

9. Kerajaan Negeri kekal kuarters sejarah di Kuala Kubu Bharu

10. JAIS diarah lengkapkan laporan kes kematian pelajar’

11. Pekerja perlu dihargai, penyumbang kemajuan negara

12. Perkhidmatan bas komuniti MBPJ dilengkapi wifi percuma 15 Mei

13. MPK beri tawaran khas RM15 kompaun letak kereta

Categories
NASIONAL

Keputusan Pemilihan PKR Batang Sadong batal, sah wujud unsur penipuan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 MEI: Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Batang Sadong, Sarawak, minggu lalu dibatalkan berikutan wujud unsur penipuan dalam proses pengundiannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul, berkata tindakan itu diambil berikutan timbul banyak keraguan dalam proses pengundian yang menjurus kepada penipuan.

Katanya, antara keraguan yang timbul adalah jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan ahli yang keluar mengundi selain corak tulisan di kertas undi sama seolah ditulis orang yang sama.

johari abdul parlimen 01“Jadi, kita ambil keputusan membatalkan keputusan di Batang Sadong,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Beliau berkata, pengawas pemilihan yang terbabit pada hari pengundian juga digantung tugas.

Johari berkata, pihak JPP juga mencadangkan kepada Jawatankuasa Dispilin supaya beberapa pemimpin cabang yang menang tanpa bertanding dipecat daripada parti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan berlaku penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang di Sarawak yang membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

chegu bard -1Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin juga mendesak supaya Azmin dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR ekoran dakwaan penipuan itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Gu Bard berkata, berdasarkan laporan yang dibuat pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Henti catuan air tiada kena mengena Pemilihan PKR

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 30 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan penamatan catuan air bukan dibuat sempena pemilihan PKR yang kini sedang berlangsung.

Beliau yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu berkata, keputusan itu dibuat secara kolektif bersama pihak lain dalam industri air demi kepentingan rakyat.

IMG_9937aKatanya, sebagai ketua eksekutif tertinggi negeri ini, beliau sama sekali tidak boleh mencampur-aduk tanggungjawab dengan politik dan menjalankan tugas secara professional.

“Jika sebab pemilihan, sudah tentulah saya akan tamatkan lebih awal lagi, tidak perlu menunggu sehingga sekarang.

“Ini keputusan bersama pihak lain, bukan dibuat oleh saya sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini.

Pemilihan PKR yang bermula minggu lepas menyaksikan Abdul Khalid bersaing dengan Datuk Saifuddin Nasution dan Azmin Ali bagi jawatan nombor dua PKR.

Mengulas proses pemilihan yang berlangsung, beliau menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memberi laporan terperinci berhubung insiden ‘blackout’ di bilik pengiraan undi di sebuah hotel bajet ketika pemilihan parti beberapa hari lalu.

“Itu saya ingat Biro Politik akan mengambil tindakan tegas sebab PKR dan Pakatan Rakyat (PR) sangat marah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tak jaga pilihan raya dengan betul.

“Buat masa ini, saya belum (puas hati dengan JPP), saya pun mesti mendapat laporan yang tepat tentang perkara ini,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: JPP bukan SPR, jangan tolak ansur pada penipu

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 APRIL: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar mengarahkan Jawatankuasa Pemilihan Parti 2014 (JPP) supaya tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk penipuan yang berlaku dalam pemilihan kali ini.

Mengulas berkenaan dakwaan penipuan yang berlaku di Batang Sadong, Anwar secara sinis menjelaskan, JPP bukan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyembunyikan penipuan dalam proses pemilihan.

Tegasnya, JPP perlu menyiasat segera perkara berkenaan sama ada membatalkan mahupun membuat penagguhan jika terdapat elemen penipuan yang berlaku.

pemilihan 2014“JPP sudah memberikan penjelasan kepada saya. Arahan kita, sebaik ada elemen kecuaian atau penipuan siasat segera, batal atau tangguh.

“Jangan tolak ansur sama sekali. Ini pendirian kita. Tidak kira siapa calon menang,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Jelasnya, JPP tidak terikat dengan pimpinan dan beliau sendiri memberikan kepercayaan penuh kepada JPP.

johari abdul parlimen 01Difahamkan, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dan Malek Hussin berada di Sarawak bagi menyiasat dakwaan penipuan yang berlaku.

Selain Batang Sadong, pemilihan di kawasan Dungun, Kemaman dan Setiu turut ditangguhkan kerana mengalami masalah.

-NFN-