Categories
NASIONAL

Pengundian Pemilihan PKR bermula hari ini di Pantai Timur

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Pengundian Pemilihan PKR 2014 yang bermula peringkat pertama hari ini melibatkan tiga negeri Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Sarawak.

Pengundian seterusnya diadakan esok, 27 April di Johor, Melaka dan juga bersambung di Sarawak.

Berikutnya pada 3 Mei nanti, untuk anggota di Kedah, Perlis dan Sabah.

pemilihan-2014Lokasi seterusnya diteruskan di kawasan Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada 4 Mei.

Kemudian 10 Mei, giliran anggota Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula.
Pengundian akan berakhir di Selangor pada 11 Mei.

Seramai 496,293 daripada 500,000 anggota parti layak mengundi pada pemilihan kali ini.

Sebarang maklumat mengenai Pemilihan KEADILAN, semakan keahlian, semakan senarai calon, atau penjelasan mengenai peraturan dan etika pemilihan boleh diikuti di laman sesawang https://pemilihan2014.keadilanrakyat.org).

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Abdul Khalid gembira dengan pergerakan pasukannya

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG 25 APRIL : Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati terhadap pergerakan pasukannya sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan beliau mampu meraih jawatan kedua tertinggi parti itu pada pemilihan esok.

Abdul Khalid berkata beliau sudah menjelajah hampir ke seluruh negeri untuk berkempen dan menerangkan prinsip yang didukungnya kepada ahli parti hampir setiap hujung minggu.

pemilihan-2014“Saya gembira dengan pergerakan pasukan,” katanya ringkas pada sidang media di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini hari ini.

Abdul Khalid yang juga Menteri besar Selangor bakal berdepan tiga calon lain iaitu penyandang jawatan timbalan presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan ahli cawangan Hulu Selangor, Datuk K Ramachandran.

Pemilihan PKR akan berlangsung pada 26 April sehingga 11 Mei depan dan dijangka bakal memberi saingan sengit kepada setiap calon yang bertanding.

EZY

Categories
NASIONAL

Saingan sengit Timb. Presiden PKR, demokrasi dalam parti

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 23 APRIL : Persaingan sengit bagi merebut kerusi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan pada 26 April depan semakin hangat dirasakan lebih-lebih lagi posisi kedua tertinggi parti itu bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon.

Empat pesaing terdiri daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan ahli cawangan Hulu Selangor, Datuk K Ramachandran.

Mengulas keadaan itu, calon Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail menyifatkan ia adalah perkara biasa memandangkan individu yang dicadangkan untuk bertanding posisi itu adalah nama besar dan tidak asing dalam dunia politik tanah air.

pemilihan-2014Beliau berkata ia sekaligus menjadi cabaran buat setiap calon untuk berusaha menonjolkan diri mereka melalui prinsip perjuangan yang dibawa untuk meraih undi ahli anggota.

“Kalau pertembungan antara ketua wanita atau ketua angkatan muda keadilan (AMK) ada dua atau tiga calon sahaja, maka persaingannya lebih mudah atau tidaklah terlalu kuat.

“Tetapi memandangkan calon yang bertanding untuk (timbalan presiden) adalah nama besar mungkin ia menjadi perhatian malah anggota parti sendiri merasa terpanggil untuk mendalami siapa yang terbaik untuk duduk di posisi kedua dalam parti.

“Inilah cabaran bila PKR letakkan satu anggota untuk satu undi,” katanya kepada Selangor Kini.

Rodziah yang juga Exco Wanita dan Kebajikan Selangor, berkata kesemua calon yang bertanding termasuk dirinya kini giat turun padang untuk membawa agenda masing-masing sebelum berhadapan pemilihan, Khamis ini.

Katanya pemimpin yang bertanding mestilah arif membawa hasrat besar majoriti pengundi supaya apabila dipilih kelak mampu melaksanakan mandat yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Kita harap pemimpin yang dipilih ada nilai dan kriteria yang ditetapkan.

“Itulah cabaran besar kepada PKR kerana orang akan nampak pergaduhan antara ahli parti, tetapi sebenarnya tidak kerana ia mematangkan kita,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR, Elizabeth Wong tarik diri jawatan Naib Presiden

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 11 APRIL : Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Elizabeth Wong hari ini memutuskan menarik diri dalam pertembungan merebut jawatan Naib Presiden parti itu.

Beliau yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri memaklumkan sudah menulis surat tarik diri daripada pertandingan 16 penjuru itu.

pemilihan-2014Katanya, keputusan penarikan diri itu dibuat atas pilihan dirinya dan bukannya atas desakan pihak lain.

“Bila saya lihat senarai calon untuk MPP, saya nampak kekurangan calon wanita.

“Jadi saya ingin sertai supaya ada kepelbagaian calon bukan sekadar lelaki sahaja,” katanya yang ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS).

Tambah Elizabeth, keputusan menarik diri juga dibuat berdasarkan faktor kredibiliti tinggi di kalangan senarai calon Naib Presiden yang lain.

Antara calon yang bertanding ialah penyandangnya, Tian Chua, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan pemimpin PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Semalam, Tian Chua mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden parti yang akan diadakan hujung bulan ini.

Mengulas perkembangan itu, Elizabeth berkata beliau menyambut baik keputusan Tian Chua yang disifatkan mendahulukan kekuatan parti.

“Saya dimaklumkan semalam dan saya rasa ini bagus baginya mempertahankan kedudukan untuk mempergiatkan kerja.

“Saya rasa penting untuk kita mempunyai satu pasukan yang gigih, kuat serta berani,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Akar umbi PKR sambut baik Khalid tanding Timbalan Presiden

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 10 APRIL: Anggota PKR di peringkat akar umbi menganggap keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sememangnya sesuatu yang dinantikan.

Pekerja swasta, Ahmad Borhan, 39 tahun, berkata rekod cemerlang selama enam tahun sebagai Menteri Besar yang dimiliki Abdul Khalid mampu memberi penambahbaikan pentadbiran parti.

pemilihan-2014“Satu Malaysia sudah tahu pencapaian Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dengan rekod bersih dan telus.

“Beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden sekiranya diberi peluang,” kata ahli PKR terbabit ketika ditemui Selangor Kini di Selayang.

borhanKetika menjawab satu soalan Ahmad berkata walaupun Abdul Khalid agak lewat menyertai PKR berbanding pesaing jawatan sama tetapi perkara itu bukanlah isu utama.

“Tan Sri Khalid saya lihat setia dengan perjuangan reformasi walaupun kadang-kala dikritik.

“Lagipun adakah kesetiaan boleh pastikan integriti dan ketelusan seseorang?” Kata Borhan.

NasiruddinNasiruddin Mohamed, 54, ahli PKR Cabang Sepang pula memberitahu beliau dan rakan anggota Cabang Sepang akan memberikan sokongan seratus peratus terhadap Abdul Khalid.

“Beliau terbukti antara pemimpin yang mempunyai rekod terbaik dalam mengurus tadbir sesebuah kerajaan.

“Ahli PKR patut manfaatkan ‘aset’ bernilai ini. Ketidak beradaan Tan Sri Khalid dalam kepimpinan PKR merugikan PKR sendiri,” kata Nasiruddin.

GaryPeniaga, Gary Lim, 32 pula memberitahu Abdul Khalid berjaya membuktikan kemampuan beliau mengurus kewangan negeri dengan telus tanpa pembaziran dan ketirisan.

“Dia cekap urus kewangan negeri, bukan cincai-cincai, tidak membazir duit rakyat.

“Orang seperti ini ada kepakaran tak boleh disia-siakan dan memang patut pegang jawatan penting dalam parti,” kata Gary yang merupakan ahli PKR di Shah Alam itu.

Dalam Pemilihan PKR 2014 kali ini Abdul Khalid yang satu-satunya Menteri Besar dari PKR menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden.

Beliau sebagai calon nombor 2 akan berhadapan dengan lima calon lain termasuk penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali.

Abdul Khalid dalam kempen pemilihan kali ini menawarkan slogan ‘Menuju reformasi tulen – integriti, telus dan bersih’.

EZY

Categories
NASIONAL

Abdul Khalid sambut baik cabaran 6 penjuru bertanding Timbalan Presiden PKR

Oleh: AFEEQA AFEERA dan AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 2 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik keputusan mana-mana pihak untuk bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada Mei depan.

Beliau berkata PKR yang mengamalkan demokrasi dalam kepimpinannya memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan diri mereka melalui pemilihan.

pemilihan-2014“Baguslah kalau nak bertanding kerana itu terpulang kepada setiap individu.

“Itulah keistimewaan demokrasi PKR yang memberi peluang kepada semua yang berminat untuk memperkenalkan diri dengan bertanding dalam pemilihan,” katanya ringkas dalam sidang media di Bangunan SUK, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menafikan beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2014.

Dalam kenyataannya menerusi sistem pesanan ringkas (sms) beliau menyangkal dakwaan berkenaan.

“Tak, saya kekal bertanding (Timbalan Presiden),” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini terdapat desas desus mengatakan beliau akan menarik diri dan mempertimbangkan tawaran untuk menjadi Setiausaha Agung PKR.

Selepas berakhir proses penamaan calon PKR peringkat pusat Sabtu lalu, jawatan timbalan presiden PKR bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru.

Penyandangnya, Mohamed Azmin Ali akan menerima tentangan sengit daripada lima calon lain antaranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution, Tian Chua, Datuk K Ramachandran dan Murali Subramaniam.

Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.

EZY

JURNAL BERITA – Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

1. Hasil kredibiliti 5 tahun, Abdul Khalid percaya ahli PKR beri sokongan

2. Perpustakaan Selangor lancar khidmat u-Pustaka, kaedah segera cari bahan bacaan

3. Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

4. Kak Wan utamakan Kajang, belum umum bertanding Pemilihan PKR

5. Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

6. ADUN Sungai Pinang salur RM20,000 beli 100 basikal, atasi masalah kesesakan

7. SYABAS lanjut catuan air hingga 30 April

8. Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah jawatan Presiden

9. Pembeli Taman Kencana kesal, pemaju naik harga rumah terbengkalai

10.Hanya kawasan masalah pam, tinggi lewat terima sambungan bekalan air

11.Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

12.Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

13.MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

14.MBPJ tingkat aspek keselamatan, lancar tempat letak kereta khas wanita