Categories
NASIONAL

Permatang Pauh sesak, MB tunggang motor ke pusat mengundi

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Jalan raya di Permatang Pauh sesak teruk pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, kesesakan itu menyebabkan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terpaksa membonceng motosikal untuk bergerak dari satu pusat mengundi ke pusat mengundi lain.

azmin“Dato’ Menteri Besar tadi menaiki motor dari sekolah Permatang Rawa. Sekarang, beliau menuju ke Sungai Dua menunggang motor,” kata Shuhaimi ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan 24,042 atau 33.44 peratus pengundi keluar mengundi sehingga jam 11.00 pagi ini.

Mengulas peratusan keluar mengundi, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyeru pengundi Permatang Pauh melunaskan tanggungjawab mereka.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan sayu teringat Anwar di hari pengundian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Calon Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sayu apabila terkenangkan suaminya yang merengkok dipenjara akibat fitnah yang menyebabkan PRK itu diadakan.

Dr Wan Azizah berkata, beliau dan keluarga akan terus menghadapi cabaran bagi memastikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat terbela.

“Saya berdoa dan berharap pengundi Permatang Pauh bersama saya. Saya tidak fikir pengundi Permatang Pauh suka melihat saya jatuh.

_MG_6053“Sedih, sepatutnya pilihan raya ini tidak berlaku tetapi hidup perlu diteruskan. Kita perlu berjuang.

“Kalau kita menerima kezaliman ini adalah ujian. Tuhan mahu melihat apa akan kita lakukan, bagaimana menerima cabaran dan hadapinya dengan cara yang betul,” katanya di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini.

Beliau yang tiba di pusat mengundi itu sekitar jam 8.30 pagi turut berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meningkatkan lagi kemudahan bagi pengundi orang kelainan upaya (OKU) setanding negara maju.

“Saya ada dapat sedikit aduan supaya kemudahan kerusi roda untuk OKU ditambah baik lagi berbanding sedia ada,” katanya.

Ketibaan Dr Wan Azizah disambut dengan laungan reformasi kira-kira 100 penyokong PR sambil mengibarkan bendera PKR.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes fitnah 2.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Majoriti yakin pengalaman Kak Wan bantu raih undi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Sebanyak 84 responden atau 60.86 peratus yakin pengalaman Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Adun Kajang adalah faktor sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

01- SHUAIB-Kajian rambang yang dijalankan Selangor Kini di Permatang Pauh membabitkan 138 responden itu juga mendapati 15.94 peratus menjawab tidak bersetuju, 21.73 peratus tidak pasti dan 1.44 peratus lagi tidak menjawab soalan.

Kaji selidik yang dijalankan dari 30 April hingga 5 Mei lalu melibatkan beberapa kawasan pekan atau bandar dan kawasan luar bandar dalam Parlimen Permatang Pauh seperti kampung sekitar Jalan Baru, Kubang Semang, Pasar Awam Penanti, Kampung Pelet, Pekan Permatang Pauh, Seberang Jaya dan beberapa tempat lain.

Kajian berkenaan melibatkan 108 responden pengundi Melayu, 20 Cina dan 10 India.

-NFN-

Konvoi ratusan kenderaan rentas Permatang Pauh bantah GST

Ratusan kenderaan dari pelbagai negeri turun ke Permatang Pauh hari ini untuk mengembleng sokongan rakyat supaya mengundi membantah GST.

Categories
NASIONAL

Wan Azizah miliki karisma, kehadiran sentiasa dinanti

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memiliki karisma tersendiri apabila kehadirannya sering dinanti dalam setiap majlis anjuran Pakatan Rakyat (PR).

Dalam program ceramah PR sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh malam tadi, Wan Azizah yang muncul di akhir program dikerumuni hadirin kerana gembira dapat bertemu beliau.

_MG_5416Ramai yang mengharapkan kehadirannya dan mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar dengan calon PKR berkenaan.

Kepetahan berbicara termasuk ketika berbahasa Tamil saat menyampaikan amanat parti disenangi dan mendapat reaksi positif pengunjung di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini.

Beliau berkata, perjuangan bersama pemimpin lain dalam PKR perlu mendapat sokongan rakyat bagi mengakhiri pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati amanah umum.

“Mata itu adalah kunci dan simbol kami adalah mata, bukan sahaja mata untuk melihat tetapi juga hati kerana ia adalah kebenaran,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

82.6% pengundi anggap GST pengaruhi undi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Satu kaji selidik yang dijalankan Selangor Kini di Permatang Pauh mendapati 114 responden atau 82.6 peratus pengundi di sini menganggap langkah kerajaan melaksanakan GST mempengaruhi mereka dalam memilih parti yang akan diundi.

Kajian rambang yang dijalankan terhadap 138 responden itu juga mendapati hanya 4.34 peratus menjawab tidak setuju GST mempengaruhi mereka, manakala 11.59 peratus menjawab tidak pasti dan 1.44 peratus tidak menjawab soalan.

Bagi soalan kedua, 108 responden atau 78.26 peratus bersetuju isu 1MDB turut mempengaruhi pengundian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

_MG_5411Sementara itu, 7.24 peratus atau 10 responden memilih tidak bersetuju, 13.04 memilih tidak pasti dan 1.44 peratus tidak menjawab soalan.

Bagi soalan adakah serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kesan negatif terhadap undi Barisan Nasional, 80 responden atau 57.97 peratus bersetuju dan 20.28 peratus mengatakan tidak setuju.

Sementara itu, sama banyak dengan tidak bersetuju, 20.28 peratus mengatakan tidak pasti dan 1.44 peratus lagi tidak menjawab soalan itu.

Rumusan kaji selidik itu juga mendapati majoriti penduduk luar bandar secara umumnya turut memahami asas GST yang mengakibatkan kenaikan harga barangan, sekali gus meningkatkan kos sara hidup mereka.

11200922_10153122511360379_3135063353376467334_nKajian itu menunjukkan daripada 66 penduduk luar bandar yang ditemui, seramai 41 atau 62.12 peratus menganggap GST mempengaruhi undi mereka berbanding 11 responden atau 16.66 peratus tidak bersetuju.

Sementara itu, 18.18 peratus menjawab tidak pasti dan selebihnya 3.03 peratus tidak menjawab soalan.

Kaji selidik yang dijalankan dari 30 April hingga 5 Mei itu melibatkan beberapa kawasan pekan atau bandar dan kawasan luar bandar dalam Parlimen Permatang Pauh seperti kampung sekitar Jalan Baru, Kubang Semang, Pasar Awam Penanti, Kampung Pelet, Pekan Permatang Pauh, Seberang Jaya dan beberapa tempat lain.

Kajian ini melibatkan 108 pengundi Melayu, 20 responden Cina dan 10 responden India.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ambil iktibar 2004, jangan ambil mudah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Petugas kempen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diingatkan tidak mengambil mudah keupayaan pihak lawan walaupun parlimen itu kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hal itu berikutan rekod menunjukkan BN berjaya merapatkan majoriti kemenangan 590 undi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11).

“Saya lihat sambutan menggalakkan tetapi masih ingat pertarungan 2004. Kita tidak boleh sambil lewa dan menganggap pertarungan mudah kerana Permatang Pauh kubu kuat yang perlu dipertahankan,” katanya kepada Selangor Kini.

_MG_5975Beliau berkata demikian selepas menghadiri perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pilihan Selangor Legend menentang Pilihan Pulau Pinang Legend di padang bola sepak Mengkuang Semarak, di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata, PR sedar BN sedaya upaya sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti yang dimenangi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada PRU-13 lalu.

Pada PRU-13 lalu, Anwar berjaya mempertahankan kerusi itu selepas menewaskan BN dan calon bebas dengan majoriti besar 11,721 undi.

-NFN-

Lagenda bola sepak Selangor, Pulau Pinang bertembung di Permatang Pauh!

Lagenda bolasepak dari kedua-dua negeri bersetuju untuk menyemarakkan suasana pilihan raya Permatang Pauh dengan satu perlawanan persahabatan.

Categories
NASIONAL

Tetap sayang walau Selangor tewaskan Pulau Pinang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Pilihan Selangor Legend menunjukkan taringnya di halaman lawan apabila berjaya menumpaskan Pilihan Pulau Pinang Legend 4-3 dalam perlawanan bola sepak, di sini, semalam.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana ceria itu menampilkan bintang bola sepak veteran dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor serta Pulau Pinang.

Antara pemain veteran yang turun mempamerkan kemahiran mereka adalah Khalid Ali, Hassan Miskam, Shukor Salleh dan Nizaruddin Yusuf

_MG_5526Tokoh politik pula adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali; Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Amiruddin Shari dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.

Perlawanan yang berlangsung di Padang Mengkuang Semarak disaksikan kira-kira 150 penonton yang memperlihatkan pasukan Pilihan Pulau Pinang Legend menguasai perlawanan pada minit awal.

Pilihan Selangor Legend hampir mendahului selepas Amiruddin berjaya melorongkan hantaran cantik kepada Mohamed Azmin tetapi sepakan beliau melambung tinggi mengatasi palang gol.

Selepas Pilihan Pulau Pinang Legend mendahului 1-0, Amiruddin yang kelihatan tidak kekok bermain di posisi penyerang berjaya menggelecek pertahanan lawan sebelum melakukan beberapa hantaran ke pintu gol.

_MG_5416Perlawanan yang berlangsung penuh semangat kesukanan itu berakhir dengan kemenangan Pilihan Selangor Legend 4-3.

Perlawanan itu turut disaksikan calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Ketika diminta mengulas perlawanan persahabatan itu, Dr Wan Azizah memberitahu Selangor Kini, beliau tidak dapat memilih pasukan mana untuk disokong kerana sayang dua negeri itu.

“Permainan tadi meringankan sedikit tekanan musim pilihan raya ini. Amat menghiburkan tetapi saya kena pertimbangkannya, berbelah bahagi sebab ini adalah Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

-NFN-

Perbandingan Rompin, Permatang Pauh menimbulkan persoalan

Meskipun kerusi Permatang Pauh dikosongkan terlebih dahulu, namun Pilihanraya Rompin diadakan lebih awal.

Categories
NASIONAL

Kak Wan usahakan naik taraf padang bola Mengkuang Titi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berusaha menaiktaraf padang bola Kampung Mengkuang Titi seperti yang dimohon penduduk.

Permohonan itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Dr Wan Azizah pada perlawanan bola sepak persahabatan antara Pilihan Pulau Pinang Legend dan Pilihan Selangor Legend, semalam.

_MG_5393“Mereka memohon naik taraf padang dan sedikit sumbangan. Saya ambil nota permohonan itu sebab apa yang diminta itu memang selayaknya dan kita boleh usahakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Dr Wan Azizah berkata, hal itu tidak sama seperti amalan BN yang menabur janji pilihan raya tetapi gagal menunaikannya apabila penduduk sendiri menyerahkan permohonan terbabit kepada beliau.

Katanya, aktiviti sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi turut menyemai hubungan baik dalam kalangan masyarakat setempat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pergaduhan di Pasar Seberang Jaya, PR kutuk keganasan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sebarang bentuk keganasan yang berlaku dalam kempen pilihan raya tanpa mengira penyokong mereka atau sebaliknya.

Ketua Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, PR berharap polis dapat mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan pemuda MCA dan penyokong PR di Pasar Seberang Jaya.

“Kita mengutuk segala keganasan yang berlaku tak kira membabitkan penyokong PR, BN atau penduduk setempat.

bendera 12“Apa yang berlaku di pasar Seberang Jaya ekoran Pemuda MCA Pulau Pinang yang diketuai Micheal Liew cuba mengganggu kempen pilihan raya dengan mempersoalkan kenderaan Ketua Menteri diletakkan di tempat yang salah.

“Ia tak harus berlaku kerana jika kereta Ketua Menteri melanggar peraturan, pemandunya akan disaman, ” kata Wei Aik dalam sidang media di Pusat Media PKR, di Yayasan Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pergaduhan itu dapat dihenti dan dilaraikan dengan campur tangan polis yang berada di kawasan berkenaan.

-NFN-