Categories
NASIONAL

Hanya 68% keluar mengundi PRK Permatang Pauh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Kaji selidik yang dijalankan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hanya 68 peratus.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, pihaknya memperoleh statistik terbabit selepas kaji selidik melibatkan 406 responden yang juga pengundi Permatang Pauh melalui panggilan telefon.

Beliau berkata, petanda buruk jika keputusan kaji selidik menjadi kenyataan seperti yang berlaku dalam PRK Teluk Intan sebelum ini.

Jom Balik Undi“Kita tanya kepada mereka, adakah akan pulang mengundi. Kurang dari 70 peratus iaitu hanya 68 peratus sahaja yang kata akan balik.

“Ini membimbangkan kerana calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofya menerima pengalaman buruk apabila kurang daripada 70 peratus keluar mengundi,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR, di Yayasan Aman, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berharap pengundi di Permatang Pauh keluar mengundi bagi memastikan mesej bantahan dan hala tuju negara berada di landasan betul.

“Kita tak akan jangka apa-apa. Kita serahkan kepada pengundi menentukan hala tuju negara ini. Jika perlu perubahan, kami seru pengundi balik ke kampung untuk mengundi,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan wanita besi, sederhana tak kira masa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenali Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kira-kira 40 tahun lalu berjaya mengekalkan jati diri walaupun melalui pelbagai peringkat kehidupan.

Mohamad Sabu berkata, ia dapat dilihat dengan penampilan sederhana Dr Wan Azizah yang kekal sehingga kini walaupun ketika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

“Katalah apa saja berkenaan suaminya, dia tetap setia. Suami masuk penjara, dia jaga anak dan didik anak.

Azizah“Bila tengok anak dia, kita rasa tenang walaupun duduk Damansara tetapi semua bertudung dan sopan sebab ibunya, Kak Wan. Bagi saya, dia wanita besi dan solehah.

“Masa dia jadi doktor juga sama. Dia pelajar terbaik universiti bukan macam Ahmad Maslan. Bila Anwar masuk Umno, tetap sederhana tak pula dia buat rambut besar bakul, ‘karenkan’ sampai RM1,200,” katanta.

Beliau berkata, dugaan yang terpaksa ditempuh Dr Wan Azizah membolehkan beliau dianggap wanita besi yang lebih hebat berbanding tokoh politik wanita terkenal dunia seperti Hillary Clinton dan Corazon Aquino.

Katanya, pengundi Permatang Pauh tidak wajar menolak wanita yang memiliki keperibadian, penampilan dan semangat juang seperti Dr Wan Azizah.

-NFN-

Suasana perlawanan bolasepak Piala DSAI

Suasana sekitar perlawanan bolasepak Piala DSAI di Permatang Pauh.

Undi awal PRK P044 Permatang Pauh berjalan lancar

Proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil P044 Permatang Pauh berjalan lancar melibatkan anggota pelbagai pangkat.

Kak Wan terharu sambutan Permatang Pauh

Calon PR P044, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merasa terharu diatas sambutan warga Permatang Pauh yang meraikan beliau seperti ahli keluarga.

DAP dukacita ada pihak sebar poster fitnah

DAP melahirkan dukacita Pilihan Raya P044 Permatang Pauh dicemari taktik sebaran poster fitnah terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Awas BN, PAS kini 100% di Permatang Pauh!

PR lebih yakin menghadapi Umno-BN dengan penyertaan 100% jentera PAS

Permatang Pauh lebih baik dari Pagoh, Pekan

PKR menyanggah dakwaan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pembangunan Permatang Pauh ketinggalan.

Categories
NASIONAL

Isu boikot selesai, PR komited kekal kerusi Permatang Pauh

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: PKR menyambut baik kerjasama PAS Pulau Pinang yang menarik balik keputusan memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ekoran persetujuan kerjasama itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution menganggap isu terbabit selesai.

“Bagi PKR, kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS pusat dan negeri atas usaha berterusan membantu dalam isu ini,” katanya pada sidang media, di Yayasan Aman, di sini.

bendera 7Hadir sama Presiden PKR yang juga calon PR Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Sehubungan itu, Saifuddin mahu PR melipat gandakan usaha untuk menumpukan permasalahan rakyat.

“Ketika ini, kita tumpukan sepenuh perhatian pada isu Cukai Barang dan Perkhimatan (GST) yang menekan rakyat.

“Saya juga ingin mencabar Perdana Menteri turun ke Permatang Pauh terangkan kebaikan GST, jangan hantar Ahmad Maslan,” katanya.

bendera 3Sementara itu, Hatta berkata, jentera PAS kini bergerak 100 peratus untuk kempen kali ini.

“Kita ada jentera tempatan dan dari negeri lain. Segala permasalahan berbangkit selesai dan mereka akan mengisi ruang sedia ada,” katanya.

Beliau yakin jentera PAS akan memberikan bantuan sebaik mungkin kepada calon PR.

“Jadi, kita anggap episod ini tamat dan meneruskan gerak kerja seperti yang diamanahkan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib berundur lepas PRK Permatang Pauh?

Oleh: NORHAYATI UMOR

PULAU PINANG, 28 APR: Ketiadaan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sekitar Parlimen Permatang Pauh menjadi tanda tanya semua pihak.

Dalam tinjauan sekitar 27 jentera daerah mengundi (JDM), bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dan sekitar jalan raya parlimen itu mendapati tiada sebarang poster atau ‘banner’ Najib dalam kempen setakat ini.

Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, parti itu menganggap keadaan terbabit ekoran politik dalaman Umno yang mempengaruhi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan 7 Mei ini.

photo 1“Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, gambar Najib banyak di merata tempat. Jadi, adakah ketika ini Najib diboikot Menteri Dalam Negeri yang juga Pengarah PRK?,” soalnya dalam sidang media, di sini.

Tze Tzin berkata, tindakan memboikot Najib juga berkemungkinan dipengaruhi kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau meletak jawatan.

“Adakah ini bermaksud Umno Pulau Pinang dan calon BN bersetuju dengan Tun M?.

“Saya mahu tanya calon dan Umno Pulau Pinang, sokong Tun M atau sokong Najib?,” soalnya.

Sim Tze TzinPada PRU 1999, selepas Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang, Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Manakala, PRK 2008, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas Tun Mahathir menyerang beliau dan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pau.

“Jadi adakah sejarah ini akan berulang? Permatang Pauh sinonim dengan perletakan jawatan Perdana Menteri, jadi adakah Najib juga akan berundur tidak lama lagi?,” katanya.

-NFN-

 

Suasana Pelancaran Bilik Gerakan Besar PR Permatang Pauh

Suasana pelancaran Bilik Gerakan Besar Pakatan Rakyat di PRK P044 Permatang Pauh

Categories
NASIONAL

Penduduk Permatang Pauh mahu PKR kekal menang

Oleh: NORHAYATI UMOR

PULAU PINANG, 24 APR: Penduduk tempatan terus menanti siapa yang bakal bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, menjelang penamaan calon, pada 25 April ini.

Harapan tinggi pasti ada terhadap calon yang bakal bertanding merebut kerusi panas yang juga kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri ANwar Ibrahim, sejak 1982.

Bagi Johar Ahmad, 60, dia berharap siapa juga calon yang dipilih PKR akan dapat menewaskan Barisan Nasional (BN).

PRK-P44“Saya tidak kisah siapa juga yang diletakkan asal PKR menang dan Umno jatuh. Tidak kira Wan Azizah (Datuk Seri) atau sebaliknya yang penting lawan Umno habis-habisan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Sementara itu, suri rumah, Samsiah Mat Ismail, 48, berkata calon yang menang diharap dapat membawa Permatang Pauh jauh ke hadapan.

“Moga beliau dapat membawa perubahan lanskap pembangunan kepada penduduk di sini. Tidak kisah siapa calon, janji PKR menang,” katanya.

Manakala, Abdul Razak Abdullah, 54, pula menganggap pembangunan yang ditinggalkan bekas Ahli Parlimen sebelum ini sudah mencukupi.

“Apa yang ditinggalkan Datuk Seri Anwar sudah cukup. Apa yang kita mahu adalah kepedulian kepada rakyat dan itu yang dilakukan beliau selama ini.

Anwar“Kalau boleh kami mahu PR mengekalkan kerusi parlimen ini,” katanya.

Sementara itu, suasana sekitar Permatang Pauh masih lagi tenang menjelang penamaan calon.

Tinjauan Selangor Kini sekitar pekan di tiga DUN kawasan berkenaan juga mendapati penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Antara lokasi tinjauan adalah Permatang Rawa, Permatang Batu, Berapit, Pekan Permatang Pauh, Samagagah dan Mengkuang Semarak, bahkan beberapa pondok keselamatan polis juga sudah tersedia di setiap kampung.

-NFN-