Categories
GLOBAL

PRU Itali 4 Mac jejas pemulihan Kesatuan Eropah

GLOBAL 30 DIS: Pilihan raya umum Itali pada bulan Mac ini dilihat penghalang terbesar usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk pemulihan perpaduan dalam kalangan mereka selepas referendum Brexit pada tahun lalu dan juga ekonominya.

Sebelum ini, Presiden Itali, Sergio Mattarella bertindak membubarkan Parlimen Itali sekali gus membuka jalan kepada kempen politik yang akan datang.

Langkah presiden itu secara rasmi menamatkan badan perundangan lima tahun yang bermula pada bulan Mac 2013, selepas Gentiloni mengisytiharkan mandat politik kerajaannya telah dipenuhi.

Pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 4 Mac itu menyaksikan sokongan rakyat semakin berkurangan terhadap parti memerintah iaitu Parti Demokratik (PD).

Parti berkenaan dipercayai bakal berdepan cabaran besar daripada pembangkang dari parti (M5S) dan juga sayap kanan Forza Italia yang berkempen mengenakan tindakan imigresen lebih keras terhadap pendatang asing terutamanya dari Sahara, Afrika.

Rata-rata rakyatnya juga gelisah dengan kehadiran pendatang yang terlalu banyak sehingga tidak dapat dikekang.

Para penganalisis turut berpendapat, pesaing utama PD, M5S dan Forza Italia akan memecah undi antara ketiga-tiga parti tersebut sehingga majoriti keseluruhan sukar dijangkakan.

M5S dikatakan mempunyai sokongan paling ramai sekitar 28 peratus, PD kira-kira 23 peratus dan Forza Italia pula sekitar 16 peratus.

 

Categories
NASIONAL

Tiada lagi teka teki pilihan raya jika Pakatan menang PRU-14?

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 SEPT: Penganalisis politik, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat pindaan perlembagaan persekutuan boleh dilakukan kerajaan memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi membolehkan sistem pilihan raya dijalankan dengan lebih telus dan adil kepada semua parti bertanding.

Katanya, antara pilihan terbaik adalah membuat pindaan membebaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada cengkaman Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dipindahkan di bawah kuasa Yang Dipertuan (YDP) Agong.

“Sekarang memang menjadi teka teki bila pilihan raya, bergantung kepada waktu pemerintah kuat atau bila ada ‘wow factor’, waktu itulah pilihan raya dilaksanakan mengikut kesesuaian.

Prof_Dr_Shaharuddin_Badaruddin“Pada masa ini, pembubaran parlimen oleh YDP Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Daripada situlah SPR akan menentukan bilakah tarikh pilihan raya tetapi masalahnya di Malaysia ini SPR diletakkan di bawah JPM.

“Keduanya, yang nak menentukan pembubarkan parlimen itu juga bergantung atas nasihat Perdana Menteri kepada YDP Agong dan ini menjadikan Perdana Menteri mempunyai kuasa cukup besar menentukan bila pilihan raya dijalankan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE) itu juga berkata, kedudukan YDP Agong sebagai Ketua Negara sepatutnya berkuasa bagi menetapkan masa pembubaran parlimen dan seterusnya tarikh pilihan raya lebih awal tanpa perlu mendapat nasihat Perdana Menteri.

Katanya, pada masa ini Yang Dipertuan Agong juga mempunyai ahli majlis mesyuaratnya tersendiri seperti Majlis Raja-raja bagi memutuskan sebarang keputusan penting melibatkan kepentingan negara.

Bagaimanapun, katanya lagi, sebarang pindaan yang mahu dibuat perlulah menekankan aspek keseimbangan kuasa antara kuasa YDP Agong dan parti menguasai kerajaan.

Katanya, selain itu tarikh pembubaran parlimen dan pilihan raya juga boleh ditetapkan lebih awal lagi walaupun tiada pindaan perlembagaan dibuat sekiranya wujud semangat demokrasi yang kuat di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

undi“Katakanlah penggal baru pentadbiran pada 2018 dan matang pada 2023, pilihan raya sudah boleh diumumkan pada 2023 dan sekiranya tak patuh pada janji, dia akan dihukum oleh rakyat tetapi kaedah ini tetap tidak terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Katakanlah dia kata nak bubar pada Mac 2023 tetapi tanpa adanya ikatan perundangan, tetap ada risiko janji tinggal janji. Walaupun kita katakan dia akan dihukum oleh rakyat kerana mungkir janji tetapi kita tahu rakyat mudah lupa,” kata Shaharuddin yang juga Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL).

Mengambil contoh negara luar seperti Amerika Syarikat dan Indonesia, Shaharuddin berkata, tarikh pilihan raya diumumkan lebih awal dan sekaligus membolehkan pilihan raya dijalankan dengan lebih adil kepada semua parti bertanding.

Bagaimanapun, berbanding negara yang mengamalkan sistem berpresiden, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem berparlimen yang memerlukan pindaan perlembagaan persekutuan dijalankan.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Izzah: Zahid seakan relakan penipuan demi menang pilihan raya

SHAH ALAM, 23 JAN: KEADILAN kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Umno belajar daripada kejayaan Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri, India Narendra Modi.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat hanya akan merelakan kemenangan pilihan raya melalui cara yang tidak wajar.

“Saya rasa agak mengecewakan jika mana-mana pemimpin di Malaysia ini boleh merelakan penipuan semata-mata untuk menang dalam pilihan raya,” katanya selepas membuat lawatan mangsa buli di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

izzahMemetik MalaysiaKini, Izzah menasihati Ahmad Zahid agar menjadi pemimpin yang berpegang kepada amanah dan tidak memenangi hati rakyat melalui penipuan.

“Jadi, saya nasihatkan Datuk Seri Zahid sebagai pemimpin pegang amanah, tak perlulah kita mengguna pakai penipuan untuk memenangi hati rakyat,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mahu Umno belajar daripada kejayaan Trump dan Modi dalam mempengaruhi persepsi umum melalui media sosial.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 anggota wanita Umno di PWTC, naib presiden Umno itu berkata, dua tokoh terbabit pada awalnya tidak popular tetapi akhirnya berjaya membawa parti mereka memenangi pilihan raya.

“Ini hakikat – walaupun berat – kita harap apa kita buat ini belajar daripada pengalaman yang dulunya tak digemari tapi kini jadi pemimpin utama,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyamakan Parti Bharatiya Janata (BJP) diketuai Modi yang menentang Parti Kongres Kebangsaan India dengan Umno dan berkata mereka berjaya membentuk kerajaan di India kerana strategi komunikasi yang berkesan di media sosial.

-NFN-

Kemuncak Amanat Calon PR P44 Permatang Pauh – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Calon Pakatan Rakyat P044 Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan amanat di malam kemuncak kempen Pilihan Raya Permatang Pauh.

Categories
SELANGOR

Pilihan Raya PBT, di mana ketelusan berkongsi kuasa?

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 4 FEB: Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan desakan DAP mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai membuka ruang kepada kaum Cina mendominasi kawasan bandar.

Johan berkata, sejarah Malaysia sendiri memperlihatkan bagaimana British menempatkan kaum yang ada ketika itu apabila Melayu diletakkan di kampung, Cina (bandar) dan India (estet).

Katanya, walaupun sudah berlaku migrasi kaum Melayu dan India ke bandar, namun Cina masih mendominasi kawasan berkenaan sehingga kini.

Datuk-Johan-Abd-Aziz“Ketidakadilan akan wujud jika pilihan raya PBT berlaku. Ini bukan soal perkauman tetapi kita boleh lihat kawasan seperti di Petaling Jaya yang mendominasinya adalah Cina.

“Kekhuatiran PAS memang kena pada asasnya kerana mustahil ketelusan kuasa boleh berlaku apabila kebanyakan kawasan bandar di kuasai kaum Cina. Jadi, di mana ketelusan pilihan raya PBT?

“Hal ini jelas memperlihatkan pilihan raya PBT tidak adil untuk kaum lain. Seperti yang diusul PAS, memang tepat jika DAP boleh buktikan manfaat di sebalik pilihan raya itu kepada semua kaum,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

logo PBTTerdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman meminta DAP meyakinkan rakyat dan pemimpin politik lain berhubung kebaikan penganjuran pilihan raya PBT sebelum pelaksanaannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming pula menegaskan pilihan raya itu mampu memperkukuhkan sistem demokrasi di Malaysia dan tidak membabitkan kepentingan DAP.