Categories
NASIONAL

Azmin: Selamatkan negara daripada perompak di Putrajaya

Oleh : NAEEM RAFFI

MELAKA, 3 OGOS: Rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik diseru berganding bahu serta bersatu hati menyelamatkan Malaysia yang kini semakin parah ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan ekonomi dan kejatuhan ringgit yang semakin menekan perlu diselamatkan segera untuk kelangsungan hidup rakyat supaya lebih terjamin selain isu 1MDB.

“Tidak pernah berlaku dalam negara, rakyat menghadapi krisis luar biasa. Krisis ekonomi cukup parah sehingga pelabur asing hilang keyakinan melabur dalam negara.

MB Azmin“Jika terus berlaku, jumlah pelaburan asing dalam negara merosot dan rakyat hilang pekerjaan. Lihat sahaja kepada nilai ringgit hari ini, SGD1 bersamaan RM3, USD1 pula RM4.03 sementara 1 Pound UK (RM6) yang akhirnya akan menekan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Warung Reformasi, Simpang Solok Gaung, di sini, semalam.

Mohamed Azmin hadir ke Melaka mengiringi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk siri Jelajah Amanat Presiden kepada pimpinan PKR Melaka yang sebelum ini berlangsung di Hotel Sri Impian, Jasin.

Menyifatkan era kepimpinan Najib sebagai zaman edan, Mohamed Azmin berkata perdana menteri itu sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan kuasa sehingga meminggirkan rakyat yang memerlukan pembelaan dan kehidupan sejahtera.

ayer molek 1“Apakah kita mahu negara ini sampai ke tahap Greece baru nak bangkit. Sebab itu perlu bersatu hati selamatkan negara daripada perompak yang berada di Putrajaya.

“Sedarlah, rakyat perlukan pemimpin yang mampu selamatkan Malaysia dan memulihkan ekonomi. Selain itu, bertanggungjawab satukan rakyat supaya menjadi negara yang kuat.

“Ini menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan untuk memimpin serta memastikan setiap individu bersatu hati dalam menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Lebih 2,000 penduduk setempat menghadiri rumah terbuka bagi bersama meraikan Syawal bersama pimpinan PKR tempatan dan pusat.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerjasama PKR terbuka asalkan BN tumbang

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANAH MERAH, 31 JUL: PKR berpendirian terbuka dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai pihak ke arah menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati amanah rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti terbabit mengalu-alukan kesediaan parti politik, NGO dan pihak lain yang mendokong wadah perjuangan sama untuk bersama-sama berganding dalam gabungan itu.

PAKATAN RAKYAT“Kita terbuka untuk bersama rakyat dan semua pihak lain yang mempunyai pendirian sama dalam perkara ini.

“Kita bersama menentang kezaliman, rasuah, salahguna kuasa yang menjadi amalan BN selama ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis Jelajah Amanat Presiden di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR juga akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi PAS berhubung perkara berkaitan dalam masa terdekat.

“Kita bertanya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (mengenai kenyataan dibuat),” katanya.

Difahamkan Haron membuat kenyataan bahawa kerjasama antara PAS dan PKR berakhir sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) dipimpin pimpinan progresif PAS yang tewas dalam muktamar parti baru-baru ini.

EZY

Categories
NASIONAL

PKR sedia jalin muafakat dengan pihak dukung agenda reformasi

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 JULAI: PKR bersedia menjalinkan muafakat dengan pihak yang bersetuju untuk mendukung agenda reformasi dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata Pakatan dijangka akan terus berkembang selagi pihak yang bersama gabungan itu komited terhadap polisi yang dibawa.

“Sebelum ini ada Barisan Alternatif, selepas 2008 ada Pakatan dan ia akan terus berkembang.

invest 3“Sekarang kita ada tiga anggota, mungkin selepas ini lima atau enam asalkan mereka komited terhadap reformasi yang diperjuangkan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) diserap dalam Gabungan Harapan Baru (GHB), beliau meminta supaya tiada spekulasi dibuat berhubung perkara itu.

Sebaliknya, beliau berkata, adalah lebih baik jika ia disahkan sendiri pihak berkenaan.

“Saya baca berita itu tetapi bukan posisi saya untuk komen, jadi adalah lebih baik jika dapat pengesahan daripada kepimpinan GHB.

invest 2“Jangan buat spekulasi kerana saya tidak tahu perkara itu ada kebenaran atau tidak. Saya ingat lebih baik perkara itu dirujuk kepada pihak yang terlibat dalam gerakan berkenaan,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar.

Berhubung kemungkinan KITA diterima dalam Pakatan, Mohamed Azmin berkata, ia perlu dibincang terlebih dahulu dan bergantung kepada persetujuan polisi dalam Pakatan.

Terdahulu, GHB mensasarkan untuk mengambil alih KITA dan melancarkan semula pada Hari Merdeka sebagai alternatif kepada PAS.

-NFN-

Campurtangan pertukaran asing beri kesan buruk jangka masa panjang

Campurtangan pertukaran asing secara berterusan untuk menguja prestasi ringgit yang mencemaskan mendedahkan negara kepada risiko jangka masa panjang. PKR memberi amaran campurtangan Bank Negara seperti itu melemahkan simpanan serta membuka ruang kepada spekulator.

Categories
NASIONAL

PKR terbuka jalin kerjasama atas prinsip keadilan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia menjalin kerjasama dengan semua pihak atas prinsip menegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia bukan berdasarkan emosi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata ia termasuk mengadakan kerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

tian chua pic“Kita harus berbincang secara kolektif apa yang harus dibuat. Kita tak tawar kerjasama kerana emosi tetapi melihat apa agenda yang akan dibawa oleh mana-mana ahli politik sama ada Tun Dr Mahathir, Muhyiddin atau sesiapa sahaja.

“Paling penting adalah apa agenda yang mereka perjuangkan. Sebelum kita buat sebarang keputusan arah tuju, kena lihat apakah hakikat, hasilnya dan perjuangan ini akan bawa ke mana.

“Kita akan berbincang dalam sehari dua dan memantau keadaan dari semasa ke semasa sebelum buat keputusan,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Muhyiddin digugurkan daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri dalam satu rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rombakan itu dikaitkan dengan percubaan Najib untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga siasatan 1MDB.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR dah hidu Muhyiddin tersingkir empat hari lalu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah dapat menghidu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata pengguguran Muhyiddin adalah ‘suatu kejadian besar bakal berlaku dalam masa terdekat’ yang dinyatakan oleh beliau dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam ucapan masing-masing, pada 24 Julai lalu.

Kenyataan itu dilakukan kira-kira empat hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan kabinet.

tian chua pc pkr 01“Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu, perpecahan dalam Umno akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.

“Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin Umno.

“Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mengambil’ orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, Najib ‘terpaksa’ mengambil langkah itu bagi menyelamatkan dirinya dalam siasatan skandal 1MDB dan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

MB AzminTerdahulu, Mohamed Azmin dan Tian Chua dalam ucapan masing-masing pada program Jelajah Amanat Presiden di Dewan Sri Siantan, Kuala Selangor menyatakan ‘sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini’.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, beliau dimaklumkan kejadian yang bakal berlaku itu oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat pemimpin itu pada hari sama.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu dalam ucapannya juga menyeru ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perubahan kuasa politik dalam masa terdekat.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rombakan kabinet timbulkan tanda tanya

Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh

Perdana Menteri hari ini mengesahkan rombakan kabinet yang menjadi khabar angin. Terdahulu pertukaran peguam negara juga telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Rombakan dan pertukaran peguam negara yang boleh dianggap mengukuhkan kedudukan Dato Seri Najib sebagai PM serta sekaligus mungkin menyelamatkan beliau daripada terpalit dengan skandal 1MDB dan pelbagai lagi skandal yang lain.

Umno-Najib-Muhyidin-1Ini kerana mereka yang jelas mengkritik beliau dan 1MDB seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal telah disingkirkan. Tinggal mungkin Tun Mahathir sahaja yang terselamat…buat masa ini.

Tambahan pula, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kra Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed kini dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Bukan sahaja beliau tetapi ahli-ahli jawatankuasa PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau telah dilantik sebagai Menteri manakala Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Ini jelas menimbulkan persoalan tentang siasatan terhadap PM dan 1MDB.

Apakah ini tidak menjejaskan ketelusan dan integriti siasatan?

Malah soalan yang lebih besar perlu ditanya ialah apakah kedudukan PM terlalu besar sehingga tidak boleh dicabar sesiapa?

Saya percaya rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menilai tentang baik buruk kepada negara dan kesejahteraan untuk mereka.

Jika benar kesejahteraan rakyat dan masa depan negara menjadi pertimbangan PM dan kerajaan, maka buktikan dengan keberanian mengaku salah, mencegah yang mungkar, berdepan dengan masalah dan mencari jalan penyelesaian keluar.

Jika tidak, silalah ke tepi dan beri laluan kepada kepimpinan baru, kepada kerajaan peralihan demi masa depan negara.

* Syed Ibrahim Syed Noh adalah Ketua Penerangan KEADILAN

Categories
NASIONAL

Azmin: Jangan biar ‘orang luar’ ganggu hala tuju PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

SEBERANG JAYA, 26 JUL: Kemelut melanda Pakatan Rakyat (Pakatan) bukan alasan dan masalah besar sebaliknya perlu dijadikan pemangkin untuk PKR terus kukuh mendepani cabaran melaksanakan aspirasi rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, seluruh ahli parti dan pimpinan perlu bermuhasabah dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa perlu membiarkan orang luar menentukan hala tuju parti.

Azmin PKRKatanya, tanpa menafikan ada masalah yang perlu ditangani, namun ini masanya untuk menonjolkan kepimpinan serta memperkukuh muafakat.

“Saya percaya dan cukup yakin krisis yang sedang kita hadapi ini kalau ditangani dengan bijaksana, Insya-Allah peluang kita menjadi parti yang mendapat dukungan bukan sahaja daripada anggota parti dan rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.

Katanya, PKR perlu menunjukkan ciri kepimpinan baik disaat krisis yang berlaku untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) memandangkan idea menubuhkan Pakatan hasil cetusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, semua masalah perlu diketepikan buat seketika dan memanfaatkan peluang terbaik untuk bersama rakyat membawa perubahan kepada negara.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Anwar: Bersatu & bertekad selamatkan negara kita

Oleh: FAHMI FADZIL

Berikut adalah perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang disampaikan melalui peguam beliau pada 21 Julai 2015:

“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini. Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi.

Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, yang akan melibatkan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat.

Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.”

# Fahmi Fadzil adalah Pengarah Komunikasi PKR

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Aidilfitri KEADILAN

PERUTUSAN Aidilfitri 1436H/2015

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan Aidilfitri bagi tahun 1436 Hijrah.

Menjelangnya Syawal yang dirai sebagai bulan kemenangan, dilapisi dengan lafaz takbir dan tahmid. Namun ia tidak terhenti di situ semata-mata, apatah lagi dengan sambutan yang meraih di sana sini. Penting bagi umat Islam untuk mengekalkan segala betuk kebaikan dan kebajikan seperti ibadah solat, bertasbih dan bersedekah agar segala usaha sepanjang madrasah Ramadan ini terus memberikan kesan yang baik pada diri dan diberkati Allah SWT.

logo-pkr (1)KEADILAN terus komited ke arah memupuk muafakat berteras semangat Malaysia yang sebenar: bersendikan prinsip adil, demokratik dan toleran. Di sinilah hadirnya keperluan untuk kita kembali memaknai prinsip Hablumninallah dan Habluminannas, dengan kembali kepada fitrah insani di sebalik kegembiraan perayaan. Di samping kita menghormati perbezaan, penderitaan umat Islam seluruh dunia yang berhadapan dengan penindasan dan ketidakadilan harus juga kita insafi bersama-sama, di saat kita mampu mengukir senyum dan tawa di hari lebaran.

Malaysia berhadapan dengan krisis kepimpinan yang kritikal mutakhir ini. Tekad rakyat harus dibulatkan untuk memperkemaskan usaha memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan, tatakelola yang bermasalah dan sikap pilih kasih keterlaluan yang melangkaui batas agama dan perundangan.

Marilah kita memaknai makna Islam yang hanif, dengan menyantuni kebenaran, keadilan dan kedamaian di kalangan sesama ummah. Praktikkan amalan bersedekah, kerana ianya bukan hanya baik untuk kita, malah membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam Malaysia daripada kepimpinan dan akar umbi KEADILAN dengan ucapan maaf dzahir dan batin.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

1 Syawal 1436H

Categories
KENYATAAN MEDIA

PKR tak akan hadir program raya BN

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

PKR  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.

PKR amat kesal bahawa sdr Anwar Ibrahim, yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang tahanan politik, terus dipenjara.

Pada ketika ketidaktentuan halatuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah yang telah dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan sdr Anwar Ibrahim, KEADILAN akan memboikot kesemua program anjuran Barisan Nasional di peringkat Nasional dan Negeri.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR

 

Categories
NASIONAL

Demo 1 Syawal bukan kerja PKR

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 JUL: PKR menafikan penganjuran demonstrasi besar-besar ‘Najib Undur’ yang kononnya akan diadakan pada Hari Raya Pertama, 17 Julai ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata grafik yang mula tersebar di aplikasi Whatsapp dan laman sosial itu merupakan fitnah dan provokasi murahan.

11742729_465664403606819_576676700600223008_n“Saya sedar ia disebarkan sejak semalam dan saya menegaskan ia tiada kaitan dengan PKR.

“Ini adalah satu fitnah dan provokasi murahan. PKR tidak menganjurkan mana-mana demonstrasi pada 1 Syawal depan,” katanya dalam kenyataan.

Grafik palsu yang diedarkan itu mengajak orang ramai untuk mengadakan bantahan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Ia kononnya akan diadakan di Dataran Merdeka pada jam 3 petang.

EZY