Categories
NASIONAL

PKR fail saman batal keputusan PRU-13

SHAH ALAM, 8 JUL: PKR akan memfailkan saman sivil bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report berkenaan pemindahan berbilion ringgit ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata PKR akan memfailkan saman terbabit dalam kadar segera dan turut menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ekoran tindakan Perdana Menteri yang didakwa menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memenangi PRU-13.

Nurul-Izzah“Lanjutan daripada aduan dikemukakan, wajib diingatkan bahawa jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan untuk kempen pilihan raya bagi setiap calon RM200,000 (Parlimen) dan RM100,000 (Dewan Undangan Negeri) seperti diperincikan di bawah Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Oleh yang demikian, jumlah maksima yang dibelanjakan untuk semua calon Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi 222 kerusi parlimen dan 505 DUN RM44.4 juta dan RM50.5 juta masing-masing.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM94.9 juta, jauh lebih rendah daripada jumlah yang didakwa digunakan BN iaitu RM2.67 bilion,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, hari ini.

Izzah berkata, Bersih 2.0, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) dan Transparency International sudah mengemukakan empat aduan kepada SPRM berhubung perkara itu yang didakwa mengandungi elemen rasuah dalam penyaluran dana pada PRU-13.

najib-razak“Jumlah wang RM2.67 bilion yang diumumkan asalnya AS$700 juta dan didakwa berada dalam akaun peribadi perdana menteri adalah 26 kali lebih daripada had perbelanjaan dibenarkan.

“Siapa yang boleh memastikan ini adalah sumber tunggal kewangan untuk perbelanjaan pilihan raya Umno dan BN pada PRU yang lepas,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mahkamah akan menjadi pemangkin kepada pembatalan kerusi dimenangi Umno dan BN ekoran pendedahan amalan rasuah dan pembaziran wang melampau.

Katanya, antara aduan lain yang berkait adalah pembelian stesen janakuasa yang sebelum ini dimiliki Genting pada harga tinggi dan tidak munasabah serta wang yang disalurkan kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Categories
SELANGOR

Mesyuarat PKR Selangor tak sentuh isu Pakatan 2.0

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor tidak membincangkan isu pembentukan Pakatan 2.0 sebaliknya menyentuh perkembangan isu semasa dan pentadbiran Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, ia merupakan mesyuarat bulanan biasa dan tiada yang luar biasa.

Grafik-Selangor-Pakatan“Saya meminta semua pimpinan PKR memberi tumpuan dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan rakyat Selangor serta memastikan aspirasi rakyat ini dapat dipertahankan.

“Ia perlu dilaksanakan di semua peringkat,” katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7.

Tegasnya, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

“Kita perlu bincang secara baik sekiranya ada masalah dan PKR sentiasa ambil peranan untuk memberikan pandangan dan nasihat supaya semua parti politik dalam Pakatan ini dapat tumpu soal dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

SPRM patut pantas siasat skandal MARA

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JUN: PKR menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera mengenai isu pembelian bangunan membabitkan MARA Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata ini berikutan segala bukti yang ada sudah cukup bagi tindakan berkenaan.

johari abdul parlimen 01“Tidak perlu berlengah lagi. Tak perlu bagi penubuhan suruhanjaya siasatan dan sebagainya.

“Kerajaan Australia sudah menunjukkan segala bukti dan fakta dalam isu ini,” katanya kepada SelangorKini.

Johari berkata, tindakan lewat terhadap perkara itu memungkinkan integriti badan berkuasa itu terus dipersoalkan umum.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kerajaan bersikap telus dan memberi kerjasama dalam siasatan itu juga dianggap bersifat ulangan seperti mana isu sebelumnya.

“Telus ini sudah banyak kali kita dengar tetapi bagaimana siasatan dibuat?

“Maka ia tidak perlu ditangguh lagi,” kata.

EZY

Categories
SELANGOR

DAP Selangor cadang ‘Kerajaan Gabungan Selangor’

SHAH ALAM 20 JUN: DAP Selangor sebulat suara mengambil keputusan tidak mahu menjejaskan Kerajaan Selangor dan pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) adalah ‘pilihan terakhir’ yang langsung tidak diingini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

PAKATAN RAKYAT“Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan daripada beliau,” kata Tony Pua dalam kenyataan media.

Tony Pua berkata beliau mengalu-alukan sebuah “Kerajaan Gabungan Negeri Selangor” yang baru.

Katanya gabungan ini perlu berasas secara menyeluruh kepada Kerangka Dasar Bersama dan manifesto Kerajaan Selangor yang diberikan mandat rakyat pada pilihan raya lalu.

“Kami mengalu-alukan Kerajaan Gabungan ini bersama dengan PKR dan mana-mana pihak lain yang sedia bekerjasama politik antara satu sama lain secara rasmi, untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Beliau berkata perjumpaan antara DAP Selangor dengan Dato’ Menteri Besar adalah penting dan perlu disegerakan untuk menyelesaikan isu politik ini secepat mungkin.

“Permintaan ini disampaikan kepada Dato’ Menteri Besar pada hari Khamis yang lalu dan kami kini menunggu penetapan tarikh dan masa daripada pejabat beliau,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Seksis: Bung perlu mohon maaf secara terbuka

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Wanita PKR tampil mengadakan himpunan aman di luar Bangunan Parlimen hari ini bagi mempertahankan ketua mereka ekoran kenyataan bersifat seksis yang dikeluarkan Bung Moktar (BN-Kinabatangan) terhadap Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).

Demonstrasi yang disertai hampir 50 wanita itu melahirkan kekecewaan terhadap keputusan yang membebaskan Bung daripada dikenakan tindakan tatatertib Parlimen.

Zuraida berkata, wanita adalah aset negera yang tidak patut dihina dan beliau turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan diputuskan terhadap Bung kerana itu bukan kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan.

download“Beliau tidak sepatutnya memperlekeh wanita sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat,” katanya.

Fuziah Saleh (PKR-Kuantan) antara Ahli Parlimen yang bersama Wanita PKR menyifatkan kenyataan Bung memalukan dan menjatuhkan martabatnya sebagai Ahli Parlimen.

Sementara itu, Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) memohon Bung menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh kaum wanita.

Hadir sama, Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha yang turut mencabar Bung keluar dari Dewan Rakyat untuk meminta maaf.

Penyokong Zuraida turut membawa poster yang memaparkan gambar Bung bersama isterinya dengan perkataan ‘Kinabatangan Sakit Jiwa Dengan Isteri-isterinya’, ‘MP Durjana Kinabatangan Curang Kepada Wanita Malaysia’ dan ‘Shame On You Bung’.

Pada 15 Jun lalu, Bung terlepas daripada tindakan tatatertib walaupun menghina Zuraida dengan mengatakan mukanya seperti hantu ketika sidang Dewan Rakyat, pada 9 Jun lalu.

Zuraida di dalam Dewan mengatakan, Bung menyalahi Peraturan Mesyuarat 37(4) kerana menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis dan mahu tindakan diambil ke atas pemimpin Umno itu.

Namun, Timbalan Yang DiPertua, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung daripada tindakan tatatertib kerana menganggap beliau mengeluarkan kenyataan itu bertujuan menegur.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR: Keputusan mesyuarat diumum masa sesuai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 17 JUN: Keputusan mesyuarat PKR  bakal diumumkan pada masa sesuai kerana ada beberapa perkara memerlukan rundingan lanjut dengan pihak terlibat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, namun beliau bagaimanapun tidak memberitahu pihak mana yang terlibat dengan rundingan itu.

“Kita bermesyuarat panjang dan kita dah ada keputusan (tetapi) cuma ada beberapa yang perlu dibincangkan dan dirundingkan sedikit lagi.

PKR“Parti keluarkan kenyataan dalam dalam masa difikirkan sesuai dan yang lain itu semua dalam ilmu Allah,” kata Rafizi kepada media selepas menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di sini, malam tadi.
Ketika ditanya keputusan mesyuarat malam ini sebagai positif, beliau hanya meminta pihak media menunggu kenyataan media dikeluarkan PKR.

“Kami semua (keluar mesyuarat dengan) senyum. Tunggu kenyataan,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin pula ketika menjawab sama ada PKR terus menjalin hubungan dengan DAP dan PAS, beliau berkata PKR komited terhadap mandat yang diberikan rakyat.

“Kita kawan dengan rakyat. Positif dengan mandat yang diberikan rakyat,” kata beliau.

Turut kelihatan dalam mesyuarat malam ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, R Surendran; Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan beberapa orang lagi.

Wan Azizah yang turun bersama Nurul Izzah bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan.

Mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 12.05 malam tadi diadakan berikutan kenyataan DAP yang mendakwa Pakatan Rakyat (Pakatan) dibubarkan.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

PKR lancar kempen “kadar sifar GST” kad top up prabayar

Oleh: Sim Tze Tzin

Semalam, dalam perbahasan RMK11, saya tanya Menteri Komunikasi dan Multimedia kenapa dulu masa SST 6% boleh diserap oleh syarikat telco, tetapi sekarang GST 6% tidak dapat diserap oleh syarikat telco. Saya berkata polisi yang sama boleh diguna pakai.

Persoalan ini timbul kerana kerajaan janji GST 6% tidak dikenakan ke atas top up kad. Beberapa menteri pernah membuat janji tersebut. Pendirian saya juga disokong oleh beberapa Ahli Parlimen BN.
Sebelum ini Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan berjanji bahawa GST 6% tidak akan dikenakan ke atas top up dan segala masalah akan diselesaikan 30 hari selepas 1hb April.

Selepas Menteri KKMM mengambil alih tugas, beliau dalam rancangan Edisi Khas “Suara Kita Hak Kita” yang disiarkan langsung di TV1 berkata,

IMG_1942“Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.
“Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak,” Ini kata-kata menteri.

Tetapi semalam, dalam penggulungan Menteri beliau berkata, beliau tidak berkuasa untuk membolehkan syarikat Telco menerap GST 6%. Dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.

Jawapan Menteri Kommunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat telco.

Ini amat malang sekali kerana kerajaan BN telah menjanjikan kepada rakyat bahawa top-up card tidak akan dikenakan GST. Ini satu pusingan U (U-turn) yang amat besar.

Kami amat kesal kerana ini sekali kerana golongan anak muda, golongan berpendapatan rendah, golongan pesara dan warga emas akan dibebankan dengan GST 6%. Janji kerajaan gagal ditunaikan. Ini menunjukkan janji kerajaan BN tidak ditepati sekali lagi.

Kedua, Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar. Dalam perbahasan kami telah membangkitkan bahawa menteri mempunyai kuasa dan boleh menetapkan kadar yang memihak kepada rakyat seperti dalam seksyen 199 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998:

Penetapan kadar oleh Menteri

199. Walau apa pun seksyen 197, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, campur tangan secara bebas atau dengan kerap dalam menentukan dan menetapkan kadar bagi mana-mana kemudahan atau perkhidmatan bersaing yang diberikan oleh seseorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) atas sebab yang wajar, atau sebagaimana yang dikehendaki demi kepentingan awam.

Menteri akui mempunyai kuasa, tetapi Menteri enggan berbuat demikian.

YB Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) juga menyuarakan bahawa kenaikan harga kad top up bersama-sama oleh syarikat telco adalah satu pelanggaran seksyen 135 Akta Komunikasi dan Multimedia:

Larangan terhadap pembuatan perjanjian pakatan sulit

135. Seseorang pemegang lesen tidak boleh membuat apa- apa persefahaman, perjanjian atau perkiraan, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, yang membuat peruntukan tentang—

(a) penetapan kadar;
(b) perkongsian pasaran;
(c) pemulauan pembekal radas; atau
(d) pemulauan pesaing lain.

Malangnya menteri tidak menjawab persoalan YB Gopeng.

Keputusan kerjaan sekaligus akan meningkatkan keuntungan syarikat telco setinggi RM850 juta. Ini angka yang amat besar. Saya juga melahirkan kekecewaan bahawa Menteri lebih memihak syarikat-syarikat telco daripada membela rakyat yang mengundi beliau ke parlimen.

Dengan keputusan kerajaan ini, Parti KEADILAN tidak ada pilihan lain, maka terpaksa membuat kempen besar-besaran seluruh negara untuk mendesak Menteri Kewangan iaitu YAB Datuk Seri Najib untuk senaraikan kad top up ke senarai kadar sifar (zero-rated).

PKR akan turun padang untuk berkempen semasa bulan Ramadan ke pasar Ramadan dan merata tempat. Kami juga akan berkempen online di www.BantahGST.com dan mesasarkan 200,000 petisyen rakyat.

Kami berharap anak muda dan pengguna kad pra-bayar menyertai kempen kami bersama demi berjuang untuk hak dan kebajikan sendiri.

Ini hanya satu-satu caranya boleh meringankan beban anak muda dan golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kad top up.

* Sim Tze Tzin adalah MP Bayan Baru & Pengarah Strategi Parti KEADILAN

Categories
NASIONAL

PKR bincang malam ini

SHAH ALAM, 16 JUN: PKR bakal membincangkan pendirian parti itu dan kenyataan yang dikeluarkan DAP dalam mesyuarat mingguan Biro Politiknya, malam ini.

Rafizi1-179x300Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata pihaknya mengambil maklum dengan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).

“PKR akan membincangkan kenyataan itu dan pendirian kami dalam mesyuarat yang bakal berlangsung di ibu pejabat PKR, pada jam 8.30 malam ini.

“Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga pendirian parti berhubung perkara ini dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Categories
NASIONAL

PKR terus runding selesai kemelut DAP-PAS

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Rundingan bagi menyelesaikan konflik antara parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan), DAP dan PAS akan diteruskan dari masa ke masa.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata perbincangan dilakukan secara berasingan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berusaha memulihkan keadaan itu.

“Alhamdulillah perbincangan diteruskan. Perbincangan dibuat secara bersaingan,” katanya memetik Sinar Harian.

Nurul-IzzahBeliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya tidak berhasrat mengulas panjang isu itu bagi mengelak salah faham.

Bagimanapun, beliau optimis Pakatan masih berpeluang melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pada 6 Jun lalu, Muktamar Tahunan PAS ke-61 meluluskan usul Dewan Ulama PAS Pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Bagaimanapun, usul berkenaan mahu PAS mengekalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam Pakatan bersama PKR.

Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap takziah kepada mangsa gempa bumi di Sabah

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tragedi gempa bumi 6.0 pada skala Richter yang berlaku di Ranau, Sabah semalam cukup menyedihkan.

Bagi pihak KEADILAN, saya ingin memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga 11 mangsa tragedi dan 8 pendaki yang masih belum ditemui.

Tiada kata yang dapat menebus nyawa, maka kita hanya boleh redha dengan ketetapan Yang Maha Esa.

Gempa SabahSaya ingin merakamkan juga rasa penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Semoga Allah mempermudah segala urusan mereka, agar para pendaki semuanya akan dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Kita berharap, semua pihak bekerjasama untuk memberikan pertolongan dan bantuan yang diperlukan bagi meringankan bebanan mangsa, Insya Allah.

Marilah kita mengambil iktibar dari kejadian ini untuk sentiasa bersiap sedia serta menambahbaik persiapan bagi menghadapi segala macam bencana dan malapetaka, tidak kira bencana semulajadi atau buatan manusia.

*Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden KEADILAN

Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap tahniah saf kepimpinan baharu PAS 2015-2017

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang serta kepada saf kepimpinan PAS yang telah dipilih bagi penggal baharu 2015-2017.

KEADILAN menerima baik ucapan dasar Presiden PAS yang menegaskan istiqamah dalam perjuangan menentang kezaliman di bumi tercinta, dan prinsip tahaluf siyasi yang terus menjadi teras bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam Pakatan Rakyat.

pkrPerjalanan kita masih jauh, dan pelbagai cabaran, dugaan, mehnah dan fitnah politik jahat rekayasa musuh perlu kita tempuhi bersama dalam semangat persaudaraan dan kekeluargaan, inshaAllah.

Walau kita telah berjaya memperolehi 52% undi popular dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lali, tetapi waqie politik tanah air memerlukan kita bersatu tenaga dan usaha.

Dengan berpegang kepada prinsip musyawarah serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat, inshaAllah kita akan dapat menyelesaikan masalah dan akhirnya mengalahkan musuh politik utama kita yakni UMNO-Barisan Nasional.

Oleh itu, kita perlu istiqamah dan melihat titik-titik pertemuan yang dapat membina harapan untuk seluruh rakyat Malaysia yang terlalu dibelenggu masalah dari GST, harga barang yang meningkat, hutang negara yang membengkak, rasuah dan kezaliman rejim yang kian menjadi-jadi, serta ketiadaan kepimpinan moral dalam pelbagai isu yang dihadapi negara.

Yang jauh, marilah kita dekatkan. Yang keruh, marilah kita jernihkan. Yang batil, marilah kita terus lawan, demi Malaysia yang lebih baik.

*Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden KEADILAN

Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap takziah kepada Pesuruhjaya Tinggi M’sia ke Pakistan

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat terkejut dengan insiden kemalangan helikopter di Pakistan semalam, dan merakamkan ucapan takziah terhadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar di atas pemergian isteri beliau akibat kemalangan tersebut.

Bagi pihak pemimpin dan anggota KEADILAN, saya mendoakan agar ruh Allahyarhamah Datin Habibah Mahmud dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan solehah.

KEADILAN turut merakam rasa dukacita apabila lima orang lain termasuk isteri diplomat asing turut terkorban apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar.

KEADILAN mendoakan agar Datuk Dr Hasrul kembali sembuh dan pulih dari kecederaan yang dialami ketika kejadian malang berlaku.

KEADILAN bersama-sama seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Datuk Dr Hasrul tabah dengan dugaan ini dan berharap beliau diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarhamah Datin Habibah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
9 Mei 2015