Categories
SELANGOR

PRK Kajang: 53.71% keluar mengundi setakat 2 Petang

Oleh: AFEEQA AFEERA

KAJANG: Setakat jam 2.00 petang tadi, seramai 20,438 orang atau 53.71 peratus telah keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

FRU Kajang1Penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk menarik pengundi.

Di Sekolah Rendah Agama Batu 10, ada di kalangan penyokong PR membawa dua biji kelapa tua mengejek pihak lawan dengan membuat aksi perbomohan.

Ia bagi mengejek dan menyindir upacara perbomohan yang dilakukan Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zin yang menggunakan kelapa ketika mengadakan ritual mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370.

Di Sekolah Kantan Permai, penyokong membuat aksi ‘bomoh teropong’ dengan menggunakan paip kecil sebagai teropong, memegang kelapa dan batang penyapu.

Ada di kalangan penyokong juga dilihat membawa kangkung sebagai ejekan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.

Pihak lawan, Barisan Nasional (BN) pula menggunakan istilah lucah sebagai modal mengejek penyokong pihak lawan.

Categories
SELANGOR

Nurul Izzah: SPR patut profesional, bukan sasar penyokong PR sahaja

KAJANG 23 MAC: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas.

Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.

FRU Kajang1“Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.

“Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

“Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian.

 

Categories
SELANGOR

MB: PRK DUN Kajang berjalan lancar

KAJANG 23 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan sistem pengundian PRK DUN Kajang hari ini yang dilihat lebih tenang dan teratur.

Kata Abdul Khalid beliau berpuas hati dengan keadaan dan penyelenggaraan pilihan raya DUN Kajang kali ini.

MB kajang“Tapi pengundi sekarang lebih matang, walaupun kita tak boleh berkempen sejak pukul 12 malam tadi, tapi saya yakin Wan Azizah akan menang di Kajang,” kata Khalid.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi Kajang memilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN Kajang yang baru.

Beliau berkata,Wan Azizah berkemampuan untuk menumpaskan lawannya, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.

“Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada kita, InsyaAllah tapi kita kena kerja kuat.

“Dari segi pengundi, saya yakin dengan mereka, mereka dah lihat apa yang BN lakukan kepada mereka, jadi mereka tahu untuk menilainya,” kata Anwar.

Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang mampu menilai calon lebih layak bagi menerajui kawasan itu, yang dianggap sebagai ‘Langkah Kajang’ ke Putrajaya.

Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka.

Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

EZY

Categories
SELANGOR

38,055 pengundi tentukan siapa ADUN Kajang

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 23 MAC : Percaturan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula hari ini dengan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Seramai 38,055 pengundi berdaftar bakal membuang undi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.

Penamaan calon berlangsung pada 11 Mac lalu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 hari sebagai tempoh berkempen.

Fokus PRK yang dipanggil ‘langkah Kajang’ ini dijadikan sebagai referendum oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama.

Lintas Langsung dari Sekolah Kebangsaan Kajang

7.45 pagi : Kira-kira 100 penyokong daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional mula berhimpun berhampiran kawasan masuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Kajang.

9.00 pagi : Penyokong mula bersorak melaungkan sokongan kepada parti masing-masing. Penyokong PR daripada pelbagai bangsa mula melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Sokong Kak Wan”.

9.30 pagi : Wan Azizah tiba di pusat pengundian dan mula masuk ke kawasan sekolah untuk meninjau keadaan sekitar. Sekolah Kebangsaan Kajang mempunyai tiga saluran.

Wan AzizahWan Azizah yang juga Presiden PKR dalam reaksinya berkata sambutan yang diberikan yang diberikan rakyat terhadap beliau adalah memberangsangkan.

Katanya, rakyat menyambut mesra kehadiran beliau ke pusat pengundian sejak jam 8 pagi tadi dan memberikan sokongan padu kepadanya.

“Apabila mereka melihat saya, mereka bersorak memanggil saya kak Wan dan melemparkan senyuman. Saya rasa gembira.

“Kempen juga berjalan lancar tetapi saya tidak pasti sama ada sokongan akan memihak kepada saya atau pun tidak,” katanya.

10.10 pagi : Penyokong bersorak melaungkan sokongan kepada parti yang bertanding, masing-masing dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Keadaan dilaporkan terkawal, malah laluan trafik untuk ke pusat pengundian juga tenang tanpa sebarang kekecohan atau kesesakan.

Penyokong kedua-dua parti berada pada kedudukan berbeza di mana PR berada di bahagian kiri sekolah manakala penyokong BN di bahagian kanan sekolah.

Orang ramai yang melalui jalan raya di hadapan sekolah menyembunyikan hon sebagai tanda sokongan.

10.30: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di perkarangan sekolah untuk meninjau keadaan di pusat pengundian.

MB kajangBeliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang turut meluangkan masa bertemu pengundi dan beramah mesra sambil bersalaman dan bergambar.

Abdul Khalid dalam reaksi ringkasnya berkata setakat ini keadaan di kebanyakan pusat mengundi adalah terkawal tanpa sebarang provokasi atau kekecohan dari kedua-dua penyokong parti.

Katanya meskipun tempoh kempen sudah pun tamat tepat pukul 12 malam tadi, namun beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya sangat puas hati tentang keadaan dan penyelenggaraan PRK Dun Kajang ini. Nampaknya keadaan tenteram walaupun ada kalanya penyokong bersuara tinggi untuk menarik perhatian pengundi.

“Saya yakin pengundi sangat matang dan tertib dan pada pandangan saya walaupun kita tidak boleh berkempen lagi, saya percaya Wan Azizah akan menang di Kajang,” katanya.

11.15 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian dengan diiringi kira-kira 10 buah motorsikal berkuasa tinggi.

Azizah saujana

11.17 pagi: Wan Azizah masuk ke pusat pembuangan undi dan meninjau keadaan sekeliling yang dilaporkan tenang.

11.20 pagi: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan meninjau keadaan sekitar.

Anwar turut meluangkan masa bertemu penyokong Pakatan Rakyat (PR) sambil bersalaman dan bergambar bersama.

Ada di kalangan penyokong yang turut meminta untuk ‘selfie’ bersama pemimpin tersohor itu.

Anwar dalam ucapan reaksi ringkasnya yakin peluang Wan Azizah untuk memenangi kerusi Dun Kajang adalah cerah berdasarkan sokongan yang diterima sejak hari pertama berkempen pada 11 Mac lalu.

Beliau turut mengharapkan lebih ramai orang akan keluar mengundi menjelang tengah hari sehingga waktu petang kerana setakat ini dilaporkan hanya 8,433 pengundi sudah membuang undi.

“Kita harap lebih ramai pengundi akan keluar nanti memberi sokongan kepada calon.

“Berdasarkan pemerhatian, saya yakin Wan Azizah boleh menang di sini,” katanya.

11.35 pagi: Keadaan sedikit kecoh berhampiran pusat pembuangan undi apabila penyokong Pakatan Rakyat (PR) berlawan sorak dengan penyokong Barisan Nasional (BN).

Penyokong BN melaungkan slogan dan dibalas dengan sindiran penyokong PR antaranya “guna teropong takn ak mengaku”, “buah kelapa” dan “dayung”.

Seramai 12,288 orang atau 32.29 peratus pengundi sudah mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setakat jam 11 pagi ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu sebanyak 88.4 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi DUN tersebut.

Kajang2PRK Dun Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Wan Azizah mewakili PKR menentang calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka.

Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Kajang: 15 pusat pengundian dibuka bermula 8 pagi

KAJANG 23 MAC: Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.

aizahBalai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – Bernama

Categories
SELANGOR

PRK Kajang: Pengundi dinasihat keluar awal

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 23 MAC: Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dinasihatkan agar keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Elizabeth Wong berkata, ini berikutan hujan dijangka turun pada tengah hari dan menjelang petang.

“Elok keluar awal sebab Jabatan Meteorlogi menjangkakan tengah hari hujan,” kata Elizabeth dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.aizah

Elizabeth juga merupakan Exco Alam Sekitar Kerajaan Selangor.

Sementara itu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali mengingatkan setiap undi adalah penting bagi memastikan kejayaan PKR dalam PRK kali ini.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Kajang: Petugas BN dicekup gantung kain rentang provokasi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG 22 MAC: Sekumpulan lelaki dipercayai petugas jentera Barisan Nasional (BN) dicekup ketika sedang menggantung beberapa banner provokasi terhadap parti lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Kumpulan terbabit yang memakai topi berlogo BN dengan menggunakan lori berlogo BN serta gambar calon BN ditemui pada jam 4.08 pagi tadi di kawasan jalan besar Kampung Baru Sungai Chua.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Elizabeth Wong berkata, banner bersifat provokasi itu juga didapati tidak tertera lambang BN seperti mana lazim dilakukan dalam serangan provokasi lain.

“Memang ini yang kita jangkakan dari BN. Mungkin ada lagi dinaikkan menjelang malam nanti.

“Pihak PKR, kami tidak akan mengeluarkan banner propaganda hitam seumpama ini,” kata Elizabeth dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli berkata tindakan ini jelas menunjukkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa BN akan menjalankan kempen secara budiman sebagai hipokrit semata-mata.

“Tan Sri Muhyiddin kata BN akan berkempen secara ‘gentleman’ tapi buat lain. Hentilkan hipokrasi,” kata Fahmi.

Antara banner provokasi itu tertulis, “Kami sudah beri peluang enam tahun. Tak perlu minta simpati” cuba menggambarkan banner itu dikeluarkan pengundi Kajang.

Provokasi seumpama ini dianggap sebagai bahan kempen yang tidak mematuhi syarat pilihan raya yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu ini sudah pun dilaporkan kepada balai polis berdekatan kira-kira jam 5.00 pagi tadi untuk tindakan lanjut.
EZY

Categories
SELANGOR

MCA-BN kian terdesak, sebar risalah fitnah takut kemaraan PR

KAJANG, 22 MAC: Calon Pakatan Rakyat (PR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam tindakan terkutuk Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang sehingga sanggup mengedar risalah fitnah terhadap dirinya.

“BN nampaknya sudah semakin takut dengan kekuatan PR, mereka kini mula mengedar risalah fitnah.

“Dalam risalah itu, mereka mendakwa saya adalah seorang yang hipokrit dan memang suka Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara.

“Ini tidak benar dan ia merupakan taktik yang lahir daripada perasaan takut, terutama apabila melihat sokongan kepada PR makin bertambah,” katanya ketika berceramah di majlis Jamuan Makan Malam di Pasar Sungai Chua, Kajang.

wan-azizah-chew-mei-funMenurut Dr Wan Azizah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan, BN-MCA juga sudah kehabisan modal kempen sehingga turut meniru slogan PR.

“Chew Mei Fun kata beliau dan MCA datang ‘for a better Kajang’. Itu PR punya slogan, jangan tiru-tiru, mesti mahu undi yang original (asli) bukan tiru punya,” ujarnya dengan sinis dipetik Roketkini.

Pada masa sama, Wan Azizah sempat berkongsi kepada 4,000 rakyat yang hadir mengenai keperitan dialaminya setelah suami tercinta tanpa henti-henti ditekan dengan pelbagai hukuman dan serangan pemerintah.

“Saya kongsi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tentang macam mana Betty Chew rasa semasa beliau dimasukkan ke penjara. Saya tahu dan alami perasaan yang sama.

“Sewaktu hukuman dijatuhkan kali pertama iaitu enam tahun penjara, anak kelima saya ketika itu baru berusia lapan tahun.

“Beliau bertanya kepada bapa saya (Wan Ismail), enam tahun itu lama ke? Hati saya sangat sedih. Kini 16 tahun berlalu, sekali lagi peristiwa sama berulang. Tapi kali ini mereka semua (anak-anak) sudah dewasa dan memberikan sokongan penuh dengan mengatakan ‘go for it mum’,” katanya.

Categories
SELANGOR

Bilik Gerakan PKR diserang ‘molotov cocktail’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 22 MAC: Sehari sebelum menjelang hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dicemari  dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dengan membaling bom buatan sendiri, molotov cocktail terhadap Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Berlian, Taman Kajang Baru.

Bagaimanapun molotov cocktail terbabit tidak menyebabkan kebakaran apabila botol kaca yang digunakan tidak pecah dipercayai selepas terjatuh pada permukaan yang tidak keras.

molotovKejadian serangan itu hanya disedari kira-kira jam 9.20 pagi oleh Ketua Bilik Gerakan terbabit, Nor Azlan Mohammad.

Ketua Jentera Daerah Mengundi Taman Kajang Baru, Dr Xavier Jayakumar berkata tindakan itu dianggap sebagai percubaan membakar bilik gerakan yang dilakukan selepas jam 3.00 pagi.

“Masa molotov cocktail itu dibaling, tiada sesiapa dalam Bilik Gerakan itu,” kata Dr Xavier pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat di sini, hari ini.

Dr Xavier berkata pihak PKR sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

 

Categories
SELANGOR

Menangkan Wan Azizah, dari Kajang ke Putrajaya

Oleh: Lizawati Madfa

KAJANG 22 MAC: Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menggesa pengundi untuk menghadiahkan kemenangan besar kepada calonnya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau percaya kemenangan Presiden PKR itu di Kajang bakal membuka laluan lebih baik buat PR untuk menakluk Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

BjQtrc5CQAAsmdda“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak oleh Umno-BN, tidak boleh bertanding (pilihan raya) siapa tahu kita mungkin akan berpeluang mempunyai Perdana Menteri pertama wanita di negara ini.

“Jadi pastikan anda semua memberi undi anda kepada calon Datuk Seri Dr. Wan Azizah pada hari Ahad ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penyokong pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi.

Wan Azizah berdepan satu lawan satu dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga merupakan Naib Presiden MCA.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan jentera parti dan para pengundi untuk terus mengukuhkan barisan di saat-saat akhir PRK Kajang dalam menghadapi serangan Umno-BN.

wan azizah ceramah pandan indah2“Kita mesti menghentikan kebobokan Umno-BN lebih-lebih dalam saat Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah.

“Pengundi perlu menzahirkan mesej jelas kepada pemerintah bahawa mereka tidak boleh buat sewenang-wenangnya,” pesannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa rakyat Kajang untuk menzahirkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan difitnah dan dianiaya Umno-BN pada peti undi Ahad ini.

“Kita mungkin berlainan agama dan bangsa tetapi kita semua sebenarnya berkongsi satu aspirasi sama iaitu untuk bangkit menentang sistem yang zalim di negara ini.

“Hari ini kita sekali lagi berikrar bahawa anda (Anwar Ibrahim) bukan keseorangan kerana malam ini kita isytiharkan gelombang baru, Reformasi 2.0,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Anwar: Pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie

Oleh : Lizawati Madfa

KAJANG 22 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tuduhan pihak tertentu yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) cuba mempolitkkan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH 370 yang kini memasuki minggu ketiga.

Ketua Pembangkang itu sebaliknya berkata sejak menerima berita menyedihkan itu, beliau segera memberi arahan agar isu berkenaan hukuman lima tahun penjara ke atasnya tidak dibicarakan mana-mana pimpinan PR di media massa.

Kapten Zaharie Ahmad ShahMalah, katanya, PR juga menyokong penuh segala usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk oleh Kerajaan Pusat dan tiada langsung mengeluarkan sebarang kenyataan negatif.

“Saya kata (dengan pimpinan), jangan sebut tentang Anwar.

“Tetapi kemudian UK Daily Mail dapat maklumat mengatakan Kapten Zaharie penyokong PR yang fanatik, jadi saya hendak tanya siapa yang memberi maklumat itu.

“Kemudian media Umno termasuk blogger pro Umno semuanya mula mempertikai hubungan ini, jadi ini apa, bukan politikkah,” katanya di hadapan lebih 10,000 penyokong di ceramah Reformasi 2.0 malam tadi di Stadium Kajang.

BjRL89ACYAAQBj4Mengulas lanjut, beliau turut mempertikai tindakan Kerajaan Pusat yang mengenepikan Ahli Parlimen PR sewaktu taklimat MH 370 diberikan selain menolak usul bagi membincangkan kehilangan pesawat itu di parlimen.

“Bagi penjelasan kat Parlimen tidak mahu dan kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar.

“Jadi, siapa adik beradik saya salah, siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau mengingatkan Kerajaan Pusat untuk berhenti memanipulasikan maklumat seolah-olah mahu menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam misteri kehilangan MH370.

“Kamu cuai yang cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti.

“Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie,” tegasnya.

EZY

JURNAL BERITA – ‘Chinese for Chinese’, serlah politik perkauman BN

1. Pengundi Kajang jangan mudah serah salinan kad pengenalan

2. PRK Kajang : PR tolak provokasi, seru penyokong lawan kezaliman

3. Parlimen : Kos terowong bawah tanah MRT RM340 juta tidak rasional

4. Provokasi laga komponen PR, bukti BN terdesak di Kajang

5. FMFA : Mei Fun perlu mohon maaf kepada Kerajaan Selangor

6. Umno-BN akhirnya mengaku biayai PERKASA

7. SAMM : PRK Kajang serlah politik perkauman BN

8. Muhyiddin berdongeng, nafi BN tidak terbabit rayuan kes Anwar

9. Apa motif SPR pindah DUN pengundi?

10. UNISEL : Image East beri peluang pelajar ketengah bakat

11. MBSA anjur Kayuhan Santai Shah Alam edisi kedua