JURNAL BERITA – 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

1. Kajian UNISEL : Abdul Khalid di tangga teratas tahap kepimpinan baik

2. MB : Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam Selangor kaji kesesakan lalu lintas

3. Kapasiti empangan bertambah, catuan diteruskan hingga paras memuaskan

4. Exco: BN dicabar serah maklumat rumah urut kepada PBT

5. Empangan kritikal dijangka pulih selepas peralihan monsun

6. LUAS : Kapasiti air empangan Selangor kurang peningkatan

7. Selangor tawar premium RM1,000 perbaharui pajakan tanah kediaman

8. Kajian UNISEL : 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

9. FMFA: Mei Fun patut sekolah semula belajar Geografi

10. Naik taraf Stadium Shah Alam, langkah terbaik untuk prestasi antarabangsa

11. Exco: Orang ramai jangan terpengaruh hebahan fitnah terhadap Kerajaan Selangor

12. Anwar : Zaharie cintakan reformasi demokrasi

13. SMITF 2014 dijangka tarik 30,000 pengunjung

Categories
SELANGOR

Exco: Orang ramai jangan terpengaruh hebahan fitnah terhadap Kerajaan Selangor

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 19 MAC: Satu hebahan palsu diedarkan kepada masyarakat di Kajang dikesan dipercayai cuba mengeruhkan hubungan baik antara Kerajaan Selangor dan rakyat negeri ini.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata hebahan yang menggunakan logo Selangorku, PKR, PAS dan DAP itu juga dipercayai diedarkan dengan tujuan meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti.

“Hebahan ini sangat jelas direka oleh seseorang yang tidak cerdik akalnya dan jauh dari mempunyai sikap cermat dan teliti mengenai hebahan dari sebuah kerajaan negeri.

“Sudah pasti ia bukan hebahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pejabat Exco Kerajaan Negeri kerana terdapat banyak kecacatan format, bahasa dan informasi,” menurut kenyataan media Rodziah yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Rodziah juga menemplak pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai amat dangkal dan mempamerkan kecerdasan yang lemah berikutan syarat skim Kerajaan Negeri di dalam hebahan itu dilihat sebagai ‘tangkap muat’ sahaja.

Beliau turut digesa membantu kerajaan negeri mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu dengan menyalurkan maklumat ke talian 03-5544 7622 atau balai polis berhampiran bagi membolehkan di bawa ke muka pengadilan.

Antara kandungan hebahan palsu itu termasuklah ‘janji kerajaan negeri’ mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus, memberi elaun kepada ibu tunggal, menyediakan skim Takaful bernilai RM2,500 kepada warga emas, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

EZY

JURNAL BERITA – 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

1. Kajian UNISEL: 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

2. Wan Azizah : Pengundi tidak boleh ambil mudah PRK Kajang

3. PKR: 11 telefon bimbit digodam, SKMM berdiam

4. Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370

5. SPR : Belum ada calon mohon tidur lokap, pasti peti undi selamat

6. PRK Kajang: Pertambahan pengundi awal daripada 300 kepada 1187 meragukan

7. Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

8. PKR: Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

9. Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

10. Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

11. AKTIVITI YB : Adun Sementa turun padang lawat kawasan ribut

12. AKTIVITI YB: Anak gembira ibunya terima sumbangan kerusi roda

13. AKTIVITI YB: Seramai 25 orang tamat kursus jahitan PWB

JURNAL BERITA- MB: MH370 hilang, jangan buat spekulasi

1. MB: Jangan buat spekulasi anak kapal, penumpang MH370

2. MB jumpa menteri untuk bincang penguatkuasaan WSIA

3. MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

4. Isteri polis mati ditembak warga asing sebak terima sumbangan Kerajaan Selangor RM20,000

5. PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN

6. PR: Kerajaan Pusat khianati MOU air, desak guna WSIA

7. Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

8. Anwar: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

9. Adun: Konsesi Lebuh Raya Kidex patut beri maklumat terperinci

10. Guan Eng : Rakyat Kajang perlu bangkit tolak politik perkauman

11. Ibu bapa di Selangor perlu main peranan galak anak sertai PTRS

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

Categories
SELANGOR

MB sarapan bersama masyarakat Kajang

KAJANG 18 MAC: Kesibukan jadual Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang beliau membantu kempen PRK Kajang bagi memastikan kemenangan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kajang turun bersama-sama dengan masyarakat hari ini untuk bersarapan di Warong Kg Batu 10 di sini.

MB sarapanDikesempatan itu beliau beramah-mesra dengan penduduk Kg Batu 10 sambil menziarahi penduduk sekitar.

Turut sama dalam program itu adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Selangor, Iskandar Samad dan jentera Pakatan Rakyat.

Esok 19 Mac merupakan hari mengundi bagi pengundi awal bagi PRK DUN Kajang.

Seramai 1187 pengundi awal dijangka akan membuang undi di tiga pusat pengundian yang dibuka SPR.

EZY

JURNAL BERITA – MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah

1. MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah, siap Julai 2015

2. MB: Manifesto PR PRK Kajang tingkat pembangunan negeri

3. Sultan Selangor: Ibu bapa perlu serius didik anak budayakan Al-Quran

4. PKR: Kesesakan trafik di Kajang sejak zaman Umno

5. Risalah burukkan Wan Azizah, PKR Selangor lapor Polis

6. Exco: Pemilik buat pembakaran terbuka berdepan tindakan undang-undang

7. Kerajaan Pusat digesa naik taraf Lebuhraya Besraya bagi atasi kesesakan

8. Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah

9. Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas

10. Ahli Parlimen Serdang kesal projek Park ‘n Ride gagal siap ikut tempoh

11. PBT perlu rangka dasar kutip minyak masak untuk kitar semula

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

Categories
NASIONAL

Pakatan anjur Himpunan Solidariti Rakyat 21 Mac ini

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 17 MAC : Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Rakyat pada 21 Mac ini di Stadium Kajang untuk membantah keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda kepada dua pemimpin tertinggi parti itu, baru-baru ini.

DSC_0154Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata rakyat amat terkejut dan marah dengan keputusan mahkamah yang mengenakan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain denda RM4,000 kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau berkata keputusan itu adalah langkah politik Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan pimpinan PR dibuang dari arena politik.

“Namun rakyat tidak akan duduk diam tatkala kezaliman begini berleluasa. Kita banyak menerima mesej sokongan malah ramai yang bertanya apakah langkah kita seterusnya.

Justeru kita umumkan satu perhimpunan untuk membantah keputusan ini pada hari Jumaat, 21 Mac jam sembilan malam di Stadium Kajang,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, Chua mengajak orang ramai untuk hadir ke perhimpunan berkenaan demi menzahirkan rasa kemarahan terhadap keputusan menindas ahli parlimen PR.

Katanya rakyat disarankan supaya hadir dengan mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes.

“Himpunan ini adalah permulaan dan akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selesai sebagai tanda sokongan kita terhadap dua pemimpin ini dan lain-lain ahli yang berkemungkinan menerima nasib seperti ini (hilang kelayakan sebagai wakil rakyat),” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN

KAJANG 16 MAC: Empat bekas tokoh Umno semalam berkongsi pentas dan menyeru pengundi menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Datuk Tamrin Abdul Ghafar, Dr Zayadi Awang Noh, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Sharif Omar yang berucap pada ceramah bertema ‘Tiada Esok Bagi Umno BN’ di Tapak Karnival Usahawan di sini, malam tadi.

Tamrin menyertai PAS sejak 2012, Dr Zayadi (bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan), Lajim (bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Shariff (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)

Memetik Keadilan Daily, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat turut hadir antaranya Pengarah PRK Kajang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dengan pidato yang berkobar-kobar, mereka membuat beberapa pendedahan dan mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah

Sharif-300x196“Semasa saya jadi timbalan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang, saya disuruh buat mesyuarat panggil ketua bahagian untuk sokong tindakan pemecatan terhadap Anwar,” kata Shariff.

Tamrin pula berkata, rakyat Kajang perlu menolak pembaziran Najib yang boros berbelanja termasuk menggunakan pesawat persendirian ke luar negara ketika rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

“Kita (rakyat) dapat apa?, Umno BN menang dulu sebab tipu orang kampung. Saya minta kita tunjukkan, ajar pimpinan Najib,” katanya.

Dr Zayadi pula berkata, kepentingan memilih kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan rakyat, dengan menjadikan kerajaan Kelantan dan selangor sebagai contoh.

“Mereka (pemimpin Umno) hidup di luar batasan kemampuan, tapi rakyat kena makan kangkung. Kita mahu kepimpinan yang baik seperti pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kenapa Pakatan Rakyat Selangor boleh bertahan, boleh menang lebih daripada dua pertiga majoriti? Kerana kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

PKR: Kesesakan trafik di Kajang sejak zaman Umno

KAJANG 15 MAC: PKR hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam yang menuduh kononya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ‘lepas tangan’ dalam isu kesesakan lalu lintas di Kajang.

Sebaliknya, Timbalan Bendahari Agung PKR, low Chee Chong berkata, kesesakan lalu lintas di sini berlaku sejak tahun 90an iaitu ketika Umno memerintah Selangor lagi.

“Saya anak kelahiran di sini, dia (Wee) tak tahu apa berlaku di Kajang.

“Lalu lintas di Kajang sesak sejak 90an, dari zaman BN jadi kerajaan, bukan baru berlaku sejak PR perintah 2008,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

Wee ketika membidas manifesto PKR semalam berkata, kerajaan negeri gagal menambah baik lalu lintas sehingga melumpuhkan bandar Kajang pada waktu puncak.

Dalam pada itu, Chee Chong turut membidas kenyataan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yang menyalahkan kerajaan negeri kononnya tidak menyelesaikan masalah banjir di Kajang.

“Dia (Noh) tak tahu apa dia cakap. Kerajaan Selangor sudah ambil tindakan bersih dan memperbesar Sungai Jelok, jambatan diperbesar dan ditinggikan, bina semula tambak.

“Setakat ini, bila hujan pun tak berlaku lagi banjir,” bidas Chee Chong.

Mengulas isu jenayah, beliau berkata itu dibawah kuasa kerajaan pusat melalui Kementerian Dalam Negeri, dan tidak wajar Kerajaan Negeri dipersalahkan.

Beliau juga mendakwa manifesto BN yang diumun semalam sebahagian besar menciplak manifesto Wan Azizah.

“Tiga daripada lima point itu copy kita punya. MCA dan BN ini parti yang meniru,” kata beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang termasuk membina jalan alternatif baru.

Categories
SELANGOR

Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah

Oleh Fazallah Pit

KAJANG 14 MAC: Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar secara terbuka memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Beliau juga meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan memastikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menang dengan majoriti lebih besar.

BissdByCQAE-Paz

“Saya kenal lama dengan Dr Wan Azizah. Saya sokong Wan Azizah untuk menang di Kajang. Baik, berakhlak orangnya. Orang Kajang bernasih baik dapat calon seperti Dr Wan Azizah.

“Saya yakin pengundi Kajang akan membuat keputusan bijak dengan memilih Dr Wan Azizah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang,” kata bekas Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor itu.

Beliau yang pertama kali berucap di pentas Pakatan Rakyat berkata
demikian depan lebih 3,000 pengunjung Karnival Selangorku di Stadium Kajang, malam tadi.

Mohd Shariff hadir ke program anjuran Kerajaan Selangor dan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang berlangsung 7 hingga 22 Mac itu bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor antara 1999 hingga 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sokongan itu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) yang cuba merampas kerusi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Bisui4tCQAAS8K3

Apatah lagi, beberapa pemimpin akar umbi Umno termasuk jentera parti PRK Kajang turut mengisytihar menyertai PKR pada program berkenaan.

Mereka ialah timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita dari Umno Cawangan Sungai Kantan Peringkat Tiga, selain bekas Ketua Umno Cawangan Batu 9, Cheras beserta 80 penyokong mereka.

20140314_234238Ketua Belia Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Ketua Beliau Taman Sri Minang turut berbuat demikian sebelum Anwar mengaluingi mereka mafla PKR.

Mengikut penganjur, lebih ramai orang Umno bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebagai tanda sokongan kepada Dr Wan Azizah.

 

 

 

JURNAL BERITA – Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

)

1. MB: Menangkan Dr Wan Azizah dengan majoriti lebih besar

2. Penstrukturan Semula Air Selangor, Kerajaan Pusat guna WSIA

3. Rumah Selangorku akan dijual pada harga kurang RM250,000

4. MB : Rakyat diminta jimat penggunaan air

5. Umat Islam disaran hayati al-Quran, pelihara akhlak

6. Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

7. Wan Azizah: PRK Kajang, referendum rakyat tolak kezaliman BN

8. Selangor peruntuk RM20,000 selenggara kemudahan Pangsapuri Makmur

9. Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan”

10. Anwar : Tawaran Konsensus Nasional PR-BN batal

11. Tanda tanya gambar pemilik pasport palsu MH370

12. AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370

13. Penyokong BN minta Anwar tandatangan di topi

14. Rafizi : Kawat besi lambang penindasan Israel

JURNAL BERITA – MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegakkan keadilan sejak 1998

1. MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegakkan keadilan sejak 1998

2. MB : Masyarakat Selangor disaran contohi budaya Jepun dalam aspek kebersihan

3. MB : Hasil sumber negeri untuk kebajikan rakyat

4. MB : Program kerajaan negeri dilaksana sebelum PRK Kajang

5. PRK Kajang : Pertandingan dua penjuru PR dan BN dijangka sengit

6. Wan Azizah naik motor ke Pusat Penamaan Calon PRK Kajang

7. Exco: MH370 hilang misteri, tingkatkan doa agar dipermudahkan usaha mencari

8. Anwar : ‘Sokongan rakyat buat saya kuat untuk lawan’

9. 89 Ahli Parlimen PR boikot sidang Dewan Rakyat