Categories
SELANGOR

Red Giants lakar sejarah diuji Juara Europa Sevilla 26 Mei

SHAH ALAM, 22 MEI: Pendahulu Liga Super, Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila dijadualkan berdepan juara Liga Europa musim ini, Sevilla, pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, pada 26 Mei ini.

Kelab Sepanyol itu menewaskan wakil Portugal, Benfica 4-2 melalui penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir kejohanan kelab kedua terbesar Eropah yang berlangsung di Stadium Juventus, Turin, 14 Mei lalu.

“Kami berbangga dapat beraksi dengan sebuah kelab terkemuka seperti Sevilla, tambahan pula hanya beberapa minggu selepas mereka bergelar juara,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad dipetik daripada laman web Persatuan Bola Sepak Selangor.

Red GiantsSevilla adalah kelab kedua tertua di Sepanyol dan paling cemerlang dari wilayah Andalusia dengan memenangi kejuaraan La Liga 1945-46 serta lima kejuaraan Copa del Rey.

Di peringkat Eropah, kelab itu memenangi dua kejuaraan Piala UEFA (2006 dan 2007) serta Piala Super UEFA 2006, di samping Liga Europa edisi terkini.

Ketua Operasi Liga de Futbol Profesional (LFP) World Challenge, Sergi Vieta, berkata pasukan Sevilla turut teruja dengan pertemuan bersama salah satu kelab terkemuka rantau ini seperti Selangor serta peluang beraksi di Malaysia.

“Perlawanan ini pastinya satu ujian sukar buat Selangor, tetapi pasti kita akan berikan yang terbaik sebagai satu tanda penghargaan pasukan kepada peminat setia Merah Kuning.

Red Giants 1“Perlawanan berprofil tinggi seperti ini juga diharapkan dapat menambah semangat kepada para pemain untuk memastikan Selangor berada di puncak, musim ini,” katanya.

Tiket berharga RM20 boleh mula dibeli bermula jam 3.00 petang pada hari Sabtu (24 Mei) di Stadium Shah Alam.

Categories
SELANGOR

Pertembungan Red Giants lwn JDT, tunjuk semangat kesukanan elak kekecohan

SHAH ALAM 20 MEI: Penyokong pasukan bola sepak diingatkan supaya tidak terbabit dengan segala bentuk provokasi semasa perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim berkata pada awal musim, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah pun bertitah supaya semua pegawai, pemain dan juga penyokong Selangor tidak terbabit atau menimbulkan sebarang kekecohan ketika perlawanan.

shah alam“Tuanku Sultan juga mahu kita penyokong Selangor sentiasa menghormati tetamu iaitu pasukan lawan.

““Jadi saya harap semua penyokong faham. Datang ke stadium dengan penuh semangat kesukanan, apa saja yang berlaku usah berdendam dan terima saja sebarang keputusan perlawanan,” kata beliau dipetik BH Online.

Katanya, beliau tidak mahu sebarang kekecohan berlaku kerana pasukan Selangor dalam semangat terbaik berada di puncak liga.

Red Giants 1“Kita tak mahu kekecohan berlaku sehingga mungkin boleh mengakibatkan kita didenda dan ditolak mata. Ia pasti merugikan,” kata Rosman.

FAS akan membuka kaunter tiket lebih awal iaitu dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada Jumaat dan dari 9 pagi hingga perlawanan bermula pada Sabtu.

“Kehadiran tertinggi di Stadium Shah Alam musim ini ialah 16,000 penonton ketika bertemu Terengganu (4 Mei lalu) dan 12,000 bertemu Sime Darby (Sabtu lalu).

“Dijangka jumlahnya lebih tinggi Sabtu ini. Jadi, satu mesyuarat keselamatan akan diadakan Khamis ini bagi memastikan keadaan lebih terkawal,” jelas Rosman.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants tumbangkan Tok Gajah 1-0, pendahulu Liga Super baru

SHAH ALAM 11 MEI: Pasukan Bola Sepak Selangor, Red Giants membuktikan kehebatan apabila menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi, sekali gus muncul tampil sebagai pendahulu Liga Super yang baru.

Jaringan penyerang dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 memusnahkan rekod tanpa kalah Pahang.

kedudukanSelangor, yang sebelum perlawanan menghuni tempat kedua, hanya ketinggalan kepada Pahang berdasarkan jumlah gol, kini mengumpul 31 mata manakala Pahang di anak tangga kedua dengan 28 mata.

Bagi Pahang, mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana walaupun menguasai permainan dengan melakukan cubaan berbahaya ke kubu Selangor, mereka terus gagal merobek kekentalan pertahanan lawan sebaik perlawanan bermula.

Peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi penyerang import dari Argentina, Matias Conti yang menyepak deras tetapi penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Marlias menepis keluar bola pada minit ke-13.

Selangor kemudian cuba menguji barisan pertahanan skuad Tok Gajah yang diketuai kapten, Mohd Razman Roslan yang menyaksikan tuan rumah kekal bertahan.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants menang tumpaskan Red Warriors

SHAH ALAM 23 MAC: Selangor yang pertama kali beraksi di Stadium Shah Alam pada musim ini berjaya menuai tiga mata penuh dengan menumpaskan Kelantan dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Merah Kuning terlebih dahulu menguji kecekapan penjaga gawang lawan, Khairul Fahmi Ce Mat menerusi rangkaian Andik Vermansyah dan Paulo Rangel.

Red GiantsKelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila Mohd Shawky dijatuhkan tetapi gagal disempurnakan Francis Forkey Doe m-19.

Seminit berselang, giliran tuan rumah pula mendapat penalti yang terus diledakkan Rangel menewaskan Khairul Fahmi.

Rangel hampir menambah jaringan namun tindakan susulannya menyaksikan bola bergolek ke luar sebelah kanan tiang gol m58.

Usaha pelawat memburu sekurang-kurangnya gol penyamaan terus hampa apabila sepakan percuma m-78 diambil Badhri Radzi melewati palang Selangor juga tendangannya selang tiga minit tepat ke arah Farizal Marlias.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants tekad buru mata sulung Piala AFC

SHAH ALAM 25 FEB: Gergasi bola sepak negara, Selangor tekad meleburkan impian kelab dari Indonesia, Arema Cronous menjelang perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.

Pasukan kendalian Mehmet Durakovic itu optimis untuk memungut mata penuh pada perlawanan pertama Kumpulan F itu dengan kelebihan beraksi di hadapan para penyokong sendiri.

Red Giants“Kita akan bermain secara menyerang dalam perlawanan ini bagi memperoleh gol dan seterusnya mencipta kemenangan,” katanya.

Menurut Durakovic, mereka sudah bersedia untuk memberikan saingan dan pada masa sama berharap dapat menggunakan khidmat kesemua pemain importnya iaitu, Stilianos Pantedilis, Junior Aparecido, Paulo Rangel dan Andik Vermansyah.

Sementara itu, kapten Selangor, Bunyamin Omar mengakui beliau dan rakan sepasukan memiliki motivasi yang sangat baik bagi menghadapi pertemuan itu.

“Motivasi pemain sangat baik dan kita akan beraksi dengan baik untuk meraih tiga mata penuh,” katanya dipetik Sinar Harian Online.

Perlawanan itu akan berlangsung pada jam 8.45 malam.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.

Anwar Khalid“Saya akan uruskan supaya akhirnya ia berlaku seperti di England di mana penyokong bola sepak adalah pemilik saham syarikat itu.

“Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

IMG_2278aDalam ucapannya, Abdul Khalid turut mengemukakan hasrat untuk mewujudkan sebuah rumah kelab khas bagi kemudahan ahli serta penyokong pasukan bola Sepak Selangor.

“Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants terus terajui Liga Super 2014

SHAH ALAM 1 FEB: Selepas berakhir tiga perlawanan Liga Super, Red Giants menerajui takhta itu hasil dua kemenangan (T-Team , Pahang) dan satu kekalahan (Lions XII).

Walaupun perjalanan masih jauh, aksi selepas ini menentang pasukan berstatus kelab, SDFC yang baharu dinaikkan pangkat beraksi di Liga Super pastinya menghadirkan ancaman berbeza dan mampu menguji sejauh mana kehebatan pemain Merah Kuning.

Red Giants 1Walaupun tiada sebarang tumpuan diberikan malah penyertaan Selangor dalam kancah saingan liga kali ini lebih menimba pengalaman memandangkan hampir separuh dibarisi pemain muda.

Hanya Bunyamin Umar, Mohd Fitri Syazwan, Abdul Shukur Jusoh, K Gurusamy dan S Kunalan orang lama yang masih setia bersama Red Giants.

Dibimbing jurulatih Mehmed Durakovic corak permainan pasukan kini dilihat berbeza malah lebih bertenaga dan mengamalkan corak permainan bersahaja serta tidak terburu-buru melancarkan serangan.

Paulo Rangel bekas penyerang Perak yang menyarung jersi Selangor musim ini membuktikan bisanya selaku pengempur apabila menjaringkan empat gol dengan kelebihan jaringan melalui tandukan

Tiga gol dalam saingan Liga Super dan satu Piala FA memberi amaran bahawa pemain tinggi lampai ini mampu digelar pencetak gol buat Selangor.

Red GiantsJunior De Souza juga tidak ketinggalan menerima sokongan peminat dan pengurusan apabila beraksi dipadang dengan kelincahan dan hantaran bola kepada rakan pastinya menghadirkan geruan buat lawan.

Berbadan kecil namun tegap selain mampu melakukan rembatan dari luar, Junior sememangnya menjadi pilihan Durokovic diturunkan selaku kesebelasan utama berbanding Andik Vermansyah.

Corak permainan bola bersahaja melalui hantaran pendek dikalangan pemain dilihat begitu berkesan buat pemain Selangor berdasarkan empat perlawanan sebelum ini.

Kombinasi Abdul Shukor Jusoh bersama K Gurusamy dibahagian tengah memperlihatkan perancangan jurulatih menjadi apabila banyak menguasai kawalan bola.

Benteng pula memperlihatkan kekentalan pemain import tinggi lampai, Pantelidis Stilianos, Rizal Fahmi Roshid, Azmi Muslim dan Bunyamin manakala Mohd Farizal Marlias dilihat kurang diuji dalam empat perlawanan sebelum ini.

PIALA FA (Pusingan Kedua) – 4 Februari (Selasa) Selangor lwn Sarawak (4.15 petang / Std MBPJ , Petaling Jaya)

LIGA SUPER – 8 Februari 2014 (Sabtu) SDFC lwn Selangor (8.45 mlm / Std MPS Selayang )

Dipetik : Sinar Harian

JURNAL BERITA – MB undang SPRM siasat isu Azmin

1. MB undang SPRM siasat isu penamatan Azmin dari PKNS

2. Pegawai Kewangan KDEB dilantik pemangku Pengurus Besar PKNS

3. MB lawat kilang pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia

4- Selangor kutuk sebaran SMS palsu pembiayaan perumahan

5- Siasat akaun AG, Rafizi ke Hong Kong selepas Tahun Baru Cina

6.Polis kes pembunuhan Altantuya ‘hilang’, Rayuan Putrajaya ‘terhalang’

7. Exco: Pusat Siber Rakyat bakal beri manfaat 20,000 rakyat

8. 70% warga emas sertai SMUE, Selangor bayar RM109.2 juta

9.Iskandar : Pembeli rumah berkembar Bukit Botak diminta bertenang

10.Yayasan Selangor sasar 5,500 pelajar, bela pendidikan pelajar kurang berkemampuan

11.MBSA sedia kaunter bayaran perbaharui lesen perniagaan di kompleks beli-belah

12.MBSA anjur Festival Budaya Mahasiswa 23-28 Jan ini cungkil bakat baru

13.Piala FA 2014: Red Giants waspada bertembung Harimau Muda C

JURNAL BERITA – MB: Kerajaan Selangor pastikan bekalan air cukup melalui projek HORAS

1- MB: Kerajaan Selangor bina projek HORAS pasti bekalan air berterusan

2- MB: Red Giants sasar julang 2 piala pada 2014

3- Red Giants perlu ambil iktibar kejatuhan Manchester United

4- 7,000 meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor

5- Penasihat Undang-Undang, Pengarah JAIS baru angkat sumpah

6- Exco: Kerajaan Negeri bantu SKI Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang

7- BBC News minat cerita Kangkung Najib Razak
.
8- Kerajaan Pusat perlu proaktif pasti bekalan ikan dan kelapa cukup

9- Pengguna: Kerajaan Pusat patut kerja keras atasi isu kenaikan harga

10.Kong Choy dibebas, pendakwaan PKFZ bagai wayang terancang

11.’Polis mabuk’, KPN perlu fokus perangi jenayah

12. ‘Syahid Yang Tertangguh’ antara penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul

13. MPS: Kereta kabel tidak sesuai dibina di Batu Caves

14.Pengunjung Pasar Seksyen 6 minta MBSA sedia parkir mencukupi

Categories
SELANGOR

MB: Red Giants sasar julang 2 piala

SHAH ALAM 15 JAN: Pasukan bola sepak Selangor Red Giants mensasarkan untuk menjulang dua trofi dalam saingan pada 2014 ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau mahu Red Giants kembali kepada reputasi sebenar dan terbaik selaku jaguh bola sepak tanah air.

11web“Saya harap kita dapat julang dua piala itu pada misi kita tahun ini. Paling mustahak, saya mahu Misi 33 (Piala Malaysia) berakhir dengan kejayaan kerana kita sinonim dengan piala keramat itu.

“Sasaran yang diletakkan relevan dan mampu dicapai, memandangkan pasukan ini akan dibimbing bekas pemain (Mehmet Durokovic) yang tekad mengembalikan zaman kegemilangan Selangor,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Selangor di SACC Mall, Shah Alam, semalam.

Durakovic dilantik sebagai ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan sambil dibantu P Maniam (penolong jurulatih), Rosedy Nadzir (pegawai media), Mashiedee Sulaiman (jurulatih kecergasan), Robert Graskoski (jurulatih penjaga gol), Khidir Abd Karim Alfadl Ali (fisioterapis), Othman Saad (juruurut) dan Zurshydee Abu Samah (kitman).

12web

Hanya lapan pemain musim lalu yang dikekalkan iaitu Bunyamin Umar, Shukur Jusoh, Raimi Md Nor, K Gurusamy, S Kunanlan, Afiq Azmi, S Veenod dan Fittri Shazwan Raduwan.

Seramai 11 pemain tempatanbaru yang dibawa masuk pula ialah Syamim Othman, Shazlan Alias, Azmi Muslim, Shahrom Kalam, Hazwan Bakri, Abdul Hadi Yahya, Rizal Fahmi Rosid, P Rajesh, A Thamil Arasu, Hamsani Ahmad dan Farizal Marlias.

Empat pemain import baru terdiri daripada Paulo Rangel dan Junior Aparecido Guimaro De Souza dari Brazil, Steve Pantelidis dari Australia dan Andik Vermansah dari Indonesia.

Manakala satu-satunya pemain dari skuad Piala Presiden Selangor yang turut dipanggil berlatih sepenuh masa bersama skuad Liga Super musim ini ialah K Satish yang bakal menyarung jersi No 31.

MehmetSementara itu, Durakovic, 49, menyambut positif cabaran yang dilontarkan Abdul Khalid untuk cuba memenangi dua piala musim ini selepas Selangor gagal menjulang sebarang piala dalam pertandingan tempatan sepanjang tiga musim selepas kali terakhir menjulang trofi Liga Super pada musim 2010.

“Apa yang boleh saya katakan, para pemain saya akan memberikan kepada Selangor dan pihak pengurusan, 100 peratus komitmen di dalam dan luar padang. Kami pasukan terdiri daripada pemain muda dan baru mula membina pasukan. Jadi ia mengambil masa.

“Tapi sepanjang tujuh minggu mengendalikan pasukan, setakat ini saya lihat semua pemain memberikan komitmen yang tinggi. Mereka muda tetapi memiliki sikap cukup profesional.

“Saya mahu membawa semula Selangor yang dulu, mengembalikan sokongan peminat, mencetuskan semula keghairahan di kalangan para pemain Selangor dan menarik semula penyokong ke stadium.

Saya beri jaminan dan juga berjanji bahawa setiap pemain saya akan beri 100 peratus komitmen pada setiap perlawanan,” ” kata Durakovic yang menggantikan jurulatih musim lalu, Irfan Bakti Abu Salim.

Durokovic berharap semua penyokong Selangor hadir semula ke stadium untuk menyaksikan pasukan Red Giants bermain.

“Selangor sebuah kelab yang besar dan negeri yang cukup mengagumkan. Secara jujurnya Selangor perlu berada di kedudukan teratas bola sepak Malaysia.

“Kita kena kembalikan keghairahan bola sepak Selangor tetapi ia mengambil masa. Walaupun pasukan musim ini tidak ramai bintang, tapi kami akan berusaha sebagai satu pasukan dan keluarga,” kata Durokovic.

mohd-bunyamin-umarSementara itu, Bunyamin yang dilantik sebagai kapten baru Selangor menggantikan Asraruddin Putra Omar yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) secara peribadi meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu piala mampu dijulang Selangor musim ini.

“Secara peribadi, sasaran saya ialah untuk menjulang satu piala dan menduduki empat kedudukan teratas Liga Super. Apa pun dua piala yang disasarkan Presiden FAS itu saya anggap sebagai cabaran untuk kami secara realistiknya perlu faham yang kami perlu bersungguh-sungguh untuk mencapainya musim ini.

“Saya tak mahu melihat perbandingan pasukan Selangor 2013 atau 2014 yang mana lebih kuat. Tapi saya melihat komitmen pemain musim ini lebih baik berbanding musim lalu kerana setakat tujuh minggu ini, saya tak nampak ada rakan-rakan yang bersikap sambil lewa dan tidak memberikan komitmen tinggi ketika di padang,” kata Bunyamin dipetik dari Laman Web Persatuan Bola Sepak Selangor.

Selangor akan membuka kempen Liga Super 2014 bertemu T-Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, jam 4.45 petang Sabtu ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants perlu ambil iktibar kejatuhan Manchester United

Oleh: SIRAJ ZAINI

SHAH ALAM 14 JAN : Gergasi Merah Kuning perlu bekerja lebih keras pada musim 2014 ini bagi mengembalikan maruah pasukan bola sepak itu yang suatu ketika dahulu digeruni setiap lawannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pasukan Selangor (Red Giants) perlu mengambil iktibar dengan mengambil contoh kejatuhan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United yang kini sedang bergelut untuk mendapat semula prestasi terbaiknya.

“Pasukan Manchester United kini sedang menghadapi kemelut prestasi dan saham pasukan itu kini sedang jatuh dan kita perlu mengambil iktibar daripadanya,” katanya yang disambut tepukan gemuruh lebih 3,000 penyokong Merah Kuning yang hadir.

Beliau berkata demikian di Majlis Memperkenalkan Pegawai dan Pemain Selangor serta Pelancaran Jersi Baru Selangor Musim 2014 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall, di sini.

11web

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri bersedia memberikan sokongan kewangan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memastikan pasukan Merah Kuning itu dapat mencapai Misi 33 Piala Malaysia.

“Kerajaan Negeri berjanji untuk memberi sokongan kewangan kepada FAS supaya mereka dapat menggembeling tenaga untuk kemajuan bola sepak di Selangor,” katanya lagi.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tiada masalah menggunakan wang rizab negeri untuk memajukan sukan bola sepak Selangor jika ada keperluan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad, para pemain Selangor dan pegawai pengurusan FAS.

12web

Sementara itu, pasukan Selangor bakal dibarisi pemain yang diketuai ketua pasukan, Mohd Bunyamin Umar; pemain-pemain lain seperti Muhammad Syamim Othman, Mohd Shazlan Alias, Mohamad Azmi Muslim, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Abdul Shukur Jusoh, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Raimi Md Nor, Abdul Hadi Yahya, K.Gurusamy, S.Kunanlan, Mohd Rizal Fahmi, Rajesh Perumal, Afiq Azmi, Thamil Arasu, Mohd Hamsani, S.Veenod, Mohd Fitri Shazwan, Mohd Farizal Marlias dan K.Satish.

Pasukan itu turut dibarisi empat tonggak import iaitu Andik Vermanshah, Paulo Rangel, Junior Aparecido serta Stilianos Pantelidis.

9web

Pada musim 2014 ini, Selangor masih mengekalkan penajanya iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) dan pengeluar pakaian sukan KAPPA.

EZY