Categories
SELANGOR

Hilang 3 tonggak utama tidak jejas persiapan Red Giants tonjol aksi terbaik

SHAH ALAM 15 JAN: Kehilangan tiga pemain utama Red Giants musim ini tidak menjejaskan persiapan Selangor dalam edisi saingan Liga Super 2015 yang membuka tirainya 7 Februari ini.

Pemain pertahanan, Muhd. Shahrom Kalam berkata peluang untuk terus memberi cabaran kepada pasukan lain dalam liga tetap mampu dilaksanakan.

Red GiantsMuncul selaku naib juara liga musim lalu, The Red Giants bakal dikatakan meniti laluan sukar berikutan kehilangan tiga watak utama iaitu penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias, pemain penyerang, S.Kunanlan dan Paulo Rangel.

“Memang pada mulanya agak terasa juga dengan kehilangan beberapa pemain utama dalam pasukan tetapi kehilangan itu tidak menghalang kami untuk memberikan aksi terbaik sepanjang musim baharu ini nanti.

“Malah, saya yakin, Norazlan Razali yang menggantikan posisi Farizal memiliki kelebihan tersendiri dan pengalamannya boleh memberi keputusan positif terutamanya di bahagian pertahanan Selangor,” katanya dipetik Kosmo Online.

Menurut Shahrom, langkah The Red Giants belum ternoktah dan kemasukan pemain muda musim ini juga dapat membantu pasukan untuk mara lebih jauh.

Tambahnya, sepanjang tempoh pra musim ini juga, beliau sudah melihat kombinasi antara pemain semakin baik dan jurulatih, Mehmet Durakovic bijak mencari kelebihan pemain bagi memperkuatkan setiap posisi.

“Jujur saya cakap, setiap pasukan ada kelebihan dan masing-masing bertungkus lumus melakukan persiapan.

“Bagi saya, pasukan mana yang tampil konsisten akan pergi jauh dan dia juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku kejutan daripada pasukan kerdil dalam saingan liga musim ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants siap sedia tonjol kehebatan Liga Super 2015

SHAH ALAM 10 JAN: Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic tetap menganggap ia satu permulaan pra-musim baik buat pasukan kendaliannya itu meskipun skuad Red Giants gagal melangkah ke final mahupun perlawanan penentuan tempat ketiga pada kejohanan pra-musim Piala Walikota Padang 2015.

Selepas tewas 1-0 kepada Persiba Balikpapan pada perlawanan sulung Kumpulan B, petang Isnin lalu, Selangor berjaya mengikat tuan rumah, Semen Padang 2-2 pada perlawanan kedua di Stadium H. Agus Salim.

Red GiantsNamun pada penentuan sepakan penalti untuk menentukan naib juara kumpulan selepas Persiba Balikpapan lebih awal layak ke final menerusi dua kemenangan ke atas Selangor 1-0 dan Semen Padang 1-0, Selangor akhirnya tewas 4-3 apabila sepakan terakhir Nazmi Faiz Mansor melewati palang gol Semen Padang.

“Ini merupakan dua perlawanan pertama kami dalam persiapan pra-musim menjelang saingan Liga Super 2015 yang akan membuka tirai pada 7 Februari depan.

“Jadi saya menganggap ia satu pengalaman yang cukup baik menerusi dua perlawanan bertemu Persiba Balikpapan dan Semen Padang ini. Saya dapat melihat bagaimana cara permainan setiap pemain terutama muka-muka baharu.

“Selain itu, sejak kami tiba di sini, Jumaat lalu, kami lebih mengenali antara satu sama lain di dalam pasukan, dalam dan luar padang. Ikatan perpaduan dan kekeluargaan dalam pasukan semakin baik.

“Saya juga cukup tertarik dengan persembahan beberapa pemain muda yang diberi peluang beraksi. Ia satu kejohanan pra-musim yang baik,” kata Durakovic dipetik FASelangor.my.

Pada aksi pertama bertemu Persiba Balikpapan, Durakovic mempertaruhkan penjaga gol Hamsani Ahmad, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Robert Cornthwaite, Shahrom Kalam, Azmi Muslim, Abdul Hadi Yahya, Saiful Ridzuwan Selamat, S Veenod, Ahmad Hazwan Bakri, Leandro Dos Santos dan Guilherme De Paula.

Azrif, Cornthwaite, Saiful, Leandro dan De Paula merupakan muka baharu musim ini.

Selepas sepakan penalti gagal disudahkan Abdul Hadi pada minit ke-18, Persiba Balikpapan berjaya memperolehi gol kemenangan menerusi sepakan penalti kontroversi yang disudahkan I Made Wirahadi pada minit ke-87.

Seterusnya pada perlawanan kedua bertemu Semen Padang, Durakovic hanya mengekalkan Shahrom, selebihnya 10 pemain berbeza dalam kesebelasan utama terdiri daripada penjaga gol Norazlan Razali, Shazlan Alias, Rizal Fahmi Rosid, K Thanaraj, Andik Vermansah, Nazmi Faiz Mansor, Raimi Md Nor, Fittri Shazwan Raduwan, A Thamil Arasu, Afiq Azmi.

Muka baharu terdiri daripada Norazlan dan Thanaraj manakala Raimi kembali selepas setengah musim bersama Felda United.

Selangor masih mampu mempamerkan persembahan baik biarpun dengan hanya bergantung kepada barisan pemain tempatan di posisi depan apabila Leandro dan De Paula direhatkan Durakovic.

Dua kali ketinggalan, Thamil dan Afiq masing-masing menunjukkan ketajaman menjaringkan gol menerusi tandukan untuk menghasilkan keputusan seri 2-2 sebelum tewas penentuan sepakan penalti.

Berbaki kira-kira empat minggu sebelum aksi sulung Liga Super 2015, Durakovic membayangkan Selangor bakal mengadakan tiga atau empat lagi aksi persahabatan untuk menguji keserasian dan kekuatan pasukan.

Selepas pulang ke tanah air, saya akan beri rehat dua atau tiga hari kepada para pemain. Kemudian kami akan kembali menjalani latihan di Shah Alam dan bertolak ke Pulau Pinang untuk bertemu skuad Liga Perdana Pulau Pinang pada 16 Januari ini.

Kemudian mungkin saya akan aturkan dua atau tiga lagi aksi persahabatan sebelum kami berasa bersedia sepenuhnya untuk aksi sulung Liga Super 2015,” tambah Durakovic.

EZY

Categories
SELANGOR

Subahan Pengurus skuad Red Giants baru

SHAH ALAM 23 DIS: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal dilantik sebagai pengurus skuad Gergasi Merah menghadapi musim baru Liga M 2015.

Subahan akan bergandingan bersama ketua jurulatih Mehmet Durakovic bagi melonjak kembali kegemilangan pasukan.

fas_logo“Pelantikan Subahan dipersetujui Presiden FAS Mohamed Azmin Ali selepas mendapati beliau adalah calon paling layak menggalas tugas berkenaan,” kata Setiausaha Agung FAS Mohd Rosman Ibrahim dipetik Harian Metro.

Subahan, 49, bukan nama asing dalam arena bola sepak Selangor apabila pernah menjadi penolong pengurus pasukan pada 2005 hingga 2008.

Kali terakhir Selangor meraih tiga piala – juara Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2005.

Malah, Subahan yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah pengurus skuad negara yang mencipta sejarah menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan penolong pengurus skuad Sukan SEA 2009 yang menamatkan penantian 20 tahun pingat emas.

“Kami berharap dengan pengalaman luas dimilikinya mampu membantu Selangor mengharungi musim depan lebih baik.

“Beliau pastinya sudah ‘masak’ dalam aspek pengurusan membabitkan jurulatih, staf kejurulatihan dan pemain,” tambahnya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sedia bantu Red Giants bangkit ‘kuasa besar’ bola sepak

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 8 NOV: Kerajaan Negeri akan membantu Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi meningkatkan pencapaian pasukan dalam Liga Super Malaysia (MSL) dan seterusnya mengekalkan Selangor sebagai kuasa besar bola sepak tempatan.

“Memang akan dan perlu membantu sebagaimana dilaksanakan sebelum ini. Kita sedang menunggu beberapa keputusan daripada FAS,” kata Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari di sini, hari ini.

fas_logoBeliau berkata, Kerajaan Negeri setakat ini tidak boleh mencampuri urusan FAS dan perlu menunggu peralihan jawatan dalam persatuan itu yang ketika ini masih diketuai bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Presiden.

Katanya, perbincangan dengan beberapa pihak sedang dijalankan bagi memastikan peralihan kuasa itu lancar dan Selangor dapat menyediakan pasukan mantap bagi penghadapi saingan MSL musim depan.

“Saya mendapat maklum balas daripada peminat dan kelab penyokong pasukan, meminta kita terbabit secara aktif atau melaksanakan perubahan dalam penstrukturan pasukan dan pentadbiran FAS.

“Saya berharap penyokong bersabar kerana kita menunggu proses peralihan itu dan semua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan pasukan bolasepak Selangor dapat meningkatkan pengurusan dan pencapaian pasukan serta mengekalkan Selangor sebagai kuasa besar bolasepak tempatan,” katanya.

Mengenai pembelian pemain, katanya, memang FAS sedang melihat dan menilai beberapa pemain untuk dipertimbangkan bagi mewakili Selangor bagi musim depan.

“Itu masih lagi dalam bayangan, belum lagi jelas sebab apa dinyatakan masih dalam perkiraan FAS. Kita pun belum dapat maklumat jelas apa perancangan mereka,” katanya mengulas mengenainya termasuk ura-ura membeli bekas pemain Peranchis, Nicolas Anelka.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor layak ke suku akhir selepas tewaskan T-Team 1-0

SHAH ALAM 4 SEPT: Pasukan Bola Sepak Selangor, Red Giants berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan T-Team 1-0 hasil jaringan tunggal Paulo Rangel pada separuh masa pertama.

Kemenangan tipis  itu sudah cukup untuk Selangor meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam tadi untuk muncul naib juara kumpulan.

Selangor PM

Selesai enam perlawanan, PDRM teratas dengan 16 mata diikuti Selangor 10 mata, Sime Darby 6 mata dan T-Team 3 mata, sekali gus Selangor memperbaiki pencapaian musim lalu apabila mereka gagal ke suku akhir.

Di suku akhir nanti, Selangor akan bertemu juara Kumpulan A, Felda United yang dibimbing bekas jurulatih Selangor musim lalu, Irfan Bakti Abu Salim manakala PDRM berdepan naib juara Kumpulan A yang juga juara bertahan, Pahang.

Portal Persatuan Bola Sepak Selangor melaporkan pada perlawanan malam tadi, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic kembali mempertaruhkan Farizal Marlias di gawang selepas Hamsani Ahmad menggalas tugas itu ketika mereka seri 1-1 dengan PDRM di Paroi, Sabtu lalu.

Namun tonggak pertahanan, Shahrom Kalam tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan buku lali dan tempatnya digantikan Steve Pantelidis yang turun ke posisi pertahanan untuk Nazmi Faiz Mansor kembali bergandingan dengan S Veenod di posisi tengah.

Gol pertama Selangor terhasil pada minit ke-25 menerusi Rangel yang berjaya mengatasi pemain pertahanan T-Team untuk menanduk masuk bola sepakan penjuru Andik Vermansah.

Andik bagaimanapun gagal meneruskan permainan akibat kecederaan dan Durakovic membawa masuk Azmi Muslim pada minit ke-29.

S Kunanlan yang pada asalnya beraksi selaku bek kiri naik ke posisi sayap menggantikan tempat Andik manakala Azmi kembali mengisi posisi bek kiri itu.

Pada minit ke-37, Selangor memperolehi peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi Rangel yang berada dalam kotak penalti sekadar melepaskan rembatan kencang yang sedikit melewati gawang T-Team dikawal Wan Azraie Wan Teh.

Dua minit kemudian, Ahmad Hazwan Bakri melakukan lorongan bola cukup baik dari sebelah kiri, namun Rangel sedikit lewat untuk menyambar bola itu di depan gawang T-Team.

Pada masa kecederaan babak pertama, Kunanlan pula melakukan hantaran baik dari sebelah kiri tetapi Rangel yang berada di depan gol sekadar melakukan penyudah sedikit sipi.

Sebaik separuh masa kedua bermula, jurulatih T-Team, Anuar Abu Bakar melakukan pertukaran pertamanya dengan membawa masuk Ahmad Takhiyuddin Roslan menggantikan penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai.

Selangor terus mendapat peluang menambah jaringan pada minit ke-64 tetapi Ahmad Hazwan yang berjaya melepasi kawalan pertahanan T-Team dan hanya berdepan Wan Azraie kecewa apabila melihat rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat itu.

T-Team berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-70, namun tandukan pemain import, Goran Subara selepas sepakan percuma berjaya ditepis dengan baik oleh Farizal.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

JURNAL BERITA – MB: Undi tidak percaya perlu diterjemah di sidang DUN

Sinopsis :

1. MB: Undi tidak percaya perlu diterjemah di sidang DUN

2. Pentadbiran Selangor diteruskan dengan kekuatan empat Exco PAS

3. Exco Selangor hadiri Mesyuarat MTES seperti biasa

4. PAS Selangor tetap bersama Pakatan Rakyat

5. MB: Exco dipecat diberi masa cukup kosongkan pejabat

6. MB: Belum ada cadangan lantik Exco baru, Sultan nasihat majukan negeri

7. MB dedah surat perkenan Sultan pemecatan 5 exco

8. Rakyat makin bijak, sokong berdasarkan prestasi & integriti

9. Pembenihan awan 2 kali sehari usaha tingkat paras empangan Selangor

10. MB benarkan PKR adakan Kongres Tahunan di Shah Alam

11. Rugi RM7 juta sehari, Kerajaan perlu tubuh Suruhanjaya Khas kaji penstrukturan MAS

12. FAS tidak pernah abaikan bekas pemain Red Giants

13. Piala Malaysia: Red Giants pamer aksi cemerlang menang 2-1 ke atas T-Team

14. Tabung RM5 juta selenggara lif pangsapuri kos rendah

15. Berita anggota JPJ dikepong & ditetak palsu

16. PKNS anjur Majlis Tahlil & Doa Selamat sempena ulang tahun ke-50

Categories
SELANGOR

Red Giants mahu tumpu lepasi peringkat kumpulan

SHAH ALAM 20 JULAI: Pasukan bola sepak Selangor perlu memberi tumpuan untuk melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia terlebih dahulu sebelum memikirkan Misi 33 yang masih belum kesampaian sejak 2011.

Kapten Selangor, Mohd Bunyamin Umar berkata bukan beliau mahu melupakan misi tersebut, namun kegagalan tiga musim berturut-turut buat dirinya lebih berhati-hati dan menganggap lebih baik The Red Giants fokus kepada satu demi satu perlawanan.

Red Giants“Pada pendapat saya, lebih baik kami menyasarkan suku akhir (Piala Malaysia) terlebih dahulu sebelum memberikan fokus kepada satu demi satu perlawanan.

“Jadi, mengenai Misi 33 itu, saya rasa baik kita ketepikan dulu kerana yang penting sekarang pasukan Selangor perlu menunjukkan semangat yang tinggi untuk layak ke suku akhir dan seterusnya separuh akhir,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut pemain kelahiran Kedah itu, dia percaya rakan sepasukannya sudah tidak sabar untuk merealisasikan Misi 33 tetapi dalam masa yang sama, dia sedar Selangor harus bersikap realistik.

“Kami memang tekad untuk menjulang satu trofi dan bagi saya (menjuarai) Piala Malaysia adalah kejayaan cukup manis buat kami.

“Cuma, seperti yang saya katakan tadi, saya mahu kami menumpukan perlawanan satu demi satu terlebih dahulu,” katanya yang memberitahu Selangor kini sedang giat menjalani latihan menjelang kejohanan tersebut.

Selangor diundi bersama Sime Darby, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan T-Team dalam aksi Kumpulan D dan perlawanan pertama Piala Malaysia akan bermula pada 13 dan 14 Ogos depan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Gergasi Merah menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 2005.

Categories
SELANGOR

Juara Liga Super: 90 minit terakhir, Selangor atau JDT?

SHAH ALAM 24 JUN: Pasukan bola sepak Selangor, Red Giants ditagih supaya hanya fokus sepenuhnya untuk menang dalam perlawanan terakhir Liga Super bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, berkata biar apa pun yang berlaku selepas perlawanan Rabu ini, Selangor sudah mencapai kejayaan menakjubkan kerana pasukan itu tidak dibarisi pemain-pemain bintang.

shah alamAndai pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) gagal mengutip tiga mata penuh ketika bertandang ke Kuching bertemu Sarawak, Selangor yang kini ketinggalan satu mata boleh memintas kedudukan itu pada hari terakhir liga untuk muncul juara tetapi dengan syarat perlu menang ke atas PKNS FC.

Meskipun misi mengutip tiga mata penuh ke atas PKNS FC dianggap mudah memandangkan lawan sudah pun sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas kekalahan 2-1 kepada Pahang di Kuantan, Durakovic enggan para pemain Selangor mengambil mudah.

“Segalanya masih belum berakhir sehingga perlawanan terakhir. Bola itu bulat dan kami tetap perlu mengharungi 90 minit terakhir ini.

“Apa pun kami akan beri yang terbaik untuk bertemu PKNS FC, Rabu ini dan lihat saja apa pula keputusan perlawanan antara Sarawak dan JDT,” kata Mehmet dipetik dari laman portal Persatuan Bola Sepak Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants: ‘Keramat’ Stadium Shah Alam ditagih raih kemenangan

SHAH ALAM 21 JUN: Pasukan Bola Sepak Selangor, Red Giants perlu memanfaatkan ‘keramat’ kelebihan bermain di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam untuk menentukan mahkota Liga Super 2014

Penyerang Selangor, Abdul Hadi Yahya menggesa rakan sepasukan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan itu untuk turun menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam ini dan hadir menentang pasukan yang di ambang penyingkiran, PKNS FC pada Rabu di stadium sama.

stadium“Saya harap kami mampu memanfaatkan peluang ini bagi meraih mata maksimum dan menjulang piala di hadapan penyokong sendiri,” katanya dipetik Harian Metro Online.

Selepas kembali di Stadium Shah Alam pada Mac lalu, Merah Kuning hanya tewas dua daripada lapan perlawanan di depan penyokong sendiri.

Pemain berusia 29 tahun itu pastinya tidak mahu terlepas kejuaraan pertama bersama skuad senior Selangor selepas meraih kegemilangan bersama pasukan lain.

Selangor dijangka kembali mempertaruhkan gandingan Abdul Hadi bersama Paulo Rangel untuk menggegar gawang Sarawak selepas pemain import dari Brazil itu menjalani penggantungan dua perlawanan kerana kad merah namun tidak dapat menggunakan khidmat Mohd Nazmi Faiz Mansor dan A Thamil Arasu (kerana penggantungan kad kuning).

“Kehadiran Rangel menambah keyakinan kami untuk mengharungi baki dua cabaran kerana semua pihak sedar kemampuannya meledak jaringan bersama Selangor musim ini,” katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukan tidak memandang rendah kemampuan Sarawak kendalian Robert Alberts yang mempamerkan kebangkitan sejak kebelakangan ini terutamanya kemampuan mengikat juara Piala FA, Pahang 1-1 pada Selasa lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants belasah Terengganu 4-1 biarpun 10 pemain

SHAH ALAM 11 JUN : Pendahulu liga, Selangor terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas membelasah Terengganu 4-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memuji semangat juang anak-anak buahnya yang tidak pernah luntur biarpun beraksi 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.

Red Giants“Saya sangat gembira dengan keputusan ini. Ianya salah satu keputusan paling memuaskan sepanjang karier bola sepak saya. Tetapi yang berhak mendapat pujian pastilah para pemain di atas padang.

“Jika ada sesiapa yang masih ragu, mereka (para pemain) membuktikan segalanya semangat juang tinggi, tidak mengalah dan paling penting 3 mata yang diperolehi adalah motivasi terbaik ke arah kejuaraan,” tambah Durakovic dipetik laman Persatuan Bola Sepak Selangor.

Durakovic yang pernah beraksi bersama skuad Selangor yang mencatat kemenangan hatrik Piala Malaysia dari tahun 1995 hingga 1997 turut menyamakan karakter pemain-pemainnya malam tadi dengan skuad Red Giants terdahulu.

liga superSelangor di masa lalu tidak pernah gentar dengan cabaran beraksi di gelanggang lawan, bermain kurang pemain, mereka tidak mudah tunduk pada tekanan.
Terengganu bermula garang menerusi rembatan kaki kiri Abdul Manaf Mamat, namun ditepis penjaga gol pelawat, Md Farizal Marlias pada minit keempat.

Pada minit 18, Mohd Nazmi Faiz Mansor melakukan percubaan, namun gagal menemui sasaran apabila melepasi palang gol lapor BH Online.

Kapten Terengganu, Zairo Anuar Zailani mencuba dari jarak jauh luar kotak penalti, bola rembatannya didakap kemas Md Farizal.

Tuan rumah dihadiahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti, namun sepakan Zairo berjaya ditepis keluar Md Farizal pada minit 27.

Pada minit 36, Mohd Ashaari Shamsuddin hampir meletakkan skuad Penyu di depan, bagaimanapun pemain itu gagal menyudahkan.

Pada minit 45 tuan rumah dikejutkan dengan tandukan penyerang berbahaya mereka, Paulo Rangel hasil hantaran Abdul Hadi Yahya.

Bagaimanapun, malang menimpa penyerang kelahiran Brazil itu apabila diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahad selepas menyiku Mazlizam Mohamad.

Insiden itu menyebabkan perlawanan terhenti beberapa minit selepas campur tangan pegawai kedua pasukan selain Rangel enggan keluar padang.

Seminit selepas bersambung babak kedua, skuad Red Giants yang beraksi 10 pemain menambah gol kedua menerusi sepakan penalti Abdul Hadi selepas Andik Vermansyah dijatuhkan pertahanan, Azlan Zainal dalam kotak penalti.

Terengganu yang ketinggalan dua jaringan, mengasak kubu Selangor dan berpunca sepakan sudut dilakukan Zairo berjaya disudahkan Dabo untuk merapatkan defisit jaringan pada minit 51.

Kealpaan benteng pertahanan yang cuba membantu bahagian serangan mencari gol mengundang padah apabila S Venood dan S Kunanlan menjaringkan gol pada minit 88 dan 90.

Gambar: Persatuan Bola Sepak Selangor

JURNAL BERITA : ‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan


Sinopsis

1. ‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan

2. Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BN

3. RM1.044 bilion hasil negeri dikembalikan kepada rakyat

4. Red Giants pamer aksi menarik berdepan Juara Liga Europa 2013

5. SPRM patut siasat skandal pinjaman RM40 juta

6. Najib Razak digesa beri penjelasan skandal pinjaman RM40 juta

7. PRK Teluk Intan: Manifesto BN hanya janji kosong

8. Jakim: Produk tempatan dengan Kod E boleh diguna tanpa waswas

9. Dikaitkan dengan penipuan perniagaan, Rodziah buat laporan polis

10. Rodziah yakin sokongan tinggi di cabang ada pemilihan semula

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Red Giants pamer aksi menarik berdepan Juara Liga Europa 2013

SHAH ALAM 27 MEI: Pasukan Bola Sepak Selangor mempamerkan permainan menarik dan sengit biarpun tewas kepada Juara Liga Europa 2013, Sevilla FC 2-0 pada perlawanan pertunjukan Cabaran Dunia LFP (LFP World Challenge) di Stadium Shah Alam, semalam.

Perlawanan itu turut disaksikan kira-kira 25,000 peminat bola sepak yang hadir memberikan sokongan kepada perlawanan itu.

Sevilla1Cabaran dunia LFP (Liga Bola Sepak Sepanyol) merupakan projek khas LFP dengan mengadakan perlawanan pertunjukan yang melibatkan beberapa pasukan terpilih liga berkenaan dengan pasukan daripada benua lain bagi mempromosikan bola sepak sepanyol.

Pada aksi di Shah Alam, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab meniupkan wisel perlawanan namun gagal menemui sentuhan jaringan.

Serangan berterusan kelab Sepanyol kendalian Unai Emery itu berhasil selepas bekas pemain antarabangsa Jerman, Piotr Trochowski meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan kencang yang tepat ke penjuru kanan gol Selangor.

Dipetik Bernama, pasukan pelawat terus menekan pasukan Selangor dan berjaya menggandakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama selepas Diogo Figueiras menanduk masuk hantaran silang daripada Jose Antonio Reyes.

Ketua jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic membuat beberapa pertukaran di bahagian serangan pada awal babak kedua bagi mengurangkan jaringan namun gagal memecahkan kebuntuan.

Pemain gantian, Andik Vermansah hampir menjaringkan gol pertama untuk skuad ‘Gergasi Merah’ namun sepakan percuma yang diambilnya pada pertengahan separuh masa kedua ditepis keluar penjaga gol pelawat.

Keputusan berkenaan kekal sehingga tiupan wisel terakhir daripada Mohd Nafeez.

Kemenangan itu adalah yang kedua diraih oleh kelab dari Sepanyol itu selepas menundukkan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Bandung Raya 4-0 di Stadium Jalak Harupat, Bandung, Indonesia pada Khamis lepas (22 Mei).

Gambar: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)