Categories
SELANGOR

RM2.7 Untuk Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Selangor

Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM 11 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau.

Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala bagi surau dinaiktaraf memperolehi RM1,250 dan surau sebanyak RM1,000.

“Duit tersebut akan disalurkan terus kepada akaun masjid dan surau masing-masing yang diharap akan digunakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program ibadah,” kata Sallehen semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Katanya, pada tahun ini wang peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak masjid dan surau agar penyampaiannya lebih pantas dan dapat digunakan terus.

Categories
SELANGOR

Sektor Pertanian Sumbang RM 326 Juta Pada Ekonomi Selangor

padi_sabak_01

SHAH ALAM 8 JULAI : Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi Selangor meningkat kepada RM 326 juta pada 2012, daripada RM 255 juta pada tahun 2011.

Exco Pertanian, Sallehen Mukhyi berkata sumbangan itu adalah daripada program Projek Pertanian Berkelompok, Tapak Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM), program keusahawan dan tanah terbiar.

Ujarnya, Selangor juga telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor pertanian dengan mencatatkan beberapa kejayaan industri pertanian sejak lima tahun lepas.

“Ia melibatkan sumbangan daripada penghasilan padi, buah-buahan, sayur-sayuran, hortikultur, rempah ratus serta tanaman ladang serta produk hiliran berasaskan pertanian yang menghasilkan sejumlah RM 326 juta pada 2012.

“Manakala projek TPKM telah berjaya mengeluarkan hasil dan pendapaan tertinggi di Malaysia apabila berjumlah 26,000 metrik tan dengan sejumlah RM 31 juta,” kata Sallehen semasa Sidang DNS di sini.

Ujar beliau lagi, jelapang padi di Selangor telah berjaya mengeluarkan hasil padi yang tertinggi berbanding jelapang padi di negeri lain iaitu menghasilkan purata 6.1 metrik tan setiap hektar pada 2012.

Categories
SELANGOR

Selangor Akan Bina 10 Mahkamah Syariah

sallehin dun 02 jul 01

SHAH ALAM 4 JULAI : Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 160.59 juta untuk membina 10 buah Mahkamah Syariah di sekitar Selangor kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

“10 lokasi itu termasuk bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah yang terletak bersebelahan dengan bangunan Jabatan Agama Islam (Jais) dan Masjid Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya dalam perbahasan titah Sultan hari ini di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sallehen menambah Kerajaan Negeri bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kini dalam tindakan untuk menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

“Kertas cadangan kini sedang disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Kerajaan Negeri dalam proses mewujudkan akta pengambilan tanah bagi tapak masjid, surau dan kubur.

“Untuk setakat ini, beberapa proses pewartaan tanah masjid sudah diselesaikan dan ada yang belum. Kita akan melihat sehingga proses itu selesai nanti,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dakwat Kekal : SPR Disiasat SPRM – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 01072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat kekal yang mudah tanggal.

2. Rancangan pembangunan desa kerajaan negeri bagi lima tahun ini berteraskan kepada kesesuaian tempatan, menurut Exco Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

3. Pembinaan Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka siap suku tahun hadapan, kata Exco Hal Ehwal Islam Sallehen Mukhyi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Konsisten Bantu Perjuangan Rakyat Palestin

Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM 1 JULAI : Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor berterusan dalam memberikan sokongan moral dan material kepada pejuangan rakyat Palestin.

Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata, Negeri Selangor akan menjadi bumi dan tempat bernaung orang-orang yang dizalimi daripada kekejaman regim Zionist Israel.

“Saya merasa yakin dengan kebangkitan Islam di negeri Selangor ini dengan pertemuan dan pengajian serta pengajian untuk melahirkan ummah yang akan memberikan sokongan kepada umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

“Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini sudah menyaksikan sokongan terhadap kebangkitan ummah dalam membebaskan bumi Palestin daripada kekejaman regim Zionist,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 1,000 orang semasa Majlis Munajat Pembebasan Ummah yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Kata Sallehen, beliau yakin akan perjuangan umat Islam di Palestin akan mendapat kejayaan dalam masa terdekat.

Munahat Palestin

“Kami mengharapkan agar hati dan sanubari rakyat Selangor akan terus bersama dengan golongan umat Islam di mana-mana sahaja dan kita bersedia untuk berhimpun pada bila-bila masa sahaja.

“Dan kita akan bersedia untuk membantu mereka yang dizalimi di mana-mana sahaja,” kata beliau.

Dalam majlis itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds. yang turut memimpin solat hajat dan munajat untuk pembebasan ummah.

Hadi dalam ucapannya menyeru umat Islam yang mencecah 3 bilion orang perlu mempunyai kekuatan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan melaksanakan sepenuh ajarannya.

Tambahnya, hanya melalui perjuangan bersama Islam maka bumi Palestin dan dunia Islam dapat dibebaskan dengan tidak terpengaruh kepada perjuangan berasaskan nasionalisme yang di bawa penjajah untuk memecah belahkan umat Islam.

Malam Palestin

“Kita jangan kehilangan punca, perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin adalah teras untuk menyatupadukan seluruh umat Islam,” tegas  Hadi.

Turut sama hadir anak kepada As-Syahid Ahmad Yasin, Abdal Ghani A.I Yasin dan adik kepada As-Syahid Dr Nizar A.M Rayyan, Abdal Alatif A.M Rayyan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar Di Sabak Bernam

sallehin sumbangan ramadan 29 jun 02

SHAH ALAM 30 JUN : Maahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi maahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.

Bagi maahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk maahad tersebut.

“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.

“Tujuan utama perancangan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.

?Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.

Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.

“Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya.

Dalam majlis semalam, sebanyak RM 2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.

Sebanyak 394 majid menerima RM 1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM 1,250 dan 1,883 surau lain menerima
RM 1,000.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mat Taib : Umno Sudah Tak Mampu tetapi Buat-Buat Mampu

ceramah mat taib pasir panjang 03

SABAK BERNAM 4 MEI : Umno sebenarnya sudah tidak mampu mengurus negara ini tetapi senjaga buat-buat mampu, sinis mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Taib.

Bercakap dihadapan lebih 2,000 orang penduduk Kampung Bagan Terap, Sabak Bernam di sini, beliau yang baru menyertai PAS dilihat berjaya menarik perhatian komuniti Jawa dan Banjar yang tidak berganjak walau dalam hujan.

ceramah mat taib pasir panjang 02Setiap bicaranya yang sinis terhadap Umno-BN disambut dengan laungan takbir Allahu Akbar olehnya hadirin yang hadir dengan penuh bersemangat.

Di dalam ucapannya, Mat Taib berkata, Umno-BN sudah tidak mampu lagi mengurus negara dengan baik dan sudah tiba masanya ditukar kepada kerajaan PR.

ceramah mat taib pasir panjang 01“Umno ini sudah tak mampu, tapi buat-buat mampu, ini adalah masa yang terbaik untuk kita tukar kerajaan ini,” tegasnya.

Mat Taib mendakwa, Umno-BN tidak pernah membuka Al-Quran untuk dijadikan panduan semasa menguruskan parti itu sehingga menyebabkan pemimpin rasuah dan terlibat dengan pelbagai penyelewengan.

“Sudah tiba masanya kita ditadbir oleh golongan Ulama’ yang terbukti mampu mengurus negara dengan lebih baik,” ujarnya.

Turut hadir sebagai penceramah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Prof Dr Aziz Bari dan calon PAS DUN Sabak, Sallehen Mukhyi.

Categories
NASIONAL

Penduduk Minta Jambatan Konkrit

SABAK BERNAM 28 FEB : Penduduk Kampung Parit 10 dan 12 meminta kerajaan negeri  menyegerakan pembinaan jambatan konkrit di hadapan Masjid Parit 10 di sini bagi memberi kemudahan orang ramai keluar dan masuk ke masjid itu.

Masalah yang berlaku lebih lima tahun itu menyukarkan penduduk untuk masuk dan keluar di kawasan itu terutama jika berlaku kecemasan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Parit 12, Abdul Latif Tigiron berkata, masalah ini perlu diselesaikan segera kerana ia banyak mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.

Beliau berkata, pelbagai urusan sukar dijalankan terutama melibatkan aktiviti agama seperti ibadah, pengurusan jenazah dan sebagainya.

Abdul Latif berkata, beliau yakin kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Sementara itu, Penyelaras DUN Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi berkata, difahamkan perancangan bagi membina jambatan konkrit di kampung itu sudah diluluskan.

“Difahamkan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan memberikan sumbangan untuk pembinaan semula jambatan ini.

“Ia adalah sesuatu yang positif dan mengembirakan bagi penduduk kampung yang amat berharap jambatan itu dibina demi kemudahan untuk keluar masuk ke masjid ini,” katanya.

Ketika ini, jemaah masjid menggunakan jambatan kampung sebelah yang agak jauh untuk ke masjid.