Peserta TAWAS DUN Sabak terima penyata simpanan

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengadakan program penyerahan penyata simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS )di balai raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak.

Majlis berkenaan disempurnakan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan, Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dengan penyerahan penyata simpanan TAWAS kepada 33 peserta yang mendaftar sebelum ini.

Pegawai urus hal ehwal Mualaf di setiap masjid

mualaf 1SHAH ALAM 26 OKT : Seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal Mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid di negeri itu pada tahun hadapan dengan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara RM30 juta – RM40 juta setahun.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata setiap daerah akan mempunyai peruntukan kira-kira RM6 juta setahun diharap agar golongan itu terus mendapat bimbingan dan program secara berterusan.

mualaf 2Katanya, sebelum ini hanya seorang pegawai mengurus hal ehwal mualaf untuk setiap daerah yang perlu menguruskan peruntukan kira-kira RM6 juta.

“Ianya bukan soal kewangan tetapi berkenaan keberkesanan program yang dijalankan dan ia nanti diharap menjadi kekuatan untuk mengkoordinasi antara Mualaf bagi menjinakkan hati mereka lebih mendekati ajaran Islam,” kata beliau.

Sallehen berkata demikian semasa perasmian Program Multaqa Masjid 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Seramai 400 pemuda wakil dari masjid-masjid seluruh daerah hadir dalam program yang bertujuan memupuk kecenderungan golongan belia agar mencintai masjid.

Kata Sallehen, beliau berharap peranan Masjid dipertingkatkan dengan merancakkan aktiviti agar menjadi pemangkin kepada kemajuan ilmu dan dapat menarik pelbagai peringkat masyarakat.

“Kita harap masjid-masjid di negeri Selangor menjadi naungan untuk mereka yang cintakan kepada ilmu,” kata beliau.

Katanya, golongan muda perlu proaktif melaksanakan program pengimarahan masjid dengan kreatif menggunakan pelbagai strategi dakwah supaya lebih ramai masyarakat menyertai program yang dianjurkan.

“Kita mahu masjid menjadi pusat komuniti masyarakat yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti Wifi dan dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti masyarakat.

“Diharap para belia juga memainkan peranan penting untuk menarik golongan belia yang lain,” kata beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kelantan anjur bulan dakwah di Selangor

majlis bulan dakwah-kelantanSHAH ALAM 3 SEPT : Selangor terpilih sebagai negeri pertama di luar Kelantan bagi penganjuran Bulan Dakwah Kelantan yang diadakan di Wisma Kumpulan Media Karangkraf di sini bermula Jumaat hingga Ahad.

Inisiatif itu dijalankan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Selangor bagi mengeratkan hubungan antara dua negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap dalam majlis perasmian penutup majlis itu berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Kelantan di atas kesudian memilih negeri itu sebagai tuan rumah program berkenaan.

“Walaupun penganjuran program ini bertujuan untuk dimanfaatkan rakyat Kelantan yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi rakyat Selangor dan Kuala Lumpur juga dapat bersama-sama mengambil manfaat daripada program ini,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan; Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacob.

Ahmad dalam ucapannya pula berkata, program tiga hari dilangsungkan itu mencapai matlamatnya dengan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Saya percaya ia telah memberi manfaat kepada semua pengunjung. Program kali ini buat julung kalinya diadakan di luar Kelantan dengan Selangor menjadi lokasi pilihan.

Ahmad berkata, program itu seterusnya akan bersambung di Kelantan selepas ini sehingga Oktober depan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor syor solat hajat doakan keselamatan rakyat Mesir

Gambar Rakyat Mesir

SHAH ALAM: Selangor mengecam keras tindakan rejim tentera Mesir yang disifatkan kejam dan melakukan jenayah sehingga menyebabkan ribuan terkorban dan cedera parah.

Dalam satu kejadian terbaharu, pasukan tentera Mesir mengangkat senjata dan menggempur ribuan penunjuk perasan di Medan Raba’ah dan Madinah Nasr. Kerahan itu menyebabkan 2,600 orang terkorban dan 15,000 lagi cedera.

“Seluruh rakyat Selangor yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera Mesir yang melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri,” tegas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

Seluruh masjid, surau dan madrasah di seluruh Selangor disyorkan melakukan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan musibah itu dihentikan segera.

Categories
SELANGOR

Selangor Akan Bina 10 Mahkamah Syariah

sallehin dun 02 jul 01

SHAH ALAM 4 JULAI : Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 160.59 juta untuk membina 10 buah Mahkamah Syariah di sekitar Selangor kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

“10 lokasi itu termasuk bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah yang terletak bersebelahan dengan bangunan Jabatan Agama Islam (Jais) dan Masjid Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya dalam perbahasan titah Sultan hari ini di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sallehen menambah Kerajaan Negeri bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kini dalam tindakan untuk menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

“Kertas cadangan kini sedang disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Kerajaan Negeri dalam proses mewujudkan akta pengambilan tanah bagi tapak masjid, surau dan kubur.

“Untuk setakat ini, beberapa proses pewartaan tanah masjid sudah diselesaikan dan ada yang belum. Kita akan melihat sehingga proses itu selesai nanti,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dakwat Kekal : SPR Disiasat SPRM – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 01072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat kekal yang mudah tanggal.

2. Rancangan pembangunan desa kerajaan negeri bagi lima tahun ini berteraskan kepada kesesuaian tempatan, menurut Exco Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

3. Pembinaan Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka siap suku tahun hadapan, kata Exco Hal Ehwal Islam Sallehen Mukhyi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Konsisten Bantu Perjuangan Rakyat Palestin

Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM 1 JULAI : Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor berterusan dalam memberikan sokongan moral dan material kepada pejuangan rakyat Palestin.

Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata, Negeri Selangor akan menjadi bumi dan tempat bernaung orang-orang yang dizalimi daripada kekejaman regim Zionist Israel.

“Saya merasa yakin dengan kebangkitan Islam di negeri Selangor ini dengan pertemuan dan pengajian serta pengajian untuk melahirkan ummah yang akan memberikan sokongan kepada umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

“Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini sudah menyaksikan sokongan terhadap kebangkitan ummah dalam membebaskan bumi Palestin daripada kekejaman regim Zionist,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 1,000 orang semasa Majlis Munajat Pembebasan Ummah yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Kata Sallehen, beliau yakin akan perjuangan umat Islam di Palestin akan mendapat kejayaan dalam masa terdekat.

Munahat Palestin

“Kami mengharapkan agar hati dan sanubari rakyat Selangor akan terus bersama dengan golongan umat Islam di mana-mana sahaja dan kita bersedia untuk berhimpun pada bila-bila masa sahaja.

“Dan kita akan bersedia untuk membantu mereka yang dizalimi di mana-mana sahaja,” kata beliau.

Dalam majlis itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds. yang turut memimpin solat hajat dan munajat untuk pembebasan ummah.

Hadi dalam ucapannya menyeru umat Islam yang mencecah 3 bilion orang perlu mempunyai kekuatan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan melaksanakan sepenuh ajarannya.

Tambahnya, hanya melalui perjuangan bersama Islam maka bumi Palestin dan dunia Islam dapat dibebaskan dengan tidak terpengaruh kepada perjuangan berasaskan nasionalisme yang di bawa penjajah untuk memecah belahkan umat Islam.

Malam Palestin

“Kita jangan kehilangan punca, perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin adalah teras untuk menyatupadukan seluruh umat Islam,” tegasĀ  Hadi.

Turut sama hadir anak kepada As-Syahid Ahmad Yasin, Abdal Ghani A.I Yasin dan adik kepada As-Syahid Dr Nizar A.M Rayyan, Abdal Alatif A.M Rayyan.