Categories
NASIONAL

Tindakan kompaun untuk kesedaran rakyat – MB Terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 29 Mei: Tindakan kompaun RM50 kepada individu yang dikenal pasti membuang sampah merata-rata di tempat awam, bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersama-sama menjaga kebersihan sekitar pusat bandar raya.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata walaupun tindakan tersebut dilihat agak keras, namun ia dilakukan bagi memastikan persekitaran Kuala Terengganu sentiasa bersih, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Tentunya kita hendak meraikan Hari Raya Puasa dengan persekitaran yang bersih, perantau pulang dalam keadaan yang ceria dan mendatangkan imej yang baik kepada negeri.

“Kita harap rakyat faham bahawa semua ini dibuat bukan untuk suka-suka, tetapi demi kepentingan semua pihak termasuklah pegunjung dan rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jambatan angkat di sini semalam.

Dilaporkan, tindakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tersebut berkuat kuasa serta merta semalam.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Shahidan Embok dilaporkan berkata, tindakan kompaun RM50 tersebut bertujuan memastikan kebersihan bandar raya ini terutama kawasan sekitar jambatan angkat. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tiada longgokan sampah UK, kata JAS

 

IPOH, 27 Mei: Jabatan Alam Sekitar Perak menafikan kewujudan longgokan sampah plastik yang tidak terurus di dalam hutan di Ipoh sebagaimana yang ditularkan oleh media antarabangsa.

Pengarahnya Norazizi Adinan berkata longgokan sampah yang ditularkan itu sebenarnya dikumpul di tapak sebuah syarikat yang memproses sampah sebagai bahan bakar.

“Syarikat itu beroperasi di Kawasan Perindustrian IGB di Tasek dan tidak melanggar sebarang peraturan,” katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas laporan Daily Mail Online yang menyebut terdapat longgokan sampah plastik setinggi enam meter di dalam hutan di sini.

Katanya premis yang mempunyai lesen daripada Majlis Bandaraya Ipoh itu beroperasi secara sah dan pihaknya sentiasa memantau operasi di kawasan itu bagi memastikan ia mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sementara itu, Pengarah Operasi Resourceco Asia (M) Sdn Bhd Ir K. Muralindran berkata longgokan sampah di tapak itu dianggar seberat dua tan dan ia dikumpul sejak awal tahun ini.

Katanya syarikat yang beroperasi sejak 2011 itu mengumpul sampah seperti plastik dan fabrik untuk diproses menjadi bahan bakar bagi kegunaan kilang memproses simen.

“Kita adalah syarikat pertama seumpamanya di Malaysia dan pendekatan memproses sampah menjadi bahan bakar sebenarnya membantu menjaga alam sekitar daripada lambakan sampah di tapak perlupusan,” katanya.

Beliau berkata syarikatnya membeli antara 3 tan hingga 4.5 tan sampah setiap bulan dari pelbagai industri dan komersial untuk dikitar semula.

Mengenai dakwaan media Britain itu, Muralindran berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan sekumpulan empat lelaki warga asing yang pernah memasuki tapak pengumpulan itu pada Disember lepas.

“Kami mengajak mereka datang ke pejabat untuk beri penerangan apa yang berlaku sebenarnya tapi mereka enggan dan terus pergi selepas mengambil gambar termasuk menggunakan dron,” katanya.

Tambahnya satu laporan polis mengenai kumpulan itu telah dibuat pihaknya pada 14 Dis lepas di Balai Polis Kampung Tawas. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

60% rakyat Malaysia masih gagal urus sampah

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Kira-kira 60 peratus daripada 32 juta populasi rakyat Malaysia masih gagal membuang sampah ke dalam tong sampah, walaupun kemudahan itu disediakan secukupnya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pengurusan sampah dilihat masih belum menjadi tabiat masyarakat negara ini dan sikap itu perlu dikikis dalam usaha menjadikan Malaysia bersih.

“Saya ingat tabiat (membuang sampah ke dalam tong sampah) belum jadi darah daging mereka (rakyat) lagi, mereka tidak tahu mengurus sampah termasuk sampah peribadi di rumah.

“Di negara maju, mereka simpan sampah dalam beg tangan atau poket dulu sebelum buang dalam tong sampah. Sekarang kita nak budaya orang cari tong sampah, bukan tong sampah cari orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan 3R On Wheels dan Kad Mesra, di Stesen Petronas Jalan Ayer Ampang, di sini hari ini, lapor BERNAMA.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan.

Katanya, publisiti dan kempen kesedaran secara lebih meluas akan dilaksanakan semua Pihak Berkuasa Tempatan dan persatuan penduduk supaya pengurusan sampah secara betul dapat dibudayakan.

Sementara itu, Mohd Zain berkata, program 3R on Wheels dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad itu dilaksanakan melalui kutipan mata ganjaran pemegang Kad Mesra Petronas dengan hasil jualan barang kitar semula di lori 3R On Wheels.

Katanya jadual kutipan bagi lori bergerak 3R On Wheels akan dihebahkan melalui media sosial Alam Flora termasuk di Facebook, Twitter dan Instagram bagi membolehkan mereka merancang menghantar barangan kitar semula mengikut jadual.

Sejak program lori bergerak 3R On Wheels dilaksanakan awal Disember tahun lalu, Alam Flora berjaya mengutip 21.2 tan barang kitar semula di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

 

Categories
PBT SELANGOR

Terap amalan jaga kebersihan ketika di pantai

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT, 15 SEPT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyarankan masyarakat supaya mengamalkan konsep menjaga kebersihan ketika berada di pantai.

Penolong Pegawai Perancang Bandar Kanannya, Nurasyikin Mohamed Yusuf berkata, hal itu ekoran wujudnya banyak sampah yang akan menyebabkan pencemaran dan kekotoran di persekitaran pantai itu.

Katanya, masyarakat perlu mengambil serius penjagaan alam sekitar demi generasi akan datang.

“Kempen kesedaran penjagaan alam sekitar sudah banyak dilaksanakan, namun pucuk pangkalnya tetap atas diri masing-masing untuk mengambil serius isu ini.

“Saya ingin menyarankan kepada mereka yang ke pantai supaya sentiasa tanamkan sifat menjaga kebersihan dengan setiap sampah dibuang dalam tong sampah atau jika tiada, simpan dulu dan buang apabila tiba di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pembersihan Pantai Cunang, Tanjung Sepat, di sini.

Beliau turut menggalakan masyarakat bersama menjaga kebersihan pantai dan memupuk amalan memanfaatkan tong sampah.

dav

Katanya, hal itu kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang membuang sampah merata-rata walaupun terdapat tong sampah, di kawasan terbabit.

“Ssaya optimis jika kita terapkan amalan kasih sayang kepada alam sekitar, maka kita akan memiliki masa depan yang indah dan bersih,” katanya.

Pada masa sama, Nurasyikin berkata, terdapat tiga lagi pantai di bawah pentadbiran MDKL antaranya Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Pantai Batu Laut.

“Sebenarnya pembersihan setiap pantai ini dilakukan hampir setiap minggu dan ada antaranya kita bekerjasama dengan sektor swasta.

“Di Pantai Cunang ini pula sudah lebih 30 kerja pembersihan kita lakukan sejak 2015, termasuk penanaman semula pokok bakau dan rhu,” katanya.

 

Categories
PBT SELANGOR

Kebejatan sikap musnah keindahan Pantai Morib

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kebejatan sikap sering menggagalkan usaha pelbagai pihak dalam menangani isu pelupusan sampah dengan cara betul, sekali gus menyumbang kepada kewujudan lokasi sampah haram.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, kemusnahan yang berlaku ketika ini berpunca daripada sikap sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan kesan buruk yang bakal berlaku.

“Banyak pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta bertungkus lumus berusaha memastikan kelestarian alam sekitar kekal terjamin dengan menjalankan pelbagai program dan aktiviti dalam daerah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan program di Pantai Morib, baru-baru ini yang mengundang kepada pemandangan amat mendukacitakan.

Mohamad Zain berkata, melalui kelulusan diberikan, MDKL jelas menyatakan syarat perlu dipatuhi penganjur dan antaranya adalah memastikan kebersihan pantai itu berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada sampah.

“Tetapi malang sekali apabila terdapat masyarakat tidak bertanggungjawab dengan sengaja membuang sampah merata-rata di Pantai Morib sehingga mengundang ketidakselesaan kepada pengunjung lain selain mencemarkan pemandangan pantai itu sendiri.

“Oleh itu, saya mengingatkan kepada semua penganjur yang diberikan kelulusan untuk menganjurkan sebarang aktiviti di Pantai Morib sentiasa mematuhi syarat ditetapkan jika mereka tidak mahu
disenarai hitamkan dan tindakan keras bakal diambil terhadap mereka,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengajak seluruh masyarakat supaya dapat bersama MDKL memastikan daerah itu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan menyalurkan maklumat jika didapati mereka tidak bertanggungjawab sengaja membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan.

Categories
SELANGOR

Kompaktor baru mampu kutip 12 tan sampah sehari

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 SEPT: Lori kompaktor baru yang disediakan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mampu memuatkan 12 tan muatan kutipan sampah pada satu-satu masa.

Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, muatan kompaktor baru itu mampu memampatkan kutipan sisa pepejal seperti sampah domestik, sisa kebun, pukal dan longgok di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

“Selain mampu menempatkan lebihan muatan sehingga 12 tan sampah, lori baru ini boleh menampung bekalan air sampah yang mengalir hasil daripada tekanan dan pemampatan kutipan sampah.

“Jumlah ini dilihat lebih tinggi berbanding lori lama yang hanya mampu mengutip sisa pepejal sekitar lima atau enam tan sahaja.

990f420d-7641-4fe1-8f91-16c6d6363eed“Justeru, kami beri jaminan, penggunaan lori baru ini lebih terjamin dari segi pengurusan sisa pepejal negeri selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, selaras dengan inisiatif Smart Selangor, kompaktor ini juga setiap satunya dilengkapi teknologi pintar seperti Automatic Vehicle Locating System (AVLS) dan ‘Load Cell’ dan pengenalan kepada aplikasi pintar I-Clean.

Ketiga-tiga teknologi ini akan diakseskan terus dengan pusat aduan KDEBWM, Command Centre yang dikendali empat pegawai khidmat pelanggan bermula daripada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Orang ramai boleh membuat aduan secara terus menerusi aplikasi I-Clean yang boleh dimuaturun daripada Play Store dan Google Strore.

“Mudahnya, pengguna buat aduan dan dalam tempoh singkat sahaja, mereka akan dapat mengetahui punca atau isu yang berlaku di kawasan mereka.

“Ini semua dipantau pusat aduan KDEBWM, Command Centre yang dikendali pegawai bertugas,” katanya.

Terdahulu, beliau bercakap kepada SelangorKini ketika pada pada Majlis Penyerahan Lori Kompaktor Baru KDEB di Kilang Green Concerns, pagi ini.

Dalam perkembangan itu, KDEBWM menyerahkan 14 lori kompaktor masing-masing kepada sub kontraktor Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Ia melibatkan lapan unit kepada MPS dan enam unit lagi kepada MPAJ bagi mengurus kutipan sisa pepejal domestik di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Penyerahan lori itu sejajar dengan komitmen KDEB membawa perubahan dan pembaharuan kepada perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang lebih efektif.

=EZY=

Categories
PBT SELANGOR

Kutipan sisa pepejal tiga PBT meningkat 25 hingga 30%

OLEH NORHAYATI UMOR

AMPANG, 21 JUN: Jumlah kutipan sisa pepejal di tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bulan Ramadan ini meningkat 25 hingga 30 peratus.

Pengurus Besar KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir berkata, tiga PBT terbabit adalah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Katanya, sisa makanan yang tidak dihabiskan termasuk yang dijual di bazar Ramadan antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah sampah itu.

kdeb-02“Kebiasaannya memang setiap kali Ramadan, kita dapat lihat peningkatan sampah terutama yang dijana dari penjualan bazar Ramadan.

“Saya percaya di PBT lain turut mengalami masalah sama,” katanya kepada SelangorKini.

Ramli berkata, penjanaan kutipan sampah itu menjadikan sehingga 800 tan sehari berbanding 500 tan sehari, sebelum ini.

“Antara tiga PBT itu, setakat ini di kawasan Selayang mencatatkan paling tinggi iaitu sehingga 800 tan sehari,” katanya.

Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya sudah menambah tong roro bagi kegunaan penduduk khususnya kawasan MPK dan MPS menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Di dua PBT ini, kita sudah mengambil alih pengurusan sampah pukal. Namun, di kawasan MPAJ kami memberi jaminan untuk turut menawarkan untuk mengambil sampah pukal bagi memudahkan penduduk menyambut perayaan.

“Kita juga akan memastikan semua kawasan bersih dan tidak tertumpu pada kawasan ‘hotspot’ sahaja,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

MPSJ sedia perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena musim perayaan Aidilfitri, tahun ini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan disediakan di kawasan perumahan pentadbiran MPSJ, bermula 14 Jun sehingga 23 Jun ini.

Katanya, ia hanya akan dilaksanakan dalam tempoh masa ditetapkan dan tidak disediakan selepas tempoh berkenaan tamat.

MPSJ“MPSJ amat komited dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan terbaik bagi komuniti khususnya penduduk di bawah pentadbiran MPSJ.

“Penduduk dinasihatkan mengumpul dan meletakkan sampah pukal di hadapan rumah dalam tempoh masa ditetapkan bagi memudahkan kerja kutipan oleh kontraktor MPSJ,” katanya.

Untuk mendapatkan perkhidmatan kutipan sampah pukal, penduduk melalui Jawatankuasa Penduduk (JKP) atau wakil penduduk (Residents Association) perlu membuat permohonan mengikut kawasan.

Azfarizal berkata, mereka boleh menghubungi talian 03-80267433 atau 4363 atau 7431 serta memaklumkan berkenaan maklumat pemohon dan alamat lengkap lokasi kutipan.

“MPSJ akan menetapkan jadual bagi kutipan sampah pukal berkenaan,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MPS ibarat buang duit ke tong sampah

OLEH LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 23 JAN: Penduduk Selayang digesa untuk mengurus sampah dengan lebih sistematik dan efisien bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Yang DiPertuanya, Suliman Abdul Rahman berkata, kerjasama penduduk diyakini mampu menjimatkan perbelanjaan mengurus sampah yang tinggi.

Katanya, penjimatan itu sekali gus boleh dibelanjakan untuk pembangunan seperti membina atau membaik pulih kemudahan dan infrastruktur asas.

selayang01“MPS membelanjakan 48 peratus daripada pendapatan diperolehi untuk mengurus sampah yang kita gagal urus dengan baik di peringkat domestik lagi.

“Jika kita bersama menjaga kebersihan, urus dengan baik, maka duit itu kita boleh pulangkan balik kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk yang lebih bermanfaat.

“Malangnya, sikap kita seolah-olah menuntut 48 peratus hasil itu dibuang sia-sia ke longkang, parit dan sungai,” katanya pada Majlis Kesyukuran penyelesaian Isu Alihan Tapak dan Jajaran Tiang TNB, di sini, baru-baru ini.

Suliman berkata, sikap negatif masyarakat memberi kesan kepada aliran perbelanjaan setiap PBT.

“Jika kita naikkan cukai pintu untuk tambah hasil, tetapi sikap urus sampah tidak berubah, maka semua usaha PBT tidak berguna.

“Misalnya, kita naikkan RM10 tetapi belanja urus sampah juga tuntut jumlah sama. Jadi, bagaimana kita mahu membangun dan maju,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

DUN Bukit Gasing sasar kutip 100 tan sampah kebun dan perabot

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 22 JAN: Kempen ‘Spring Cleaning’ yang dianjurkan Pejabat DUN Bukit Gasing menyasarkan kutipan 100 tan sampah kebun dan perabot, sehingga 24 Januari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv berkata, pihaknya menyediakan lori tiga tan bagi mengutip sampah penduduk sekitar Bukit Gasing.

Katanya, inisiatif itu bagi membantu memudahkan penduduk membersihkan kawasan menjelang Tahun Baru Cina.

Rajiv“Kita mendapat respon positif pada hari pertama kempen ini. Kempen ini dilakukan meluas menggunakan medium laman sosial dan whatsapp sebagai pemberitahuan kepada penduduk,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Rajiv mengalukan penduduk supaya mengambil peluang itu dengan meletakkan sampah di luar rumah, sebelum jam 9 pagi.

Katanya, kempen itu menerima sampah seperti perabot, peralatan elektrik dan barangan rumah sahaja serta sampah kebun.

Beliau turut merancang untuk menjalankan kempen terbabit menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Tahun lalu, kita laksanakan kempen ini membabitkan dua kawasan sahaja, namun permintaan dan respon positif kita laksanakan di semua kawasan DUN,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Kutipan sampah percuma sempena Tahun Baru Cina

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah secara percuma di kawasan perumahan sempena Tahun Baru Cina.

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dann Pengurusan Strategik, Azfarizal Abdul Rashid berkata, tempoh bagi melaksanakan perkhidmatan itu di semua kawasan di bawah pentadbiran MPSJ, bermula pada 17 Januari sehingga 26 Januari ini.

“Dimaklumkan, MPSJ amat komited dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi komuniti khususnya penduduk di bawah pentadbiran MPSJ.

sampah“Perkhidmatan percuma ini tidak disediakan bagi kawasan perumahan bertingkat seperti flat, pangsapuri dan kondominium,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan untuk mengumpul dan meletakkan sampah pukal tersebut di hadapan rumah dalam tempoh masa di atas bagi memudahkan kontraktor MPSJ untuk mengutip sampah pukal secara berperingkat.

“Bagi melancarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) atau wakil penduduk (Residents Association) juga boleh membuat permohonan mengikut kawasan.

“Mereka boleh menghubungi MPSJ ditalian 03-80267433/4363/7431 serta memaklumkan mengenai maklumat pemohon dan lokasi kutipan,” katanya.

Azfarizal berkata, perkhidmatan itu hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan MPSJ tidak akan melaksanakan kutipan sampah pukal selepas tamat tarikh dinyatakan.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Projek perintis atasi sampah berjaya, Selangor lebih bersih 2017

OLEH: NURUl FARINA NAZLAN

SERI KEMBANGAN, 27 OKT: Fokus portfolio Kerajaan Tempatan bagi tahun 2017 adalah menjadikan Selangor sebagai negeri lebih bersih dengan pelbagai usaha bersepadu dilaksanakan membabitkan semua agensi di bawah Kerajaan Negeri termasuk kerjasama rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, antara usaha dijalankan adalah projek perintis membabitkan kerjasama Majlis Perbandaran Klang dan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) yang menyediakan 60 lori kompaktor baru dan beroperasi bagi menyelesaikan masalah sampah domestik di Klang.

“Projek perintis ini nampaknya berjaya selesaikan masalah sampah domestik di kawasan itu. Ia juga mendapat sambutan baik daripada rakyat dan kita juga aktif mengambil tindakan ke atas tapak pelupusan sampah haram.

ean“Saya sudah baca banyak soalan yang dikemukakan untuk sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dan mendapati isu berkaitan sampah sudah berkurang,” katanya ketika ditemui SelangorKini, di sini, semalam.

Terdahulu, Hian Wah mengedarkan bekalan air di beberapa kawasan DUN beliau antaranya Taman Bukit Serdang, Kampung Baru Seri Kembangan dan Taman Muhibbah yang terjejas ekoran pencemaran Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, sejak 23 Oktober lalu.

Katanya, tiga lori digerakkan setiap hari bagi mengagihkan air di semua kawasan terjejas sekitar DUN terbabit dan ia akan berterusan sehingga masalah pencemaran itu selesai.

Pada masa sama, Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menggunakan model yang diguna pakai di Klang ke kawasan pihak berkuasa tempatan yang lain dalam usaha menyelesaikan isu sampah domestik.

“Apa yang kita usahakan di Klang akan dibawa ke kawasan lain di Selangor dan saya percaya masalah sampah domestik dapat diselesaikan secara efektif dengan penggunaan model ini,” katanya.