Categories
SELANGOR

Enam kawasan ‘panas’ MPK lubuk sampah haram

KLANG, 9 SEP: Lebih enam kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dikenalpasti sebagai lokasi ‘panas’ pembuangan sampah haram.

Antara kawasan itu adalah Jalan Kebun Nenas, Jalan Air Mata Duyong, Pangsapuri Taman Chi Liung, Jalan Sri Damak 17, Jalan Temenggung, dan Jalan Benteng, Kapar.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz, berkata MPK memandang serius perkara itu dan giat menanganinya melalui pendekatan proaktif.

kebun nenas 1“MPK akan terus membuat pemantauan secara agresif kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang pelbagai penyakit dan mencacatkan pemandangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Norfiza berkata sebuah lori ditahan dalam serbuan kerana didapati membuang sampah sisa binaan di salah satu lokasi berkenaan.

Katanya, kenderaan itu disita atas kesalahan Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 kerana membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

“Setakat ini, MPK menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi menampung pembuangan sisa makanan di kawasan strategik. Jadi, tidak sepatutnya perkara itu berulang,” katanya.

Pada masa sama, MPK meminta jawatankuasa setempat untuk bertindak aktif menangani pembuangan sampah haram dengan melaporkan kepada pihak berkuasa di talian 1-800-88-23826 atau 03-33748845 jika berlaku aktiviti mencurigakan.

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Sukarelawan ajak peserta bersih sampah

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Bersih 4.0 tidak terlepas pandang dalam memastikan kawasan himpunan bebas sampah sarap selain ‘membersihkan’ negara daripada terus dipimpin kerajaan yang korup.

Dengan slogan ‘Bersih for corruption, Bersih for rubbish’ sebuah gerakan dalam kalangan peserta himpunan aman itu mengajak yang lain menjadi sukarelawan bersama mengutip sampah.

20150829_223805Kehadiran mereka dengan papan tanda dan puluhan beg plastik di pembahagi Jalan Tun Perak, di sini, menarik perhatian Selangor Kini.

Gerakan yang dianggotai 30 individu itu mula bergerak aktif sejak awal himpunan berlangsung sehingga tamat, pada malam kemerdekaan 31 Ogos ini.

Insiatif menjemput peserta himpunan untuk bersama mengutip plastik pembungkus makanan, botol dan tin minuman itu memberi kesedaran tinggi betapa pentingnya menjaga kebersihan.

IMG_8589Salah seorang sukarelawan, Eric, 27, berkata sudah menjadi asas negara maju perlu bersih daripada sampah.

“Dalam keghairahan kita menuntut negara bersih daripada korupsi dan pemimpin yang zalim, jangan pula terlupa pastikan persekitaran juga perlu bersih daripada sampah.

“Kerana itu adalah asas bagi sebuah negara maju,” katanya.

Hasil tinjauan, beberapa lokasi berada dalam keadaan bersih dan ramai peserta mengambil bahagian menjadi sukarelawan, bahkan sampah terkumpul turut diasingkan mengikut meterial bagi memudahkan ia dikitar semula.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Peniaga Food Truck ‘punca’ sampah di PJ meningkat?

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 17 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyarankan peniaga van kecil atau dikenali sebagai ‘Food Truck’ bertanggungjawab menjaga kebersihan di tapak niaga.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata kegagalan berbuat demikian menjadi salah satu punca pembuangan sampah semakin berleluasa atas sikap sambil lewa peniaga disebabkan mereka tidak membayar sewa tapak.

“Keadaan kawasan kotor dan dipenuhi sampah yang ditinggalkan peniaga ini memberi tanggapan negatif kepada pelancong luar. Secara tidak langsung memburukkan nama Petaling Jaya serta MBPJ.

sampah“MBPJ sudah menyediakan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi dan bayaran sewa kepada peniaga.

“Ia bertujuan memastikan peniaga Food Truck ini turut sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran selari dengan objektif kita menjadikan Damansara Uptown Bersih,” katanya sewaktu pelancaran Kempen Damansara Uptown Bersih, di sini, semalam.

Mohd Azizi berkata, syarat penggantungan kain rentang, poster dan pelekat di tiang lampu jalan serta dinding bangunan akan diperketatkan.

“Penguatkuasa akan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat yang masih berdegil menggantung poster haram tanpa kelulusan MBPJ. Kini kerja pembersihan sedang giat dijalankan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kontraktor buang air sampah busuk ‘kantoi’ depan Exco

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PANDAN, 15 APR: Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu sebuah jentera kutipan sampah sewenang-wenangnya membuang air sampah di kawasan perumahan akhirnya tertangkap petang semalam.

Kejadian di Taman Chempaka itu disedari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang kebetulan berada tidak berapa jauh dari tempat kejadian.

11052440_1000893339929663_4430050737247361663_nIskandar berkata, ketika itu beliau sedang meninjau beberapa kawasan untuk dijadikan gelanggang futsal baharu sambil memeriksa keadaan kutipan sampah di kawasan terbabit.

“Saya berjanji semasa gotong-royong di Jalan Pandan Indah 1 akan memantau sendiri masalah sampah di Chempaka.

“Petang ini (semalam) saya terjumpa satu lori sampah yang membuang air sampah dengan ‘kompres’ sampah di hadapan rumah orang.

“Kes berlaku di tepi Surau An Nur, Taman Chempaka. Saya akan membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” kata Iskandar kepada Selangor Kini.

Jelas Iskandar, tindakan pemandu jentera itu menyebabkan bau busuk sampah sehingga menimbulkan keadaan tidak selesa di kalangan penduduk.

Jelas Iskandar, kontraktor terbabit boleh dikenakan denda atau kontrak ditamatkan.

“Sepatutnya mereka membuang air busuk di kawasan pembuangan sampah sahaja bukan suka-suka ‘kompres’ merata-rata.

“Bayaran mereka boleh dipotong sebagai denda dan sekiranya jumlah kesalahan mencapai had tertentu kontrak mereka boleh ditamatkan,” kata Iskandar lagi.

Iskandar turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau kerja kontraktor kutipan sampah masing-masing bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku.

EZY

Categories
SELANGOR

Isu sampah: Didik secara berterusan, jangan sekadar hangat tahi ayam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 FEB: Satu usaha bersepadu perlu digerakkan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang celik dengan isu pengurusan sampah bagi mengatasi masalah berulang.

zaimzainudin 41 petaling jayaPenduduk Petaling Jaya, Zaim Zainuddin, 41, berkata, pengetahuan berkenaan program kitar semula juga penting untuk didedahkan secara berterusan kepada masyarakat.

“Bila rakyat ada ilmu, maka lebih mudah untuk mereka mempraktikkan dalam kehidupan seharian seterusnya menepati hasrat mewujudkan persekitaran bersih dan sihat,” katanya kepada Selangor Kini.

Turut berkongsi pendapat sama, Nazmi Ghazi, 42, yang mengakui amalan menjaga kebersihan masih gagal dibudayakan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Katanya, usaha mendidik mungkin boleh dilaksanakan menerusi penguatkuasaan yang lebih tegas dalam isu kebersihan termasuk pengurusan sampah.

dinn ishak 48 shh alamSementara itu, Din Ishak, 48, dari Shah Alam berharap sistem baru dilancarkan Kerajaan Negeri nanti bersifat lebih proaktif dan berkesan untuk dipraktikkan oleh rakyat Selangor secara khususnya.

“Penting juga dilaksanakan secara berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” katanya.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah mengumumkan Kerajaan Negeri kini sedang merangka sistem dan mekanisme baru pengurusan sampah di Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sistem baru diperkenal perbaiki pengurusan kutipan sampah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Sistem dan mekanisme baru kini sedang dirangka bagi menambah baik sistem pengurusan sedia ada di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, sistem baru yang diusahakan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu mampu membawa reformasi baru terutama berhubung isu kutipan sampah.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Jalan Sungai Saim Klang (1)“Ini kerana kita sedar masih terdapat kelemahan dalam isu pembersihan dan perlu penambahbaikan yang lebih efektif.

“Kita akan umumkan sistem dan mekanisme baru ini apabila semuanya lengkap dan bersedia untuk dilaksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan sasaran menjadikan Selangor negeri terbersih pada tahun ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan peruntukan diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada penghujung 2014 digunakan untuk pengurusan sampah haram.

“Bagaimanapun PBT turut melancarkan beberapa usaha utama untuk menyelesaikan isu longkang tersumbat dan tapak longgokan sampah haram,” katanya lagi.

Pada Oktober 2014, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan tambahan RM20 juta untuk tujuan pengurusan sampah di seluruh kawasan PBT.

EZY

Categories
SELANGOR

Patut 3 kali seminggu kutip sampah

Oleh: AFIX REDZUAN

BANDAR BARU BANGI, 22 JAN: Jadual perkhidmatan kutipan sampah di kawasan Bangi masih belum memuaskan memandangkan terdapat kontraktor bertanggungjawab gagal memenuhi prosedur ditetapkan.

Adun Bangi, Shafie Ngah berkata sampah sepatutnya dikutip tiga kali seminggu namun terdapat syarikat yang hanya mengutip sampah dua kali sahaja.

Masalah SampahKatanya, keadaan itu merencatkan program ‘Bangi Bersih’ seperti dirancang.

“Syarikat mengutip sampah dua kali seminggu ini perlu diberikan peringatan keras supaya mereka meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Kalau tidak kita minta mereka ditukarkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi memastikan perkara itu diberikan perhatian, beliau akan bertemu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memberikan fokus kepada premis perniagaan serta kesedaran awam menjaga kebersihan.

Selain itu, kesedaran mengenai pengasingan sampah dan sikap tidak membuang sisa makanan ke dalam longkang diberikan perhatian.

Katanya, beliau juga akan memberikan tumpuan membaiki kerosakan kritikal dua buah jalan di Putra Kajang dan Bukit Mahkota.

“Dua jalan ini dilaporkan telah rosak lebih setahun lalu dan beliau telah menulis surat khas kepada Dato’ Menteri Besar untuk tindakan lanjut,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Tingkat penguatkuasaan MPSJ, cari formula efisyen tangani isu sampah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 15 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diharap dapat menumpukan usaha memerangi masalah sampah secara lebih menyeluruh.

Jururunding, Azwan Ismail, 49, berkata MPSJ juga perlu menghasilkan formula lebih efisyen jika ingin menangani isu sampah secara serius.

azwan bin ismail 49Katanya, masalah sampah kebanyakan disumbangkan faktor kesedaran sivik masyarakat, namun langkah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga penting dalam melaksanakan program terbabit.

“Antaranya, MPSJ boleh bertindak lebih tegas dengan penguatkuasaan undang-undang jika terdapat kesalahan berkaitan sampah.

“Penguatkuasaan yang lemah tidak akan membantu dan hanya menyumbang keadaan untuk kekal sama atau tidak berubah,” katanya dalam satu tinjauan Selangor Kini, di sini.

Pada 12 Januari lalu, Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, beliau akan menumpukan usaha mengatasi masalah sampah bagi mewujudkan persekitaran bersih dan sihat.

Nor Hisham berkata, kebajikan penduduk di Subang Jaya juga mendapat perhatian dan pihaknya akan berusaha meningkatkan taraf sosial penduduk di kawasan perumahan.

norhishamMengulas hasrat itu, pekerja kilang, M Norhisham Naim, 30, mengingatkan MPSJ untuk memperluaskan usaha berkenaan ke kawasan luar bandar juga.

“Seperti kita maklum, MPSJ bukan sahaja menyelia kawasan bandar sahaja, tetapi terdapat juga kawasan lain seperti di Puchong, Seri Kembangan dan lokasi lain.

“Penduduk di kawasan ini lebih memerlukan perhatian kebajikan dan juga peningkatan taraf hidup sosial,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

YDP MPSJ: Atasi masalah sampah, tingkat taraf sosial warga Subang Jaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 12 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengatasi masalah sampah dan kemudahan awam di kawasan seliaannya supaya kebersihan di kawasan itu dapat dipertingkatkan.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ baharu, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, masalah terbabit perlu ditangani secara lebih kerap demi mewujudkan keadaan lebih sihat di bandar berkenaan.

Katanya, perkhidmatan berkualiti perlu ditingkat di kalangan kakitangan MPSJ ekoran harapan tinggi masyarakat dengan pencapaian lima bintang diraih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

hisham“Kita perlu turun padang dengan lebih kerap untuk melihat masalah yang dihadapi. Dari segi pelaksanaan masih berkurangan.

“Kalau dilihat, aduan berkenaan sampah masih banyak seperti kawasan tumpuan awan dan restoran. Laluan belakang juga masih banyak dipenuhi sampah sarap,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai YDP MPSJ yang baharu di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, kebajikan penduduk di Subang Jaya juga mendapat perhatian dan pihaknya akan berusaha meningkatkan taraf sosial penduduk di kawasan perumahan.

Katanya, begitu juga dengan kemudahan asas seperti kekurangan kemudahan lampu, jalan berlubang dan sebagainya.

cari sampah a“Masalah kesesakan lalu lintas akan kita lihat dan kaji supaya dikurangkan secara berperingkat. Ia mustahil untuk diatasi tetapi kita boleh kurangkan.

“Begitu juga masalah kawasan letak kereta di Subang Jaya,” katanya.

Mantan Pegawai Daerah Gombak itu berkata, MPSJ juga akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berhubung masalah kesesakan lalu lintas di bandar berkenaan, pada 13 Januari ini.

Beliau berkata, segala yang dirancang itu bersesuaian dengan matlamat menjadikan Subang Jaya sebagai bandar hijau pada 2030 dan mencapai status bandar raya.

“Saya putuskan apa dirangka mantan YDP, Datuk Asmawi Kasbi sebelum ini diteruskan.

“MPSJ juga akan berterusan memberi penerangan kepada penduduk supaya menjaga kebersihan di bandar ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor optimis isu sampah boleh selesai secara drastik

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan negeri optimis masalah sampah di seluruh Selangor boleh diselesaikan secara drastik walaupun tidak secara menyeluruh, kata Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih drastik terhadap kontraktor terlibat bagi memastikan usaha yang dijalankan tidak menemui kegagalan.

Katanya, setakat ini semua PBT sudah melaksanakan pelan tindakan pembersihan sampah dengan baik seperti yang dirancang dan menunjukkan perkembangan positif.

cari sampah a“Kerajaan Negeri juga akan mengambil tindakan ke arah meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkenaan amalan pengurusan sampah secara sistematik bermula dari bawah.

“Fokus akan diberikan kepada kediaman dan premis melibatkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mendidik serta menerapkan amalan mengitar semula selain memberi pendedahan berkenaan cara pembuangan sampah dengan betul,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS,  hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya) berhubung isu sampah di Selangor.

ean yongSementara itu, beliau berkata, beberapa langkah proaktif sudah dirancang untuk melaksanakan tindakan berkenaan ketika mengulas berkenaan pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan isu sampah selesai dalam masa tiga bulan.

Beliau berkata, antaranya memastikan semua kontraktor sisa pepejal mematuhi jadual kutipan sampah domestik dan pembersihan awam dengan melakukan pemantauan rutin berterusan berdasarkan jadual di lapangan berdasarkan aduan.

Selain itu, katanya, PBT akan mengeluarkan notis terhadap kegagalan kerja di lapangan oleh kontraktor yang dilantik serta menamatkan perkhidmatan kontraktor yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik.

“PBT juga melaksanakan kutipan sampah yang lebih sistematik dengan mengenalpasti kawasan bagi cadangan tambahan unit tong sampah serta meningkatkan aktiviti pemantauan untuk memastikan kutipan sampah dijalankan mengikut jadual.

“Selain itu, beberapa kawasan yang menjadi tumpuan longgokan sampah seperti di bahu jalan dan kawasan lapang turut dikenalpasti serta tindakan juga diambil ke atas pembuangan sampah haram,” katanya.

Pada masa sama, Hian Wah turut mengalu-alukan semua pihak untuk memberi pandangan dan maklum balas berhubung kutipan sampah di kawasan mereka serta segera melaporkan jika berlaku sebarang masalah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MPK patut proaktif selesai masalah penduduk

KLANG 12 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) perlu segera menyelesaikan aduan dan masalah penduduk di Bandar Putera dan keseluruhan kawasan Zon N50.

Ahli Majlis, Azmizam Zaman Hurim berkata, perkara yang diadukan penduduk adalah berkenaan perkhidmatan asas yang semua pihak berkuasa tempatan (PBT) harus buat dan selesaikan.

Katanya, MPK tidak boleh marah dan mengelak jika penduduk membuat aduan sebaliknya harus mencari jalan penyelesaian untuk memuaskan hati pembayar cukai taksiran.

mpk“MPK juga perlu bertindak secara proaktif. Jangan tunggu aduan baru nak selesaikan.

“MPK patut membuat perjumpaan dengan penduduk dengan lebih kerap untuk melihat dan mendengar sendiri masalah dengan lebih dekat, apa sudah jadi dengan kempen “MPK Prihatin”?,” kata Azmizam ketika dialog penduduk Bandar Putera bersama MPK, baru-baru ini.

Kata Azmizam antara masalah diadukann penduduk Bandar Putera yang merupakan Taman Perumahan diduduki sejak 2004 adalah aasalah banjir dan air lambat surut sehingga masuk ke dalam rumah dan air bertakung di atas jalan.

Katanya, sesetengah rumah sudah mendap sehingga sedalam satu kaki ditambah dengan masalah perparitan dan longkang yang tersumbat serta kotor disebabkan tidak diselenggara juga dibersihkan

azmizam luar pc 01“MPK juga perlu melakukan tugas hakiki setiap masa dan melayan semua penduduk secara adil. Janganlah MPK hanya buat dan bertindak jika dapat tahu pemimpin turun padang,” katanya.

Beliau berkata, penduduk juga perlu kerap mengadakan program gotong-royong setiap tiga bulan sekali terutama untuk menyelesaikan masalah sampah pukal dan sampah kebun.

“Kebersihan adalah tanggungjawab bersama bukan hanya tanggungjawab MPK, bahkan sikap penduduk yang suka buang sampah merata juga menyumbang kepada masalah kebersihan di Klang,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tak sampai 24 jam, sampah depan rumah ibu MB bersih

SHAH ALAM 11 NOV: Kawasan depan rumah ibu Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Klang Gate, Ampang kembali dibersihkan tidak sampai 24 jam selepas gambar sampah di lokasi berkenaan dimuat naik di Facebook.

Hari ini, kawasan itu bukan sahaja sudah dibersih, tetapi turut diletakkan pasu bunga besar supaya sampah tidak dibuang lagi.

10014587_4726326051727_5449921822404142350_nMemetik laman Facebook Hamsah Ampang, beliau memuat naik gambar keadaan di hadapan rumah ibu Mohamed Azmin itu.

“Tindakan pantas pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram,” tulisnya merujuk kepada situasi itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berikrar menjadikan negeri itu bebas sampah dalam masa tiga bulan.

Beliau turut memberikan nombor telefonnya supaya orang awam dapat membuat aduan langsung berkenaan isu terbabit.

-NFN-