Categories
PBT SELANGOR

SMK SUBANG Jaya ungguli Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ 2017

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 10 JAN: SMK Subang Jaya mengungguli Anugerah Sekolah Sejahtera Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017, hari ini.

Anugerah disampaikan Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan pada Majlis Penutup Anugerah Sekolah Sejahtera 2017 di Swan Convention Centre, di sini.

Pada majlis itu, SMK Subang Jaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala dan sijil.

Sekolah itu turut memenangi dua anugerah khas bagi kategori Kelestarian Alam Sekitar serta Kesihatan dan Kebersihan.

Sementara itu, Noraini berkata, pelaksanaan anugerah itu bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang sejahtera meliputi kesihatan dan kebersihan, kelestarian alam sekitar, landskap juga keceriaan.

“MPSJ memilih tema ‘Melentur Buluh Biar dari Rebungnya’ bersesuaian objektif program bagi memperkasakan pelajar iaitu ejen perubahan kepada generasi komuniti masa kini.

“Ia juga bagi memupuk amalan terbaik pengurusan sisa, penggunaan semula sumber dan membina generasi komuniti peka dengan kebersihan persekitaran serta kelestarian alam sekitar,” katanya.

Noraini berkata, sebanyak 54 dari 79 sekolah mengambil bahagian meliputi 40 sekolah rendah dan 14 sekolah menengah.

“Diharapkan, usaha ini akan memberi impak maksimum dalam mendidik komuniti dari pelbagai peringkat,” katanya.

Program sekolah sejahtera diperkenalkan pada 2014 dan diperkasakan dengan penjenamaan semula sebagai Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ, pada tahun 2017.

 

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

91,656 murid tahun satu mula persekolahan di Selangor

SHAH ALAM, 2 JAN: Seramai 91,656 murid memulakan persekolahan tahun satu, di Selangor pada sesi persekolahan tahun ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim dalam kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 6,020 murid berbanding 85,636, pada tahun lalu.

“Bagi kemasukan ke tingkatan satu pula, 82,441 pelajar direkodkan tahun ini, meningkat 10,256 pelajar berbanding tahun lalu,” katanya, lapor Bernama.

Secara keseluruhan, 924,868 pelajar memulakan sesi persekolahan, di seluruh Selangor bagi sesi persekolahan 2018.

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

RM12.3 juta bina sekolah rendah agama baru di Denai Alam

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BUKIT SUBANG, 10 DIS: RM12.3 juta diperuntuk bagi pembukaan Sekolah Rendah Agama di Denai Alam, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengumumkan, RM5 juta juga juga turut disumbang Kerajaan Negeri bagi tujuan pembinaan masjid di kawasan sama, sebagai komitmen meningkatkan pembangunan Institusi Islam di negeri ini.

“Surat setuju sekolah agama yang baru (bagi pembinaan) terima dan projek akan dimulakan mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Beliau berucap pada program Jelajah Peduli Rakyat parlimen Shah Alam di Denai Alam, Bukit Subang petang ini.

Dalam pada itu kata Mohamed Azmin, Kerajaan Negeri konsisten mengangkat institusi pembangunan Islam negeri dengan meletakkan nilai perbelanjaan maksimum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau berkata ia dibuktikan menerusi peruntukan RM300 juta dalam Belanjawan Negeri tahun lalu menyaksikan pelbagai inisiatif baru diperkenalkan agensi berkenaan untuk mengangkat institusi keagamaan negeri.

“Selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu institusi Islam diperkukuhkan dan peranan JAIS ditingkatkan.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM300 juta tahun ini kepada JAIS untuk tujuan tersebut yang akan disalurkan bagi pembangunan masjid dan surau, sekolah agama dan berkaitan,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Jangan ‘double standard’ hak lawat sekolah

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, video memaparkan kibaran bendera dan nyanyian lagu UMNO dalam sebuah program yang dianjurkan di sebuah sekolah di Putrajaya mempunyai unsur politik.

Beliau berkata, sekolah seharusnya dijadikan medium memupuk pemikiran pelajar bukannya tempat menyebarkan propaganda.

“Alam persekolahan adalah untuk memupuk pemikiran pelajar bukan propaganda. Kalau nak masukkan unsur politik, bagi dua pihak (BN dan PAKATAN) masuk, baru adil untuk pelajar berfikir serta menilai.

“Jika membenarkan sebelah pihak sahaja itu untuk unsur propaganda,” katanya.

Menerusi pertanyaan lisan yang dikemukakan di Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid dalam jawapan bertulis menyatakan, program yang dijalankan di SK Putrajaya Presint 14 (1) anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu bertemakan kemerdekaan bukan unsur politik.

Jawapannya turut menyatakan, penganjur perlu mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia jika ingin menggunakan sebarang premis dan kemudahan sekolah bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan warga sekolah serta harta benda.

Tze Tzin berkata, hak sama perlu diberikan kepada wakil rakyat Pakatan Harapan kerana kehadiran mereka memasuki kawasan sekolah bukan untuk mengancam keselamatan tetapi melihat kemudahan yang boleh dinaik taraf serta diperbaiki khususnya di peringkat Kerajaan Negeri.

“Wakil rakyat memasuki sekolah hanya untuk membantu rakyat. Seharusnya mereka bersikap terbuka.

“Wakil rakyat masuk ke sekolah bukan untuk mengancam keselamatan rakyat dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihalang memasuki sebuah sekolah bagi menyampaikan bantuan.

Categories
NASIONAL

Sikap angkuh Menteri Umno berpolitik dalam sekolah wajib dibantah

SHAH ALAM 4 OKT: Sikap melampau Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehingga tergamak berpolitik di dalam sebuah sekolah melibatkan pelajar dan guru wajar dikecam.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini adalah sikap bongkak dari Setiausaha Agung Umno kerana beliau tahu tiada siapa di dalam parti itu atau dalam kerajaan yang berani menegur atau mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, lebih mendukacitakan apabila pelajar turut dikerah mengibarkan bendera Umno dan memakai pakaian mengikut tema Puteri dan Wanita Umno.

“Selepas enam dekad negara merdeka, adakah ini budaya politik sihat yang dibawa oleh sebuah parti pemerintah yang tidak segan silu menggunakan premis pendidikan untuk kepentingan politik sempit Umno?

“Malah dalam satu video yang tular, jelas Menteri Umno itu menyeru para guru supaya menyertai Umno. Tetapi saya memahami sikap terdesak ini berpunca daripada kebimbangan Umno yang semakin terhakis kepercayaan rakyat untuk menghadapi pilihan raya,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata sekolah perlu dihormati sebagai tempat untuk pelajar dan guru bersama-sama memenuhi keperluan pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

“Malanglah jika perkara asas seperti ini gagal difahami baik menteri Umno ini. Kerajaan sepatutnya pulihkan sistem pendidikan negara yang semakin caca-merba sehingga menyusahkan pelajar dan guru, bukannya sibuk bawa agenda sempit politik ke dalam sekolah.

“Saya mendesak Umno memohon maaf di atas sikap berpolitik keterlaluan seperti dibuat Datuk Seri Tengku Adnan ini,” katanya.

Dr Mariah berkata ibu bapa dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga patut menyatakan bantahan terhadap sikap jumud Umno yang menjadikan sekolah tempat berkempen dan pentas ceramah politik.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Sekolah didakwa minta pelajar sedekah kertas A4

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 OGOS: Seorang ibu terkejut apabila mendapati anaknya membeli satu ‘rim’ kertas bersaiz A4 setiap seorang untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.

Ibu terbabit, Sharifah Mohd Jahaya dalam satu catatan di Facebook berkata, anaknya memaklumkan arahan itu dibuat ekoran pihak sekolah tidak mampu menyediakan kertas untuk digunakan dalam peperiksaan.

“Saya bawa anak ke Tesco dan mereka beli kertas A4 seorang satu rim, lalu saya bertanya untuk apa dan mereka menjawab ia untuk disedekahkan kepada sekolah bagi tujuan peperiksaan.

“Setiap pelajar perlu sedekah satu rim kerana sekolah tiada duit untuk membeli kertas,” tulisnya.

Dalam posting itu, Sharifah turut mengingatkan pemimpin kerajaan supaya lebih prihatin terhadap isu terbabit dan tidak melakukan pembaziran dana rakyat sesuka hati.

“Teruk betul kewangan kerajaan, jika begini keadaan sekolah tidak perlu ada peperiksaan kerana ekonomi negara teruk.

kertas a4“Minta pihak bertanggungjawab prihatin terhadap masalah kewangan negara. Jangan syok habis duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Apa nak jadi ni?” soalnya.

Perkara sama turut dikongsi beberapa pengguna Facebook lain iaitu Rusazian Rusdi dan Rosidah Osman yang berkata masalah terbabit membelenggu anak-anak mereka.

“Sudah lama ada sekolah terpaksa minta dengan ibu bapa. Memalukan,” katanya.

-AA-

STEM: Lahir modal insan cemerlang, realisasi negeri pintar

50 buah sekolah disasarkan menyertai program Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha pupuk minat pelajar.

Categories
SELANGOR

Lapor polis jika ada penjaga halang anak bersekolah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 17 JAN: Laporan polis dibuat sekiranya ada ibu bapa yang berkemampuan menghalang anak mereka untuk bersekolah.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata setiap kanak-kanak berhak bersekolah sekaligus mempunyai peluang lebih baik untuk memperolehi kehidupan di masa hadapan.

Back To School TAWAS YB Khairuddin Econsave Sungai Buloh (ASRI) (8)“Sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai masalah seperti kurang berkemampuan kita bantu mereka kerana bagi kita apa yang penting anak-anak mesti bersekolah bagi kehidupan lebih baik,” kata Mohd Khairuddin.

Beliau berkata demikian pada Program Kembali ke Sekolah Ahli Tawas 2009 bagi DUN Paya Jaras, di Bandar Baru Sungai Buloh di sini, semalam.

Kata Mohd Khairuddin, sebelum ini beliau beberapa kali membantu menyelesaikan isu kegagalan mendaftarkan anak ke sekolah ekoran pelbagai masalah terutama melibatkan isu ketiadaan surat beranak.

“Selangor ini negeri maju tetapi malangnya masih ada yang bila anak lahir, tidak tahu bagaimana mendaftarkan surat beranak.

“Ini memberi masalah kepada anak itu untuk mendaftar ke sekolah dan juga mencari pekerjaan nanti,” kata Mohd Khairuddin.

EZY

Dua SJKC terima bantuan sekolah fasa dua


Dua SJKC di Subang Jaya terima bantuan sekolah fasa kedua

Categories
SELANGOR

Netizen beri reaksi pelbagai sekolah mula 8 pagi

OLEH : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 JAN: Susulan langkah Kerajaan Kelantan menguatkuasakan sesi pengajian sekolah 2016 bermula jam 8 pagi, pelbagai reaksi diberikan netizen.

Apatah lagi, Kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan untuk mencontohi tindakan itu kerana memikirkan kepentingan dan sensitiviti masyarakat Islam.

Tinjauan Selangor Kini di Facebook mendapati seorang pengguna dikenali sebagai Acik Maz bersetuju jika langkah sama dilaksanakan di Selangor bagi membolehkan urusan ibadah dilakukan dengan tenang.

FB 1Katanya, terdapat bas sekolah mengambil murid seawal jam 6.15 pagi hingga menyukarkan mereka untuk melakukan solat Subuh dan keadaan itu perlu diubah.

“Waktu Subuh selepas pukul 6 pagi, tetapi bas sekolah tiba 6.15 pagi.

“Lagi bagus sekolah rendah sesi petang balik jam 6.15 petang, jadi kami yang bawa van boleh ambil awal murid sekolah menengah yang balik pukul 6.40 petang,” katanya.

FB 2Perkara sama turut dipersetujui Megat Firdaus yang berpendapat ia lebih memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah tanpa tergesa-gesa.

Malah, katanya anak-anak dapat meluangkan masa bersarapan pagi sebelum ke sekolah.

Bagi Ismi Putera Aizuddin, beliau bersetuju jika waktu sekolah dianjak ke 8 pagi, namun waktu pejabat di Selangor juga perlu ditukar lebih lewat supaya ibu bapa tidak tergesa-gesa.

“Baru releven bagi ibu bapa yang hantar anak ke sekolah kerana sekarang mereka terpaksa hantar sebelum matahari terbit sebab kejar nak pergi kerja dan elak kesesakan lalu lintas,” katanya.

FB 3Aznita Mohd Zaini juga bersetuju jika waktu sekolah diubah ekoran bimbangkan keadaan pelajar yang terpaksa bangun awal setiap hari untuk ke sekolah.

“Setuju sangat, kesian pada pelajar yang terpaksa bangun awal. Kalau boleh waktu balik juga diawalkan kerana ada pelajar yang sampai rumah sepuluh minit sebelum 8 malam,” katanya.

Bagaimanapun ada juga kurang bersetuju dengan perkara itu kerana jika waktu sekolah diubah, maka ia akan menyebabkan pelajar terpaksa pulang lewat.

“Kalau mula jam 8 pagi, nanti habis sekolah jam 2 petang kemudian 2.30 budak sudah masuk untuk sekolah agama pula.

“Kesian mereka tidak dapat rehat cukup pada waktu tengah hari, di negeri lain boleh buat kerana mereka mungkin tiada sekolah Kelas Fardhu Ain (KAFA) seperti Selangor,” kata Arifudin Marwa.

Zulfifka Zolkapli pula berkata, “Kalau mula jam 8, balik jam berapa, sesi petang macam mana pulak takkan nak balik jam 8 malam pulak?” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelbagai gelagat warnai hari pertama persekolahan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 JAN: Kelihatan keterujaan pelajar tahun satu pada hari pertama persekolahan 2016 di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 di sini diwarnai pelbagai gelagat.

Tumpuan diberikan khusus kepada murid tahun satu yang baru memulakan persekolahan ditemani ramai ibu bapa yang memenuhi ruang perkarangan sekolah untuk menghantar anak mereka.

Pelajar SekolahSeramai 216 orang murid tahun satu dibahagikan kepada enam buah kelas ditempatkan di sekolah SRAI itu.

Kebanyakan antara mereka teruja dan bersemangat bersama rakan-rakan yang baru dikenali.

Ada juga yang murung, kelihatan mengantuk dan bosan kerana masih belum membiasakan diri dengan persekitaran sekolah baru.

Guru Besar, Masyukur Jemenin, berkata pihak sekolah membuat persedian awal bagi memudahkan dan melancarkan pada hari pertama pembukaan sekolah.

“Kita membuat persediaan awal dan segala aktiviti untuk minggu orentasi telah disusun dengan rapi oleh guru bermula hari ini hingga jumaat. Minggu hadapan akan bermula pembelajaran sebenar.

IMG_6535“Kerjasama dari pihak ibu bapa juga amat baik kerana segala pembayaran yuran kemasukan selesai lebih awal,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke kelas murid tahun satu, guru memulakan sesi orientasi dengan bacaan doa, perkenalan sekolah, catatan kehadiran pelajar, keterujaan mereka ke sekolah dan sessi suai kenal diantara pelajar dan guru.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor mahu contohi Kelantan sesi sekolah mula 8 pagi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 JAN : Selangor tidak menolak untuk mencontohi Kelantan yang mengarahkan sesi pengajian sekolah bermula jam 8 pagi berkuatkuasa hari ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkara itu harus disambut baik kerana mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.

Sekolah 8Bagaimanapun, katanya, ia harus dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkaitan jika mahu dilaksanakan di negeri itu.

“Setakat ini semua sekolah di Selangor masih kekal dengan sesi pengajian sama iaitu jam 7.30 pagi, namun kita tidak keberatan jika mahu membincangkan perubahan waktu.

“Perkara baik seharusnya digunapakai dan mungkin boleh dikuatkuasakan di sekolah jika bersesuaian,” katanya kepada Selangor Kini.

Bermula sesi persekolahan tahun baru pada 3 Januari 2016, semua pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan memulakan sesi pengajian mereka bermula jam 8.00 pagi.

Ia akan berlarutan sehigga bulan Jun berikutan perubahan waktu siang lebih singkat berbanding malam.

Sesi persekolahan akan kembali sebagaimana biasa bermula 1 Julai iaitu 7.30 pagi setelah situasi itu kembali pada biasa.

EZY