Categories
NASIONAL

JINGGA 13 : Untung jadi konsesi lebuh raya berbanding rakyat

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Antara keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi berbanding rakyat adalah kekal mendapat pampasan yang
menguntungkan, di samping kutipan tol yang berterusan setiap masa walaupun tidak berlaku kenaikan harga pada tahun ini.

Demikian reaksi yang diutarakan Koordinator Jingga 13, Fariz Musa yang menyifatkan kerajaan terus tunduk dengan kehendak konsesi
dan wang rakyat terus diperalat demi memenuhi kehendak mereka.

Katanya, perkara itu cukup luar biasa walaupun selama ini pelbagai bantahan dibuat rakyat yang akhirnya menyaksikan kadar
tol tidak dinaikkan namun pembaziran wang terus berlaku.

jingga 13 pc DNS 01“Seperti biasa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan bukan sekali ganda tetapi berlipat kali ganda dengan tindakan kerajaan membayar (pampasan) RM400 juta kepada 14 syarikat konsesi lebuh raya yang terbabit dengan tol.

“Ini membuktikan kerajaan tunduk dan akur kepada syarikat konsesi tol. Apa sahaja tindakan konsesi dan membabitkan perjanjian, kerajaan akan pertahankan hingga sanggup menggunakan wang rakyat dengan cara apa sekalipun untuk menjaga kepentingan konsesi,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terbabit.

Jingga13Katanya, walaupun bakal menyaksikan RM400 juta lebur untuk digunakan membayar pampasan kepada 14 syarikat konsesi, namun itu antara kejayaan rakyat Malaysia yang terus mendesak kerajaan ekoran kenaikan berantai yang dihadapi sejakkenaikan harga minyak, tahun lalu.

“Tahniah kepada rakyat kerana kekuatan membantah untuk menaikkan tol seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Naik Tol, Kerajaan BN tidak prihatin bebanan rakyat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 4 JAN : Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas dan prihatin terhadap rakyat di negara ini ekoran bertindak membeli semua pegangan saham dalam Kesas Holdings Bhd, seterusnya menjadikan Gamuda mempunyai saham majoriti 70 peratus.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengambil tindakan menghalang PNB yang dikuasai Kerajaan Pusat daripada tidak bersetuju untuk menjual saham kepada Gamuda itu.

ng suee lim2Katanya,namun, BN tidak langsung menghiraukan kenaikan harga tol yang akan membebankan rakyat itu.

“Sebagai sebuah Kerajaan Pusat yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat dengan hanya slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, beliau (Najib) sepatutnya mengambil tindakan menghalang.

“Walaupun kita sedia maklum ini adalah transaksi yang membabitkan keuntungan perniagaan namun jika kerajaan betul-betul ikhlas dan prihatin terhadap rakyat, maka kerajaan wajib menghalang dan menolak kerana ia akan menyebabkan kenaikan kadar yang membebankan rakyat,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata beliau kesal dengan tindakan PNB yang kurang peka terhadap keluhan rakyat ketika ini.

plaza tol“Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu dengan kos saraan yang semakin hari semakin tinggi angkara kenaikan kadar tol seterusnya membiarkan syarikat konsesi mengaut keuntungan yang melampau,” katanya.

Sebelum ini, Gamuda turut menyemak semula pertimbangan pembelian berhubung dengan tawaran diterima oleh Amcorp Properties Bhd pada 18 Dis 2013 dari RM250 million kepada RM280 million.

Pada 18 Dis, 2013, Gamuda menambah kepentingannya dalam Kesas daripada 30 peratus kepada 50 peratus berikutan penerimaan daripada Amcorp untuk melupuskan semua sahamnya dalam Kesas.

Baru-baru ini, PNB bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangan 20 peratus kepada Gamuda dan menjadikan komposisi sahamnya 70 peratus dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak 30 peratus.

Hal itu, menunjukkan PKNS akan memiliki saham minoriti, sekali gus mengurangkan kuasa untuk menghalang kenaikan kadar tol oleh KESAS.

Menurut laporan Maybank Investment Bank Research November 2013, KESAS mencatatkan peningkatan kenderaan lima peratus setiap tahun membabitkan 490,000 penguna setiap minggu dengan menyumbangkan keutungan berganda 121 peratus antara tahun 2008 hingga 2012.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat Selangor akan menggunakan pegangan saham di lebuh raya KESAS, Sprint dan Damansara – Puchong untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan Barisan Nasional.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor

1. Kadar tol yang bakal dinaikkan adalah akibat perbelanjaan boros kerajaan Barisan Nasional. Selepas PRU-13, kita menyaksikan kenaikan harga petrol, diikuti dengan kenaikan harga gula dan tarif elektrik, dan kini diasak pula dengan kenaikan kadar tol lebuhraya yang dicadangkan di antara 50 sen dan RM2 bermula Januari 2014.

2. Kesan dari kenaikan harga tol ini akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia walaupun lebuhrayanya adalah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kenaikan tol akan menyebabkan kenaikan kos pengangkutan yang kemudiannya meningkatkan kos operasi perniagaan.

anwarAkibatnya, peniaga dan pengilang tidak ada pilihan kecuali menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang sebahagian besarnya dikilang di Lembah Klang dan dihantar melalui jaringan lebuhraya ke seluruh negara.

3. Pengalaman saya sebagai Menteri Kewangan yang pernah juga berdepan dengan tuntutan kenaikan tol dari pemegang konsesi meyakinkan saya bahawa kerajaan perlu waspada dengan keuntungan berlipatkali ganda yang dinikmati oleh syarikat pemegang konsesi.

Saya tidak pernah menerima laporan kewangan yang diberikan oleh syarikat pemegang konsesi bulat-bulat dan dibantu oleh pimpinan tertinggi Perbendaharaan untuk memastikan keuntungan itu munasabah dengan bebanan ekonomi negara dan rakyat.

4. Kerajaan mempunyai pegangan besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuhraya, maka ia berhak menggunakan pegangan sahamnya itu untuk melindungi kepentingan rakyat. Kerajaan Negeri pula mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa kebenaran merancang, pengambilan tanah, jajaran dan lain-lain tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan sebelum sesuatu lebuhraya boleh dibina.

5. Oleh sebab itu, saya menyangkal kenyataan menteri-menteri Barisan Nasional bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana ia telah termaktub di dalam perjanjian yang dimeterai. Saya juga menolak alasan yang diberikan Barisan Nasional bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol.

6. Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat mempunyai pegangan saham di dalam KESAS (30% pegangan melalui PKNS) serta SPRINT dan LDP (20% pegangan melalui Kumpulan Perangsang milik rakyat Selangor).

Saya telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bersetuju bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya-lebuhraya ini untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan oleh Barisan Nasional.

Saya difahamkan Menteri Besar akan membawa perkara ini untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat EXCO pagi ini dan arahan bakal dikeluarkan kepada wakil-wakil Kerajaan Selangor di dalam konsortium lebuhraya terbabit untuk menolak kenaikan tol.

7. Perbincangan saya dengan Menteri Besar juga bersetuju bahawa Kerajaan Selangor akan mengenakan syarat-syarat ketat kepada cadangan lebuhraya baru yang ingin dibina (iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR) seperti berikut:

a. Kebenaran pembangunan hanya akan diberikan sekiranya syarat-syarat keuntungan yang mengikut formula yang lebih adil kepada rakyat dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan pemegang konsesi

b. Pengambilan tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya akan dibenarkan sekiranya syarat-syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi

8. Ini adalah sebahagian daripada tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol. Kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat adalah jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol ini jika ada kemahuan dan keikhlasan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum
18 DISEMBER 2013

Categories
NASIONAL

Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor

Oleh : Siraj

PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.

anwar-pc-2013Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini.

Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.

Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi.

Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi.

“Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.

tol naikSebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,”katanya lagi.

Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat.

“Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina,” katanya.

Oleh sebab itu, Anwar n kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai.

“Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,”katanya lagi.

-EZY

Categories
SELANGOR

MB arah PKNS guna pemilikan saham bagi halang kenaikan tol

Oleh  Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 18 DIS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat.

PC EXCO Jan 2013 MB 01Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.

“Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

“Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.

Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu  meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.

-EZY FZL

Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM sifatkan kenaikan tol bebankan rakyat pendapatan rendah

Oleh Amidi Abd Manan

CADANGAN untuk menaikkan kadar tol seperti yang diuar-uarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya amat dikesali. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sebarang cadangan untuk menaikkan kadar tol kerana ia membebankan rakyat terbanyak.

logoABIMAlasan untuk menaikkan kadar tol kerana perjanjian konsesi jelas mengenepikan kepentingan rakyat.

ABIM menilai akibat daripada kenaikan kadar tol ini, rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini akan terus dalam keadaan tertekan.

Kenaikan kadar tol akan turut menyumbang kepada kenaikan tambang pengangkutan awam yang kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kenyataan angkuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang menyarankan agar sesiapa yang tidak setuju dengan kenaikan kadar tol memilih laluan lain yang tidak bertol, adalah amat dikesali.

plaza tolABIM menilai kenyataan sebegini jelas sebagai satu penghinaan terhadap rakyat terbanyak. Beliau sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan yang begitu biadab.

ABIM menyeru agar rakyat membantah kenaikan kadar tol demi kehidupan yang lebih baik.

Dalam hal ini, ABIM akan mengerakkan kempen bagi mengangkat suara rakyat terbanyak yang semakin risau dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilihat menjerut leher golongan marhaen.
 * Amidi Abd Manan adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Perdana Menteri patut komen kenaikan kadar tol

SHAH ALAM 18 DIS : Nurul Izzah Anwar hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengeluarkan kenyataan segera berkaitan kadar kenaikan tol bagi meredakan kebimbangan rakyat.

Naib Presiden PKR itu berkata, tindakan Perdana Menteri yang berdiam diri hanya menambahkan kegusaran rakyat ditambah dengan pelbagai berita kenaikan harga sejak beberapa hari yang lalu.

Nurul-Izzah“Saya mendesak agar perdana menteri mengeluarkan respons serta-merta berkenaan kadar kenaikan tol ini.

“Bagi saya janji yang dimungkiri ini akan membebani rakyat, oleh itu saya berasa amat kecewa dengan tumpuan kerajaan BN yang mengukir masa hadapan Malaysia ke arah yang malap, oleh itu perdana menteri harus keluarkan kenyataan bagi menenangkan semula hati rakyat,” kata Nurul Izzah dipetik Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran pemegang konsesi lebuh raya adalah anak syarikat milik kerajaan.

plaza tolKatanya dakwaan kenaikan tol tidak dapat dielakkan adalah tidak benar kerana Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk mengawal kadar kenaikan itu.

Kadar kenaikan tol dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan berapa jauh.

Difahamkan, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

-EZY

Categories
NASIONAL

BN main ‘silap mata’, janji turun tol dalam Manifesto PRU-13 ‘ghaib’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 17 DIS: Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain ‘silap mata’ dengan ‘menghilangkan’ manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my.

Di muka surat 12 di bawah perkara ‘Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar’ manifesto bertajuk ‘Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan’ itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

jemplus‘Kehilangan’ itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini membuktikan BN ketika merangka manifesto itu sememangnya tiada niat untuk melaksanakan janji mereka.

“BN sebenarnya tidak niat atau rancangan pun hendak laksanakan tetapi terpaksa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi menyaingi PR dan menunjukkan kononnya mereka tidak terpisah dengan rakyat; jadi saya kira rakyat boleh lupakan janji lain BN dalam manifesto mereka.janji_dicapati

“Itu cuma taktik mereka untuk raih undi dan hari ini baru tujuh bulan menang pilihan raya, terbukti, bukan kata turunkan tol malah BN naikkan lagi,” kata Rafizi ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Keadaan ini berbeza dengan Manifesto PRU-13 PR yang bertajuk ‘Harapan Rakyat – Pakatan Harapan Rakyat’ yang setiap perancangan dasar baru yang menguntungkan rakyat disertakan dengan plan perlaksanaan terperinci.

Rafizi1-179x300Kata Rafizi lagi, BN patut malu dengan tindakan mereka sebelum ini yang mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 lalu.

“Dahulu mereka kecoh nak saman Kerajaan Selangor pasal manifesto tetapi sekarang dengan menggunakan hujah BN sendiri, BN patut redha kalau ada rakyat yang mahu menyaman mereka,” kata beliau lagi.

-EZY

Categories
NASIONAL

Tol: PKR bidas kenyataan angkuh menteri suruh rakyat ikut jalan lain

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 17 DIS : PKR membidas kenyataan angkuh Kerajaan Umno-BN yang tidak memikirkan tentang kebajikan rakyat dalam isu kenaikan tol.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berkata kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar meminta orang ramai menggunakan jalan biasa sekiranya kenaikan tol tinggi adalah tidak wajar dan menunjukkan kurang akauntabiliti.

Apa kata anda“Kami ingin mengingatkan Menteri Persekutuan yang tidak dipilih rakyat supaya berhenti merendahkan rakyat dan tidak angkuh membuat kenyataan,” kata Azmin dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmin berkata, kenaikan tol adalah perkara serius yang memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang tiada pilihan selain menggunakannya.

“Ia adalah mengenai keperluan dan hanya kerana mempunyai konsesi tidak bermakna harga boleh dinaikkan tanpa mempertimbang keperluan dan kekangan kewangan rakyat,” katanya.

azmin ali dun 2Beliau juga mendesak Putrajaya agar tidak bersembunyi di belakang perjanjian rahsia dan mencabar rakyat dengan senario ambil atau tinggalkannya.

“Cadangan kenaikan ini dengan kenaikan harga lain adalah ancaman besar kepada kebajikan rakyat,” katanya.

Azmin berkata, PKR akan sentiasa menentang kenaikan ini yang dibuat tanpa justifikasi dan akan terus menyokong usaha menolak kenaikan seperti ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran pemegang konsesi lebuh raya adalah anak-anak syarikat milik kerajaan.

EZY

Categories
NASIONAL

PKR : Kerajaan Pusat patut turun kadar tol

Oleh : Norhayati Umor

PETALING JAYA 16 DIS : Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran pemegang konsesi lebuh raya adalah anak-anak syarikat milik kerajaan.

rafizi pc white stripes 01Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata dakwaan kenaikan tol tidak dapat dielakkan adalah tidak benar kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal kadar kenaikan itu.

Katanya, beliau menyanggah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang memberi gambaran salah bahawa kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana perjanjian konsesi dimeterai dengan syarikat swasta.

“Sebahagian besar pemegang konsesi tol di negara ini mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan lebuh raya. Kerajaan Pusat memberikan bantuan-bantuan seperti subsidi kewangan untuk pengambilan tanah, pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan atau pun geran kewangan kepada pemegang konsesi.

turun3“Contohnya Maju Expressway (MEX) diberikan dana penuh berjumlah RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkan lebuhraya itu,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Rafizi berkata Kerajaan Pusat menganggap rakyat di negara ini bodoh dan mudah tertipu, oleh itu membuat kenyataan menyalahkan pemegang konsesi menaikkan kadar tol.

“Oleh kerana pemegang konsesi adalah milik anak syarikat kerajaan, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk merunding semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol,” katanya.

Beliau berkata Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dikuasai sepenuhnya oleh agensi kerajaan iaitu Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Manakala Prolintas adalah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah saham milik kerajaan.

“Hanya Gamuda yang merupakan syarikat swasta tetapi agensi kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen, unit-unit Amanah Saham dan lain-lain mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus di dalam Gamuda yang menjadikan Kerajaan Pusat sebagai salah satu pemegang saham terbesar Gamuda melalui pelbagai agensi.

“Ini bermakna, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh atas bantuan kewangan yang diberikan kepada syarikat konsesi.

“Alasan bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian dimeterai dengan swasta tidak dapat diterima kerana sebahagian besar konsesi tol dikuasai oleh kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

tol naikMinggu lalu, Abdul Wahid memberitahu kenaikan harga tol akan bermula pada 2014 dan kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana kerajaan sudah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.

Tiga kumpulan terbesar pemegang konsesi lebuh raya ialah PLUS, Prolintas dan Gamuda.

PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedia, Butterworth Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Manakala Prolintas mengendalikan Lebuharaya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Guthrie, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Sungai Besi-Ulu Kelang dan Damansara- Shah Alam.

Selain itu, Gamuda melalui anak syarikat usahasamanya mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong, KESAS dan SPRINT.

– EZY

Categories
SELANGOR

MB : Tol naik akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian

Oleh : AFIX REDZUAN

BANDAR TUN RAZAK, 15 DIS: Kesilapan Kerajaan Pusat dalam memeterai perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip konsesi mengakibatkan rakyat terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.

33Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan Kerajaan Pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.

Katanya, ini kerana perjanjian konsesi lebuhraya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan lebih daripada kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Kita dapati syarikat konsesi apabila membentangkan kertas kerja menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.

“Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

“Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kepada Selangor Kini dalam sidang media.

turun3Katanya, Kerajaan Pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan

Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Pengumuman ini merupakan satu lagi ‘hadiah’ untuk rakyat untuk 2014 apabila Barisan Nasional menang selepas PRU-13.

-EZY

Categories
NASIONAL

FOMCA : Kerajaan Pusat patut tangguh naik kadar tol

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Pusat patut menangguhkan kenaikan kadar tol yang dijangka bermula 2014 kerana ia akan menambah bebanan kepada ekonomi rakyat ekoran pelbagai jenis kenaikan barang dan perkhidmatan juga akan berlaku.

FOMCAPengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman,berkata kenaikan yang dikatakan berpunca daripada perjanjian konsesi itu sebenarnya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Katanya, perjanjian berat sebelah itu juga akhirnya akan menambah beban rakyat dengan pelbagai kenaikan bermula tahun 2014.

“Sudah banyak kali semakan tol dibuat. Dalam perjanjiannya, setiap tiga tahun kadar tol akan disemak, jika tidak patuhi kerajaan perlu bayar pampasan itu.

“Dalam masalah ini, kita lihat kerajaan tidak mahu lagi membayar oleh itu kadar tol dinaikkan dan kerajaan terpaksa membenarkan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Menurut laporan media, Abdul Wahid berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana ia terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

tol naikYusof berkata kerajaan perlu sedar pelbagai kenaikan pada tahun hadapan akan menekan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat lebih lagi warga kota.

“Kerajaan juga perlu menilai perjanjian berat sebelah yang dibuat tanpa pengetahuan umum. Oleh itu seharusnya kerajaan menangguh semakan tol supaya ia tidak dinaikkan tahun hadapan agar tidak memberi kesan kepada rakyat disebabkan beban yang pelbagai bermula tahun depan,” katanya.

naik tolDesas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun depan antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Akhbar melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1. Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

EZY