Categories
NASIONAL

TPPA gugat kedaulatan negara

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menggugat kedaulatan negara jika Malaysia bersetuju menandatangani bersama 11 negara lain.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata banyak keputusan boleh dicabar negara luar sekiranya tidak menguntungkan mereka.

tppa“Kedaulatan negara akan tercabar. Beberapa keputusan dibuat misalnya mahkamah juga boleh dicabar.

“Ini akan memberikan cabaran dan implikasi kepada kedaulatan negara,” katanya.

Selaku panelis dalam forum ‘TPPA: Malaysia Dijual?’ anjuran Gabungan Rakyat Merdeka beliau berkata ketiadaan butiran penuh perjanjian menyukarkan ramai pihak mengkaji lebih terperinci.

Beliau menegaskan, butiran perjanjian perlu diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia untuk diakses kepada umum.

“Butiran TPPA dijangkakan mempunyai hampir 3,000 muka surat,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Jawatankuasa Pilihan Parlimen patut wujud bincang TPPA

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkaitan perdagangan bagi membolehkan urusan perdagangan dibincangkan khusus.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata ketiadaan jawatankuasa itu menyebabkan banyak perjanjian perdagangan hanya diketahui selepas dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.

TPPA IzzahKatanya, penubuhan itu penting terutama apabila mendepani situasi kerajaan kini yang sedang berbincang mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Tambahan pula, Ahli Parlimen Barisan Nasional kini mula sedar mengenai implikasi TPPA selepas ia menjadi bualan hangat mutakhir ini.

“Kita tiada jawatankuasa pilihan Parlimen berkaitan perdagangan.

“Kekurangan dan kelemahan mengakibatkan kita tiada kuasa dalam menandatangani sesuatu perjanjian.

“Bila cakap pasal TPPA yang memberikan impak ekonomi melibatkan 12 negara, buat kali pertama ada minat dari Ahli Parlimen BN,” katanya dalam forum ‘TPPA: Malaysia Dijual?’ anjuran Gabungan Rakyat Merdeka.

Beliau yang juga Pengasas Kaucus Parlimen TPPA berkata, sebelum ini berlangsungnya 14 pertemuan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun sebagai Ahli Parlimen mereka tidak mendapat akses sepenuhnya terhadap butiran perjanjian.

TPPA IZZAH2Sebaliknya beberapa perkara berkaitan perjanjian hanya melalui ‘ura-ura’ yang dilakukan menteri.

Jelasnya, perjanjian TPPA bukan berkait dengan soal perdagangan semata-mata.

“Bila kita hilang ruang untuk menggubal dasar, kita kena tengok impak perjanjian. Ini bukan isu import-export semata-mata,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

TPPA: Najib patut dapatkan kelulusan Parlimen, kabinet & rakyat

Oleh: Nurul Izzah Anwar

Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), pada 7 Oktober lepas dilaporkan berkata “(Dokumen) TPP itu perlu dibentangkan dan dibahaskan terlebih dulu untuk diluluskan. Ini adalah proses lazim di semua negara terbabit.”

Kenyataan Datuk Menteri di alu-alukan. Perlu ditegaskan bahawa usaha penubuhan Kaukus Parlimen TPPA pada September 2013 yang lalu di antaranya adalah demi memastikan perjanjian yang bakal memberi kesan kepada segala aspek sosio-ekonomi negara ini dibahaskan dengan teliti di Parlimen.

Nurul-IzzahBagaimanapun, adakah Datuk Seri Mustapha gusar dengan perkembangan terbaru yang memaparkan barisan pengkritik Perdana Menteri, iaitu Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah semalam, lalu bercadang untuk menggunakan kuasa kabinet untuk meluluskan TPPA?

Adakah kerana ini ada ura-ura hanya “perbahasan” dibenarkan dalam Parlimen? Bagaimana pula dengan kuasa mengundi wakil rakyat?

Suara-suara NGO, syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta, doktor, peguam dan golongan professional, warga pekerja serta pihak-pihak berkepentingan yang lain juga turut menuntut supaya perjanjian ini melalui proses ratifikasi parlimen bagi memastikan perjanjian tersebut benar-benar menguntungkan rakyat, dan tidak membawa bencana. Ratifikasi parlimen yang dimaksudkan adalah proses perbahasan dan pengundian dalam kadar masa yang mencukupi.

Saya sedari bahawa menurut perlembagaan negara dan peruntukan undang-undang; mana-mana perjanjian perdagangan negara hanya memerlukan kelulusan Jemaah Menteri.

tppaPun begitu, Perdana Menteri di APEC pada 2013 berjanji membawa perbahasan dan pengundian TPPA di Parlimen. Harus diingat perbahasan dan pengundian TPPA wajib berjalan dengan penuh keterbukaan dan bukanlah mengejar masa 90 hari – seraya mengiyakan dakwaan “rubberstamp parliament”.

Semua 222 wakil rakyat perlu mengambil serius perjanjian TPPA dan meneliti serta mengambil maklum balas daripada rakyat di kawasan-kawasan mereka.

Isu TPPA merentasi politik kepartian dan perkauman dan adalah penting bahawa setiap wakil rakyat membahas dan membuang undi dengan teliti.

Diharapkan ahli parlimen daripada UMNO/BN tidaklah hanya akan menuruti secara buta arahan cambuk parlimen nanti. Rakyat akan menuntut untuk tahu setiap undi setiap 222 wakil rakyat di Parlimen.

Sekiranya setiap ahli kongres Amerika Syarikat diberikan hak untuk mengundi sama ada menyokong atau tidak perjanjian TPP dalam badan penggubal undang-undang mereka, Malaysia mestilah memberikan hak yang sama kepada Ahli-ahli Parlimen yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk melindungi kepentingan negara.

Suara rakyat Malaysia perlu didengar dan dihormati.

Kabinet tidak boleh dipercayai bulat-bulat dengan tanggung jawab ini yang akan memberikan kesan kepada masa depan sosioekonomi rakyat Malaysia. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik perlu dibawa dibawah pengawasan Parlimen!

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR

Categories
BERITA UTAMA

TPPA: Kenapa kerajaan begitu beria-ia?

Oleh: Prof Dr Mohd Nazari Ismail

Susulan selesainya rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) di bandaraya Atlanta, Amerika Syarikat baru-baru ini, perdebatan dan perbincangan berkenaannya semakin hangat. Terdapat banyak isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Artikel ini akan membincangkan beberapa isu terpenting sahaja dan akan cuba merungkaikan persoalan kenapakah kerajaan Malaysia begitu beria-ia untuk menyertai perjanjian TPPA ini walaupun banyak pihak menentangnya?

Perlu disedari bahawa walaupun kerajaan Malaysia telah bersetuju kepada perjanjian ini, namun kerajaan Malaysia memilih untuk menjadi ahli kepada perjanjian secara rasmi hanya setelah mendapat persetujuan parlimen.

tppaSebenarnya perkara ini juga berlaku di negara lain termasuk Amerika di mana kerajaannya juga perlu mendapat persetujuan kongresnya sebelum ia secara rasmi menjadi ahli TPPA.

Oleh itu, ramai pihak di negara yang terbabit sekarang sedang giat berusaha untuk mempengaruhi keputusan ini.

Penentangan terhadap TPPA adalah sangat lantang dalam kalangan beberapa organisasi dan persatuan. MTUC yang mewakili kesatuan buruh menyuarakan kebimbangan bahawa perjanjian ini akan menjejaskan kebajikan pekerja.

Persatuan pengguna seperti CAP serta Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bimbang kos kepada pengguna terutama sekali kos ubat-ubatan akan meningkat dan menjejaskan sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) juga keras menentang TPPA kerana merasakan kebajikan usahawan dan peniaga bumiputera akan terjejas.

Pengurusan syarikat dan perbadanan milik kerajaan (GLC) pula bimbang tentang kedudukan istimewa mereka akan turut terjejas kerana perjanjian ini akan membuka ruang kepada persaingan yang terbuka dan sengit dari syarikat luar negara yang lebih besar dan kuat apabila sekatan perdagangan dan pelaburan dalam banyak sektor dikurangkan atau dihapuskan terus.

Akhir sekali, satu sebab kenapa perjanjian ini ditentang ialah kerana ianya dikatakan akan menjejaskan kedaulatan negara akibat daripada peruntukan ‘Investor State Dispute Resolution’ yang membenarkan syarikat asing yang melabur menyaman kerajaan di mahkamah antarabangsa jika syarikat merasakan keuntungan pelaburan mereka terjejas akibat perubahan dalam polisi atau undang-undang negara yang terbabit.

Sebenarnya kesemua kebimbangan mereka adalah mempunyai asas yang sangat kukuh dan sukar untuk dinafikan.

Namun perlu disedari juga bahawa penentangan terhadap TPPA juga lantang di negara lain termasuk di Amerika Syarikat.

Laksana TPPA 01Sebagai contoh, antara penentang utama TPPA di Amerika Syarikat adalah AFL-CIO (American Federation of Labor and Congress of Industrial Organizations) iaitu sebuah kesatuan buruh yang dianggotai 56 kesatuan dan mewakili lebih dari 12 juta pekerja di Amerika Syarikat.

Mereka merasakan bahawa perjanjian ini akan mengakibatkan banyak peluang pekerjaan akan berpindah dari Amerika (kerana kos buruh yang tinggi) ke negara yang kos buruhnya rendah seperti Malaysia.

Satu lagi persatuan dari barat yang sangat menentang perjanjian ini ialah MSF (Médecins Sans Frontières / Doctors Without Borders).

Ini kerana mereka merasakan kos ubat-ubatan akan meningkat di semua negara ahli TPPA termasuk di negara barat akibat terma perjanjian yang akan menyekat proses pengeluaran ubatan generik yang lebih murah.

Akibat kempen yang giat oleh banyak organisasi yang menentang TPPA, ramai rakyat Amerika sebenarnya sangat bencikan perjanjian ini.

Maka tidak hairanlah kenapa dua calon utama dalam pertandingan merebut jawatan Presiden di Amerika, iaitu Hillary Clinton dari parti Democrat dan Donald Trump dari parti Republican adalah antara penentang utama perjanjian ini, mungkin kerana menyedari bahawa pendirian menentang TPPA akan memastikan mereka akan mendapat banyak sokongan dari kalangan rakyat Amerika.

Persoalan yang timbul ialah jika kebimbangan oleh pelbagai pihak di atas adalah kukuh dan berasas, kenapakah kerajaan dari dua belas negara yang terlibat masih meneruskan perjanjian ini?

Jawapannya ialah kerana terdapat satu kumpulan yang sangat berpengaruh yang sangat menyokong perjanjian ini iaitu organisasi perniagaan yang berdaya saing tinggi dan kuat dalam pasaran antarabangsa. Di Malaysia, kebanyakan mereka adalah ahli kepada FMM (Federation of Malaysian Manufacturers).

Oleh sebab itu, FMM adalah penyokong paling kuat kepada perjanjian TPPA. Sebab utama mereka menyokong perjanjian ini ialah kerana perjanjian ini akan membuka ruang eksport yang lebih luas kepada ahli FMM, terutama dari sektor tekstil, elektronik dan barangan automotif.

Mereka berpendapat perjanjian ini akan membantu mereka meningkatkan pendapatan kerana pasaran baru akan terbuka untuk mereka seperti dari negara Canada, Chile, Mexico, New Zealand dan Peru.

Pelaburan juga akan bertambah dan sudah tentu juga peluang pekerjaan dalam sektor mereka. Di samping syarikat di atas, syarikat-syarikat gergasi dalam sektor minyak sawit negara juga menyokong perjanjian ini.

Ini kerana mereka merasakan bahawa eksport minyak sawit akan meningkat dengan mendadak akibat peluang pemasaran di negara lain terutama sekali di Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat pula, penyokong utama kepada perjanjian ini juga adalah dari kalangan syarikat perniagaan yang besar dan kuat, yang mengeskport ke luar negara seperti dari sektor farmaseutikal dan pertanian.

Begitu juga, antara penyokong utama TPPA dari negara New Zealand adalah syarikat pengeskport dalam sektor tenusu sementara dari Kanada adalah syarikat pengeksport dari sektor keluaran daging.

Jelas sekali, bahawa kumpulan yang sangat akan mendapat manfaat dari TPPA adalah syarikat perniagaan, terutama sekali dari kalangan syarikat yang besar, dan kuat atau kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Di samping itu, kebanyakan syarikat ini mempunyai beban hutang yang sangat tinggi akibat dari strategi perkembangan mereka. Beban hutang ini mewajibkan mereka membesarkan saiz pendapatan mereka dan ini hanya akan dapat dilakukan jika saiz pasaran untuk keluaran mereka juga bertambah. TPPA lah yang akan membantu meluaskan saiz pasaran mereka.

Kerajaan dari semua negara pula sangat bergantung kepada syarikat-syarikat ini untuk membantu merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi negara.

Oleh itu mereka merasakan bahawa perjanjian ini bukan sahaja akan menambahkan peluang pekerjaan, malah kadar pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat. Pendapat mereka diperkukuhkan lagi oleh dapatan dari beberapa kajian.

Sebagai contoh sebuah organisasi penyelidikan ekonomi antarabangsa yang berpengaruh iaitu ‘The Peterson Institute for International Economics’ menyatakan bahawa TPPA berupaya meningkatkan pendapatan sebanyak USD295 billion serta peningkatan perdagangan sebanyak USD1.9 trillion di negara terbabit.

Ini kerana bukan sahaja akan wujud liberalisasi dalam eksport dan import bahkan juga liberalisasi dalam sektor perkhidmatan dan teknologi.

Dalam kes Malaysia, Peterson Institute meramalkan saiz ekonomi Malaysia (yakni GDP) akan meningkat lebih dari 5 peratus pada tahun 2025 akibat dari perjanjian ini.

Jika beberapa negara Asia seperti Vietnam, Filipina, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand turut menyertai perjanjian ini nanti (dan menjadikan keahlian berjumlah 17 negara), peratusan ini akan meningkat menjadi lebih dari 10 peratus. Ini sudah tentu adalah satu angka yang sangat memberangsangkan.

Sebaliknya, jika perjanjian ini tidak wujud, kesemua pemimpin politik dari kesemua 12 negara terlibat merasakan sukar untuk berlakunya pertumbuhan ekonomi di negara mereka.

Tambahan pula suasana ekonomi yang terbantut bermakna pendapatan kerajaan juga akan terjejas.

Di samping itu, hampir kesemua kerajaan ini mempunyai beban hutang yang tinggi dan oleh itu suasana ekonomi yang terbantut akan bermakna kerajaan akan terpaksa melaksanakan langkah berjimat cermat atau meningkatkan kadar cukai untuk menampung perbelanjaan negara.

Sudah tentu langkah tersebut adalah tidak popular. Di samping membuat rakyat semakin kecewa terhadap kerajaan, langkah tersebut juga akan tentu sekali menjejaskan sokongan politik rakyat terhadap mereka.

Jelas sekali bahawa isu pertumbuhan ekonomi lah menjadi faktor utama kenapa kerajaan di kesemua 12 negara yang terlibat dalam TPPA begitu berusaha untuk menjayakan perjanjian ini.

Isu ekonomi juga akan memastikan bahawa beberapa negara lain yang belum menjadi ahli termasuk negara China, akan lambat laun memohon untuk turut serta dalam perjanjian TPPA ini.

Pemimpin politik di kesemua negara ini semua sedar bahawa pada masa ini garis ukur yang digunakan oleh rakyat untuk menyokong sesebuah kerajaan adalah prestasi ekonomi semata-mata.

Walaupun kedaulatan negara akan lebih utuh jika sesebuah negara memilih untuk tidak menyertai perjanjian ini, namun sebenarnya mereka juga sedar bahawa jika rakyat merasakan suasana ekonomi adalah tidak baik dan pendapatan mereka tidak bertambah, rakyat akan masih tidak berpuas hati atau marah kepada kerajaan dan akan berusaha untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada dengan kerajaan baru yang dirasakan akan boleh menjamin keadaan ekonomi mereka adalah lebih baik.

Sebenarnya, pertumbuhan ekonomi yang akan dialami oleh negara yang terbabit akan menguntungkan sebahagian kecil sahaja daripada masyarakat, yang terdiri daripada golongan yang sudah kaya, yang sedang mengawal sumber kewangan negara.

Di samping itu, seperti yang telah terbukti berlaku di negara maju, pertumbuhan ekonomi dan kenaikan pendapatan akan juga bermakna kenaikan kos kehidupan akibat dari inflasi dan pertumbuhan tahap hutang dalam masyarakat.

Dalam erti kata yang lain, tahap kebajikan rakyat akan masih terjejas dalam jangka panjang walaupun berlakunya pertumbuhan ekonomi.

Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini dan oleh itu, mereka akan tetap menjadikan pertumbuhan ekonomi dan kenaikan pendapatan sebagai isu paling utama.

Dan oleh sebab itulah, kerajaan di kesemua 12 negara ahli TPPA, termasuk Malaysia akan berusaha untuk mengesahkan keahlian mereka, sementara yang lain akan berusaha untuk menyertainya pada masa akan datang.

Jawaban kepada soalan kenapa kerajaan begitu beria-ia kepada TPPA ialah kerana, sama ada secara sedar atau tidak sedar, itulah sebenarnya kemahuan sebahagian besar rakyat.

Selagi fokus mereka tidak berubah dari isu pertumbuhan ekonomi dan kenaikan pendapatan semata-mata, kerajaan tidak akan berganjak dari berusaha untuk menyertai TPPA.

* Prof Dr Mohd Nazari Ismail adalah Ketua Biro Penyelidikan IKRAM

Categories
NASIONAL

Kaji dahulu perjanjian rahsia TPPA kesan terhadap prestasi Ringgit

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 10 OKT: Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya kononya nilai ringgit meningkat disebabkan ura-ura Malaysia bakal menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata sebaliknya turun dan naik sesuatu matawang itu bergantung kepada pelbagai faktor.

Nurul-Izzah“Perjanjian TPPA ini pada masa singkat mungkin beri impak kepada ringgit tetapi saya melihat impak mengikat bukan pada penurunan tarif barangan tetapi kepada undang undang dilaksanakan, ikatan dikenakan terhadap syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Khazanah yang disebut sendiri Menteri.

“Dinasihatkan rakyat teliti dahulu perjanjian rahsia ini sebab saya bimbang dalam keadaan benteng pertahanan iaitu institusi kerajaan tidak mengambil kira keperluan merancakkan persaingan sihat antara syarikat bumiputera sendiri,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Solat Hajat Untuk Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kesejahteraan Negara di kediaman Anwar di Bukit Segambut, di sini, pada 8 Oktober lalu.

Nurul Izzah juga menganggap pihak yang mengaitkan peningkatan nilai ringgit dengan TPPA sebagai tidak melihat dalam jangka masa panjang.

Terdahulu, ringgit melonjak lebih 5 peratus ke paras tertinggi dalam lima minggu pada Rabu lalu susulan jualan nilai batasan kerugian dolar AS dan saham tempatan yang lebih tinggi.

tppaRinggit yang mencatatkan prestasi terburuk berbanding mata wang Asia lain pada tahun ini, naik 5.2 peratus kepada 4.1600 berbanding dolar Amerika, paling kukuh sejak 1 September.

Ringgit dan saham Malaysia mendapat sokongan daripada eksport Ogos yang lebih kukuh berbanding jangkaan dan turut dibantu pemulihan harga minyak mentah global yang meredakan kebimbangan terhadap pendapatan jualan minyak dan gas di luar negara.

Bagaimanapun seorang penganalisis mengaitkan peningkatan nilai ringgit disebabkan keyakinan pelabur bahawa Malaysia baka; menandatangani TPPA.

EZY

Categories
NASIONAL

TPPA survival politik Najib

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 OKT: Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dr Fahmi Ngah menyifatkan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan digunakan sebaiknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memanjangkan hayat politiknya.

Katanya, kesempatan itu juga akan digunakan sepenuhnya Amerika Syarikat untuk memperbaiki kedudukan selaku rakan dagang Malaysia terutama ketiadaan perkongsian butiran lengkap perjanjian kepada umum yang menyukarkannya dibincangkan secara ilmilah, bahkan impak yang berlegar kini lebih kepada spekulasi.

Dr Fahmi Ngah“Perdana menteri akan gunakan sepenuhnya perjanjian itu untuk memanjangkan hayat politiknya. Yang pasti, kalau kita tengok rakan dagang Malaysia iaitu pertama adalah Singapura, kedua, China dan Amerika Syarikat kelima.

“Apabila (perjanjian) ditandatangan, nilai perkongsian Malaysia dan Amerika Syarikat bertambah. Berkemungkinan nilai perkongsian perdagangan dengan negara lain akan menurun.

“Keadaan itu akan melonjakkan kedudukan Amerika Syarikat dalam kedudukan rakan dagang bersama Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.

Fahmi berpandangan, perkara itu jelas kerana sehingga kini masih belum ada contoh negara yang makmur hasil daripada perjanjian berkenaan yang sudah pasti bakal memberi kesan postitif dan negatif antara negara sekutu.

“Saya beri contoh Malaysia mempunyai dodol yang unik. Kalau boleh tembus pasaran antarabangsa, kita tidak perlukan TPPA kerana kalau dia (Amerika Syarikat) nak beli, maka akan beli,” katanya.

tppaBeliau berkata, perjanjian itu juga tidak memberikan jaminan kedudukan nilai matawang ringgit akan kekal kukuh selepas ia ditandatangani.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mewakili Malaysia dalam rundingan TPPA, berkata butiran perjanjian akan dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan bagi mendapatkan persetujuan semua.

Katanya, rumusan perbincangan terbaru bersetuju untuk mempertimbang hampir semua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan rakyat negara ini.

Ia membabitkan bidang pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan isu bumiputera dengan Malaysia diberikan kelonggaran untuk tempoh peralihan yang lebih lama serta rawatan yang berbeza membabitkan kawasan sensitif negara.

Selain Malaysia dan Amerika Syarikat, rundingan TPPA membabitkan 10 negara lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

TPPA: Najib patut tunai janji pertahan kedaulatan Malaysia

Oleh: Nurul Izzah Anwar

Kira-kira jam 9:00 pagi waktu Atlanta semalam, 12 negara yang menyertai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah mengumumkan pengakhiran kepada rundingan perjanjian yang digelar ‘terbesar dalam sejarah, sesuai dengan abad ke 21’.

Rundingan perjanjian tersebut telah dimuktamadkan walau tanpa ketiadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malaysia sekadar diwakili Ketua Perunding, Encik Jayasiri.

Sewajibnya Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Muhamad hadir hingga akhir pengumuman – cara sambil lewa menangani perjanjian sebesar TPPA menimbulkan keraguan besar berkenaan tatakelola MITI dan kerajaan dalam mempertahan kepentingan Malaysia dalam rundingan.

Perlu diingat jua janji Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak APEC pada Oktober 2013 – bahawa TPPA akan dibentangkan di Parlimen.

thediplomat_2015-09-08_18-46-14-386x257Janji MITI di dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan menjamin kepentingan negara dan rakyat tidak akan digadaikan oleh perjanjian TPPA wajib dituntut.

Perjanjian TPP sudah tentu akan merangkumi pelbagai aspek – tidak terhad kepada perdagangan sahaja. Meminjam terma abad ke 21 – sudah tentu perjanjian semoden ini wajib dirundingkan secara telus, di mana semua pihak berkepentingan diberikan akses kepada teks rasminya.

Perjanjian yang dikatakan ala abad ke 21 juga perlu membudayakan keterbukaan sejajar dengan budaya abad terkini – bukan diselubungi kerahsiaan seperti perjalanan rundingan TPPA selama ini.

Sepanjang dua tahun lamanya, rakan-rakan ahli parlimen dan saya sendiri mengikuti perkembangan serta memberikan maklumbalas yang penting dalam mendepani risiko perjanjian TPPA sekiranya tidak mempertahan kedudukan serta kepentingan Malaysia.

Pada 25 September 2013, saya telah mendesak kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih TPPA melalui soalan parlimen saya. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Kokus TPPA yang turut melibatkan saya sendiri.*

Walau diakui wujudnya pertemuan dari masa ke semasa dengan Menteri MITI dan juga wakil perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman, seluruh ahli pembangang kokus TPPA tidak diberi akses kepada kandungan dan terma perjanjian. Hal ini berlainan di AS – di mana wakil Kongres mereka diberi layanan lumayan termasuk peluang membaca teks TPPA.

Nurul-IzzahBagaimanakah kita mampu menerima janji kebolehpercayaan kerajaan sedang prestasi corot selama ini?

Menurut peraturan “Fast Track” AS, teks penuh TPPA akan diterbitkan 30 hari selepas perjanjian itu dipersetujui. Presiden Obama akan memberikan 90 hari kepada Kongress untuk membahaskan butiran-butiran perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya.

Rundingan telahpun tamat dan tidak ada sebuah negara pun yang mampu merubah kandungan kepada teks perjanjian tersebut.

Saya seru semua pihak berkepentingan; badan-badan bukan kerajaan, Ahli-ahli parlimen, badan-badan persatuan sekerja dan orang ramai untuk bersiap siaga meneliti kandungan dengan hasrat memastikan kepentingan negara diutamakan. Kita juga harus berani menolak sekiranya kandungan teks menunjukkan sebaliknya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak perlu dipertanggungjawabkan untuk memenuhi segala janji beliau berkait TPPA.

Teks bukan sahaja mesti didedahkan; tetapi setiap ahli parlimen wajib diberikan masa yang secukupnya untuk meneliti kandungan perjanjian tersebut – yang dikhabarkan mencecah hampir 1,000 muka surat.

Sekiranya kongres Amerika Syarikat diberikan 90 hari untuk membahaskan perjanjian ini, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam usaha memperkasakan kedaulatan negara menerusi demokrasi berparlimen.

Lebih-lebih lagi apabila nasib negara terikat dengan perjanjian yang melibatkan 12 negara dan penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi semua bidang bukan sahaja perdagangan.

Malaysia mestilah mendapat manfaat daripada perjanjian ini. Rakyat harus dilindungi daripada terkesan daripada penguatkuasaan perjanjian ini.

Isu-isu yang timbul seperti kenaikan harga ubat-ubatan, perlindungan yang ketat ke atas harta intelek; status Syarikat Berkait Kerajaan Malaysia (Khazanah, Petronas dan TNB sebagai contoh); isu mekanisma perundangan baru ISDS yang mengutamakan golongan korporat – serta kesannya ke atas badan kehakiman negara; dan juga nasib IKS antara lainnya wajib dipantau dengan efektif.

Perjuangan untuk memastikan TPPA dimeterai bersyarat kepentingan serta kedaulatan negara dipertahan akan diteruskan. Kami terus berjuang hingga ke saat yang terakhir.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN
AHLI KAUKUS TPPA

*Soalan Parlimen 25 September 2013
Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
bila kerajaan akan mewujudkan jawatankuasa parlimen khas perjanjian perdagangan sebelum meratifikasi TPPA, RCEP dan EU-Malaysia FTA
JAWAPAN: Pihak Kerajaan terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas cadangan yang dikemukakan untuk mewujudkan jawatankuasa Parlimen bagi perjanjian perdagangan meraktifikasi TPPA, RCEP dan EU-Malaysia FTA atau di mana-mana Perjanjian Perdagangan Bebas. Hasil dari cadangan YB Lembah Pantai, Kerajaan telah menubuhkan Kaukus Parlimen.

Categories
BERITA UTAMA

TPPA: Pemenang Nobel Joseph Stiglitz minta PM dahulukan rakyat

Oleh: Mohd Nizam Mahshar

Beberapa hari yang lepas, perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) telah melalui fasa yang paling akhir di mana perunding-perunding kanan telah bermesyuarat dari September 26 hingga 29 di Atlanta, Amerika Syarikat, untuk mendapatkan penyelesaian bagi perkara-perkara pokok yang masih tidak mendapat persetujuan dari semua pihak.

Seterusnya pada 30 September dan 1 Oktober, menteri-menteri perdagangan negara perunding termasuk Malaysia pula bermesyuarat di Atlanta.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bersama Bantah TPPA berharap bahawa perunding kerajaan tidak memilih jalan yang akan menyebabkan masa depan yang malap bagi negara kita.

Perunding perlu tegas dan tidak memberi konsesi yang akan merugikan negara.

TPPABagi Malaysia, antara perkara penting yang perlu dibincangkan dan dipertahankan ialah kenaikan harga ubat-ubatan akibat perlanjutan harta intelek (IP) dan juga isu syarikat milik kerajaan (SOE) serta hak-hak Bumiputera yang mungkin akan terjejas jika perjanjian TPP di tandatangani. Apakah hasil rundingan yang terakhir ini akan berpihak kepada Malaysia?

Pemenang Nobel dalam bidang Ekonomi Joseph Stiglitz menyatakan di dalam artikelnya yang terbaru khusus mengenai Malaysia dan TPPA iaitu “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” bahawa dari pengamatannya perunding Malaysia banyak mengalah dan tidak cekap melindungi kepentingan Malaysia.

Strategi perunding Malaysia seperti tidak masuk akal kerana akan mengakibatkan Malaysia kerugian besar.

Stiglitz menulis: “It is less clear why they would, given the economic loss Malaysia is expected to get in return for such a deal. Typically, one thinks of negotiation as one side giving something in order to get something else in return. But with the TPP, it is not clear what Malaysia would be getting.”

Menurut Stiglitz, ini adalah peluang terakhir bagi Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak untuk menukar arah kerana jika TPP ditandatangani, Malaysia sebagai negara membangun akan menghadapi situasi yang tidak adil berbanding negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Australia.

“Prime Minister Najib Razak is facing his last best chance to reverse the course of the Trans-Pacific Partnership, or TPP, a new international economic agreement that would lock in unequal trading relationships between advanced economy countries like the United States, Japan, Canada, and Australia, and developing economies like Malaysia.”

Bagi pakar ekonomi itu, perjanjian TPP “bukanlah perjanjian perdagangan bebas tetapi sebenarnya adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan (managed trade agreements) dan lazimnya dikendalikan untuk kepentingan-kepentingan korporat”.

TPP sebenarnya bukanlah satu “perkongsian” tetapi lebih kepada “perkongsian khas” di mana hanya satu negara iaitu Amerika Syarikat yang berkuasa menentukan sebahagian besar agenda.

Sebelum ini, Bantah pernah menyatakan bahawa sektor pertanian akan menghadapi impak yang negatif serta saingan yang besar dari produk pertanian yang akan memasuki negari ini setelah TPP ditandatangani.

Stiglitz pula menambah bahawa “sektor perindustrian dan pelaburan juga akan mengalami kejutan dari segi pekerjaan” walaupun pihak kerajaan sentiasa meuar-uarkan bahawa TPP akan memberi peluang pekerjaan yang lebih.

Yang mengejutkan lagi ialah pendapat Stiglitz bahawa, sektor-sektor lain yang akan terjejas termasuklah “besi dan keluli, aluminum, bahanapi galian (mineral fuels), plastik dan getah”.

Walaupun impak kepada industri Malaysia tampak negatif, namun bahaya TPP adalah lebih meluas.

Terdapat pelbagai ciri-ciri lain yang menunjukkan bahawa perjanjian ini akan mendatangkan keburukan yang lebih besar dari yang dijangka.

Pertama, TPP akan menghalang kerajaan daripada meluluskan peraturan atau undang-undang untuk melindungi kesihatan dan keselamatan awam serta alam sekitar, atau mana-mana aspek lain bagi kebaikan awam.

Ini kerana TPP mengandungi mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang akan membenarkan warga asing untuk menyaman kerajaan apabila mereka berpendapat peraturan-peraturan tersebut akan menjejaskan keuntungan mereka.

Kedua, TPP akan menghalang, atau seperti kata Stiglitz “mengharamkan” atau “outlaw” usaha negara untuk melindungi Malaysia dari spekulator kewangan antarabangsa.

“Sepertimana yang Malaysia sedia maklum dan yang telah dialami semasa Krisis Kewangan 1997 – 98, aliran modal jangka pendek yang tidak terkawal boleh menyebabkan ketidakstabilan dan menggalakkan krisis.

Pada waktu itu, Malaysia telah menggunakan kawalan modal untuk melindungi rakyatnya dari kesan buruk krisis tersebut,” tulis Stiglitz.

Dengan TPP, Malaysia akan dihalang dari melaksanakan kawalan modal yang telah pada krisis terdahulu menyelamatkan Malaysia dari kesan yang lebih buruk lagi, seperti berhutang dengan IMF atau Tabung Kewangan Antarabangsa.

Ketiga, TPP akan menyebabkan ketidaksamarataan ekonomi dari segi perlanjutan kadar perlindungan harta intelek (IP) yang akan memberi keuntungan yang lebih kepada pemilik IP dengan mengorbankan hak keperluan awam.

Dia menyatakan, “Impak ini sangat jelas jika kita mengambil kira betapa ketatnya peraturan IP bagi ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa.

Dengan dorongan pelobi “Big Pharma”, perunding AS sedang memaksa negara-negara TPP untuk menerima perlindungan yang dikatakan akan meningkatkan keuntungan, bukan dari penghasilan ubat-ubatan baru tetapi dari menyekat bakal pesaing dari memasuki pasaran dan mengenakan harga yang tinggi yang perlu ditanggung oleh pengguna.”

Jika dilakukan dengan betul, kata Stiglitz, “integrasi perdagangan dan pelaburan dengan seluruh dunia akan menjanjikan kebaikan atau keuntungan yang besar bagi Malaysia, namun TPP bukanlah cara untuk mendapatkannya”.

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak haruslah mengarahkan perunding Malaysia untuk memastikan yang terbaik bagi rakyat dan negara ini jika beliau betul-betul percaya bahawa rakyat perlu didahulukan, tegas Stiglitz.
* Mohd Nizam Mahshar adalah Pengerusi Bantah TPPA

Dipetik: Laman Facebook Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM)

Categories
KENYATAAN MEDIA

TPPA perlu kajian mendalam, dedah perjanjian

Oleh: KHALID ABD SAMAD

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa bahawa Perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement), walaupun telah dipersetujui, namun tidak akan ditandatangani sebelum mendapat persetujuan dari Parlimen dan semua pihak berkepentingan.

YB Menteri turut menjanjikan keseluruhan isi kandungan perjanjian akan dikemukakan kepada rakyat dan perbahasan menyeluruh akan diadakan.

Kami harap pihak Menteri akan menepati janji tersebut dengan menentukan masa yang cukup dan memadai, bukan sahaja untuk Parlimen, tetapi juga masyarakat umum bagi meneliti dan membahasnya.

tppaBegitu juga kami harap bahawa semua teguran akan diambil berat dan diambil tindakan sewajarnya dan perbahasan tidak akan merupakan satu ‘public relations excercise’ semata-mata.

Kenyataan Menteri dengan sendirinya mengakui wujudnya berbagai kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati terhadap perjanjian ini. Kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati ini sambil diakui kewajarannya, dijawab dengan sekadar menyatakan bahawa Malaysia telah mendapat ‘konsesi’ dalam hampir kesemua isu yang dikemukakan.

Dijelaskan bahawa konsesi tersebut mengambil bentuk ‘keanjalan dari sudut tempoh’ dan ‘layanan berbeza bagi bidang-bidang sensitif negara’. Malangnya kenyataan tersebut tidak menjelaskan aspek ‘keanjalan’ dan ‘layanan berbeza’ yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

Di antara kekhuatiran terhadap perjanjian sebegini rupa adalah bahawa ianya bertujuan untuk menjamin persaingan bebas tanpa kawalan dan campur tangan kerajaan.

tppIni akan menyebabkan pihak yang lebih kuat dan berkebolehan mengatasi semua pihak lain dan menguasai pasaran. Dengan itu syarikat-syarikat tempatan yang jauh lebih kecil berbanding syarikat antarabangsa Amerika Syarikat dan sebagainya akan terjejas dan dengan sendirinya terpinggir.

Pembukaan pasaran di negara rakan TPPA seperti Amerika, Canada dan Australia tidak begitu bermakna sekiranya diakui bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing walaupun di pasaran negara sendiri. Sekiranya itu benar, maka sudah pasti mereka tidak akan mampu bersaing di negara rakan TPPA!

Kekhuatiran yang bersifat lebih menyeluruh adalah berhubung kebebasan dan hak Negara untuk menjalankan usaha ‘penyususnan semula’ ekonomi negara. Usaha seperti ini sudah pasti akan terjejas.

Kerajaan akan berada dalam keadaan ‘tangan terikat’ di mana apa jua usaha memberi layanan berbeza dengan mengutamakan syarikat-syarikat tempatan boleh dipertikaikan dan diambil tindakan undang-undang oleh pihak syarikat asing.

Begitu juga dengan persoalan hak milik intelektual yang akan mendatangkan kesan terhadap harga ubat-ubatan khususnya.

Penguatkuasaan hak milik intelektual ini akan menyebabkan kos ubat-ubatan melambung dan walaupun ini mungkin baik bagi syarikat-syarikat farmasutikal, sudah pasti akan mendatangkan kesan buruk terhadap rakyat jelata.

Kami mendapati kesemua persoalan ini dan yang sepertinya difahami Menteri kerana telah disentuh olehnya melalui kenyataan tersebut. Hanya yang tidak dijelaskan adalah sejauh mana ‘konsesi’ yang telah diperolehi menjawab dan menyelesaikan segala kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati berhubungnya.

Laksana TPPA 01Ini akan diselidiki dan diperincikan apabila isi kandungan perjanjian ini didedahkan kepada rakyat untuk dibahaskan.

Semestinya Parti Amanah Negara tidak akan membantah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat.

Namun yang dikhuatiri adalah ianya hanya mendatangkan keuntungan jangka masa pendek sambil menambahkan kebergantungan negara kepada sumber hasil tertentu.

Segala usaha untuk mengembangkan kemampuan sektor swasta dan awam dalam bidang lain demi menerokai sumber hasil baru akan tercantas dari awal melalui perjanjian ini.

Oleh itu kesan jangka pendek dan jangka panjang perjanjian sebegini perlu dikaji dengan penuh teliti.

Ke arah itu Parti Amanah Negara mengalu-alukan jaminan Menteri untuk membawa setiap aspek perjanjian ini untuk dibahas, sambil menjamin tempoh yang memadai untuk perbahasan ini, sebagai satu tindakan yang wajar dan perlu.

* KHALID ABD SAMAD adalah Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara
6 Oktober 2015

Categories
KENYATAAN MEDIA

Time to scrutinize the TPPA to verify whether PM fulfills promise to protect Malaysia

By: Nurul Izzah Anwar

Just hours ago, 9.00am Atlanta time, the 12 participating nations of Trans Pacific Partnership Agreement made a live announcement concluding the highly anticipated ‘trade agreement for the 21st century’.

The agreement and the text have been finalised and concluded, still shrouded in secrecy, despite our Minister Dato’ Mustapa Mohamed’s absence at the press conference. Malaysia was represented by Chief Negotiator Mr. Jayasiri.
Minister Dato’ Mustapa’s absence raised a red flag as to how an important trade negotiation is being handled by MITI and the government. Our Minister rightly should attend the process until the very end.

Nurul IzzahIt bears reminding that Prime Minister Najib at the APEC Summit (Bali, October 2013) made a promise for the TPP to be presented in Parliament.(1)

MITI had also told the Dewan Negara that the government would ensure that the nation’s and the people’s interests are not compromised by the ‘21st century trade pact’ – which certainly encompass many areas other than trade alone.

Furthermore, the term 21st century should denote a transparent environment – where the public, parliament and civil society in general should be given access to the treaty’s official text – not denied as is.

As such, for the past two years and more, my colleagues and I have been seriously following and engaged in the TPP negotiations. We persistently push the government for greater transparency and proper disclosure with regards to content of negotiations.

On the 25th of September 2013, I had pushed for a select committee on the TPP through a question in parliament. The government then moved to form the TPPA caucus, of which I am member of.(2)

Granted, there have been engagements made with MITI, and by extension Trade Secretary Ambassador Michael Froman; but we remain very much in the dark with regards the demands made to ensure Malaysia’s interest are left intact in the final negotiated text.

In sum, there’s much to ponder as none of us representing the Opposition Members of Parliament in the caucus, have had access to the actual negotiating texts.

tppaAccording to the fast track regulations, the full TPPA text will be released in 30 days after the deal has been agreed. President Obama will allow the Congress 90 days after deal conclusion for deliberation of the pact’s details before being able to sign this agreement.

The negotiations have been concluded and there will be no more changes as to the content of this agreement.

We must, together with active members from civil society, fully scrutinize the final text of the TPPA.

We must ensure Prime Minister Najib Razak is held responsible and answerable to the promises he and his government have made in the treaty.

We must ensure that the text is fully disclosed and members of the August House are provided sufficient time to scrutinize and deliberate the treaty.

If the American congress is given 90 days; Malaysia should not be left behind in strengthening parliamentary democracy through proper scrutiny of trade agreements – especially one that is expected to run more than hundreds of pages; involve 12 nations and affect Malaysia in a multitude of areas other than just trade.

Malaysia must stand to benefit and Malaysians protected as the treaty traverses the perilous concerns ranging from: the prices of medicines, steep protection of intellectual property, status of our state owned enterprises (Khazanah, Petronas, Tenaga Nasional Berhad, etc), the actual stranglehold of the Investor-State Dispute Settlement Mechanism on our Judiciary, streamlined labor rights, and the impact of foreign businesses on existing Small and Medium Sized Enterprises, to name a few.

The fight to ensure that TPPA is negotiated in the best interest for the Rakyat will not end until it is signed and we will ensure that we will be there until the very end.

NURUL IZZAH ANWAR
LEMBAH PANTAI MEMBER OF PARLIAMENT
KEADILAN VICE PRESIDENT AND ELECTIONS DIRECTOR
TPPA CAUCUS MEMBER
___________________________________________________________________________
1 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/14/najib-defends-malaysias-tppa-stand/
2 Soalan Parlimen 25 September 2013
Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
A. Bila kerajaan akan mewujudkan jawatankuasa parlimen khas perjanjian perdagangan sebelum
meratifikasi TPPA, RCEP dan EU-Malaysia FTA
JAWAPAN: Pihak Kerajaan terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB dan Ahli-Ahli
Yang Berhormat di atas cadangan yang dikemukakan untuk mewujudkan jawatankuasa Parlimen bagi perjanjian
perdagangan meraktifikasi TPPA, RCEP dan EU-Malaysia FTA atau di mana-mana Perjanjian Perdagangan Bebas.
Hasil dari cadangan YB Lembah Pantai, Kerajaan telah menubuhkan Kaukus Parlimen.

Categories
NASIONAL

PKR: Tangguh bincang TPPA, Obama patut batal jumpa Najib

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 30 SEP: Amerika Syarikat patut menggantung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific (TPP) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan beliau terpalit dalam skandal kewangan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Najib digambarkan sedang disiasat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menurut laporan akhbar The New York Times pada 21 September lalu.

Wan AzizahPerkembangan itu memberikan kesan kepada kebebasan dan imej Malaysia di mata dunia selain menyumbang kepada sentimen buruk pelabur.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini apabila seorang Perdana Menteri disiasat oleh sebuah negara asing atas tuduhan jenayah.

“Siasatan terhadap Najib merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara dikala berlangsungnya rundingan TPP yang sudah mengundang pelbagai kontroversi.

“Pelbagai skandal dan tuduhan terhadap Najib kebelakangan ini juga menjatuhkan lagi kreadibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Mereka turut mengingatkan Najib supaya tidak menjadikan tekanan penyiasatan Amerika Syarikat sebagai alasan untuk menandatangani perjanjian TPP yang membelakangkan kepentingan dan kedaulatan negara.

tppaDalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama disaran membatalkan perjumpaan bersama Najib yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan selesai.

Keadaan itu bagi mengelakkan persepsi buruk kepada kedua-dua pihak.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Malaysia harus tarik diri daripada TPPA

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Saya tertarik dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat, akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun ini.

Apa yang lebih menarik adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang Presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun. Lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson.

tppaMengapa tiba-tiba seorang Presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?

Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu?

Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliau sendiri bagi mendapatkan Kuasa ‘Fast-Track’ untuk berunding perihal TPPA.

Walaubagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat.

Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa persoalan mengenai niat beliau.

Seperti yang sudah dilaporkan di merata-rata tempat, TPPA merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping menjejaskan kedaulatan negara-negara lain, termasuklah Malaysia, serta kesihatan awam dan kebebasan internet.

Obama sendiri tidak mampu menyakinkan rakan-rakan parti Demokrat beliau untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika pasti menerima manfaat yang besar, maka Malaysia sepatutnya sedar perkara ini dan tidak meneruskan rundingan.

Dalam hal ini kerajaan Malaysia mestilah membuat pendirian terhadap komitmen mereka; sama ada mereka sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara ini, atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara kita.

*NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN