Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: TPPA jajah ekonomi, kerajaan patut waspada sebelum meterai

SHAH ALAM 21 APR: Kerajaan Persekutuan patut berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan menyertai perjanjian “zon perdagangan bebas” kerana ia bakal menggugat negara.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata perjanjian tidak adil dan berat sebelah menyebabkan Syarikat Multi-Nasional boleh ‘merompak’ hasil negara pembayar cukai.

Nurul-IzzahKatanya, amaran itu ekoran perkembangan di seluruh Eropah Sabtu lalu apabila beribu-ribu peserta turun ke jalan raya menentang Perjanjian Perdagangan Transatlantik dan Perkongsian Pelaburan (TTIP) di antara Amerika Syarikat dan kesatuan Eropah.

“Kita menyokong tindakan rakyat kesatuan Eropah membantah TTIP, sebagaimana kita membantah rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA),” kata Nurul Izzah dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kesan TPPA bakal menggugat kedaulatan negara kecil apabila kuasa asing menjajah kepentingan ekonomi mereka.

“Kita seharusnya mesti terus berwaspada daripada TPPA yang dijangka diluluskan tahun ini,” kata Izzah.

Categories
NASIONAL

US sokong kekejaman Israel, Malaysia harus boikot perjanjian TPPA

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) mendesak Kerajaan Pusat menghentikan serta-merta semua perbincangan berkenaan isu Atrans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanjian itu sebagai protes ekoran Amerika Syarikat menyokong kekejaman Israel.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata kekejaman Israel berlaku dengan sokongan pada Amerika Syarikat.

Tegasnya, bersabit dengan perkembangan berkenaan, PR turut mendesak satu sidang Parlimen khas.

photo 2“PR mendesak supaya satu sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin seperti yang dibuat pada Januari 2009 demi mendengar suara rakyat tentang isu ini,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau menambah, Kerajaan Malaysia juga perlu memanggil semula Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas berkenaan isu berkenaan.

Serangan Israel ke atas Palestin yang bermula awal Ramadan setakat ini mengakibatkan pembunuhan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat digesa tidak tergesa-gesa tandatangani TPPA

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan Pusat disarankan untuk tidak tergesa-gesa menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tanpa laporan dan data lengkap mengenainya.

Dalam satu kenyataan bersama, ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), Michael Jayakumar, Nurul Izzah, Charles Santiago, Takiyuddin Hassan dan Wong Chen berkata kerajaan juga perlu membuat Analisis Biaya Manfaat (Cost Benefit Analisis CBA) dan set lengkap data TPPA untuk penilaian semua pihak.

tppaKerajaan juga diingatkan untuk terus berhati-hati dan berjaga-jaga serta mengambil kira gesaan PR dan pihak-pihak berkepentingan.

“Kami juga ingin membetulkan tanggapan seolah-olah kami sudah mula bersetuju dengan kerajaan berhubung TPPA.

“Ini tidak benar dan sebenarnya ia agak berlawanan, namun pandangan kami nampaknya lebih diterima dan dikaji oleh pihak kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 24 Mei lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan berkata PR sudah mula sependapat dan bersetuju dengan TPPA yang akan ditandatangani bersama Amerika Syarikat (US).

Bagaimanapun, ahli parlimen PR berkata, selagi pihak US masih tidak telus dan jelas dalam beberapa perkara, selagi itu kerajaan pusat tidak perlu akur kepada TPPA.

“Ada empat isu utama yang kita mahu kerajaan bagi perhatian antaranya, peningkatan harga perisian, dadah dan buku teks, kehilangan keselamatan makanan, peluang disaman di tribunal antarabangsa oleh pelabur dan pra pelaburan oleh syarikat dari US.

“Jadi, selagi tidak jelas perkara-perkara seperti ini, kita jangan tandatangan kerana jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina pun tidak sertai TPPA, China juga bukan anggota TPPA,” katanya lagi.

EZY

JURNAL BERITA – Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

1. Selangor tidak beku Lesen Pendudukan Sementara

2. Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

3. Dua pam mula operasi 12 jam sehari, aliran sungai jadi optimum

4. Najib bohong kes Anwar pada sidang media Obama

5. Obama perlu bersuara, beritahu Najib rekod hak asasi Malaysia teruk

6. TPPA: Obama datang Malaysia, penjajahan era baru Amerika

7. TPPA agenda Amerika Syarikat jajah ekonomi Malaysia

8. Tragedi MH370: Najib, Hishamuddin perlu letak jawatan

9. 26 cerun sekitar Ampang kritikal, perlu penyelesaian segera

10. Rakyat Selangor perlu sertai skim TAWAS, penting tuntut RM1,500

11. Johari : 7 kawasan bakal laksana pemilihan semula

Categories
NASIONAL

TPPA: Obama datang Malaysia, penjajahan era baru Amerika

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 27 APRIL : Dengan wujudnya agenda Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini ternyata sukar disambut baik.

Ahli Parlimen Sungai Siput, D. Jeyakumar berkata, Obama seharusnya jelas dengan kesan negatif TPPA kepada negara-negara membangun seperti Malaysia.

najib-obamaKatanya, TPPA bukan sahaja menjerut rakyat di bawah dalam banyak perkara tetapi turut mencabar kedaulatan kuasa sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

“Apa pendirian anda wahai Obama, apa ianya tidak menjelikkan untuk sebuah syarikat mempunyai hak undang undang untuk menyaman sebuah kerajaan yang dilantik rakyat untuk mengambil langkah melindungi rakyatnya sendiri.

“Apa anda tidak gusar bahawa peruntukan TPPA memberi kuasa terlalu luas buat syarikat gergasi,” katanya dalam satu surat terbuka kepada Obama.

tppaObama tiba di Malaysia semalam untuk lawatan tiga hari dan disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Khas Malaysia ke AS Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mengulas lanjut lawatan Obama, Jeyakumar yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PSM turut mempersoalkan niat dan agenda Obama hadir ke Malaysia.

“Pada kemahuan siapa anda datang melawat Malaysia – kemahuan orang negara Amerika kah kerana saya pasti majoriti rakyat negara kamu sendiri mahukan rakyat Malaysia punyai akses terhadap ubatan dan buku teks pelajaran dengan harga berpatutan.

“Rakyat anda wahai Presiden pasti tidak akan bersetuju kepada banyak peruntukan yang terdapat di dalam TPPA dan mungkin ini adalah sebab mengapa rundingan itu hingga hari ini berlaku tanpa pengetahuan rakyat anda sendiri, malahan Ahli Kongres sendiri,” katanya lagi dalam surat itu.

Perjanjian TPPA antara lain menggariskan klausa Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang membolehkan sebuah syarikat mempunyai hak undang undang untuk menyaman sebuah kerajaan yang dilantik rakyat untuk mengambil langkah melindungi rakyatnya.

TPPA juga mengandungi klausa Intellectual Property Right (IPR) yang membolehkan kebanyakan syarikat farmaseutikal mematenkan prosedur pembedahan sehingga ke spesis hidupan.

Dengan itu, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan termasuk menghalang pengimportan ubatan generik.

EZY

Categories
NASIONAL

TPPA agenda Amerika Syarikat jajah ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR 27 APRIL: Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia mempunyai agenda tersendiri untuk menjajah ekonomi negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

najib-obamaJurucakap bantah TPPA, Azwan Awang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan membebankan rakyat.

“Obama datang nak seru dan pujuk PM supaya ikut kehendak dia untuk tandatangan perjanjian tersebut, ini agenda sebenar dia datang ke sini.

tppaKita tak mahu rakyat terbeban, kerajaan harus fikirkan rakyat dahulu sebelum bertindak,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh pandang remeh perkara itu kerana ia membabitkan soal ekonomi dan masa depan rakyat di negara ini.

TPPA katanya memberi banyak kesan buruk kepada rakyat termasuk monopoli ke atas ubat-ubatan yang menyebabkan kos rawatan kesihatan menjadi mahal.

“Walaupun perjanjian ini belum ditandatangani tetapi langkah awal perlu dibuat, jangan makan pujuk rayu Obama,” katanya.

 

JURNAL BERITA – MB : Air lombong selamat diminum

1. MB: Air lombong selamat diminum

2. Manfaatkan air hujan, tukar corak penggunaan air lebih jimat

3. Anwar: Barack Obama hadapi tekanan Najib tiada pertemuan Ketua Pembangkang

4. GST tak selesaikan hutang negara lebih RM500 bilion, defisit negara

5. GST sebab kos kesihatan dan perumahan naik, turun 1 Mei bantah

6. Lebuh raya Kidex manfaat semua, bukan untung konsesi semata

7. MPK sedia 4,000 petak bazar Ramadhan

8. Biro Pengguna PKR: Bantu penoreh, jangan tunggu harga getah jatuh sampai RM1.40/kg

9. PKR tubuh Panel Rayuan Pengajian Tinggi bantu pendidikan keluarga miskin

10. TPPA: Warga asing bebas miliki hartanah, kedaulatan negara terancam

11. Impian Malaysia: kelas percuma bantu anak Orang Asli

12. PRK Parlimen Bukit Gelugor, penamaan 12 Mei, undi 25 Mei

13. TPPA: Warga asing nikmati petrol subsidi, rakyat terus merana

14. 3 syarikat serah Zakat Perniagaan RM6.2juta kepada LZS

15. 1,675 anak pokok ditanam hijaukan Shah Alam

Categories
NASIONAL

TPPA: Warga asing nikmati petrol subsidi, rakyat terus merana

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 25 APRIL: Dasar sekatan harga subsidi kepada warga asing dalam pembelian petrol akan dihapuskan sekiranya Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Kata Dr Rosli, ini disebabkan terdapat Dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET) yang membolehkan warga asing di negara ini mendapat layanan sama rata berdasarkan polisi terbaik kerajaan untuk sesebuah golongan masyarakat tempatan.

“Dalam konteks harga petrol, dasar terbaik adalah memberikan harga subsidi untuk warga negara di mana ini juga akan dinikmati warga asing bila TPPA dilaksanakan.

tppa“Mereka akan diberi hak membeli petrol pada harga sama dengan kita,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Selain harga petrol bersubsidi, warga asing di negara ini juga bakal menikmati harga hartanah terbaik seperti mana keistimewaan potongan harga sebanyak tujuh peratus yang ditawarkan kepada golongan bumiputra.

Dr Rosli YaakopApabila TPPA dilaksanakan, dasar FET itu turut terpakai ke atas dasar terbaik yang diparkatikkan kerajaan bagi melindungi hak orang asli dalam banyak perkara.

Justeru itu, rakyat negara ini diseru menyuarakan bantahan dengan turun beramai di Dataran Merdeka pada 1 Mei nanti.

Sementara itu, pada 1 Mei nanti, satu perhimpunan secara besar-besaran akan diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Masjid Negara, Kompleks beli belahSogo dan Brickfield sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Ia bagi membantah TPPA, isu kos sara meningkat dan beberapa isu lain dengan tumpuan utama membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

EZY

Categories
NASIONAL

TPPA: Warga asing bebas miliki hartanah, kedaulatan negara terancam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 24 APRIL: Warganegara asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) nanti.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.

Laksana TPPA 01“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini. Di bawah TPPA rakyat Amerika, Jepun dan negara lain bebas membuat perniagaan dan membeli apa-apa sahaja di dalam negara itu.

“Tentunya salah satu yang jadi tumpuan mereka adalah melabur dalam pemilikan hartanah termasuk perumahan.

Dr Rosli Yaakop“Ini akan menolak harga ke atas. Harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Beritahu beliau lagi, kouta dan keistimewaan potongan tujuh peratus yang dinikmati kaum Bumiputra dalam pembelian hartanah pada masa ini juga bakal terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan selaras dengan dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET).

ObamaMengulas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Dr Rosli berkata lawatannya itu bagi memastikan Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian TPPA.

“Rakyat kena sampaikan mesej kepada kerajaan, kita tolak kerana TPPA boleh gadaikan kedaulatan negara.

“Jangan biarkan negara dijadikan alat politik dalam agenda Amerika untuk mengekang kemaraan ekonomi negara China di persada dunia,” kata Dr Rosli lagi.

Katanya lagi, langkah kerajaan menandatangani TPPA hanya menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sebuah pentadbiran yang lemah dan boleh digertak sehingga terpaksa tunduk dengan kehendak negara kuasa ekonomi dunia itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Pelabur asing akan nikmati hak keistimewaan orang asli, bumiputera

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG JAYA, 13 APRIL: Pelabur asing yang melabur di Malaysia akan menikmati hak dan keistimewaan sama rata yang dinikmati orang asli melalui agenda kerajaan membantu golongan penduduk asal negara ini.

Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang, berkata hal itu berikutan dalam perjanjian Kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) terdapat polisi setiap pelabur asing perlu diberi hak sama taraf dengan sebarang dasar atau agenda terbaik kerajaan dalam membangunkan ekonomi dan melindungi kepentingan sesuatu kaum.

“Kita akan susah untuk jalankan program bumiputera kerana akan kena saman. Kalau kerajaan dengan kerajaan ada diplomasi sedikit tetapi syarikat yang akan saman kita. Kalau kamu jalankan agenda membantu bumiputera, kami akan saman atas dasar kesamarataan kebebasan perdagangan.

Laksana TPPA 01“Dasar ini, kita kena beri kepada semua pelabur negara asing itu sama taraf hak dengan rakyat negara kita atas dasar keistimewaan yang terbaik sekali. Di Malaysia, dasar melindungi hak yang terbaik sekali untuk rakyat adalah terhadap hak orang asli dan kedua bumiputera.

“Jadi, pelabur asing ini walaupun mempunyai satu syer di sini dikira pelabur dan mereka akan menikmati semua keistimewaan yang sama dinikmati orang asli atau bumiputera. Kalau kerajaan tidak beri syarikat itu boleh saman,” katanya.

Azlan berkata demikian dalam program Wacana Rakyat: Kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap sektor perumahan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, semalam.

Katanya, keadaan itu akan menyebabkan rancangan kerajaan membantu meningkatkan ekonomi golongan orang asli dan bumiputera seperti dalam dasar negara akan terbantut.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan dapat menghalang perkara itu daripada berlaku jika kerajaan meneruskan hasrat menandatangani TPPA, sekali gus menyebabkan syarikat yang dimiliki rakyat negara ini terancam.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Muktamar PAS lulus usul demontrasi besar-besaran bantah GST, TPPA

SHAH ALAM 23 NOV: Muktamar Tahunan PAS ke-59 meluluskan usul untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah keputusan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Membahaskan usul itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, rakyat perlu menolak pelaksanaan cukai berkenaan kerana ia bertentangan prinsip percukaian Islam.

“Pelaksanakan TPPA merupakan penjajahan ekonomi cara baru apabila manusia menguasai manusia.

“Ia sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara cukai. Cukai tidak boleh dikenakan kepada semua orang tanpa pengecualian,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, hari ini.

logo59Terdahulu, usul untuk mengadakan bantahan besar-besaran itu dicadangkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mewakili Jawatankuasa PAS Pusat.

“Muktamar mencadangkan agar satu himpunan rakyat diadakan secara besar-besaran dengan pengembelingan semua parti politik Pakatan Rakyat, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala penyelewengan sebagaimana laporan audit.

“Selain itu, kita membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA,” katanya dipetik MStar, petang ini.

Menerusi Bajet 2014, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan GST bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

– FZL

Categories
NASIONAL

Rakyat perlu tentang penjanjian TPPA

SHAH ALAM 22 NOV : Malaysia akan berhadapan lebih banyak mudarat daripada manfaat apabila menandatangi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) dengan Amerika Syarikat justeru  rakyat diseru untuk menentang perjanjian itu.

logo59Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata perkara ini berasaskan kepada dominasi perundangan oleh Amerika yang memperlihatkan usaha tersembunyi mereka untuk mengangkat agenda bagi melindungi kepentingan korporat negara itu untuk terus mengekalkan kuasa monopoli perdagangan dunia.

“Sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian ini (TTPA) ini, maka ianya bakal mengundang mudarat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat,” kata Abdul Hadi ketika ucapan Presiden sempena Muktamar PAS kali ke-59 yang berlangsung di Stadium Melawati hari ini.

“Adalah tidak wajar sama sekali untuk menyokong sebuah perjanjian yang akan memberi mudarat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat.

“Rakyat digesa supaya menentang usaha menandatangani perjanjian ini, kerana (perjanjian TPPA) akan mengadaikan kedaulatan negara kepada kuasa imperialis bentuk baru,” katanya.

Perjanjian TTPA dianggotai oleh 12 negara rantau Lautan Pasifik, dan dianggotai seramai 600 wakil daripada syarikat korporat bersama-sama dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat.