Categories
NASIONAL

NTH2.0: Tun M hairan Najib tak malu

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OGOS: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad hairan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu berdepan masyarakat walaupun didakwa merasuah dan mencuri wang cukai diamanahkan rakyat.

Katanya, Najib sepatutnya berani mempertahankan dirinya di hadapan rakyat termasuk tuduhan dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bila ditanya adakah kamu sembunyi sesuatu, dia tidak boleh jawab. Orang yang begitu bangga sekali, kalau berucap tangan dan badannya bergoyang-goyang tetapi kalau ditanya adakah kamu mencuri? Hahaha dia ketawa sahaja. Tak malu langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Nothing To Hide 2.0 (NTH 2.0) di Dewan Raja Muda Musa di sini, petang semalam.

Katanya, sekiranya Najib tidak dapat hadir pada program NTH 2.0, pertemuan lain boleh diaturkan pada bila-bila masa sahaja.

IMG_20170813_165927-1024x683Terdahulu, NTH 2.0 berlangsung tanpa kehadiran Najib seperti program sulung NTH dua tahun lalu.

Najib sekali lagi gagal memenuhi undangan Tun Dr Mahathir yang ingin menjadikan pentas tersebut sebagai medan perdana menteri dan beliau menjawab segala isu yang berlaku di bawah pentadbiran kedua-dua pemimpin itu.

Bagaimanapun, program yang berjalan lancar di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam itu bertukar menjadi kecoh apabila beberapa individu bertindak membaling kasut, kerusi dan ‘flare’ ke arah Tun Dr Mahathir yang sedang berucap.

Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri itu.

Categories
SELANGOR

MB menang bida masakan Tun Mahathir

ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 13 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memenangi bidaan hidangan juadah Daging Rusa yang dihasilkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Azmin memenangi bidaan dengan nilai RM1,000 pada penganjuran Pesta Makanan Tradisional Kelantan yang diadakan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, di sini, pagi ini.

Sebelumnya, Tun Mahathir memasak hidangan berkenaan bagi memeriahkan lagi penganjuran program anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Negeri Kelantan.

CP2A1044-1024x683Mengulas sajian masakannya, Mahathir secara berseloroh berkata, rakyat kini perlu lebih belajar memasak dan makan di rumah susulan peningkatan kos hidup di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

“Mungkin selepas ini saya perlu lebih banyak memasak, hidup sekarang kena banyak masak sendiri sebab kos hidup sekarang makin tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan itu, sebanyak 68 jenis makanan asli negeri Cik Siti Wan Kembang itu disajikan kepada pengunjung dan warga tempatan pada penganjuran program.

Antara sajian tersedia termasuklah, Nasi Tumpang, Chacho Puteri Mandi, Sira Labu Nasi Hujan Panas, Ketupat Sotong, Butir Nangka, Akok, Keresek Jantung Pisang, Budu Ikan Tawar, Cek Mek Molek dan Tahi Itik.

Terdahulu, penganjuran pesta berkenaan diadakan bagi memperkenalkan tradisi makanan negeri itu kepada masyarakat Selangor.

IMG_6359Didukung sepenuhnya Kerajaan Negeri, pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri dan Pakatan turut hadir memeriah program.

Antara yang hadir, Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamsida Taharin dan isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ia turut dihadiri Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.CP2A0820-1024x683

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Mahathir : Dasar ‘Najib’ punca pengangguran tinggi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 MEI : Dasar dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu meningkatkan jurang pendapatan masyarakat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, pentadbiran ‘Kerajaan Najib’ gagal memberi tumpuan terhadap aspek peluang pendapatan penyebab berlakunya pengangguran tinggi.

“Dasar Najib ialah untuk mendapatkan pendapatan tinggi. Tetapi cara ini tidak mampu menyelesaikan masalah kerana jika pendapatan bertambah, kos hidup juga menjadi tinggi.

“Ini berlaku di negara-negara inflasi tinggi kerana kejatuhan nilai mata wang seperti di Malaysia.

tun-m“Caranya untuk atasi pengangguran ini dengan kekalkan keamanan bagi menarik peluang pelaburan tempatan dan luar negara bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.

Tun Mahathir berkata, keberhasilan saranan itu diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara dominan dan bersifat ‘friendly country’ terhadap kebajikan rakyat seluruh negara.

Sebelum ini, Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam kajian antarabangsa mendedahkan isu pengangguran dunia dijangka berterusan buat satu jangka masa panjang.

Sementara laporan dalam negara yang memetik butir-butir daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah memuncak pada September lalu, kepada 34 peratus berbanding 30 peratus tiga tahun lalu.

Sehingga kini, di peringkat Kerajaan tiada sebarang pelaksanaan dasar yang mampu membantu golongan siswazah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

Categories
NASIONAL

Bersatu yakin raih undi Melayu Umno

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 1 MEI: Media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) dibidas ekoran sengaja memberi gambaran salah berkaitan sambutan masyarakat Melayu terhadap perjumpaan anjuran Pakatan Harapan (Pakatan).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya sambutan diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran pada perjumpaan Pakatan mampu mencecah 12,000 hingga ke 15,000 hadirin.

“Kalau kita mengikuti kehadiran Melayu dalam perjumpaan yang diadakan Pakatan jumlah mereka begitu besar sehingga meningkat kepada 12,000 hingga 15,000 walaupun mengikut ‘tv tiga suku’ cuma 200 sahaja, tetapi itu kerana mereka tak boleh bilang.

MAHATHIR BERSATU“Kita nampak ramai Melayu yang keluar dan kita dapati ramai antara mereka itu terdiri daripada ahli Umno. Jadi nampaknya ahli Umno juga berminat dengan kita sebab itulah kita yakin kita boleh menang,” katanya.

Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan di Ibu Pejabat Bersatu, Bangunan Yayasan Selangor, di sini, semalam.

Sementara itu ketika menjawab satu soalan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan berita ahli Bersatu keluar parti seperti disiarkan media kawalan Umno sebagai perkara biasa sebelum menjelang pilihan raya.

MUHYIDDIN BERSATUJelasnya, realitinya, jumlah keahlian anggota baru Bersatu terus meningkat setiap hari sehingga sudah mencecah ribuan orang.

 

Categories
NASIONAL

Tun M sedia disiasat

SEBERANG PERAI, 24 APRIL: Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia disoal siasat berkenaan isu kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar 1990-an.

Memetik BH Online, mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau mengalu-alukan pihak berkuasa untuk memanggilnya menjalankan sesi soal siasat terbabit, pada bila-bila masa.

“Setakat ini saya tidak dipanggil mana-mana pihak berhubung siasatan isu ini. Bagaimanapun, saya bersedia untuk berbuat demikian.

“Malah, saya mengalu-alukan mereka (pihak berkuasa) menetapkan tarikh dan lokasi yang dianggap bersesuaian,” katanya dalam sidang media Program Bual Bicara Tun M, di sini, semalam.

Sebelum ini, kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM, sekitar 1990-an yang dianggotai pelbagai agensi kerajaan, termasuk individu dihormati dan berpengalaman luas dalam bidang tertentu.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Batal debat Mahathir-Nazri bukti PM takut

 

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 APR: Pembatalan majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bimbang kemungkinan ia bakal menjejaskan pentadbiran negara diterajuinya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, debat itu akan digunakan Dr Mahathir bagi mendedahkan segala skandal membelenggu pentadbiran Najib termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) maka pembatalan dibuat biarpun dengan alasan tidak munasabah.

“Saya tidak faham mengapa permit itu dibatalkan kerana alasan diberikan amat tidak munasabah, kononnya ada penduduk membantah sedangkan kawasan itu tidak berdekatan dengan perumahan dan ianya berada di dalam satu bangunan, bukan tempat terbuka.

AZMIN ALi“Ini sekali lagi membuktikan Perdana Menteri amat takut sekiranya Dr Mahathir membongkar skandal 1MDB dengan bukti lebih kuat dan kukuh,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, pembatalan majlis itu jelas menggambarkan keadaan itu kerana sekiranya Naib yakin ia tidak akan menjejaskan pentadbiran atau kewibawaannya, pasti beliau tidak menghalang debat berkenaan.

Penganjuran debat di antara mantan Perdana Menteri serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu sepatutnya berlangsung di Krangkraf Sdn Bhd, di sini, 7 April ini.

Sinar Harian Online memaklumkan ia ekoran pembatalan permit kebenaran oleh polis.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut memohon maaf di atas pembatalan debat yang sebelum ini diluluskan.

Sinar Harian bertindak menganjurkan majlis itu selepas polis turut tidak meluluskan debat antara Dr Mahathir dan Nazri di Padang Rengas, Perak, 25 Mac lalu.

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tun M ke mahkamah bersolidariti bersama Anwar

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini untuk bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan selama 45 minit itu adalah kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Mahathir ketika ditemui berkata, pertemuan itu bagi membincangkan hal ehwal politik semasa negara dan kerjasama antara parti.

Katanya, kedua-dua mereka bersetuju berkenaan keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus berundur.

“Kita (PPBM) komited mengukuhkan pembangkang. Berhubung pertemuan kami, kami bersetuju berkenaan hal ehwal politik semasa negara dan Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini,” katanya.

TUN MPengerusi PPBM itu membuat kejutan apabila hadir kira-kira jam 11.45 dan duduk bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Anwar hadir di mahkamah susulan samannya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pertemuan itu berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.

Sebelum prosiding mahkamah bermula, Presiden PPBM yang juga Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.

-AA-

Categories
NASIONAL

Calon PM mesti disokong semua pihak

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 23 DIS: Jika Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), calon Perdana Menteri yang dikemukakan mesti mendapat sokongan terbanyak dalam kalangan gabungan itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, calon jawatan nombor satu negara itu juga hanya akan diumum apabila tiba pilihan raya nanti.

“(PM) mesti (dipilih) dengan sokongan popular semua parti (pembangkang), bukan hanya satu parti,” katanya selepas menghadiri forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) anjuran kumpulan belia Challenger di pejabat Malaysiakini, di sini, malam tadi.

Katanya, langkah menamakan calon Perdana Menteri terlalu awal akan menimbulkan perasaan kecewa sesetengah pihak, sekali gus membawa kepada pertelingkahan sesama pembangkang.

Ketika ini, ketiga-tiga parti di bawah PAKATAN dan BERSATU secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN, pada PRU-14.

-AA-

Categories
NASIONAL

Sebab Tun M sokong mahasiswa berdemonstrasi

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 23 DIS: Kerosakan demi kerosakan yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak terhadap negara mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad mengubah pendiriannya menyokong mahasiswa menyertai demonstrasi secara aman.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, era pemerintahan Najib ketika ini menutup semua saluran undang-undang untuk mana-mana pihak yang berhasrat menyekat perbuatan khianatnya terhadap amanah diberikan rakyat.

“Lapor polis kena tangkap, bawa ke Dewan Rakyat, wakil rakyat pula kena dedak.

“Pergi jumpa Raja-raja juga tidak menjadi, maka apa jalan lain yang kita ada?,” katanya ketika forum berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, katanya, wakil rakyat pembangkang tidak mempunyai kebebasan bersuara di Dewan Rakyat kerana bakal berdepan risiko ditangkap dan didakwa di mahkamah seperti dialami Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

img_9831-800x533Katanya, keadaan itu berbeza semasa era pentadbirannya dengan wakil rakyat bebas bersuara tanpa dibimbangi bakal ditangkap dan didakwa di mahkamah.

“Dahulu macam-macam mereka kata saya, maha firaun, maha zalim dan rasuah tetapi saya tidak pernah saman mereka,” katanya.

Menjelaskan mengapa beliau menguatkuasakan AUKU satu ketika dahulu, Tun Mahathir berkata, ia ekoran taraf pendidikan orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.

“Dahulu masa saya belajar belum ada universiti tetapi hanya kolej, maka peluang sangat terhad.

“Jadi, kita kena gunakan sepenuhnya peluang itu untuk lulus dalam pelajaran lebih-lebih lagi pengajian kita dibiayai dengan dana rakyat,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

‘Kejayaan’ terbesar Najib cetus demonstrasi rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Beberapa siri demonstrasi besar-besaran sejak kebelakangan ini dianggap sebagai ‘kejayaan’ terbesar Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, demonstrasi ketika era Najib jelas membuktikan ledakan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap corak pentadbirannya yang korup.

“Kejayaan terbesar Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri adalah demonstrasi terbesar disertai hampir seratus ribu rakyat, walaupun mereka diancam dan diugut,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran Najib dengan jelas membelakangkan demokrasi dan undang-undang apabila menahan beberapa individu terlibat dengan perhimpunan aman BERSIH 5.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu tidak melemahkan semangat rakyat untuk menghadiri perhimpunan yang turut disertai beliau.

tun-mSejak Najib memegang jawatan Perdana Menteri, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) sudah mengadakan empat kali perhimpunan aman dengan jumlah terbesar setiap satu dianggarkan mencatatkan kehadiran 300,000 peserta.

Kehadiran paling ramai dianggarkan pada Perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan pada Ogos 2015 dengan anggaran kehadiran melebihi 500,000 apabila diadakan berterusan selama 36 jam.

Selain demonstrasi anjuran BERSIH 2.0, beberapa pertubuhan lain turut menganjurkan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), gerakan anak muda dan mahasiswa bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran Najib.

-AA-

Categories
NASIONAL

Tun M: Kerajaan guna ‘samseng berbayar’ cetus huru-hara

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) didakwa menggunakan samseng berbayar untuk mencetuskan huru-hara supaya keadaan sekuriti boleh diisytiharkan mengancam keselamatan negara, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, cara itu membolehkan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang sekuriti baru yang memberi kuasa menangkap dan mengurung sesiapa sahaja.

“Jika tidak kerana polis, baju merah akan menyerang penunjuk perasaan baju kuning tetapi mereka takut apabila melihat puluhan ribu baju kuning sedangkan mereka tidak sampai seribu.

“Tangkapan pemimpin baju kuning tidak berjaya melumpuhkan semangat penunjuk perasaan baju kuning, sebaliknya lebih ramai menyertai demo baju kuning kerana marah kepada kerajaan,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Najib Kleptokrasi’ di blog Chedet.

Tun Mahathir berkata, walaupun jurucakap Najib boleh cuba memperkecilkan perhimpunan BERSIH 5, namun Perdana Menteri itu tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa beliau sangat dibenci rakyat.

Beliau turut menggesa penyokong dan ahli Umno supaya sedar bahawa Najib adalah individu yang bertanggungjawab menghancurkan parti mereka.

“Ya, rasuah berbillion akan diguna dalam pilihan raya tetapi duit seberapa banyak pun tidak boleh membeli sokongan rakyat yang amat benci Najib dan UMNO, MCA, MIC juga BN,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Keangkuhan Pandikar punca rakyat turun ke jalan raya

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 NOV: Keangkuhan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tanpa asas undang-undang antara faktor mendorong rakyat mengadakan tunjuk perasaan seperti himpunan BERSIH 5, baru-baru ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan bagi menyelamatkan negara daripada terus dikuasai pemimpin kleptokrasi seperti Datuk Seri Najib Razak.

“Yang nyata adalah walaupun terbukti jelas jenayah dilakukan Najib, laporan kepada polis tidak boleh digunakan terhadapnya kerana Pendakwa Raya akan dakwa tiada kesalahan, sekali gus mengambil alih tanggungjawab hakim dan mahkamah.

“Apabila percubaan dibuat untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, Speaker dengan angkuh tanpa asas undang-undang atau cara demokrasi menyatakan dia tidak akan benar undi tidak percaya dibahas dalam Parlimen,” kata bekas Perdana Menteri keempat itu dalam blognya, semalam.

Tun Mahathir berkata, ahli Dewan Rakyat daripada parti kerajaan juga diketahui disogok dan tidak dibenarkan menyokong undi tidak percaya walaupun jelas menyedari jenayah rasuah dilakukan Najib.

tun-mKatanya, rayuan kepada pihak atasan dengan bukti berkenaan pencurian berbilion ringgit oleh Najib juga tidak mendapat layanan, sekali gus menambah kekecewaan rakyat.

“Ahli dewan yang dipilih rakyat sebagai jurucakap mereka sudah jadi bisu dan pekak. Hanya apabila kena cambuk parti barulah bergerak.

“Dalam keadaan inilah rakyat mengadakan demonstrasi melaungkan kehendak mereka supaya Najib undur,” katanya.

-AA-