Categories
NASIONAL

Siar secara langsung prosiding siasatan CEO 1MDB

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Prosiding siasatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijalankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu disiarkan secara langsung.

Lim Lip Eng (DAP-Segambut) berkata, ia selaras dengan kenyataan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang menyifatkannya sebagai krisis nasional.

1mdb“Siaran langsung melalui televisyen atau sekurang-kurangnya ‘livestream’ melalui internet boleh dilakukan dengan memohon kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menangguhkan Aturan 85 daripada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Aturan itu tidak membenarkan sebarang keterangan dan dokumen yang dikemukakan kepada mana-mana Jawatankuasa didedahkan sebelum laporan Jawatankuasa dikemukakan kepada Dewan Rakyat,” katanya di Lobi Parlimen.

limlipengLip Eng yang mengusulkan cadangan itu kepada Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed percaya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan bersetuju dengan cadangan itu selaras dengan aspirasi beliau untuk melakukan penambahbaikan Parlimen.

“Anggota PAC yang terdiri daripada parti kerajaan dan pembangkang akan menyokong cadangan ini jika mereka yakin tiada apa yang perlu disembunyikan dalam kemelut 1MDB,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Amanah Raya mangsa terbaru 1MDB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Kontroversi 1MDB semakin panas apabila syarikat pelaburan itu didapati bukan sahaja gagal membayar wang Lembaga Tabung Haji tetapi turut membuat tindakan sama ke atas RM2 bilion milik Amanah Raya Berhad (ARB).

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata sebelum itu bekas Pengerusi Amanah Raya, Datuk Dusuki Ahmad dikatakan dipaksa bersara pada 29 Disember 2014 atas sebab berkaitan 1MDB.

“Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik menjadi Pengerusi Amanah Raya bagi menggantikan Datuk Dusuki Ahmad.

Ng-Wei-Aik“Mengikut sumber yang saya perolehi, Datuk Dusuki Ahmad dipaksa bersara atas sebab berkaitan 1MDB.

“Sebelum ini Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh yang menyandang jawatan itu selama lapan tahun meletak jawatan pada 14 Mac 2012,” kata Wei Aik dalam sidang medianya di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perletakan jawatan Dusuki dan Ahmad Rodzi disebabkan keengganan mereka memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.

“Wang itu difahamkan hanya dilepaskan kepada 1MDB selepas ARB diterajui Datuk Seri Reezal,” katanya.

Selain itu, 1MDB juga menjanjikan faedah empat peratus setahun melalui ‘IOU bill’ yang dikeluarkan kepada ARB.

-NFN-

Categories
NASIONAL

1MDB: Amanah Raya terpaksa hadapi masalah aliran tunai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Amanah Raya Berhad (ARB) menghadapi masalah aliran tunai selepas syarikat terbabit terpaksa memberi pinjaman tunai RM2 bilion kepada 1MDB.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata ARB memiliki rizab wang tunai kira-kira RM2.6 bilion atau 35 peratus daripada keseluruhan aset yang dimiliki sebelum memberi pinjaman kepada 1MDB.

Ng-Wei-Aik“Aset bersih yang dimiliki ARB sebelum pinjaman dilepaskan kepada 1MDB adalah RM7.5 bilion iaitu rizab wang tunai sebanyak 35 peratus iaitu lebih kurang RM2.6 billion

“Sementara itu, hartanah 20 peratus, bon dan pulangan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).

“RM2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB adalah rizab wang tunai RM2.6 bilion yang dimiliki ARB. Pinjaman itu menyebabkan aliran wang tunai ARB mengalami masalah.

“Keadaan ini menyebabkan ARB terpaksa menjual banyak bon dan hartanah Real Estate Investment Trust (REIT) supaya rizab wang tunainya dapat dikekalkan.

“Nilai bon yang dimiliki ARB hanya lima peratus daripada jumlah aset syarikat itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Wei Aik turut menuntut penjelasan menteri terbabit kerana menurut tindakan itu menjejaskan reputasi ARB sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang dimiliki Kerajaan Persekutuan di bawah Menteri Kewangan (diperbadankan).

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

1MDB: Siasatan Bank Negera perlu bongkar dimana dana RM42 bilion

Oleh: Rafizi Ramli

Saya mengalu-alukan pengumuman Bank Negara Malaysia semalam bahawa satu siasatan rasmi telah dimulakan terhadap 1MDB. Peruntukan undang-undang adalah jelas bahawa jika sebarang dana yang dipinjam oleh 1MDB atau dilaburkan oleh 1MDB digunakan bagi tujuan yang berlainan dari kelulusan awal yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, di sisi undang-undang 1MDB telah melakukan kesalahan dan perlu didakwa.

Pengumuman Bank Negara Malaysia itu tepat juga pada masanya pada hari yang sama 1MDB mengumumkan ke mana dana RM42 bilion yang dipinjam telah dibelanjakan selama ini.

1MDBSebenarnya, pengumuman 1MDB itu mengesahkan kekhuatiran rakyat selama ini bahawa dana 1MDB yang dipinjam tidak dapat dipadankan dengan aset yang nyata; lalu timbul persoalan ke manah sebahagian besar dana ini telah dibelanjakan?

Berikut adalah perkara-perkara yang disahkan oleh pengumuman 1MDB semalam:

1. Daripada RM42 bilion hutang bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, hanya RM19.7 bilion (iaitu 47%) boleh dipadankan dengan aset yang nyata yang boleh dijual semula.

Jumlah RM19.7 bilion ini terdiri daripada pembelian penjana bebas dari Ananda Krishnan dan Genting (yang menelan belanja RM18 bilion) dan pembelian tanah dari Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.7 bilion. Ini bermakna, jika ada keperluan untuk menjual aset-aset bagi membayar hutang berjumlah RM42 bilion itu, jumlah maksima yang boleh diperolehi tidak sampai separuh dari jumlah hutang

2. Pembelian syarikat-syarikat penjana bebas dari Ananda Krishnan dan Genting dikhuatiri dibuat pada harga yang merugikan rakyat. Laporan media sebelum ini menyebut bagaimana harga yang dibayar adalah lebih tinggi dari harga pasaran. Pengumuman 1MDB mengesahkan bahawa bukan sahaja 1MDB membeli pada harga yang lebih mahal malah turut menanggung hutang RM6 bilion dari syarikat-syarikat itu

3. Separuh (50%) dari jumlah hutang RM42 bilion itu adalah dalam bentuk yang tidak diketahui oleh rakyat sehingga kini. Perbelanjaan kewangan dan pembiayaan sebanyak RM5.4 bilion adalah tersangat tinggi dan tidak diketahui siapakah yang mendapat manfaat dari bayaran perbelanjaan kewangan seperti ini

4. Jumlah RM15.4 bilion di dalam syarikat-syarikat yang tidak dapat dipastikan aktiviti perniagaan atau asetnya iaitu Brazen Sky, Aabar dan 1MDB GIL mengesahkan bahawa 1MDB tidak boleh menerangkan ke mana RM15.4 bilion ini telah dibelanjakan. Jika syarikat-syarikat ini mempunyai bangunan, kilang, tanah, saham dan lain-lain maka sudah tentu 1MDB boleh menunjukkan aset-aset ini untuk mematikan sebarang spekulasi

Hakikatnya, kenyataan 1MDB hanya mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya separuh dari RM42 bilion itu telah dibelanjakan bagi tujuan yang diragui dan mungkin bertentangan dari kelulusan awal Bank Negara Malaysia.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia menyiasat sehinggalah satu laporan dapat dibentangkan di Parlimen untuk menyenaraikan semua perbelanjaan secara terperinci yang melibatkan hutang RM42 bilion itu.

* Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR

Categories
NASIONAL

Pembaziran RM42 bilion 1MDB boleh selamatkan kakitangan MAS

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Nilai RM42 bilion dibazirkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dimanfaatkan kerajaan untuk membela nasib 6,000 kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang mata pencarian sekelip mata.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kemerosotan MAS disebabkan pengurusan yang tidak efisyen sejak tahun 1994 membawa kepada situasi tidak adil terhadap kakitangan sehingga menjadi mangsa ‘korban’.

“Apa salahnya kerajaan membela nasib pekerja kerana ini berkait dengan soal rakyat. 1MDB itu soal kroni.

mas1“Menjadikan pekerja sebagai mangsa adalah tidak adil. Kita sudah sebutkan sebelum ini potong kos perbelanjaan dan elaun yang mengarut daripada pihak atasan.

“Pilih vendor yang memberikan harga munasabah dan tidak tinggi mengikut pasaran. Kos kontrak katering juga patut dipotong,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, penyingkiran pekerja perlu dibuat berdasarkan ‘first come last go, last come first go’.

abdullah saniKatanya, pihak yang mempersoalkan perlu melihat pencapaian pekerja sehingga berjaya memenangi enam anugerah sebelum memepersoalkan integriti mereka.

MAS menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan, manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).

MAS kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan mengekalkan semua laluan domestiknya walaupun menamatkan kontrak 6,000 kakitangannya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Kata dua letak jawatan, kenapa Najib tak sabar tunggu hasil siasatan PAC?

Oleh: Shahbudin Husin

Sebagaimana telah menjadi bualan ramai sejak semalam, banyak tanda tanya timbul jika benar Perdana Menteri, Najib Razak sudah ada keberanian memberi kata dua kepada anggota kabinetnya agar meletakkan jawatan jika tidak bersamanya dalam isu 1MDB.

Najib dikatakan memberi kata dua itu sebaik Menteri Kewangan Kedua, Husni Handzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB dalam mesyuarat kabinet, Jumaat lalu.

Dilaporkan juga, tiada ada seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib setelah diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun tidak pula dilaporkan sama ada setiap anggota kabinet diminta bercakap menyatakan pendirian masing-masing atau semua mereka hanya diam dan tidak memberi respon terhadap kada dua Najib itu.

Umno-Najib-Muhyidin-1Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

Diam atau tidak memberi respon mungkin disebabkan ada anggota kabinet merasakan belum waktunya berbuat demikian, sedang menanti masa yang sesuai, mahu menunggu maklumat lebih detail mengenai 1MDB dan pelbagai lagi.

Atau mungkin juga ada yang beranggapan, “tak kuasa nak layanlah”.

Selain diketahui umum beberapa anggota kabinet tidak sebulu dengan Najib dalam menangani isu 1MDB ini, bukan saja daripada UMNO, malah ada menteri MCA yang mengatakan terdapat hal berkaitan syarikat pelaburan itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini, mesyuarat kabinet Jumaat lalu juga tidak dihadiri oleh beberapa menteri.

Antara menteri yang dikesan tidak hadir ialah Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi kerana kedua-duanya berada di luar negara.

Jadi, kenapa Najib memberi kata dua itu ketika Muhyiddin terutamanya, tidak hadir dalam mesyuarat? Mungkin ada baiknya jika beliau berani mengulangi lagi kata dua itu ketika Muhyiddin hadir dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Kiranya lebih berani, Najib juga seharusnya mengucapkan secara terbuka di khalayak ramai meminta menteri yang tidak bersetuju dengannya agar meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pemilihan 1987 dulu.

Selain itu, kenapa Najib tergesa-gesa memberi kata dua ini sedangkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC belum pun habis melaksanakan kerja mereka?

Kenapa tidak tunggu kedua-dua laporan itu disiapkan dahulu? Apakah dengan memberi kata dua ini bermakna Najib yakin kedua-dua siasatan oleh Ketua Audit Negara dan PAC bakal memihak kepadanya?

Tidakkah sebelum ini Najib dan para pengampunya selalu meminta para pengkritik 1MDB agar bersabar menunggu laporan audit dan siasatan PAC?

Bagaimana pula jika kedua-dua laporan itu nanti mendapati banyak yang tidak kena dalam perjalanan harian, urusniaga dan pelaburan 1MDB itu?

Adakah jika laporan itu tidak memihak kepadanya, Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, sebagaimana termaktub dalam fasal 117 M & A syarikat pelaburan itu yang menghendakinya memberi kebenaran bertulis atas sebarang urusniaganya, mahu meletakkan jawatan secara sukarela pula?

Walaupun ada yang berpendapat kata dua Najib itu menunjukkan beliau sudah tidak boleh menahan sabar lagi dengan kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya serta mahukan pasukan kabinetnya betul-betul padu di belakangnya, ia sebenarnya belum tentu menjamin kemenangan berpihak kepadanya.

Kata dua ini mungkin merupakan tanda-tanda awal meletusnya perang yang lebih besar dalam UMNO. Dalam hal ini Najib hanya dilihat ingin mempertahankan kedudukannya sedangkan keyakinan ramai mengenai UMNO dan BN mampu menang dalam pilihanraya akan datang semakin menipis hari demi hari.

Ini bermakna jika ada pemimpin UMNO atau anggota kabinet yang mula bertindak berani memisahkan dirinya daripada menyokong Najib, habuan menerima sokongan yang melimpah dari peringkat bawahan dan pertengahan dalam UMNO sedang menunggu mereka.

Berdasarkan klip video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas adalah bukti nyata isu 1MDB ini tidak menggembirakan majoriti ahli UMNO dan mereka yang berani menyanggah Najib akan menerima lautan sokongan dan dianggap hero dalam menyelamatkan masa depan UMNO serta BN.

Najib pula, dengan mula memberi kata dua, isyaratnya tidak lain ialah beliau semakin terdesak dan kehilangan idea lain untuk menyelamatkan kerusi Perdana Menteri dan Seri Perdana yang didiaminya. (SH 01/06/2015)

Categories
NASIONAL

Ke mana orang kuat 1MDB menghilang?

SHAH ALAM, 28 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP) mempersoalkan ‘kehilangan’ Presiden 1MDB, Arul Kanda dan bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Halmi ketika mereka seharusnya memberi keterangan.

Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pelbagai persoalan akan dibangkitkan kepada dua individu berkenaan apabila mereka tampil nanti.

tony-pua“Di mana mereka ketika PAC minta hadir, pada 25 dan 26 Mei ini. Mesyuarat apa mereka hadiir di luar negara sehingga tak dapat hadir berdepan PAC?,” katanya yang dipetik Malaysia Kini pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Arul dan Halmi tidak hadir ke siasatan PAC minggu ini dan mendakwa Kementerian Kewangan hanya memaklumkan kepada mereka perkara itu, pada 21 Mei lalu.

Arul dalam jawapan kepada PAC pada 22 Mei lalu meminta tambahan 30 hari atas alasan beliau dan Shahrol mempunyai komitmen di luar negara dan memerlukan masa menyediakan dokumen bagi pendengaran itu.

Pua turut mempersoalkan sama ada Arul dan Halmi berada di Dubai atau mengambil penerbangan pantas ke Singapura secara bersama atau berasingan.

1mdb“Kita mahu tahu bila penerbangan itu ditempah? Adakah ia ditempah selepas notis dikeluarkan atau sebelumnya?,” soalnya bertalu-talu.

Pendirian rasmi PAC tidak dijelaskan kecuali melalui pengumuman pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Semalam, Nur Jazlan berkata, jawatankuasa itu sudah menghantar arahan hadir untuk Arul dan Hilmi kepada Kementerian Penerangan, pada 6 Mei lalu.

Categories
NASIONAL

TH tak boleh diperalat, itu duit rakyat tunai haji

KOTA BHARU, 28 MEI: Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abd Rahman menyifatkan Lembaga Tabung Haji(TH) bukan syarikat korporat kerajaan (GLC) yang boleh diperlakukan sewenangnya.

Katanya syarikat itu tidak boleh diperalat kerana ia melibatkan wang simpanan orang ramai terutama untuk urusan menunaikan ibadat haji.

tabung-haji“Penglibatan TH membeli tanah membabitkan kos sehingga RM188.5 juta dengan keluasan seekar di Tun Razak Exchange (TRX) ini isu nasional kerana membabitkan wang pendeposit umat Islam.

“TH tidak boleh menggunakan wang itu membeli tanah milik 1MDB,” katanya yang dipetik Harakah Daily.

Dr Zaharuddin yang juga Presiden Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) melahirkan kebimbangan ekoran amalan menggunakan wang milik umat Islam bagi menyelamatkan agensi kerajaan bermasalah pada masa akan datang.

Categories
NASIONAL

PKR: Heret Najib Razak siasatan skandal 1MDB

OLEH: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut diheret disiasat dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa terlibat secara langsung dalam pembuatan keputusan itu.

Rafizi Ramli (PKR- Pandan), berkata berdasarkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Syarikat 1MDB yang menurutnya, memberi Perdana Menteri itu keterlibatan secara langsung dalam operasi 1MDB.

najib-razak“Hasil semakan rekod terkini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad mempunyai nombor syarikat,” katanya di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR menggesa Najib hadir sendiri ke Parlimen dan memberikan keterangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberikan penjelasan.

Sebelum itu, aduan difailkan terhadap syarikat audit antarabangsa Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga didakwa menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

EZY

Tony Pua : Saya setuju CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP CEO dan ahli lembaga pengarah 1MDB yang sepatutnya memantau apa yang berlaku dalam 1MDB tidak menjalankan kerja dengan baik dan perlu dipecat segera

Categories
NASIONAL

Tony Pua: “Saya juga setuju CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat”

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP) bersetuju dengan saranan supaya ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Pua berkata, tindakan berkenaan sesuai kerana persoalan yang dibangkitkannya berkenaan nilai USD1.1 bilion sama ada dalam bentuk aset atau tunai juga gagal dijawab dengan tepat sebelum itu.

tony-pua“Saya setuju dan ada menyebut sebelum itu bahawa pertamanya isu sama ada mempunyai tunai atau tidak di Singapura.

“Perkara berkenaan USD1.1 bilion dalam bentuk tunai atau aset juga tidak dapat dibezakan dan gagal memberi jawapan tepat.

“Saya rasa CEO itu tidak boleh dipakai dan perlu dipecat. Segala lembaga yang perlu memantau apa berlaku dalam 1MDB tidak menjalankan kerja secara baik dan bersetuju mereka juga perlu dipecat,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) menyifatkan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat adalah sesuai.

1MDBSebelum itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui kerajaan tersalah tafsir bentuk simpanan atau aset USD1.1 billion atau RM3.97 bilion yang disimpan di sebuah bank Singapura.

Katanya, aset yang dibawa pulang dari Kepulauan Cayman itu dalam bentuk unit bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tian Chua: Muhyiddin minta pecat CEO 1MDB, bukti Najib bohong

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bukti beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, penjelasan Datuk Seri Najib Razak dalam isu itu terbukti satu pembohongan yang menyebabkan Muhyiddin mengambil pendekatan berkenaan.

tian chua pc pkr 01Katanya, Muhyiddin bagaimanapun tidak berani berdepan realiti bagi ‘menegur’ Najib walaupun sedar pemecatan itu perlu bagi memulihkan imej kerajaan.

“Muhyiddin masih was-was, berhati-hati dan tidak berani berdepan dengan realiti .

“Hal ini kerana semua ahli lembaga pengarah 1MDB mendengar kata Najib yang secara jelas mempunyai kuasa mutlak,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

Tian Chua berkata, berkemungkinan ramai pimpinan Umno lain yang tidak berpuas hati dalam isu itu .

“Mungkin ramai juga pimpinan mereka mahu Najib undur. Tetapi sejauh mana Muhyiddin berani membawa luahan hati akar umbi itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan isu 1MDB tidak dapat dijalankan secara telus dan bebas jika Najib tidak berundur.

muhyiddin1“Beliau memegang kuasa tertinggi  negara, bagaimana boleh disiasat?

“Banyak perkara bersangkut paut dengannya, bahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tak akan dapat mengatasi ‘conflict of interest’,” katanya.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam video ucapan tertutupnya ketika satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno mahu CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat.

“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya.

Ucapan itu dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah, namun video kira-kira tujuh minit itu hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.

-NFN-