Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Peserta beratur jam 5.40 pagi, 1,008 dos penggalak habis lima jam

SHAH ALAM, 9 JAN: Orang awam mula beratur seawal jam 5.40 pagi untuk mendapatkan dos penggalak menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Booster Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu hari ini.

Wakil rakyat Lee Kee Hiong berkata hanya dalam tempoh lima jam sahaja sebanyak 1,008 daripada 1,100 dos penggalak yang diperuntukkan habis diberi.

“Saya tidak menyangka sambutan diterima amat menggalakkan apabila ada beberapa orang mulai beratur seawal jam 5.40 pagi walaupun kita sudah maklum program bermula jam 9 pagi.

“Jika dilihat orang yang hadir tadi sangat ramai kira-kira lebih 1,200 tetapi segelintir daripadanya sudah ada janji temu di MySejahtera. Kita mohon maaf dan minta mereka menunggu janji temu itu,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Kee Hiong, pihaknya akan mempertimbang untuk mengadakan siri kedua pemberian dos berkenaan menerusi program Selvax Booster  selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

“Mungkin selepas sambutan perayaan tetapi ia bergantung kepada bekalan vaksin yang diberi Kerajaan Negeri kepada kita,” katanya lagi.

Program Selvax Booster Kuala Kubu Bharu yang diadakan hari ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa.

Suntikan dos penggalak melalui program Selvax Booster diadakan di enam DUN mulai 17 Disember hingga hujung bulan ini.

Bermula di Balakong pada Jumaat, program seterusnya di Bandar Utama pada 18 dan 19 Disember, Rawang (20 Disember), Taman Templer (26 Disember) dan Seri Kembangan (30 Disember).

Pada 7 Disember lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak 157,000 dos penggalak akan diberikan secara percuma kepada rakyat negeri ini melalui program Selvax Booster.

Categories
SELANGOR

Impian Malaysia: kelas percuma bantu anak Orang Asli

SHAH ALAM 24 APRIL: Anak-anak Orang Asli di Kampung Orang Asli Buluh Telor (KOABT), Kuala Kubu Bharu, Selangor, kini berpeluang menyertai kelas tambahan percuma setiap hujung minggu di bawah program Impian Malaysia.

Program perintis dinamakan Kelas Maju Diri dan Jalinan Kasih itu adalah inisiatif pertama Impian Malaysia DAP di Selangor, dengan kerjasama NGO Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS) dan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad, jam empat hingga enam petang.

kelas percumaADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, objektif program adalah membantu anak-Orang Asli yang keciciran dan membangkitkan minat mereka dalam pelajaran.

“Banyak anak Orang Asli yang hanya belajar setakat sekolah rendah. Mereka sukar memahami pelajaran di sekolah, maka kurang berminat untuk teruskan ke peringkat lebih tinggi.

“Sebab itu, program ini bukanlah sekadar kelas tuisyen biasa. Kita cuba bangkitkan minat mereka melalui permainan perkembangan minda agar ia lebih menyeronokkan. Kita ingin lihat lebih ramai di kalangan mereka yang berjaya dalam pelajaran,” katanya dipetik Roketkini.

“Kajian menunjukkan sukatan pelajaran di sekolah tidak sesuai dengan anak-anak Orang Asli. Perlu ada ko-kurikulum yang khusus untuk mereka,” katanya lagi.

Katanya lagi, program itu dilancarkan 13 April lalu dan peringkat pertama akan berjalan selama tiga bulan.

“Selepas itu, kita akan buat penilaian dan sediakan laporan kepada penaja iaitu PASS agar mereka teruskan sumbangan.

“Kita berharap agar program ini berjaya dan jika ada permintaan, kita akan timbang untuk buat di tempat lain pula,” katanya lagi.

Katanya lagi, dana diperlukan untuk elaun tenaga pengajar, barangan keperluan seperti meja dan alat pembelajaran serta makanan dan minuman untuk pelajar.

EZY

Kolam Air Panas Kerling dinaiktaraf jadi tarikan baru pelancongan

SINOPSIS :

Kolam Air Panas Sungai kerling bakal menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara dengan proses naik taraf kawasan itu daripada Kerajaan Selangor berjumlah RM40,000.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata ia selaras dengan hasrat menjadikan kawasan itu sebagai eco-pelancongan, agar lebih cantik dan bersih.

Beliau berkata, para pelancong tidak perlu khuatir dengan keselamatan mereka dan juga kenderaan kerana tempat ini turut menyediakan khidmat pengawal keselamatan.

Categories
SELANGOR

Kolam Air Panas Kerling dinaiktaraf jadi tarikan baru pelancongan

Oleh: Asri Sapfie

HULU SELANGOR 28 JAN: Kolam Air Panas Sungai kerling bakal menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara dengan proses naik taraf kawasan itu daripada Kerajaan Selangor berjumlah RM40,000.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata ia selaras dengan hasrat menjadikan kawasan itu sebagai eco-pelancongan, agar lebih cantik dan bersih.

IMG_1897aBeliau berkata, para pelancong tidak perlu khuatir dengan keselamatan mereka dan juga kenderaan kerana tempat ini turut menyediakan khidmat pengawal keselamatan.

“Jika kita melihat di negara lain seperti jepun, mereka menjadikan kawasan air panas sebagai tempat komersial namun kawasan air panas khususnya Air Panas Sungai Kerling ini tetap akan dibuka kepada umum dan ianya percuma.

“Saya berharap agar kita sama-sama menjaga kebersihan kawasan air panas ini dan saya mempelawa para peniaga untuk turut menjadikan kawasan ini sebgai tempat untuk mereka mencari rezeki,” kata beliau.

Lee Kee Hiong aLee Kee Hiong berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Kerling, di sini hari ini.

Katanya, beliau turut melahirkan rasa gembira kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Perikanan Selangor yang memberikan komitmen menambahbaik kawasan air panas itu.

Dalam program tersebut kira-kira 30 ribu benih ikan lampam sungai berjaya dilepaskan.

Apa yang menariknya, program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Kerling yang turut membantu melepaskan benih ikan itu.

Tukiman Bin Nail YDP MDHS aYang Dipertua MDHS, Tukiman Nail, berkata penambahbaikan infrastuktur dan kemudahan persekitaran kawasan tersebut akan dilakukan dari semasa ke semasa.

“Setakat ini kos keseluruhan penambahbaikan kawasan ini kira-kira RM84 ribu. Ini termasuklah dengan pembinaan gazebo, tandas-tandas dan juga penurapan semula jalan raya bagi memastikan keselesaan pengunjung.

“Kita juga sedang dalam proses melebarkan jalan masuk ke kawasan itu dan akan berbincang dengan para pemilik tanah bagi mendapatkan persetujuan mereka.

“Sekiranya ramai pengunjung berkunjung ke kawasan ini, kami bakal menyediakan tapak berniaga bagi para penjaja,” kata beliau.

IMG_2001aSehingga kini kira-kira 5 juta ekor benih anak ikan yang terdiri daripada spesies seperti patin, udang dan lampam sungai dilepaskan di 20 batang sungai sekitar Hulu Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Semua pihak dipanggil bagi selesai 14 projek rumah terbengkalai

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 10 NOV : Semua pihak terbabit akan dipanggil berbincang bagi mengatasi masalah 14 projek perumahan terbengkalai yang dikenal pasti belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat di daerah Kuala Kubu Bharu.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata projek itu melibatkan 4,707 pembinaan terbengkalai di Mukim Hulu Yam, Kerling, Serendah,  Rasa, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Hulu Bernam dan Kalumpang.

Katanya, pemulihan projek hanyrumah terbengkalaia dapat diteruskan jika mendapat persetujuan daripada pemilik tanah atau pembeli.

“Jika persetujuan tidak dapat dicapai sepenuhnya maka pemaju tidak dapat teruskan usaha pemulihan, jadi saya akan cuba mengadakan perbincangan itu,” katanya kepada Selangor Kini bagi mengesahkan laporan dari sebuah portal.

Lee berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) akan berbincang untuk mendapatkan kerjasama semua pihak dalam isu itu.

“JPPT akan berbincang dengan pemaju penyelamat bersama jabatan teknikal bagi tujuan mempercepatkan kaedah pemulihan projek dengan mengenakan syarat minima.

“Sekiranya terdapat kenaikan kos, JPPT akan menilai semula kos pemulihan bagi mendapatkan butiran terperinci kos tambahan yang perlu ditanggung secara bersama dengan pembeli,” katanya.

Dalam kes terbabit, Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Adun PR: Pengiktirafan Ketua Pembangkang suburkan demokrasi

Grafik-Selangor-PakatanSHAH ALAM 10 Okt :  Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan pengiktirafan kepada peranan Ketua Pembangkang Selangor menerusi enakman khas yang akan dibentangkan nanti.

Keputusan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu disifatkan perubahan yang amat positif untuk perkembangan politik dan sistem demokrasi di Selangor.

?Di negara-negara maju, Ketua Pembangkang sangat dihargai peranan mereka, justeru, Selangor mahu mendahului langkah itu dengan memberikan pengiktirafan ini supaya kita dapat mendidik masyarakat lebih memahami demokrasi sebenar,? kata Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei.

Manakala Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, turut memuji dan berkata pemerintah sewajarnya menunjukkan kesaksamaan dan kesamarataan kepada semua wakil rakyat yang dipilih secara sah.

Beliau berharap supaya Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Umno-BN meneladani kematangan ini dan berhenti meminggirkan wakil rakyat pembangkang.

?Saya menyambut baik usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang mengiktiraf setiap wakil rakyat, baik daripada Pakatan, mahupun Umno-BN dalam pentadbiran negeri. Ia patut dicontohi negeri-negeri lain,? katanya.

Sementara itu, Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman berharap dengan inisiatif ini, Ketua Pembangkang dapat melaksa-nakan amanahnya dengan berkesan.
?Saya berharap Ketua Pembangkang lebih proaktif mencetus idea untuk membangunkan Selangor secara bersama. Kita perlukan pembangkang untuk mengimbangi peranan pemerintah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS),? tegas beliau.

Selain itu, bagi Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, langkah ini menjadikan Selangor sebagai ?role model? dalam memperkasakan DNS dan menjadikan sistem demokrasi lebih sihat.

?Nampaknya, syor saya dalam pembukaan DUN baru-baru ini akhirnya terlaksana. Sebagai Adun, saya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri yang mampu membuat pembaharuan ini. Ia sejajar dengan peranan DNS yang dikagumi dan disegani,? tegas beliau.