Categories
AGENDA NASIONAL

Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu semakin pulih

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,764 orang melibatkan 5,000 keluarga, manakala di Terengganu bilangan mangsa menurun kepada 1,856 orang setakat pagi ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat meningkat, masing-masing kepada 9,373 mangsa di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) dan 2,290 orang di tujuh PPS.

Di Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 826 orang (219 keluarga) di lapan PPS; Tanah Merah pula mencatat jumlah 321 mangsa (97 keluarga) di tujuh PPS manakala di Machang seramai 140 mangsa (38 keluarga) kekal di tiga PPS.

Jumlah mangsa di Kota Bharu dan Kuala Krai pula mencatat penurunan, masing-masing kepada 146 mangsa (37 keluarga) di dua PPS dan 263 orang (65 keluarga) di lima PPS.

Menurut laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas susut kepada 10.32 meter daripada 10.39 meter yang melepasi paras bahaya sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat yang melepasi paras bahaya 2.50 meter pula kekal 3.29 meter, manakala hanya sebuah sungai melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Guilemard, Kuala Krai pada bacaan 12.30 meter (berjaga-jaga 12 meter).

Di Terengganu, situasi banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,856 orang daripada 498 keluarga di 34 PPS berbanding 2,254 orang (613 keluarga) di 50 PPS malam tadi.

Di Besut, jumlah mangsa berkurangan kepada 289 orang (77 keluarga) di lapan PPS, manakala di Hulu Terengganu menurun kepada 137 orang (35 keluarga) di empat PPS.

Hanya di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu jumlah mangsa terus meningkat masing-masing kepada 494 orang (144 keluarga) di enam PPS; 371 orang (94 keluarga) di sebuah PPS, dan 324 orang (91 keluarga) di 10 PPS.

Di Dungun, jumlah mangsa kekal 207 orang (50 keluarga) di empat PPS dan 34 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah PPS di Marang

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mengatasi paras bahaya pagi ini iaitu setinggi 13.11 meter melebihi paras bahaya 12.50m.

Di Johor, jumlah mangsa banjir di Batu Pahat kekal 52 orang daripada 13 keluarga setakat pagi ini yang ditempatkan di satu PPS.

Cuaca di ketiga-tiga negeri itu dilaporkan cerah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,468

KOTA BHARU, 3 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 12,468 orang membabitkan 4,341 keluarga sehingga satu tengah hari ini berbanding 10,207 (3,480 keluarga) pagi tadi.

Berdasarkan aplikasi InfoBencanaJKM jumlah mangsa banjir paling ramai dicatatkan bagi Pasir Mas iaitu 8,408 (3,232 keluarga) yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia diikuti Kuala Krai 958 mangsa (231 keluarga) di 12 PPS manakala Tumpat meningkat kepada 909 mangsa (281 keluarga) membabitkan tiga PPS berbanding 619 mangsa (190 keluarga) pagi tadi.

Pasir Puteh mencatat 826 mangsa (219 keluarga) di lapan PPS sementara Kota Bharu seramai 734 mangsa (204 keluarga) di lima PPS.

Seramai 481 mangsa (131 keluarga) di sembilan PPS Tanah Merah dan 152 mangsa (43 keluarga) di empat PPS Machang.

PPS di Bachok dan Jeli ditutup dan semua mangsa banjir bagi dua jajahan itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang susut kepada 10.57 meter berbanding 10.60 meter pagi tadi melepasi paras bahaya 9 meter.

Bagaimanapun Sungai Golok di Kuala Jambu yang melepasi paras bahaya meningkat kepada 3.29 meter berbanding 3.28 meter pagi tadi.

Dua sungai melepasi paras amaran ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai 22.58 meter (amaran 22.5 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guilemard 15.11 meter (amaran 14 meter).

Paras air di kebanyakan sungai utama di Kelantan sedang menunjukkan trend menurun berikutan cuaca yang baik sejak pagi tadi.

Antara jalan yang ditutup untuk semua kenderaan termasuk Jalan Sirat, Jalan Bukit Sireh dan Kuala Nal di Kuala Krai, Jalan Machang-Pangkal Melerer-Wakaf Bata di Machang dan Jalan Pengkalan Rakit, Jalan Bunga Raya dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Pasir Mas.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Mangsa banjir di Kelantan meningkat dua kali ganda pagi ini

KOTA BHARU, 2 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,636 membabitkan 1,621 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 2,652 mangsa daripada 781 keluarga malam tadi.

Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan seramai 3,231 mangsa daripada 970 keluarga dipindahkan di Pasir Mas dan ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia diikuti Kota Bharu membabitkan 739 mangsa daripada 209 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

Di Pasir Puteh pula, 611 mangsa daripada 165 keluarga dipindahkan di tujuh PPS manakala di Bachok 256 mangsa membabitkan 60 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Manakala di Tanah Merah terdapat 371 mangsa daripada 50 keluarga menghuni lapan PPS, Machang dengan 219 mangsa membabitkan 65 keluarga yang dipindahkan di enam PPS dan 209 mangsa melibatkan 50 keluarga lagi di lima PPS di Kuala Krai.

Dalam pada itu laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras bahaya.

Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.47 meter melepasi paras bahaya 9 meter berbanding 10.37 meter malam tadi.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah pada bacaan 23.98 meter melepasi paras bahaya 23.5 meter dan Sungai Kelantan di Kuala Krai kepada 25.07 meter (paras bahaya 25 meter).

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Lebir di Tualang kepada 33.96 meter (amaran 31 meter) dan Sungai Kelantan di Kusial pada paras 15.81 meter (amaran 14 meter).

Tiga buah sungai yang melepasi paras berjaga-jaga pula ialah Sungai Galas di Limau Kasturi di paras 56.52 meter (berjaga-jaga 56 meter), Sungai Galas di Dabong di paras 34.12 meter (berjaga-jaga 32 meter) dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam di paras 3.18 (berjaga-jaga 3.0 meter).

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Jumlah mangsa banjir Kelantan menurun

SHAH ALAM, 4 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 8,193 orang yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 9 pagi tadi.

Kesemua mangsa dari 3,255 keluarga membabitkan empat daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Menurut portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling tinggi menunjukkan penurunan kepada 4,804 mangsa membabitkan 2,040 keluarga di 19 PPS, berbanding 5,625 orang malam tadi.

Bilangan mangsa di Tumpat pula tidak berubah, iaitu 3,328 dari 1,200 keluarga di lapan PPS, sejak malam tadi.

Manakala di Kota Bharu dan Pasir Puteh, masing-masing tinggal satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong, Pendek dan SK Wakaf Raja, Bukit Awang masing-masing 61 orang, sejak semalam.

Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan dijangka terus berkurangan dari semasa ke semasa memandangkan cuaca semakin baik.

Sementara itu, keadaan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu terus menunjukkan aliran penurunan, namun masih di paras bahaya iaitu 9.94 meter dan 3.34 meter.

Bagaimanapun, Sungai Galas Limau Kasturi kembali mencecah paras berjaga-jag,a pada sukatan 56.54 meter ekoran hujan sejak malam tadi, manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai pula masih pada paras sama.

Categories
NASIONAL

Kelantan: Mangsa banjir meningkat kepada 449 orang

KOTA BHARU 27 NOV: Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 449 mangsa pagi ini berbanding 317 pada jam 9.30 malam tadi.

Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak Sabtu yang menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa jajahan di seluruh negeri mula dilanda banjir.

Menurut aplikasi info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), di Kota Bharu, sebanyak 98 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kok Lanas dan Dewan Orang Ramai Pasar Melor.

Sementara itu, di Pasir Mas terdapat 50 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di sebuah PPS iaitu Madrasah Haji Daud manakala di Tanah Merah, dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kelewek, Bukit Panau dan Madrasah Padang Kijang masing-masing melibatkan 39 dan 20 mangsa.

Di PasirPuteh pula, 223 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS melibatkan Sekolah Kebangsaan Kamil 1 (52 mangsa daripada 21 keluarga), SK Changgai (147 mangsa daripada 46 keluarga) dan SK Wakaf Raja (24 mangsa daripada lima keluarga).

Sementara itu, di Machang, seramai 10 mangsa membabitkan empat keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina(SRJKC) Pei Hwa (empat), Madrasah Sungai Mas (lima) dan SK Pangkal Meleret (seorang).

Hingga kini, dilaporkan hujan renyai di seluruh negeri.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), hingga 7 pagi tadi, bacaan paras air di Sungai Galas di Dabong meningkat kepada 33.46 meter (m) (berjaga-jaga 32m), Sungai Lebir di Tualang kepada 27.06m (berjaga-jaga 27m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai kepada 20.03m (berjaga-jaga 20m).

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas terus menunjukkan peningkatan kepada 8.94m (bahaya 8m) pada7 pagi ini berbanding 8.13m pada 9 malam tadi.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,232

SHAH ALAM, 21 JAN: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,232 orang melibatkan 866 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 527 mangsa daripada 207 keluarga malam tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, sebanyak 35 pusat pemindahan dibuka di tujuh jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok dan Machang.

Di jajahan Kota Bharu, 1,345 mangsa daripada 341 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir manakala 688 mangsa daripada 185 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di Pasir Mas.

Jajahan Tumpat pula merekodkan 72 mangsa daripada 19 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, manakala Bachok melibatkan 295 mangsa daripada 86 keluarga, juga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Seramai 99 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di jajahan Tanah Merah, manakala Pasir Puteh merekodkan 632 mangsa daripada 180 keluarga di enam pusat pemindahan serta 101 mangsa daripada 28 keluarga berada di sebuah pusat pemindahan di Machang.

Sementara itu, menurut portal Kerajaan Negeri Kelantan di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada 9.95 meter pada pukul 8 pagi ini berbanding paras amaran 9 meter.

Manakala sungai-sungai yang lain masih berada pada tahap normal.

-nR-

Categories
SELANGOR

Pembangunan punca banjir di Batu Tiga

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 APR: Pembangunan sistematik di DUN Batu Tiga membawa kebaikan namun banjir yang berlaku mengundang masalah termasuk kepada komuniti tempatan.

Bagaimanapun, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, berharap isu terbabit mampu diatasi segera berikutan pembangunan dijayakan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa beberapa tahun lagi.

“Batu Tiga lembah sedikit dan semua pembangunan dibuat akan mengundang cucuran air ke kawasan ini.

banjir“Disebabkan pembangunan di sini hampir 95 peratus selesai, maka yang penting adalah penyelenggaraan, pembaikan dan pembesaran longkang atau sistem saliran ditambah baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, isu banjir antara masalah utama dan hampir RM60 juta peruntukan Kerajaan Negeri disalurkan untuk program infrastruktur di DUN berkenaan.

“Banjir berlaku ekoran kesan pembangunan kerana longkang lama tidak diselenggara dengan baik atau perparitan yang perlu diperbesarkan,” katanya selepas program sumbangan DUN Batu Tiga kepada golongan sasaran, semalam.

Terdahulu, Rodziah berkata, DUN Batu Tiga sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan masyarakat setempat terutama golongan memerlukan.

rodziah01“Jika sebelum ini, saya menjalankan aktiviti berasingan seperti berkunjung dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan. Program kali ini, saya kumpulkan semua supaya saling mengenali.

“Bila ada perkongsian ini, memperlihatkan apa boleh dilakukan bagi mengatasi masalah komuniti setempat,” katanya.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada beberapa golongan penerima seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), golongan berpendapatan rendah dan tanpa pekerjaan selain badan bukan kerajaan (NGO).

-NFN-

INPENS-MBI terus membantu mangsa banjir

Pasukan Sukarelawan Misi Banjir Inpens (Pasumi) 3.0 dari Inpens International College (Inpens) bersama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) terus membantu mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Kelantan.

Categories
SELANGOR

Pasumi 3.0 terus bantu mangsa banjir Kelantan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA KRAI, 17 MAC: Pasukan Sukarelawan Misi Banjir Inpens (Pasumi) 3.0 digerakkan Inpens International College (Inpens) untuk terus membantu mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Kelantan.

Pengurus Komunikasi Korporat Inpens merangkap Ketua Pasumi 3.0, Jefri Mejan berkata, misi terbabit bertujuan meringankan beban ditanggung mangsa yang masih lagi terkesan dengan musibah banjir, pada Disember lalu.

“Selepas Pasumi 1.0 dan 2.0, kita meneruskan misi ini dalam bentuk sumbangan seperti menyiapkan pendawaian elektrik dan servis penghawa dingin di Kampung Guchil dan Kampung Siam di daerah ini.

pasumi03“Ia membabitkan tiga rumah di setiap kampung dan kerja dijalankan dua hari,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Seramai 52 peserta termasuk 41 pelajar Inpens menyertai Pasumi 3.0 yang mendapat kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI); Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, ia salah satu program kebajikan dan kemasyarakatan dijayakan sebagai tanda simpati kepada mangsa banjir.

pasumi01“Kita datang ke sini menghulurkan bantuan MBI bagi mengurangkan beban mereka. Semoga ia bukan misi terakhir dan MBI bersama Inpens akan berganding bahu dalam misi seterusnya,” katanya.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Guchil, Zulkifli Yaakob merakamkan penghargaan terhadap usaha Pasmi 3.0 bagi membantu semua mangsa berkenaan.

“Alhamdulillah dengan bantuan diberikan memberi manfaat kepada mangsa walaupun dibuat dalam masa singkat tetapi ia banyak membantu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rakyat Kelantan terharu, Kerajaan Selangor cepat hulur bantuan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

KOTA BHARU, 26 DIS: Majoriti rakyat Kelantan terharu dan menghargai keprihatinan Kerajaan Selangor yang cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir negeri itu.

Mohd Nori Ahmad, 53, berkata sumbangan itu amat besar maknanya terutama kepada rakyat yang ditempatkan di pusat pemindahan seluruh Kelantan.

bantuKatanya, banjir besar itu tidak dijangka dan terburuk melanda negeri itu, sejak 10 tahun lalu.

“Terima kasih banyak YAB Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Selangor atas sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini.

“Rumah saya sendiri dinaiki air sehingga hampir mencecah lutut, namun masih stabil dan belum dipindahkan.

“Saya berharap Kerajaan Kelantan dapat mengagihkan dana dengan baik terutama kepada mereka yang berada di pusat pemindahan terlebih dahulu, ” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Bagi Sharifah Mariam Syed Alwi, 67, kesudian Mohamed Azmin melawat pusat pemindahan memberi makna besa‏r kepada mangsa banjir.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT menambah rezeki kepada Kerajaan Selangor atas sumbangan dan keprihatinan dihulurkan kepada mangsa banjir Kelantan.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak akan menampung kerugian mangsa banjir ekoran ujian ini. Rasa bangga kerana Menteri Besar Selangor sendiri turun padang,” katanya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Rombongan MB tiba di Kelantan hulur bantuan banjir

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

KOTA BHARU, 26 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Petra, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Rombongan yang turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari.

azminB5wlHORCEAA2Xl0Mohamed Azmin disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah dan beberapa jentera PKR negeri.

Terdahulu, penumpang pesawat MAS terkejut melihat kehadiran Mohamed Azmin yang duduk di kerusi kelas ekonomi.

Dalam lawatan berkenaan, Mohamed Azmin akan turut menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada Kerajaan Kelantan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri itu, sejak 16 Disember lalu.

10888676_1040579102634471_8692349925849343972_nSementara itu, RM300,000 diagihkan kepada mangsa banjir Pahang, Terengganu dan Perak, yang mana setiap negeri mendapat RM100,000.

Sehingga jam 3 petang ini, jumlah mangsa banjir dipindahkan di 7 negeri meningkat kepada 118,896 orang.

Sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di pantai timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu.

Kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di empat daerah.

Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272).

Besut merupakan daerah terbaharu pulih daripada banjir hari ini apabila baki 317 mangsa di dua pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Chukai ke Air Putih, Cheneh Mak Lagam dan Jalan Chukai Utama.

Di Kuantan, jumlah mangsa banjir kekal 35,736 orang dengan kebanyakan mereka di daerah Kuantan yang merekodkan sejumlah 19,924 mangsa, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,119 orang berbanding 5,530 mangsa pagi tadi, membabitkan tiga kawasan di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah.

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir kini 2,914 orang, Kuala Kangsar (2,579) dan Hulu Perak (626).

EZY