Categories
SELANGOR

MB zahir ucapan takziah pemergian bekas presiden Indonesia

SHAH ALAM, 11 SEPT : Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga presiden ketiga Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie yang meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, hari ini.

Amirudin menerusi laman sosialnya turut mendoakan allahyarham yang berusia 83 tahun itu dicucuri rahmat dan dikurniakan husnul khatimah.

“Menerima khabar duka dari seberang atas kembalinya ke rahmatullah Bapak BJ Habibie, sebentar tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat,” tulisnya.

Terdahulu dilaporkan anak lelakinya, Thareq Kemal yang dipetik media tempatan memberitahu bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat, selepas menjalani rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lalu.

BJ Habibie adalah Presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’.

Categories
AGENDA GLOBAL

Presiden Indonesia ketiga, BJ Habibie meninggal dunia

JAKARTA, 11 SEPT: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut anak lelakinya, Thareq Kemal yang dipetik media tempatan, bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat, selepas menjalani rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lepas.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Anwar ke Jakarta penuhi jemputan BJ Habibie

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 MEI: Ketua Umum Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terbang ke Jakarta hari ini bagi memenuhi jemputan mantan Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie sempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia.

Anwar berkata, Malaysia dan Indonesia masing-masing mempunyai persamaan apabila gerakan reformasi bermula pada tahun 1998.

“21 Mei 1998 diingati rakyat Indonesia sebagai tarikh jatuhnya rejim Orde Lama dan bermulanya zaman peralihan kuasa serta pengukuhan institusi-institusi demokrasi yang berlaku dengan pentadbiran Presiden BJ Habibie,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Kata Anwar, sementara itu rakyat pula mengingati tarikh 2 September 1998 sebagai tarikh bermulanya kejatuhan rejim Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, perjuangan menumbangkan rejim di Malaysia itu hanya selesai kira-kira dua dekad kemudian iaitu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Anwar melahirkan keyakinan pertemuan dan perbincangan dengan Habibie itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan di antara dua negara kita, serta memperkukuh iltizam melaksana agenda reformasi di Malaysia.

 

=EZY=

Categories
NASIONAL

Isu Habibie : Zam Dan Utusan Perlu Minta Maaf

SHAH ALAM 13 DIS : Kerajaan  Selangor kecewa dengan  artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang menghina mantan Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie.

Artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Mydin (Zam) itu biadap dan menunjukkan ketidakmatangan serta tidak hormat kepada pemimpin yang memberi sumbangan besar kepada negaranya dan rantau ini dalam dunia politik  dan bidang kejuruteraan aeronautik.

Kerajaan Selangor menggesa Utusan Malaysia dan Zainuddin untuk memohon maaf kepada Habibie serta  rakyat Indonesia sebelum isu ini menjadi lebih buruk.

?Kenyataan demikian boleh menjejaskan ikatan dua hala yang kuat antara Malaysia dengan Indonesia dan rakyat kedua-dua negara. Kita mahu menegaskan bahawa penulisan Zainuddin tidak mewakili pendirian rakyat Malaysia,? ujar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri-ciri yang sama termasuklah sejarah, budaya dan agama yang sepatutnya dikongsi dan dihargai oleh rakyat kedua-dua negara.

?Ini adalah salah satu sebab mengapa Selangor menjemputnya untuk berkongsi pengalaman dan pemikirannya dalam melaksanakan kerja-kerja reformasi negeri dan penambahbaikkan proses pendemokrasian,? kata Menteri Besar lagi.

Habibie berada di Selangor untuk lawatan dua harinya sebagai tetamu rasmi kerajaan negeri pada minggu lalu dan  memberikan ucapan kepada kakitangan serta mahasiswa universiti milikan penuh kerajaan negeri, Universiti Selangor.

Categories
NASIONAL

Serangan Zainudin Maidin Ke Atas BJ Habibie Dangkal Dan Berperasangka Keji

SHAH ALAM 12 DIS : Kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyerang peribadi mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie bersifat rasis dan tidak mewakili pendapat massa.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zainuddin adalah sosok angkuh dan rasis yang merupakan salah satu penyebab tercetusnya krisis hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

“Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainuddin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.

?Tulisan Zainuddin Maidin sememangnya diketahui dangkal dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia,” kata Anwar dalam kenyataan medianya.

Tegas Anwar, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainuddin yang merupakan bekas editor akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

Anwar berkata Zainuddin sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ?pengkhianat?.

“Zainuddin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari PKR.

“Justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” ujar Anwar.

Pada 6 Disember lalu, BJ Habibie atau nama sebenarnya Bacharuddin Jusuf Habibie hadir pada majlis makan malam di Shah Alam anjuran kerajaan Selangor yang turut dihadiri pimpinan PKR.

Beliau juga turut memberikan syarahannya kepada pelajar dan tokoh akademik yang diadakan di Universiti Selangor (UNISEL) berkenaan perkembangan politik dan ekonomi serantau.

Habibie yang menjadi presiden Indonesia ketiga terkenal dengan langkah-langkah membuka ruang demokrasi di dalam negara itu dengan memberikan kebebasan bersuara, berpersatuan dan kebebasan media.

Habibie : Pluralisme Budaya Kekuatan Sesebuah Negara

SHAH ALAM, 6 DIS : Mantan Presiden Republik Indonesia, Prof Dr Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) mengingatkan setiap individu supaya mempertahankan pluralisme budaya yang menjadi kekuatan kepada sesebuah negara.

Mengambil contoh negara Indonesia dan Malaysia, Habibie berkata, kedua-dua negara ini sudah mengamalkan pluralisme budaya sejak sekian lama yang membawa kepada perpaduan sesama kaum.

“Pluralisme merupakan satu lambang kekuatan buat sesebuah negara dan ia perlu dipertahankan oleh semua masyarakat.

?Amalan ini akan menyebabkan masyarakat lebih bersikap toleransi dan bertolak ansur,” katanya dalam ucapannya semasa program pidato ?Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi? di Universiti Selangor pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut meningatkan setiap pemimpin supaya sentiasa mengamalkan sikap positif dalam pentadbiran selain berusaha meningkatkan elemen budaya, agama dan penguasaan teknologi.

Habibie mengambil alih tampuk pemerintahan pada May 1998 semasa Indonesia dilanda krisis politik dan ekonomi pada tahun itu.

Beliau diikhtiraf sebagai Presiden yang bertanggungjawab memberi kebebesan bersuara, berpersatuan dan membebaskan media – prinsip-prinsip yang dikekang semasa pemerintahan presiden sebelumnya Jeneral Muhammad Soeharto ? kepada Indonesia.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Speaker Dewan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dan Exco-exco Selangor.

Dalam ucapan beliau, Abdul Khalid berkata kejayaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam memperkenalkan urus tadbir berhemah, telus dan mementingkan keadilan sosial adalah hasil daripada pendemokrasian pentadbiran yang diamalkan sejak 2008.

Kesan daripada amalan ini kata Abdul Khalid, Selangor berjaya mencatatkan kejayaan dari segi tadbir urus kewangan, pelaburan serta pembangunan modal insan sebagaimana diperakui Laporan Audit Negara 2011.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mementingkan program berbentuk kebajikan dan latihan kemahiran kepada golongan wanita, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

Prinsip keterbukaan juga mendorong PR Selangor melaksanakan berbagai langkah untuk membasmi rasuah di dalam pentadbiran.

“Gejala rasuah akan menindas golongan kurang bernasib baik dan menimbulkan ketidak adilan sosial.

?Rasuah juga diakibatkan oleh karenah birokrasi yang berlaku dalam sistem pentadbiran.?

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : Habibie Tidak Putus Beri Sokongan Ketika Saya Dipenjarakan

SHAH ALAM, 6 DIS : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan keprihatinan mantan Presiden Indonesia, Prof Dr Bacharuddin Jusuf atau ?BJ Habibie? yang memberi bantuan dan sokongan kepadanya semasa beliau berada di dalam penjara Sungai Buloh dekad lalu.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, selepas dibebaskan dari penjara dan menerima rawatan di hospital, Habibie merupakan antara individu yang prihatin terhadap dirinya.

“Semasa dibebaskan dari penjara dan menerima rawatan untuk pembedahan di Alpha Clinic, selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga menjaga saya, Habibie dan (isteri Habibie) almarhum Hasri Ainun turut memikirkan saya.

“Bantuan dari penjara Sungai Buloh dijaga oleh mantan Presiden,” katanya semasa berucap di Majlis Pidato “Habibie dan Transisi Indonesia ke Demokrasi” anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Anwar mula mengenali Habibie semasa beliau menteri kabinet pada tahun 90-an. Ketika itu Habibie Menteri Riset dan Teknologi Indonesia.

Habibie dipilih sebagai Presiden Indonesia pada May 1998 bagi menggantikan Jeneral Muhammad Soeharto yang tumpas setelah pemerintahannya dilanda krisis politik dan ekonomi.

Anwar berkata, Habibie bukan hanya cemerlang sebagai pemimpin dan tokoh politik, malah turut dikenali sebagai seorang ilmuan dan cendekiawan.

Jelasnya, Habibie berjaya membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin walaupun menerima tentangan hebat daripada pelbagai pihak baik dalam mahupun luar negara.

Beliau turut memuji ketelusan serta sikap keterbukaan Habibie dalam melaksanakan dasar pembahruan pentadbiran sehingga mewujudkan urus tadbir yang baik.

“Di bawah pimpinan Habibie, Indonesia berjaya mengadakan pilihan raya yang bersih dengan hanya mengambil masa singkat untuk dilaksanakan berbanding Malaysia yang memerlukan puluhan tahun untuk menyemak senarai daftar pemilih,” kata Anwar lagi.

Hadir sama pad majlis sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri, Datuk Teng Chang Khim, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen Selangor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pemimpin PR Perlu Contohi Prinsip BJ Habibie

SHAH ALAM 05 DIS : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) disarankan supaya mengambil iktibar daripada pengalaman Mantan Presiden Republic Indonesia Ke-3, Prof Dr Bacharuddin Jusuf Habibie.

Bacharuddin Jusuf atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie,  mengambil alih tampuk pemerintahan semasa republik itu dilanda krisis politik dan ekonomi pada tahun 1998.

Anwar berkata pemimpin PR patut mencontohi Habibie yang  membebaskan semua tahanan politik pada hari pertama beliau menjadi presiden.

Habibie juga telah memberi kebebesan bersuara, berpersatuan dan membebaskan media ? prinsip-prinsip yang dikekang semasa pemerintahan presiden sebelumnya Jeneral Muhammad Soeharto.

Anwar berkata Habibie membebaskan semua tahanan politik kerana didorong oleh rasa tanggungjawabnya dan tuntutan Islam.

“Bagaimana beliau dalam tempoh satu hari boleh mengarahkan tentera dan polis membebaskan semua tahanan politik? Kalau ikut protokol beliau tidak boleh membebaskan tahanan.?

“Tetapi beliau oleh kerana fahaman, pemikiran dan memahami derita rakyat. Matlamatnya ialah keadilan untuk semua.

“Begitu juga beliau turut membebaskan media. Kalau mahu reformasi dalam usaha singkat, maka secebis pengalaman itu sangat penting,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam bersama bersama BJ Habibie.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen Selangor.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata BJ Habibie molek dijadikan sumber inspirasi dan motivasi dikalangan ahli politik di negara ini.

Sekiranya mahu berjaya, dua bidang perlu difokuskan iaitu ilmu pengetahuan bagi jaminan kerjaya dan prinsip politik yang kuat bagi mengutamakan hak asasi rakyat dalam merealisasikan prinsip demokrasi.

“Bapak Bj Habibie terjun ke bidang politik pemerintahan bukan kerana mencari wang atau kekuasaan tetapi lebih kepada ‘terima kasih’ kepada negaranya dan ibu bapanya.?

“Hal ini juga ada persamaan dengan tujuan sebenar saya terjun ke dunia politik,” kata Abdul Khalid.