Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PENDIDIKAN

Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia peperiksaan ACCA, CAT

SHAH ALAM, 5 FEB: Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kecemerlangan apabila tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan  Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) pada Disember lepas.

UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, 22, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, pelajar semester akhir program CAT.

Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2).

Dalam kenyataan sama, Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Haslinda Yusoff berkata kedua-dua pelajar tersebut amat komited dan berdedikasi dalam pelajaran ditambah suasana pembelajaran yang positif.

“Pihak fakulti amat proaktif dalam memupuk suasana pembelajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif di UiTM merupakan kombinasi dalam kejayaan pelajar.

“Kejayaan ini juga turut membuktikan kecemerlangan bumiputera dalam bidang perakauan. Ia boleh dijadikan rangsangan bagi melahirkan lebih ramai profesional perakaunan bumiputera terbaik di dunia,” katanya.

Haslinda berkata kedua-dua pelajar berkenaan juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada semua warga UiTM untuk terus memberikan yang terbaik demi menjadikan universiti itu sebuah institusi pendidikan unggul dunia.

UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.

– BERNAMA

 

Categories
SELANGOR

MB: Pemberhentian 22 kakitangan kontrak PKNS adalah polisi CAT

Oleh: Norhayati Umor

KLANG 18 FEB : Dalam mengamalkan pentadbiran yang telus, perkara yang baik mahupun buruk akan dihebahkan kepada umum, begitu juga dengan kes penamatan kontrak kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kata Abdul Khalid, beliau tidak gentar dengan kecaman sesetengah pihak berhubung isu terbabit kerana Kerajaan Negeri mengamalkan polisi ketelusan.

Abdul Khalid“Boleh jadi mereka dapat maklumat dari pegawai-pegawai PKNS yang tidak suka perkara itu berlaku.

“Yang jelas, apabila Pakatan Rakyat melaksanakan prinsip ‘kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan (CAT), perkara ini akan berlaku,” katanya dalam sidang media selepas majlis perlancaran sistem kamera tertutup (CCTV), di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Abdul Khalid berkata langkah positif akan dapat diambil sebagai pengajaran daripada beberapa perkara.

“Langkah positifnya, apa yang sepatutnya kita lakukan kita buat, tetapi apa yang salah kita betulkan,” katanya.

Sebelum ini, seramai 22 kakitangan PKNS ditamatkan kontrak ekoran terdapat pertindihan tugasan.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Kepimpinan Tiga Negeri Membayangkan Kecekapan, Amanah Memerintah Negara Kelak

pemimpin tinggi PR konvesyen 01

 

SHAH ALAM 25 FEB : Kepimpinan Menteri Besar Kelantan dan Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang sukar dicari dalam sejarah politik negara malah menjadi contoh bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara kelak.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep ‘good governance’ yang diamalkan mereka menjadikan negeri PR bersih dan telus sehinggakan Umno-BN tiada bukti penyelewengan.

Katanya, tiga pemimpin itu wajar dijadikan contoh kepada kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

“20 tahun, Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau tidak merompak duit, harta rakyat. Juga tidak mencari ‘elaun’ tambahan.

“Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Saya bangga dengan beliau. Beliau bersih dan prihatin.

“Walaupun digambarkan sebagai pelampau tapi dalam sejarah Pulau Pinang belum dapat Ketua Menteri yang pertahankan prinsip cekap,akauntabiliti dan telus (CAT).

“Manakala Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR adalah contoh korporat yang mencatatkan lebihan rekod dalam keadaan Malaysia mengalami defisit parah.

?Tetapi beliau berjaya catat lebihan RM2.6 bilion walaupun menghadapi tekanan yang kuat dari kerajaan persekutuan,” katanya dalam ucaptama Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke empat di Shah Alam Convention Center.

Beliau menambah hal itu menjadi kekuatan kepada PR seterusnya membuktikan ia tidak boleh dicabar mana-mana pemimpin Umno-BN.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan tujuan PR memenangi kuasa adalah bukan untuk membalas dendam sebaliknya mahu melaksanakan agenda rakyat untuk mengembalikan milik rakyat.