Categories
NASIONAL

AMK: Batalkan penyenaraian CCRIS 1.25 juta peminjam PTPTN

SHAH ALAM 24 APR: Kerajaan Persekutuan mesti menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau membatalkan penyenaraian di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Pengerusi Biro Mahasiswa AMK, Fahmi Zainol, berkata anak muda terpaksa berhutang demi mendapatkan pendidikan tinggi untuk masa depan lebih baik.

ptptn student“Namun, kini dibelenggu masalah sebegini, bukannya bertambah baik, tetapi semakin teruk.

“Kegagalan 1.25 juta anak muda membayar semula pinjaman PTPTN, melambangkan kegagalan program PTPTN itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK itu berkata mahasiswa sering kali menjadi mangsa di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pelbagai masalah menimpa nasib mahasiswa. Bermula pemotongan belanjawan pendidikan negara dua tahun berturut-turut, biasiswa pendidikan dipotong RM812 juta, 744 pelajar berjaya dapat tajaan JPA ke luar negara ditarik biasiswa mereka apabila hanya ditaja dalam negara sahaja.

“Kini, mahasiswa tidak bayar pinjaman PTPTN dikenakan tindakan CCRIS tidak boleh untuk membuat pinjaman pembelian rumah ataupun kereta,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Gunakan CCRIS kutip hutang kroni bukan PTPTN

SHAH ALAM 10 OKT: Tindakan kerajaan memberikan kelonggaran kepada 20 bilionair tempatan dalam pembayaran cukai dan melindungi mereka bawah akta tetapi mengugut serta menghukum anak muda peminjam PTPTN supaya menyenaraikan mereka dalam CCRIS adalah tidak munasabah.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Tan Kar Hing, berkata AMK mengecam tindakan kerajaan dan PTPTN yang cuba menyenarai peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), seperti mana yang diulaskan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin.

ptptn studentKatanya tindakan “double standard” yang diamalkan mencerminkan kegagalan urus tadbir kerajaan persekutuan.

“Hak untuk mendapatkan pendidikan jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, tetapi kerajaan bukan sahaja gagal menyediakan pendidikan percuma, malah menyamakan hutang peminjam PTPTN dengan hutang peminjam yang bersifat komersial seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah,” katanya dalam kenyataan media.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata CCRIS patut digunakan untuk mengutip hutang kroni yang jumlahnya berbilion sebelum tindakan sama terhadap peminjam PTPTN.

Katanya menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan.

“Adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

CCRIS patut diguna kutip hutang kroni bukan PTPTN

Oleh: Rafizi Ramli

Saya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN.

Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat “U-turn” dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.

PTPTN-Grafik-baru1Pada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang.

Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini.

Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.

YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?

Di mana suara kasar dan lantang YB Saudara Khairy Jamaluddin dalam perkara-perkara berikut:

1. Hutang-hutang negara yang dimaafkan kepada rakan-rakan rapat Umno/Barisan Nasional seperti Tan Sri Tajuddin Ramli (hutangnya RM600 juta)?

2. Hutang-hutang negara yang tidak dikutip dari pemimpin Umno/Barisan Nasional seperti keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang masih berhutang RM250 juta dengan rakyat apabila projek lembu yang dianugerahkan mereka gagal?

3. Pampasan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional seperti pampasan tol dan subsidi gas kepada penjana bebas?

Saya percaya rakyat umumnya marah apabila kerajaan melalui PTPTN mengambil cara kasar mahu mengutip hutang berjumlah beberapa ribu ringgit dari rakyat biasa, sedangkan tindakan sebegitu tidak pula dikenakan kepada peminjam-peminjam besar dari kalangan kroni yang nilainya berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah peminjam PTPTN ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya YB Saudara Khairy Jamaluddin kekal dengan pendirian awal iaitu menentang tindakan menyenarai hitam peminjam PTPTN dalam CCRIS kerana ada cara-cara lain yang lebih berhemah seperti berikut:

1. PTPTN wajar menetapkan kriteria pendapatan boleh belanja (disposable income) yang mengasingkan di antara peminjam tegar yang mampu membayar tetapi enggan membayar, dari peminjam yang betul-betul tidak mampu.

Contohnya, peminjam-peminjam PTPTN wanita yang surirumah dan mempunyai tanggungan besar sudah tentu lebih sukar membayar berbanding seorang yang telah mengusahakan perniagaan besar.

Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang telah mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya hanya peminjam yang pendapatan boleh belanja (disposable income) bulanan melebihi RM1,000 sebulan (setelah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan) yang perlu ditumpukan oleh PTPTN untuk mengutip hutang.

2. Daripada senarai ini (yang telah mengasingkan peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar), saya cadangkan PTPTN menghubungi mereka dan merundingkan jadual bayaran. PTPTN sendiri mengakui bahawa PTPTN mempunyai maklumat alamat dan berhubung yang lengkap mengenai peminjam-peminjam ini.

Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama-nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar-akhbar dan media harian sebagai cara untuk mendesak mereka membayar.

Cara ini sudah pun digunakan oleh badan-badan biasiswa seperti PETRONAS, Mara dan lain-lain untuk mengutip hutang pendidikan.

Menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan. Sebab itu saya berpendapat adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan.

* RAFIZI RAMLI adalah Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Pandan

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

PKR: BN terpisah dari realiti kepayahan golongan muda

ptptn

PETALING JAYA 22 OGOS: Walaupun BN tunduk dengan bantahan mendadak rakyat berhubung isu CCRIS namun tindakan menteri terbabit menjelaskan BN begitu terpisah dari realiti kepayahan hidup golongan Muda yang dibebani oleh PTPTN.

PKR yang mengadakan sidang media hari ini memperjelaskan permasalahan golongan lepasan siswazah yang dibebani hutang disaat mereka akan memulakan hidup baru.

Ikuti kenyataan media lengkap tersebut.

KAJIAN KEBERHUTANGAN PTPTN DAN TWEETUP #PTPTN 29 OGOS 2013

KEADILAN memandang berat cadangan PTPTN yang dibawa oleh Menteri Pendidikan II, Dato? Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS yang diumumkan minggu ini. Walaupun Barisan Nasional akhirnya tunduk kepada bantahan mendadak rakyat, cadangan yang dibawa menteri itu menunjukkan bahawa Barisan Nasional begitu terpisah dari realiti kepayahan hidup golongan muda yang dibebankan oleh PTPTN ini.

Sehingga kini, kita tidak pernah dimaklumkan sama ada sebarang kajian khusus telah dibuat oleh PTPTN atau Barisan Nasional untuk memahami apakah sebab-sebab sebenar kenapa majoriti peminjam PTPTN menghadapi kesukaran untuk membayar PTPTN.

Kerajaan Persekutuan juga tidak pernah mengumumkan perincian-perincian berikut yang sangat penting untuk memahami masalah ini dengan menyeluruh agar langkah susulan itu tepat dengan punca masalahnya, iaitu:

1. Profail pendapatan bulanan bersih peminjam-peminjam PTPTN ? berapa ramai yang bergaji di atas RM2,500 sebulan, berapa ramai yang bergaji di bawah RM1,000 sebulan dan lain-lain

2. Profail kejayaan mendapatkan kerja atau mendapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusan atau jurusan ? berapa ramai yang masih menganggur, berapa lama diperlukan sebelum mendapat kerja yang setimpal, berapa orang pemegang ijazah yang mendapat kerja berkelulusan lebih rendah seperti diploma dan lain-lain

3. Profail kualiti IPTS yang membawa kesan kepada kemampuan seorang pemegang mendapat kerja ? berapa ramai peminjam yang berakhir dengan ijazah yang tidak diiktiraf, berapa banyak kolej yang tidak menyediakan kemudahan bertaraf university, peratusan kejayaan graduan kolej-kolej swasta dan IPTS mendapat kerja selepas tamat pengajian

Ini adalah contoh-contoh maklumat yang sangat diperlukan untuk membentuk satu pemahaman yang adil mengenai masalah keberhutangan golongan muda.

Barisan Nasional tidak pernah berminat mendalami masalah keberhutangan golongan muda ini dan mengambil pendekatan kasar dengan memukul rata kononnya semua peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.

KEADILAN menggesa Dato? Seri Idris Jusoh supaya tidak lagi pandai-pandai mengumumkan langkah baru menekan peminjam PTPTN sehinggalah maklumat-maklumat ini dikaji sepenuhnya dan dibentangkan di Parlimen.

Sementara itu, KEADILAN akan merintis jalan ke arah memahami masalah keberhutangan peminjam PTPTN dengan melancarkan kajiselidik keberhutangan peminjam PTPTN untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang disenaraikan di atas. Kajiselidik ini boleh disertai oleh semua peminjam PTPTN dengan mengisi satu borang kajiselidik yang boleh dicapai di internet bermula esok, 23 Ogos 2013. Kajiselidik ini akan disebarkan melalui laman-laman sosial, Twitter dan blog.

Keputusan dari kajiselidik awal ini akan dibentangkan dalam satu perjumpaan tweetup #PTPTN yang akan diadakan pada hari Khamis, 29 Ogos 2013 jam 830 malam di Perpustakaan MBPJ, Petaling Jaya. Semua peminjam/aktivis anti-PTPTN dan pimpinan masyarakat dijemput turut serta di dalam tweetup tersebut yang turut bertujuan menyusun gerakan anti-PTPTN dalam sebuah pertubuhan rasmi yang lebih tersusun.

Sudah tiba masanya peminjam-peminjam PTPTN membentuk satu pertubuhan lobi yang berpengaruh supaya mana-mana pihak berunding dengan mereka terlebih dahulu sebelum membuat cadangan, bagi mengelakkan berulangnya peristiwa cadangan penyenaraian CCRIS.

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden
Ahli Parlimen Lembah Pantai

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

NIK NAZMI AHMAD
Pengarah Komunikasi
Timbalan Speaker DUN Selangor

22 OGOS 2013 – mza

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

SAMM: KPN hilang kewarasan untuk batal 1.7j lesen pemandu

edy noor redzuan SAMM 01

SAMM mengecam pengumuman cadangan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membatalkan seramai 1.7 juta pemandu yang di senarai hitam oleh polis trafik jika enggan membayar tunggakan saman lalu lintas.

Ikuti kenyataan media SAMM hari ini

Fiasco Pembatalan Lesen 1.7Juta Pemandu: Siapa Hero Seterusnya?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran kepada pihak berkuasa supaya tidak sesekali menduga kemarahan rakyat apabila seringkali menghadirkan cadangan yang tidak berperi-kemanusiaan.

Pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi bahawa seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik supaya dibatalkan lesen memandu jika enggan bayar baki tertunggak saman lalu lintas, adalah keterlaluan dan umpama hilang kewarasan.

Cadangan ‘jahat’ ini dilihat lebih menjengkelkan dengan alasan kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika Aidilfitri lalu. Apakah kaitan antara tidak bayar saman dengan peningkatan jumlah kemalangan?

Jika KPN tidak berpuas hati dengan statistik kemalangan, sila buat kajian lebih terperinci punca kemalangan berlaku, sudah pasti bukan kerana pemandu tidak membayar saman. Namun pemikiran yang mungkin dipengaruhi oleh kedudukan kantung kewangan kerajaan maka lahirlah idea yang menafikan hak untuk rakyat memandu.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dari menteri sampai ke polis, semuanya seolah berniat untuk menganiaya rakyat. Rakyat yang tersepit dengan kesempitan hidup tidak mampu untuk membayar saman, akhirnya dihukum lagi dengan pembatalan lesen memandu sekaligus bagaikan menghalang seorang ayah menghantar anak ke sekolah.

Jika semalam dapat disaksikan cadangan peminjam PTPTN disenarai dalam CCRIS dan Menteri Belia dan Sukan mendapat nama hasil dari kemelut ciptaan sendiri, kali ini menteri mana pula yang bakal menjuarai isu kononnya membela nasib pemandu yang punya saman ini?

Cukuplah bersandiwara, rakyat bukan bahan eksperimen untuk dicucuk-cucuk dengan cadangan yang menguji kesabaran. SAMM mendesak supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang cadangan, kaji sebelum diumumkan.

SAMM berjanji jika cadangan ini dilaksanakan, SAMM akan menggerak mobilisasi besar mengajak semua pemandu yang mempunyai saman supaya mempertahankan hak untuk ‘hidup’ di tanahair ini. -MZA
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mahasiswa disenarai CCRIS, tarif letrik naik, apa lagi kerajaan mahu?

ptptn (5)

Edy Noor Reduan (RENCANA)

Kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan dan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Mei lalu, akhirnya ‘klimex’ tersebut dibuktikan sebagai titik bermulanya nasib yang lebih malang untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk tempoh 5 tahun, dan tidak mustahil untuk tempoh lagi 50 tahun.

Semua harus sedar bahawa PRU13 adalah peluang terbaik untuk bukan sahaja menyelamatkan negara ini, malah rakyatnya juga. Semua harus sedar betapa perubahan dasar negara ini untuk menjadi lebih mesra rakyat, mesra kepada rakyat dalam erti kata sebenar hanya boleh berlaku selepas tumbangnya regim Barisan Nasional. Ini fakta yang klasik, walaupun masih belum dibuktikan namun ia satu kepercayaan umum.

Minggu ini ada dua berita tidak baik, pertama mengenai kenaikkan tarif letrik dan kedua fasal peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman secara konsisten bakal kehilangan hak untuk ‘hidup’ apabila nama disenaraikan dalam sistem CCRIS. Ini sangat pelik, apakah negara ini sudah rosak apabila pinjaman untuk melanjutkan pelajaran sudah setaraf dengan pinjaman kad kredit, sewa-beli kenderaan dan pinjaman perumahan. Padahal terma ‘pinjaman’ itu sendiri sepatutnya diganti biasiswa.

Kedua-duanya berita di atas punya kesan langsung yang menambah kesempitan hidup rakyat dan diburukkan lagi oleh beberapa siri kenaikan harga barang keperluan asas dan harga perkhidmatan.

Di sebalik keuntungan berbilion syarikat monopoli TNB, khabaran kenaikkan tarif sudah kedengaran sejak awal tahun. Ia dititik-beratkan lagi ketika memasuki musim pilihanraya dengan detonasi kenaikkan tarif letrik akan berlaku sekiranya kerajaan BN kekal memerintah. Nah, ia benar-benar berlaku.

Apakah rasional sebuah syarikat monopoli berkaitan kerajaan yang sudah untung berbilion, menaikkan lagi tarif letriknya. Tidak kiralah apa jua alasannya samada untuk menampung kos operasi TNB atau menokok tembolok pengusaha IPP, soalnya mengapa rakyat terus menjadi mangsa? Sebagai syarikat monopoli yang mana tiada satupun bil letrik dibayar kepada pihak selain TNB, sepatutnya tidak mencari keuntungan syarikat semata-mata tetapi rakyat yang menjadi pelanggan setia ini juga perlu dipelihara.

Kerajaan sepatutnya menyebelahi rakyat, sepatutnya menjadi pelindung rakyat, kerana itu kerajaan itu dipilih rakyat. Namun apakan daya, ini kerajaan 47 peratus, kerajaan undi pos, kerajaan dakwat pewarna makanan, penyangak yang menipu ini mana mungkin berniat menjaga rakyat.

Rungutan mula kedengaran, tarif letrik dikatakan mula naik mendadak sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, kenaikkan luar biasa ini berlaku setelah pengenalan meter letrik jenis baru. Ia bukan kes terpencil, pengalaman kenaikkan bil secara luar biasa ini dirasai semua.

Jika sebelum ini ramai pengguna yang kurang berkemampuan dan tidak punya banyak perkakas elektrik mendapat manfaat bil letrik percuma apabila mempunyai bil bawah RM20, kini angka RM20 sebulan itu hampir mustahil dicapai dengan penggunaan meter baru yang serba kejam. Itu belum lagi dikira kenaikkan tarif letrik.

Rakyat yang cuba meminimakan penggunaan eletrik, bergelap demi sedikit ‘cahaya’ supaya mendapat pengecualian RM20, namun keistimewaan ini ditarik secara terancang. Apakah kenaikkan tarif ini juga satu cara untuk pastikan semua bil letrik melebihi RM20 dan seterusnya tercicir dari dikecualikan pembayaran?

Inilah bonus kepada rakyat Malaysia hasil dari kekalnya sebuah kerajaan korup yang bermodalkan retorik ‘negara aman’. Lebih menarik, minggu ini kita dikurniakan ‘bonus kombo’ apabila dua hadiah musibah dipakejkan sekali. Sedang menunggu giliran untuk diberikan kepada rakyat termasuklah pelaksanaan cukai GST sepenuhnya, pengenalan TPP dan seribu kamera AES sebagai bonus minggu akan datang.

Justeru, apa lagi yang kerajaan mahu dari poket rakyat? Apakah rakyat hanya perlu pasrah dan berserah?

Kami dari SAMM tidak sesekali menyerah. SAMM dan beberapa front anak muda serta front mahasiswa telah bertekad mengambil jalan yang lebih radikal demi memastikan keadilan berada di tempatnya. Masa depan kami menjadi pertaruhan demi masa depan seluruh anak bangsa.

Radikal? Radikal itu bukan maksudnya bakar kereta, mohon jangan ditafsir dengan sifat bebal. Sifir ‘jangan gopoh’ dan sifir ikut saluran petisyen yang digunapakai akhirnya memakan diri apabila sekali lagi diperbodoh oleh regim penyangak. Bodoh ini dibayar pula dengan jumlah jutaan ringgit – ini contoh kebodohan berbayar.

Bagi SAMM, penipuan pilihanraya yang didalangi oleh SPR perlu dibangkitkan semula. Jawatankuasa SPR perlu diburu selagi tidak melepaskan jawatan masing-masing. Ingatlah bahawa hak rakyat untuk menikmati penurunan harga petrol seterusnya kelegaan harga keperluan asas dinafi oleh demokrasi mati, hasrat mahasiswa untuk PTPTN dimansuh turut dimusnahkan gara-gara penafian hak menukar kerajaan.

Dataran Merdeka wajib menjadi sasaran supaya diduduki sebagai tanda protes dan bantahan khususnya di atas penafian demokrasi yang berterusan. BERSIH 4.0 dilihat platform terbaik untuk perlawanan terbaru.

Akhir sekali, mungkin ada yang bertanya mengapa ulasan saya mengenai nasib peminjam PTPTN yang disenarai CCRIS sangat minima dalam tulisan ini, cukuplah sekadar saya berpesan kepada peminjam PTPTN yang disenarai-hitam: Ayuh lawan, atau melaratlah sampai mati! Sad but true…

 

* Edy Noor Reduan ialah Aktivis Blogger , Pengarah Propaganda SAMM