Categories
SELANGOR

RM1.33 juta peruntukkan MARRIS digunakan di Daerah Klang

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 NOV: Sejumlah RM1.37 juta peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) digunakan bagi pembangunan jalan luar bandar daerah Klang.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak RM1.33 juta atau 96.63 peratus telah dibelanjakan untuk 12 projek.

“Setakat ini bakinya sekitar RM46,000. Antara pembangunan yang dilakukan adalah kerja baik pulih dan menurap semula jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan mulut yang dikemukakan ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Katanya, sebanyak 49 batang jalan sepanjang 15.534 kilometer atas lot persendirian telah didaftarkan MARRIS.

Menurutnya, antara jalan yang dinaik taraf di DUN Meru adalah Lorong Dalilah, Lorong Ciku dan Lorong Gelanggang Futsal di Kampung Bukit Kapar.

 

Categories
SELANGOR

Tiga ajaran sesat ancam negara

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 7 NOV: Sebanyak tiga aktiviti penyebaran ajaran sesat dikenal pasti mengancam ketenteraman awam dan berbahaya kepada negara.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, antara ajaran sesat terbabit ialah ajaran Millah Ibrahim @ Abraham (Millah Abraham), fahaman Syiah dan kumpulan militan Daesh.

“Ajaran Millah Abraham menjalankan usaha menjadikan negara baharu dan menghasut ahlinya melakukan apa juga tindakan bagi mencapai objektif di bawah ajaran meskipun bertentangan dengan norma masyarakat.

“Fahaman Syiah pula boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menolak prinsip al-islam Wal Jamaah yang dominannya di Selangor.

“Sementara, kumpulan militan IS (Daesh) mempromosikan perang ideologi dan merekrut ahlinya untuk aktiviti keganasan.

“Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat dalam membanteras gejala ajaran sesat di Selangor,” katanya sambil menambah terdapat 19 ajaran sesat masih aktif di Selangor.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Dewan Negeri Selangor (DNS), pagi ini.

Pada masa sama, Ahmad berkata, kedatangan pendatang juga menjadi salah satu punca pembawakan aktiviti ajaran sesat di Selangor.

Categories
SELANGOR

Tiada lantikan tetap, guru JAIS Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan Negeri tidak melaksanakan proses serapan daripada jawatan kontrak kepada jawatan tetap bagi lantikan guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagaimanapun, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Kerajaan Negeri giat melaksanakan inisiatif baru bagi mengukuhkan peranan guru JAIS seluruh negeri.

“Dalam usaha melaksanakan peranan guru-guru JAIS, Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif baru selaras dengan keperluan masa kini, antaranya pengurusan latihan, pengurusan tekanan, pengursuan pentadbiran sekolah, komunikasi, penulisan kajian dan pengurusan kewangan.

“Selain itu, pengajaran dan pembelanjaran interakftif, pelaksanaam pembelanjaran holistik, kaedah penulisan jawi, pembinaan bantuan pendidikan, jati diri dan motivasi, pengurusan displin murid, tarbiah rohani, kursus penyediaan dan kursus penyelanggaraan komputer dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukhyi di Dewan Negeri Selangor (DNS), pagi ini.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berkata, Kerajaan Negeri turut menggalakkan guru kontrak JAIS mengikuti program perguruan di peringkat negeri.

“Guru ini boleh mengikuti Diploma Pendidikan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), namun kita tidak memberi jaminan akan adanya proses serapan bagi lantikan tetap itu,” katanya.

Categories
AGAMA SELANGOR

Kadar perceraian cecah separuh jumlah perkahwinan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 20 OGOS: Kadar perceraian di Selangor membimbangkan Kerajaan Negeri apabila pada 2016 mencatatkan kira-kira separuh daripada jumlah perkahwinan didaftarkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata, pada 2016 kira-kira 12,570 perceraian berlaku berbanding jumlah perkahwinan didaftarkan di antara 24,000 hingga 26,000 perkahwinan.

” Bermakna separuh jumlah perkahwinan berdaftar itu juga adalah perceraian. Ini cukup menggusarkan kita,” kata Ahmad Yunus pada Karnival Kampungku Kesayanganku di Kampung Parit Baru di sini.

Jelasnya, perkahwinan di bawah usia 10 tahun merupakan golongan tertinggi bercerai di mana lebih 50 peratus daripadanya melibatkan perkahwinan berusia tiga hingga lima tahun.

“Terdapat empat fasa, fasa pertama adalah fasa bulan madu iaitu perkahwinan berusia sehingga lima tahun hinggalah fasa usia emas. Selepas perkahwinan masuk tahun ketiga hingga kelima paling mencabar,” katanya lagi.

Katanya, beliau akan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memperuntukkan belanjawan lebih tinggi supaya beliau dapat memperkasakan program untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan memfokuskan terus kepada golongan sasaran.

Katanya lagi, walaupun institusi kekeluargaan merupakan institusi terkecil namun memberi kesan kepada anak-anak dan seterusnya untuk membangunkan negeri dan masyarakat.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor peduli agenda pembangunan pendidikan agama

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JULAI: Kerajaan Negeri menyangkal dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kononnya pentadbiran Selangor gagal melaksanakan agenda pembangunan pendidikan agama secara konsisten.

Exco Hal Ehwal Agama, Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, komitmen itu dilaksanakan merangkumi aspek pembangunan madrasah intergrasi tahfiz dan maahad tahfiz seluruh negeri.

Katanya, tumpuan itu turut membabitkan keperluan penambahbaikan sistem pendidikan aliran agama dan kenaikan tangga gaji guru sekolah agama di Selangor.

“Ini dibuktikan menerusi penambahan jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2017 lalu termasuk peningkatan elaun sehingga RM1,500 kepada guru agama di sekolah intergrasi negeri.

“Kenaikan itu membabitkan peruntukan mencecah RM20 juta bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Khaled sebelum ini dilaporkan mendakwa kononnya hanya Johor negeri yang giat melaksanakan agenda pendidikan menerusi pembangunan sekolah agama membabitkan warganya.

YunusBagaimanapun, Ahmad Yunus berkata, agenda pembangunan pendidikan agama negeri giat dilaksanakan secara komprehensif di Selangor melangkaui peranan peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Dakwaan Menteri Besar Johor itu tidak benar. Kita di Selangor mempunyai beratus sekolah agama bagi Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Intergrasi di 11 buah daerah dan empat Maahad Tahfiz Intergrasi Negeri.

“Selain itu, sebuah lagi Mahad Tahfiz di Pandan sedang dalam proses pembinaan dan ia membuktikan komitmen kami memberdayakan aspek pembangunan pendidikan agama di Selangor.

“Pada masa sama untuk pelan jangka panjang, Kerajaan Negeri turut mensasarkan membina lebih banyak lagi maahad tahfiz di semua daerah seluruh Selangor selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2017 mengumumkan peruntukan RM13 juta bagi pembaikan infrastruktur pendidikan aliran agama membabitkan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Categories
SELANGOR

Lunas zakat, imarah keberkatan hidup

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 16 JUN : Masyarakat Islam seluruh negeri diwajibkan menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat fitrah seiring tuntutan Islam terhadap mereka yang berkemampuan menunaikan rukun Islam keempat itu.

Exco Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, ia sebagai jaminan mencari keredhaan Allah di sepanjang Ramadan penuh nikmat ini.

“Ini kewajipan kita, sebagai seorang Islam yang dituntut menunaikan zakat fitrah. Kewajipan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan meneruskan kehidupan yang lebih baik.

yunuskhairi-web4“InsyaAllah, melaksanakan tanggungjawab ini pastinya tersimpan seribu rahmat dan keberkatan dari Allah ke arah mensejahterakan bumi Islam yang kita cintai ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, petang ini.

Terdahulu, masyarakat Islam seluruh negeri berkelayakan diwajibkan mengeluarkan zakat pada kadar, RM7 seorang.

bayaran-zakatLembaga Zakat Selangor (LZS) sebelum ini melantik 2,600 ketua dan penolong amil fitrah sepanjang Ramadan ini bagi tujuan kutipan zakat fitrah seluruh negeri.

LZS juga membuka 28 cawangannya di seluruh negeri, tujuh hari seminggu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk hari bekerja dan dari jam 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad serta cuti umum.

Dalam perkembangan lain, LZS mensasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM22.5 juta daripada umat Islam di negeri itu.

Categories
SELANGOR

RM167 juta bina dan baik pulih tujuh masjid

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sejumlah RM167 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih tujuh masjid di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini.

“Buat masa ini, kita tidak mula apa-apa kerja permbinaan kerana ada proses yang perlu diikuti dan makan sedikit masa.

“Bagaimanapun, kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau hadir di Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi di Dataran Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Beliau turut ditanya gesaan membina Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor yang didakwa dijanjikan sejak 2013.

YunusDr Yunus berkata, beliau akan menyemak isu berkenaan dan menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Saya akan lihat semula namun isu pembinaan masjid atau surau ini kebiasaannya membabitkan isu tanah.

“Kadangkala dikatakan sudah wakaf tetapi apabila kita lalui proses selanjutnya terdapat masalah. Apapun, Kerajaan Negeri akan semak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penduduk Kampung Melayu Rasa menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji membina masjid selepas empat tahun tergendala.

Mereka mendakwa peruntukan RM3 juta sudah disediakan melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan itu.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kembalikan nostalgia bola sepak

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 6 APRIL: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup 2017 yang akan berlangsung di Stadium Jugra, Telok Datok, pada 8 hingga 9 April ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kejohanan yang memasuki edisi kedua itu mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

“Kejohanan ini mampu mencungkil bakat baru dan diketengahkan sebagai pemain berkebolehan juga disegani, suatu masa nanti.

“Ia juga bakal menjadi pemangkin semangat anak muda menyertai kejohanan bola sepak yang dahulunya cukup terkenal di kampung mahupun persada dunia,” katanya dalam kenyatan.

Pada masa sama, Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Negeri Sijangkang menyeru anak muda dan peminat bola sepak khususnya penduduk Kuala Langat menyertai serta menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung itu.

Katanya, PBMS akan bertanggungjawab mengetengahkan bakat anak muda yang dilihat berpotensi.

Kejohanan itu bakal menawarkan hadiah wang tunai dan medal bernilai lebih RM5,000.

-AA-

Categories
SELANGOR

80 pengadu terima pendahuluan nafkah SBSK

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 MAC: Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) meluluskan 80 penerima pendahuluan nafkah membabitkan perbelanjaan RM307,530.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sumber kewangan pembayaran pendahuluan nafkah tersebut adalah daripada dana Akuan Amanah SBSK yang disumbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Pembayaran pendahuluan nafkah ini bukanlah suatu bantuan mutlak tetapi ia merupakan suatu pendahuluan nafkah dikutip semula oleh SBSK daripada pihak bekas suami atau bapa ingkar melaksanakan perintah nafkah selepas kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah selesai.

“Pembayaran nafkah SBSK ini juga bukanlah untuk mengambil tanggungjawab bekas suami atau bapa dalam melaksanakan tanggungjawab sebaliknya membantu meringankan beban ibu dan anak-anak,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pembahayaran pendahuluan itu juga bertujuan membantu memastikan perintah Mahkamah Syariah dikuatkuasakan terhadap mereka bertanggungjawab.

Difahamkan, seramai 903 pengadu terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan bekas isteri mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan SBSK.

Jumlah itu adalah berdasarkan kepada statistik kes atau aduan yang diterima di SBSK bermula 2009 sehingga Disember 2016.

-nR-

Categories
SELANGOR

SBSK selesai kemelut nafkah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 MAC: Melihat keruncingan kes pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) membantu 606 kes tuntutan nafkah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga Disember 2016, sebanyak 606 kes tuntukan nafkah dibawa ke Mahkamah untuk tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 449 kes telah berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam prosiding Mahkamah.

“SBSK membantu dari segi nasihat guaman secara pecuma kepada. SBSK juga menggunakan aplikasi e-Nafkah bagi memantau perintah nafkah agar masalah kelewatan dalam pengendalaian kes dapat diatasi,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Yunus berkata, adalah menjadi keutamaan SBSK memastikan kepentingan dan kebajikan golongan berhak menerima nafkah terutama anak-anak.

“Apabila sisatan dijalankan dan mendapati bekas suami tidak membayar nafkah, maka tindakan penguatkuasaan bersesuaian dibincangkan.

“Antara tindakan penguatkuasaan termasuklah perintah tahanan pendapatan tenaga (potongan gaji), Notis penghakiman, penyitaan dan penjualan, hiwalah (penahanan harta penghutang bagi penghakiman melalui pihak ketiga) atau penghkomitan,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

3K junjung titah Sultan jadikan Selangor tanda aras kepimpinan Islam

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 18 MAC: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) pada tahun ini membawa mesej dititahkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menjadikan Selangor sebagai tanda aras ketamadunan kepimpinan Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata tema ini bersesuaian dengan senario semasa yang menyaksikan terdapat banyak kes salah laku melibatkan pemimpin sejak akhir-akhir ini.

“Penerapan yang kita bawa dalam Karnival 3K tahun ini berkaitan dengan soal kepimpinan terutamanya masyarakat Islam supaya mengambil peranan dalam titah DYMM Sultan Selangor supaya Selangor dijadikan penanda aras ketamadunan kepimpinan Islam.

YUNUS HAIRI“Ini amat bertepatan dengan keadaan hari ini di mana setiap hari kita dengar isu salah tadbir urus, salah laku pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya dan saya kira penerapan inilah yang kita nak bawa kepada pemimpin di Selangor tak kita pemimpin dalam keluarga atau jabatan, agensi, malah ke peringkat Kerajaan Negeri.

“Kita mahu tadbir urus yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti itu akan diterapkan dalam kepimpinan di semua lapisan peringkat,” kata Ahmad Yunus kepada SelangorKini selepas merasmikan Karnival 3K di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar di sini, malam tadi.

Jelasnya, selain itu Karnival 3K turut membawa agenda memperkasakan aqidah ahli sunnah wal jamaah berikutan semakin banyak kefahaman dan ajaran sesat menggugat kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Katanya, turut disampaikan melalui Karnival 3K tahun ini adalah mesej memperkasakan institusi kekeluargaan supaya melahirkan generasi baik pada masa hadapan.

-nR-

Categories
SELANGOR

JAIS buat laporan polis susulan provokasi Jamal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 FEB: Siasatan lanjut sedang dijalankan Kerajaan Negeri berhubung penggunaan van jenazah yang diheret Gabungan NGO Melayu Malaysia ketika demonstrasi di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak dengan sengaja bersengkongkol menjayakan provokasi Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Kerajaan Negeri sudah berbincang berkenaan perkara ini dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebentar tadi, manakala Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan buat laporan polis dan siasatan akan dilakukan.

“Masjid yang terlibat juga bakal diambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, SelangorKini diberitahu sumber bahawa pemandu van terbabit dimaklumkan pihak Jamal kononnya terdapat sesi penggambaran di SUK.

Yunus“Pemandu ini dimaklumkan khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi penggambaran di SUK dan dibayar pada kadar RM300 seorang.

“Sebaik tiba, lain pula jadinya,” kata sumber berkenaan.

Semalam, Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar membawa 16 van jenazah menggegar pintu utama SUK.

Tiba kira-kira jam 11 pagi, Jamal dilihat berpakaian seperti penggali kubur dan turut membawa cangkul serta kemudiannya bertindak mengusung keranda.

Beliau mendakwa ia sebagai simbolik penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian berjumlah RM200 juta.

Sebelum ini, Jamal juga pernah mencetus provokasi dengan membaling baldi, menyusun katil, malah pernah bertuala sahaja di hadapan pintu masuk SUK.

-AA-