Categories
NASIONAL

Syarikat, individu bina bangunan di tanah kerajaan diminta tampil berunding

PUTRAJAYA, 9 FEB: Syarikat atau individu yang membina bangunan di tanah kerajaan di sekitar ibu negara diminta tampil secara sukarela untuk berunding dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan bersedia untuk berbincang dengan mereka yang terbabit, selain memberikan tempoh masa mencukupi bagi memudahkan urusan pemindahan dan sebagainya.

Katanya, terdapat banyak kes salah guna tanah kerajaan dan kebanyakannya menggunakan campur tangan politik sehinggakan ada dewan orang ramai digunakan parti politik dan pendapatan itu masuk ke bahagian atau cawangan parti politik berkenaan.

“Dalam kes ini, tidak perlu tunggu untuk kementerian dedahkan. Jika rasa terbabit datang jumpa saya dan juga DBKL, kita akan uruskan kes ini dengan cara yang berbeza bergantung kepada keadaan masing-masing.

“Bagi memudahkan keadaan, datang jumpa dan ceritakan mengenai latar belakang bagaimana mendapat kebenaran membina bangunan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Memancing Putrajaya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di sisiran tasik Presint 1, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga mempunyai senarai kawasan terbabit dan akan membuat sidang media daripada semasa ke semasa bagi mendedahkan perkara itu.

Namun, katanya, sekiranya ada pihak yang tampil memberi kerjasama perkara itu akan lebih mudah untuk diselesaikan.

“Kita sedang melakukan siasatan secara menyeluruh kerana mungkin ada pihak yang telah mendapatkan kebenaran merancang (DO) atau persetujuan penduduk untuk membina bangunan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Khalid mendedahkan berlaku pencerobohan dua lot tanah kerajaan di Jalan Imbi dan selepas itu beliau turut mendedahkan dua lagi pencerobohan berlaku membabitkan Lot 33600 di Jalan Kuchai Jaya 1, Mukim Petaling dan Lot 27679 di Jalan Gombak, Mukim Setapak.

Mengulas isu pencerobohan tanah itu, beliau berkata, pihaknya memberi tempoh kepada kedua-dua pemilik bangunan untuk berjumpa dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan untuk mencari jalan penyelesaian sehingga akhir Februari ini.

Bagi pencerobohan dua lot tanah di Jalan Imbi pula, Khalid memaklumkan, pihaknya telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sama ada berlaku rasuah atau tidak.

“Di peringkat kementerian, kami telah berbincang dengan PTG dalam mesyuaraat Kementerian Wilayah Persekutuan serta mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

“Untuk kes ini, susah sedikit kerana bangunan dibangunkan mempunyai DO walaupun tanah berkenaan bukan milik syarikat terbabit,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

DBKL tuntut ganti rugi pokok, BERSIH enggan bayar

SHAH ALAM: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak akan membayar tuntutan ganti rugi RM34,150 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran himpunan yang diadakan di ibu negara pada November lalu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah menyifatkan bil itu sebagai ‘mengarut’ dan pihaknya mahu mengetahui bagaimana DBKL menyimpulkan bil itu sebagai jumlah kerosakan pokok

“Mereka tidak sepatutnya mengenakan bayaran itu kepada kami. Kami hanya melaksanakan hak kebebasan berhimpun,” lapor Free Malaysia Today.

Menerusi akaun Twitter, BERSIH 2.0 hari ini memuat naik salinan surat DBKL bertarikh 27 Disember tahun lalu, mendesak NGO itu membayar RM34,500 kerana merosakkan 3,300 pokok sekitar Jalan Ampang.

“Betulkah mereka ada sebanyak itu pokok di Jalan Ampang? Saya tidak tahu ada sebanyak itu,” katanya.

BERSIH - DBKLDBKL mengarahkan Bersih dan Baju Merah membayar bil itu dalam tempoh 2 minggu, berkata mereka akan mengambil tindakan undang-undang jika kedua-dua penganjur berkenaan gagal berbuat demikian.

“Tidak ada keperluan untuk kami bayar, keputusan mahkamah juga berpihak kepada kami yang kerajaan tidak boleh tuntut ganti rugi kerosakan yang berlaku dalam himpunan,” katanya.

Beliau memetik keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang menyatakan tiada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman membenarkan kerajaan membuat tuntutan ganti rugi berhubung kerosakan seperti itu.

-nR-

Rakyat Selangor Bakal Saksikan Mesyuarat PBT Secara langsung – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 14062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sebagai usaha mendemokrasikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri memutuskan supaya setiap PBT menyiarkan mesyuarat bulanan mereka secara langsung di laman web masing-masing.

2. Dewan Negeri Selangor bakal mencipta satu lagi sejarahnya tersendiri, apabila rancangan mewujudkan Parlimen Anak Muda Selangor bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

3. Perhimpunan #Blackout505 tetap akan diadakan di Padang Merbok di sini walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak ingin bekerjasama dengan penganjurnya.

4. Gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan program “countdown” sebelum berlangsungnya perhimpunan aman #Blackout505 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 22 Jun nanti.

5. Sebanyak 500 padang di kawasan perumahan akan dibina dan peralatannya diganti dalam tempoh lima tahun oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Selangor.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

PR Fail 24 Petisyen Kerusi Parlimen, Saman Pengerusi SPR, Cabar Seksyen 9A – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 10062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen pilihanraya PRU13 membabitkan 24 kerusi Parlimen bermula hari ini sehingga Rabu. Manakala bagi kawasan Dun pula, 10 petisyan akan difailkan.

2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai alasan untuk menghalang Black 505 di Padang Merbok, 22 Jun ini.

3. Sekretariat Himpunan #Black505 hari ini memutuskan untuk menangguhkan tarikh perhimpunan aman itu dari 15 Jun kepada 22 Jun depan, bermula jam 12 tengahari.

Categories
NASIONAL

Guan Eng : CJMY Lebih Telus Dari Media Perdana

PULAU PINANG 21 MEI : Sesuatu berita itu seharusnya disampaikan dengan penuh profesionalisme dan integriti tanpa mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan, demikian ucap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menghadiri Malam Gala Konferens CJMY (Kewartawanan Warganegara Malaysia) di sini baru-baru ini.

Beliau turut melahirkan rasa senang hati dengan kewujudan Kewartawanan Warganegara yang dilihat lebih telus dalam menyampaikan berita yang kebanyakkannya sengaja diabaikan oleh media arus perdana.

“Sejak akhir 2008, Kewartawanan Warganegara di seluruh Malaysia tanpa mengenal penat lelah menyampaikan berita dari semua aspek termasuk cerita-cerita yang sentiasa diketepikan oleh media arus perdana selama ini.

“Secara tidak langsung, usaha ini memberi ruang dan peluang kepada penonton dan pembaca untuk melihat sisi lain sesuatu cerita atau berita, yang biasanya tidak hadir dalam laporan media arus perdana,” ucap Guan Eng yang turut bertindak melancarkan Portal Terbaru CJMY.

Dalam majlis yang sama juga, beliau mengutuk sekeras-kerasnya sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disifatkannya memalukan Malaysia.

“Mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku yang melakukan aksi memualkan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan malah ketiadaaan sebarang tindakan seolah-olah merestui segala perbuatan yang tidak senonoh itu.

“Sedangkan Datuk Ambiga tidak melakukan sebarang jenayah, dia tidak meletupkan orang dengan C4, tidak menyalahgunakan dana rakyat membeli kondominium tetapi dia diperlakukan seolah-olah dia mengancam negara sehingga ingin dipenjarakan dan ingin dibuang negeri,” tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mengulas lanjut, beliau berkata segala perbuatan tidak bermoral terhadap Ambiga hanya tindakan terdesak dan dengki Umno-BN ekoran kejayaan Bersih 3.0 mengumpulkan 300, 000 rakyat demi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.