Categories
NASIONAL SELANGOR

Ketua Pembangkang Selangor Terkedu Gagal Kemuka Fakta

Samsuddin Lias Sungai burong

SHAH ALAM, 1 JULAI: Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana perkara daripada Perlembagaan Negara atau undang-undang negara ini yang menghalang rakyat negara ini melakukan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu.

Sebaliknya apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS, Paya Jaras) beliau (Shamsudin) cuba berdalih.

“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin selepas diberikan laluan untuk mencelah.

“Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas ketika membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.

Sebelum itu, Shamsuddin dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.

Shasudin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman #Blackout505 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Menurut Shamsudin kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara.

Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta beliau menjelaskan samada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mat Sabu BLACK505 : Kita Dah Buat Pos Mortem PRU-14!!! (video)

Sinopsis : Sekiranya himpunan black505 dan sidang parlimen tidak merubah kedudukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selagi itulah SPR akan terus menjadi barua kepada Umno-BN kata Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.

Umno-BN juga akan membuat persempadanan semula yang akan mengumpulkan pengundi Melayu di kawasan calon-calon mereka dan menjadikan jumlah pengundi tidak seimbang tetapi akan memenangkan calon-calon Umno-BN.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar Black505 : Menang Minoriti Tapi Berlagak Besar (video)

Sinopsis: Penahanan Datuk Husam Musa dan sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus menghina Pakatan Rakyat dan rakyat menunjukkan kesombongan yang keterlaluan walaupun hanya menang minoriti, kata Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya semasa himpunan #Black505 di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini.

 

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gangguan Bekalan Air Libatkan 70 Ribu Pengguna Selesai Lebih Awal- FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 18062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat menyatakan komitmen mereka memerangi jenayah dengan cadangan penubuhan jawatankuasa bersama Polis DiRaja Malaysia dan pemimpin BN.

2. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa BN bukan sahaja tidak menunjukkan kesungguhan, malah tidak boleh diharap untuk menunaikan janji menurunkan 20 peratus harga kereta dalam jangkamasa lima tahun dan 10 peratus harga rumah mampu milik dalam jangka masa setahun seperti yang janjikan dalam Akujanji Pilihan Raya Umum ke-13 BN.

3. Gangguan bekalan air yang dijangka berlaku Khamis ini, melibatkan 70,000 pengguna di sekitar Lembah Klang berjaya diselesaikan dengan lebih awal.

4. Perhimpunan aman membantah penipuan dan penyelewengan pilihan raya, #Blackout505 tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun seperti yang dirancang sebelum ini.

Categories
NASIONAL

PR Sedia Anjur Jawatankuasa Bersama BN Perangi Jenayah

Anwar PC

PETALING JAYA, 19 JUN: Pakatan Rakyat (PR) menyatakan komitmen mereka memerangi jenayah dengan cadangan penubuhan jawatankuasa bersama Polis DiRaja Malaysia dengan pemimpin BN.

Jawatankuasa tersebut boleh membincangkan isu-isu keselamatan rakyat termasuk kaedah terbaik membendung jenayah.

Komitmen tersebut dilahirkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pagi tadi.

“Saya menawarkan bantuan penuh PR kepada pasukan polis untuk bekerjasama dalam menarik orang ramai untuk merapatkan jurang yang semakin meningkat antara kredibiliti dan persepsi masyarakat tentang keadaan sebenar kadar jenayah di negara ini.

“Saya akan membentangkan kepada kepimpinan PR bahawa jawatankuasa yang terdiri daripada PR dan wakil-wakil BN dibentuk segera untuk bekerjasama dengan Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawainya bagi menangani kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan,” kata Anwar.

Walaupun beliau enggan menunding jari kepada mana-mana pihak berkenaan peningkatan kejadian jenayah, Anwar berkata jelas isu ini merupakan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan pasukan Polis.

Jesteru itu beliau berharap agar tahap keyakinan rakyat terhadap keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka dapat ditingkatkan dengan kerjasama pihak bertanggungjawab.

Sementara itu dalam isu berasingan, beliau turut menuntut agar pasukan polis bertindak profesional dengan memberi kerjasama terhadap penganjuran perhimpunan aman #Blackout505 di Padang Merbok Sabtu ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

7 Lokasi Berkumpul : #Blackout505 Berarak Di Padang Merbok – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 1962013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sebanyak tiga lagi Maahad Tahfiz Sains akan dibina di Selangor dengan infrastruktur dan tenaga pengajar yang terbaik bagi melahirkan sejumlah penghafal Al-Quran yang berkualiti.

2. Perserta perhimpunan aman #Blackout505 Sabtu ini diseru agar berkumpul di tujuh ‘check point’ sebelum bergerak bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Padang Merbok.

3. Hasrat empat keluarga tahanan ISA untuk bertemu bapa dan suami di kem tahanan kemunting sempena hari bapa terbantut apabila kehadiran mereka diganggu pihak polis dan anggota Cawangan Khas.

4. Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) menyita dua premis rumah urut kerana beroperasi tanpa lesen dalam satu serbuan yang dijalankan pihaknya di Taman Putra Perdana dan Jalan Mas, Sepang jam 2.30 petang semalam.

Categories
NASIONAL

#Blackout505 22 Jun: Berkumpul di 7 Check Point Sebelum Ke Padang Merbok

flags suara rakyat 505 pj 01

PETALING JAYA, 19 JUN: Perserta perhimpunan aman #Blackout505 Sabtu ini diseru agar berkumpul di tujuh ‘check point’ sebelum bergerak bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Padang Merbok pada hari tersebut.

Tujuh ‘check point’ tersebut adalah :

1) Brickfields diketuai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arulchelvan dan Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Marina Chin.

2) Masjid Negara – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, MP Shah Alam Khalid Samad

3) Jalan Pudu – Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Setiausaha Organisasi Parti DAP, Anthony Loke, Ketua Gerakan anti Lynas, Wong Tack, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

4) Jalan Raja Laut (ibupejabat Pas) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

5) Jalan Raja Laut (Sogo) – Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas-bekas pesara tentera

6) Universiti Malaya – aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan

7) Pekeliling – Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK.

Kumpulan-kumpulan tersebut akan bergerak ke Padang Merbok selepas solat Zohor dan bergabung di padang tersebut kira-kira jam 2.00 petang.

Demikian menurut MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.

Berita penuh menyulus selepas ini….

 

Rakyat Selangor Bakal Saksikan Mesyuarat PBT Secara langsung – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 14062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sebagai usaha mendemokrasikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri memutuskan supaya setiap PBT menyiarkan mesyuarat bulanan mereka secara langsung di laman web masing-masing.

2. Dewan Negeri Selangor bakal mencipta satu lagi sejarahnya tersendiri, apabila rancangan mewujudkan Parlimen Anak Muda Selangor bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

3. Perhimpunan #Blackout505 tetap akan diadakan di Padang Merbok di sini walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak ingin bekerjasama dengan penganjurnya.

4. Gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan program “countdown” sebelum berlangsungnya perhimpunan aman #Blackout505 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 22 Jun nanti.

5. Sebanyak 500 padang di kawasan perumahan akan dibina dan peralatannya diganti dalam tempoh lima tahun oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Selangor.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Himpunan #Blackout505 Padang Merbok Ditunda Pada 22 Jun?

blackout suara rakyat 505 01

SHAH ALAM, 8 JUN : Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dirancang pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, mungkin ditunda ke hari Sabtu minggu berikutnya.

Bagaimanapun, keputusan menunda tarikh perhimpunan itu tertakluk kepada kesanggupan pemilik Padang Merbok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran menggunakan lokasi itu pada 22 Jun nanti.

Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, keengganan DBKL berbuat demikian bakal menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain turun ke Dataran Merdeka pada 15 Jun nanti.

“Kita akur penganjur kitar semula telah mengambil padang tersebut sebagai venue pada pagi hari sama. Namun kita sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan pihak penganjur larian itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang diberikan pihak berkuasa untuk pergi ke satu tarikh, minggu lagi satu (22 Jun) yang juga agak praktikal kerana rapat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen.

“Katakanlah kita dah cukup berunding, tetapi sekiranya kamu masih bermain, tidak mahu beri gunakan Padang Merbok, kami minta maaf kalau rakyat mengadakan protes dengan lebih besar lagi di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi TV Selangor.

Pada masa ini perbincangan antara seketariat penganjur Perhimpunan #Blackout505 bersama pihak berkuasa dan DBKL masih lagi dijalankan.

Badrul Hisham juga yakin keputusan menundakan perhimpunan #Blackout505 ke 22 Jun mampu memberi impak sambutan lebih besar kerana hampir dengan sessi pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti.

“Saya yakin, pada Isnin nanti seketariat penganjur akan membuat pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar perhimpunan ini,” kata Badrul Hisham lagi.

Sebelum ini seketariat penganjur bersetuju menukar rancangan asal mereka mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka ke Padang Merbok seperti yang disarankan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas itu, seketeriat penganjur #Blackout505 dimaklumkan bahawa larian kitar semula telah terlebih dahulu padang tersebut.

Keadaan tersebut menyebabkan seketariat penganjur #Blackout505 terpaksa mempertimbangkan semula rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan pada 15 Jun nanti.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tony Pua : Janji BN Turun Harga Kereta Tidak Ditepati – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 29052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Slogan BN ‘Janji ditepati’ terus dipertikai apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata adalah mustahil untuk kerajaan persekutuan menurunkan harga kereta dalam tempoh lima tahun ini.

2. Meskipun menghadapi berbagai rintangan dari pihak polis, Pakatan Rakyat akan terus menganjurkan perhimpunan aman Blackout505 bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang sarat dengan penipuan dan penyelewangan.

Bagi bulan Jun, empat lokasi telah ditentukan untuk perhimpunan tersebut.

Categories
NASIONAL

Johari : #Blackout505 Diteruskan Di Empat Buah Negeri

johari abdul 01

PETALING JAYA, 29 MEI: Perhimpunan aman #Blackout505 akan diteruskan Jun ini melibatkan empat lokasi yang ditentukan penganjur.

Perkara ini diumumkan Pengarah Perhimpunan Blackout 505, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media hari ini.

Tarikh baru perhimpunan #Blackout505 adalah:

10 Jun – Perlis

11 Jun – Sungai Petani, Kedah

12 Jun – Kota Bharu, Kelantan

14 Jun – Batu Pahat, Johor

Menurut Johari, perhimpunan diteruskan dengan tiga asas tuntutan reformasi pilihan raya yang perlu dipatuhi kerajaan.

Tiga asas tuntutan adalah keseluruhan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang meletakkan jawatan di atas kegagalan mereka memastikan Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU-13) berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.

Sehubungan itu, satu pasukan SPR baru dilantik dan dipersetujui bersama dengan Pakatan Rakyat dan kumpulan masyarakat sivil yang mewakili rakyat untuk merangka reformasi SPR untuk dibentang serta dipersetujui di Parlimen kelak.

Asas kedua adalah pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh dibawa.

Sementara asas ketiga adalah menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehingga anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh kesemua pihak dibentuk.

Tegasnya lagi, tuntutan yang dikemukakan adalah jelas untuk dipenuhi supaya pembaharuan selepas penipuan PRU-13 boleh bermula.

“Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang menyertai #Blackout505 di seluruh Malaysia.

“Ia menjadi lambang baru kesedran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 pertaus rakyat yang menyokong reformasi dan pembaharuan di negara ini,” ujar beliau lagi.