Categories
SELANGOR

Pelan induk pertanian tingkat hasil bantu petani

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan Negeri sedang merangka pelan induk pertanian secara menyeluruh bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negeri.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pelan terbabit bakal dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) yang bertanyakan pelan pertanian supaya Kerajaan Negeri tidak bergantung hasil pertanian dari luar.

Selangor Fruit Valley“Kita meningkatkan hasil pertanian supaya hasil pertanian itu dapat dinikmati dalam negeri dan tidak terlalu bergantung hasil luar dari luar,” katanya.

Zaidy (PAS-Taman Templer) berkata, hasil pertanian melalui projek Fruit Valley yang dilaksanakan di Kuala Selangor dapat dinikmati bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun depan.

“Hasil itu ditingkatkan selepas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengambil langkah memulihara kawasan itu.

“Antaranya memulihara kesuburan tanah, penggunaan baja perosak, mengemaskini sistem saliran, menaik taraf jalan pertanian, mengadakan program latihan dan mengadakan tanaman rempah ratus,” katanya.

Katanya, antara tanaman yang sedia ada di kawasan itu ialah jambu batu, belimbing, kelapa pandan, tembikai, pulasan dan lain-lain.

“Projek pembangunan usahawan tani dimulakan. Sejumlah 156 hektar tanah digunakan untuk menanam beberapa jenis tanaman dan hasil mula kelihatan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: “Kenapa tanah milik MARA terlepas, Umno diam?”

SHAH ALAM 8 APR: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mendedahkan tanah milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) Holdings terlepas ke kaum lain tidak dipertahankan pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan hak Melayu.

Katanya tanah di sebelah Projek Datum Jelatek iaitu Express Nasional Berhad milik MARA Holdings mempunyai dua lot berkeluasan lebih 8,400 meter persegi dijual kepada sebuah syarikat asing.

DNS-2015-small“Tanah itu sudah bertukar tangan kepada Cina, dengan Adun Sungai Burong dan Permatang diam kerana tunduk kepada taukey Cina, tetapi nak lawan untuk orang Melayu di Selangor ini.

“Mengapa tanah milik MARA Holdings boleh terlepas kepada taukey Cina?, jawab,” kata Mohamed Azmin di sidang Dewan Negeri Selangor.

Mohamed Azmin berkata tidak wajar pemimpin Umno mengkritik pembangunan Projek Datum Jelatek bagi meningkatkan nilai hartanah kaum Melayu.

“Sekurang-kurangnya Datuk Jelatek masih lagi dimiliki Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) anak syarikat kerajaan negeri.

“Tetapi tanah milik MARA asalnya seluas 8,400 meter persegi bertukar tangan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Bas percuma: Rakyat diutamakan, warga asing kena bayar

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 24 NOV : Kerajaan negeri disaran mengenakan bayaran kepada warga asing bagi perkhidmatan bas awam percuma yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata langkah itu harus dilaksana bagi mengelakkan bas awam percuma disalah guna warga asing.

Ng_Sue_Lim_01Katanya, kutipan bayaran ke atas warga asing itu juga boleh digunakan bagi tujuan penyelenggaraan bas berkenaan dan adil kepada rakyat tempatan.

“Warga asing perlu dikenakan bayaran demi mempertahankan hak rakyat tempatan dan pada masa sama, tambang itu dapat digunakan untuk tujuan penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Suee Lim berkata, walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa perkhidmatan bas awam percuma memberikan kelebihan kepada warga asing, inisiatif itu perlu juga dilaksanakan untuk rakyat tempatan sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab, Selangor tetap akan menjaga kebajikan rakyat tidak kira jumlah yang menggunakan bas ramai atau tidak,” katanya.

shuhaimi shafieSementara itu, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji langkah bagi menetapkan beberapa peraturan dalam perkhidmatan bas awam percuma kepada warga asing demi keselesaan rakyat tempatan.

“Mungkin mereka boleh dikenakan syarat tertentu dan tidak salah jika diberikan percuma kerana warga asing itu juga pembayar cukai.

“Kita perlu sedar tidak semua tempat mempunyai ramai warga asing. Jadi perkara itu perlu diimbangi dan tidak boleh menyingkirkan mereka kerana golongan ini juga penyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju menyediakan perkhidmatan bas awam percuma dan pelaksanaan perkhidmatan itu akan diperluaskan ke kawasan luar serta pinggiran bandar jika permintaan meningkat di lokasi berkenaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Harga Rumah Mampu Milik Pasang Siap Selangor Tidak Melebihi RM100,000

MB Bengkel 02

SHAH ALAM 8 FEB : Pakar dari dalam dan luar negara akan dipanggil Kerajaan Negeri berhubung pembinaan projek ?Rumah Mampu Milik Pasang Siap? yang mula dilaksanakan menerusi Belanjawan 2013.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pakar-pakar luar negara dari United Kingdom dan Jepun itu akan diminta memberikan pendapat dan cadangan dalam penyediaan rumah itu nanti dengan cara yang terbaik.

Katanya, hasil pembinaan itu, rakyat akan dapat menikmati dengan harga yang murah iaitu tidak melebihi RM100,000.

“Di Selangor, khusunya Shah Alam, harga tanah semasa tinggi, setiap lima tahun tanah yang berharga RM10 sekaki akan menjadi RM30 sekaki, kalau harga tanah tinggi lagi ramai yang mahu membelinya.

“Jadi untuk rakyat yang tidak mampu, itu kita akan sediakan mereka rumah mampu milik. Dan menjadi polisi Kerajaan Negeri, setiap pembangunan tanah di 10 ekar tanah, mestilah mempunyai projek pembinaan rumah mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Bengkel Pengurusan Tanah negeri bagi tahun 2008-2012 .

Hadir sama Pengarah PTGS, Datuk Kamarulzaman Jamil dan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.

November lalu, dalam sidang Dewan Negeri (DNS) sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan Rumah Mampu Milik melalui projek ?Rumah Mampu Milik Pasang Siap? (Prefabricated Packages Home) yang bakal dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mulai ini menerusi Belanjawan 2013.

Inisiatif itu bertujuan membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran pada ketika ini.

Projek itu diyakini mampu memberi keseimbangan terhadap harga tinggi dalam trend lonjakan harga rumah kesan daripada penawaran dan permintaan pasaran akibat pengambilan untung yang keterlaluan dikalangan pemaju.

Melalui projek itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbaiki kesan-kesan harga pasaran yang terjadi akibat aktiviti persaingan spekulasi dalam perniagaan hartanah.