Categories
SELANGOR

Iftar antara kaum peluang bukan Islam kenali Islam

OLEH AFIX REDZUAN

AMPANG, 17 JUN: Iftar Antara Budaya anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Chempaka membuka peluang kepada masyarakat bukan Islam mengenali agama itu dengan lebih dekat.

Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, majlis itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Katanya, program tahun ini dianjurkan di kawasan majoriti Cina untuk memudahkan mereka hadir.

“Majlis ini terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya berharap apabila masyarakat bukan Islam mengenali Islam yang sebenar, maka kuranglah berlaku salah faham dan masyarakat akan menjadi lebih harmoni,” katanya.

Bermula pada jam 6.00 petang di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Ampang, majlis iftar turut diserikan dengan ceramah dan dialog bersama pendakwah bebas yang tidak asing lagi, Dr Ann Wan Seng.

Terdapat juga pertandingan menulis Jawi untuk masyarakat bukan Islam, pertandingan menulis kaligrafi Cina untuk masyarakat bukan Cina dan pameran penerangan berkenaan Islam.

Program tahunan itu turut dihadiri wakil dari pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum dan agama.

unknown (1)

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Iftar antara budaya kukuh hubungan masyarakat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 JUN: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chempaka akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) antara budaya bagi mengukuhkan hubungan dalam kalangan anggota masyarakat setempat.

Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, majlis bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, pada 17 Jun itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.

“Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan persahabatan dalam kalangan anggota masyarakat selain meningkatkan persefahaman di antara mereka.

“Ini adalah tahun keempat ia diadakan. Sebelum ini kami pernah laksanakan di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah dan Pusat Bandar Pandan Indah,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, lebih menarik, majlis turut dimeriahkan dengan beberapa acara termasuk ceramah dan dialog bersama Dr Ann Wan Seng, peraduan menulis jawi untuk masyarakat bukan Islam, peraduan menulis kaligrafi Cina untuk masyarakat bukan berbangsa Cina dan pameran penerangan berkenaan Islam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Musalmah di talian 0173969518 atau Cik Lee (0122731027).

Categories
NASIONAL

PRK Dun Chempaka saksi pertandingan 5 penjuru

SHAH ALAM, 10 MAC: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka yang berlangsung di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, ditutup jam 10 pagi ini.

Memetik Bernama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ibrahim, Bakri Mat Deris dijangka membuat pengumuman berkenaan PRK itu kemudian dan pengundian dijadual, pada 22 Mac ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu.

pasDUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa; 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara.

Lima orang termasuk wakil PAS iaitu Ketua Urusan Ulama Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad dilihat memasuki pusat penamaan calon itu untuk proses penyerahan kertas pencalonan.

Empat yang lain adalah bekas calon PRK Dun Pengkalan Kubor, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara, Aslah Mamat, 64.

Categories
NASIONAL

PRK Dun Chempaka 22 Mac, penamaan calon 10 Mac

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka, pada 22 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, penamaan calon ditetapkan, pada 10 Mac ini.

sprKatanya, kos PRK Dun Chempaka dianggarkan berjumlah RM810,000.

Kerusi Dun Chempaka kosong apabila penyandang, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

-NFN-

MB: Letak calon kalau Umno ‘anak jantan’

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mencabar Umno meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan DUN Chempaka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pembangunan semula ambil kira kepentingan pemilik asal

iskandar-samad-pink-01

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menggalakan usaha pembangunan semula rumah-rumah pangsa lama kepada rumah mampu milik dalam usaha memberi persekitaran kediaman yang lebih selesa dan harmoni kepada rakyat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad berkata ada cadangan agar rumah-rumah pangsa lima tingkat seperti di Taman Dagang dirobohkan untuk memberi ruang kepada pembangunan semula pangsapuri-pangsapuri baru 12 tingkat bertaraf Rumah Mampu Milik.

Menurut cadangan tersebut, pemilik-pemilik asal akan menerima unit-unit di pangsapuri-pangsapuri baru dengan keluasan sehingga 1,200 kaki persegi secara percuma. Manakala bakinya akan dibuka untuk orang ramai.

“Dengan cadangan tersebut, lebih ramai penduduk akan dapat membeli rumah mampu milik,”katanya  di satu majlis di Menara MPAJ, Pandan Jaya ketika mengulas cadangan dibina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan DUN Chempaka.

Walau bagaimanapun, Iskandar berpandangan cadangan ini lebih sesuai dilaksanakan oleh pemaju swasta. Mereka bolehlah mengajukan cadangan mereka kepada pemilik-pemilik rumah dan mengadakan rundingan dengan mereka.

“Buat masa ini persetujuan 100 peratus diperlukan daripada pemilik-pemilik rumah sebelum pembangunan semula dapat dilaksanakan.

“Ia juga tertakluk kepada polisi-polisi perancangan seperti yang ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan,”jelas Iskandar.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang projek sewajarnya berteraskan pembinaan rumah mampu milik.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Menang Parlimen Pandan DUN Chempaka Dan Teratai

pandan menang 01

PANDAN INDAH, 5 MEI: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dinobatkan selaku Ahli Parlimen Pandan dengan jumlah undi besar, 48,183 undi menewaskan dua lagi pencabarnya.

Rafizi memperoleh 26,729 undi majoriti dengan calon BN, Gary Lim Chin Yee memperoleh 21,454 undi sementara Allan Tan (Bebas) mendapat 2,415 undi.

Keputusan ini sekaligus merampas kemenangan PRU-12 BN melalui Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008. Rafizi yang ditemui selepas itu melahirkan rasa gembira berhubung kemenangan berkenaan.

“Dari dulu saya dah nyatakan kepada parti kita akan menang Pandan kerana pengundi di sini campurannya 48 peratus Cina 45 peratus Melayu dan 7 peratus India,” katanya.

Beliau menafikan bakal dilabelkan sebagai ‘Ajen Cina’ kerana menang hampir semua tempat mempunyai pengundi Melayu. Sebelum ini Rafizi termasuk di dalam radar ‘mesti ditumpaskan’ Umno-BN selain Nurul Izzah Anwar dan Tony Pua.

Katanya taktik berkenaan nyata silap kerana pengundi kini lebih gemar kepada politik segar dan berjiwa muda.

Penyandang DUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad pula mengekalkan kemenangan dengan menewaskan Muhammad Faizal Sufar (Umno-BN) Iskandar memperolehi 23,117 undi sementara calon BN 13,509 undi.

Secara keseluruhan Iskandar menang dengan majoriti 9,608 undi sementara 432 undi rosak. Beliau yang ditemui melahirkan rasa gembira dan tidak menyangka menang dengan majoriti besar.

“Saya melihat kali ini adalah kebangkitan rakyat. Kita jangkakan majoriti adalah 5,000 tetapi hari ini hampir 10,000.

“Kebangkitan bukan dari orang Cina seperti yang dijangka tetapi keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat menerajui negeri.

Sementara itu, Adun baru DUN Teratai, Tiew Way Keng berharap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selepas menang di sini. Way Keng menang dengan 23,578 undi sementara calon BN, Liew Pok Boon mendapat 9,932.

pandan menang 02

“Ini adalah permulaan. Masa hadapan saya kena bekerja kuat untuk memenuhi permintaan penduduk Teratai.

“Sesungguhnya saya percaya Teratai boleh jadi tempat yang mampan, hijau dan sesuai diduduki oleh semua pihak,” katanya.

Secara keseluruhan di Parlimen Pandan, Pakatan Rakyat menang semua kerusi termasuk dua kerusi DUN yang dipertandingkan.

Semua nama calon yang menang diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Abdul Halim Hussain.

Dianggarkan hampir 2,500 orang penyokong hadir pada bagi mendengar pengumuman rasmi yang berlangsung di Dewan Perbandaran Ampang Jaya.

Berikut adalah keputusan rasmi PRU-13:

1) Parlimen Pandan

Rafizi Ramli (PKR) – 48,183

Gary Lim (BN) – 21,454

Allan Tan (Bebas) – 2,415

Majoriti – 26,729

Undi Rosak – 1,022

2) DUN Chempaka

Iskandar Abdul Samad (PAS) – 23,117

Muhammad Faizal Sufar (BN) – 13,509

Majoriti – 9608

Undi Rosak – 432

3) Dun Teratai

Tan Way Keng (DAP) – 23,578

Liew Pok Boon (BN) – 9,932

Jenice Lee (BEBAS) – 1,832

Lim Ah Chai (BEBAS) – 61

Chin Kok Keong (BEBAS) – 115

Majoriti – 13,646

Undi Rosak – 501

Categories
NASIONAL SELANGOR

DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah

AMPANG, 25 MEI : Iskandar Abdul Samad hari ini mendedahkan terdapat pertambahan pengundi meragukan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini serta pertambahan penduduk ketara sejak 2008.

Katanya, di  tiga lorong itu bagi 10 rumah dari 2007 hingga tahun lalu mencatat pertambahan 236 orang dan ini mendatangkan keresahan kepada penduduk.

“Kalau kita lihat yang paling ketara ialah Lorong Cantik di rumah nombor lima, tahun 2007 ada lapan pengundi tetapi yang terkini sehingga 2011 ada 43 pengundi bermakna ada pertambahan 35 orang.

“Tidak mungkin dalam rumah sebegini akan bertambah begini ramai dalam masa empat tahun, begitu juga rumah-rumah lain yang dilihat bertambah hingga satu rumah ada 10 orang baru,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Iskandar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya berhubung pendedahan ‘pengundi hantu’ ini.

Tambahnya ia tidak mungkin dilakukan individu tertentu tetapi pihak berkepentingan.

“Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibiliti SPR ia tidak sepatutnya berdiam diri,” ujarnya.

Seorang penduduk, Mohd Fauzi Ariffin, 26, berkata ayahnya Ariffin Sahak, 76, tinggal bersendirian di rumahnya sejak sekian lama tetapi kini dikatakan terdapat empat penghuni baru yang tidak dikenali.

“Semakan mendapati ada empat orang menetap di rumah saya di Lorong Kemajuan 1. Memang saya tak mengenali dan tak tahu siapa mereka ini.

“Tahun 2007 hanya ayah saya seorang didaftarkan di rumah ini,” katanya.

Iskandar berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dari penduduk tempatan dan ia adalah memeranjatkan.

Malah, siasatan mendapati DUN Chempaka mendapat pertambahan pengundi baru kira-kira 25 peratus, ini menunjukkan peningkatan seramai 8,000 pengundi dari 32 ribu kepada 40 ribu pengundi

“Hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan DUN tertentu di Selangor.

“Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui proses pilihan raya biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.