Categories
SELANGOR

Baucar Back To School banyak bantu pelajar

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 6 DIS: Pemberian baucar dalam program Back To School bagi DUN Subang Jaya dilihat lebih efektif bagi memenuhi keperluan pelajar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, dengan kemudahan sebegitu lebih memberi manfaat kepada pelajar sebagai persiapan untuk kembali ke sekolah.

“Saya lebih suka pemberian baucar kerana pelajar boleh membeli apa yang mereka suka dan perlukan.

“Kita beri beg sekolah kadang kala pelajar tidak suka kerana semua pergi sekolah dengan beg sama,” katanya kepada Selangorkini di sini, hari ini.

Beliau berkata, program berulang juga harus dielakkan supaya dapat mengelak pelajar menerima barangan sama lebih daripada sekali.

Mengulas lanjut, katanya, program Back To School bagi DUN berkenaan akan dijalankan bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Pusat Mebeli Belah MyDin USJ, di sini, esok.

“Kita menganjurkannya setiap tahun dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan beberapa pihak lain di sini.

“Peruntukan kira-kira RM10,000 disediakan dengan anggaran 500 pelajar menyertainya,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

MPSJ ambil tanggungjawab JKR bina hentian bas

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 4 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membelanjakan RM54,000 bagi membina hentian bas di Jalan Kewajipan di sini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata langkah itu bertepatan dengan keperluan mendesak penduduk yang sebelum ini terpaksa menunggu dan berteduh di tangga jejantas.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (3)“Jalan ini merupakan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor namun mereka tidak mempunyai peruntukan untuk pembinaan hentian bas.

“Maka MPSJ mengambil tanggungjawab itu dan JKR pula akan menyelenggarakannya,” katanya.

Beliau berkata, kerja membina hentian berkenaan mula dilakukan pada 8 September lalu dan siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2015.

Wakil Jawatankuasa Penduduk Zon 1, Azlifuddin Mohd Azmin, 50, berkata, hentian bas itu pastinya dapat menjamin keselamatan penduduk terutama pengguna pengangkutan awam.

“Dua tahun lepas pernah berlaku kemalangan maut melibatkan pelajar sekolah yang menunggu bas di bahu jalan.

“Diharap dengan adanya hentian ini, penduduk akan memanfaatkannya dengan baik dan dapat mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Gelanggang Futsal SS13 berwajah baru

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 4 DIS: Sejumlah RM20,000 diperuntuk Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bagi menaik taraf gelanggang futsal di Pangsapuri SS13 di sini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata gelanggang berkenaan dipilih ekoran penggunaannya yang tinggi dalam kalangan penduduk terutama anak muda.

Katanya, kerja naik taraf mula dilakukan pada 2 September dan siap sepenuhnya pada 1 Oktober lalu.

FUTSAL SS13“Kita diminta Kerajaan Negeri untuk memilih mana-mana kemudahan untuk dinaik taraf maka kita memilih gelanggang ini yang mencatatkan rekod penggunaan sangat kerap.

“Diharap dengan fasiliti baru ini, penduduk lebih selesa dan gembira untuk melakukan aktiviti riadah dan sukan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau meninjau gelanggang futsal berkenaan bersama Ahli Majlis, Ken Chia dan beberapa wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1.

Ahli JKP Zon 1, Azlifuddin Mohd Azmin, 50, berpuas hati dengan kerja naik taraf itu dan berterima kasih atas inisiatif Kerajaan Negeri.

“Sejak dibina pada 2008, dua kali kerja naik taraf dilakukan sebelum ini namun hanyalah melibatkan kerja biasa seperti pemasangan pagar.

“Tetapi kini dengan usaha Hannah, kita seolah-olah mendapat gelanggang baru dengan pemasangan pagar lebih tinggi, gelanggang bata yang berkualiti, itu lebih baik,” katanya.

Categories
SELANGOR

Elak sesak, dua laluan alternatif dibuka

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 28 OKT: Penduduk dan pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan di Persiaran Subang Permai di sini berikutan kerja pembetungan dijalankan mulai minggu ini.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kerjasama semua pihak diperlukan bagi menangani masalah terbabit kerana ia tidak dapat dielak dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sudah memberikan kelulusan untuk tujuan berkenaan.

Hannah Yeoh pic“Dijangka semua kerja itu berlarutan lapan minggu dan dijangka siap akhir Disember ini.

“Pengguna jalan raya dicadangkan guna laluan alternatif di Jalan Subang 2 dan 3 untuk masuk ke kawasan perumahan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Selangor Kini difahamkan, kerja pembetungan itu dijalankan ekoran pembinaan bangunan di hadapan simpang Jalan Subang Permai dan satu daripada dua laluan sedia ada ditutup sepanjang tempoh terbabit.

MPSJ memberi kebenaran pihak berkaitan menjalankan kerja pembetungan itu di luar waktu puncak iaitu dari Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 4 petang serta 10 malam hingga 5.30 pagi.

Hannah berkata, hampir 10,000 penduduk terlibat dan mereka perlu mengelak menggunakan laluan Persiaran Subang Permai mulai dari Pasaraya Mydin hingga ke Pusat Perniagaan Regalia (RBC).

“Kerjasama mereka membantu kurangkan kesesakan. Jika tidak mereka terpaksa menempuh laluan sesak akibat kerja pembetungan ini,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Pemetaan Strategik diyakini lebih efisien ‘ganyang’ denggi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 22 OKT: Kaedah pemetaan strategik (Strategic Mapping) diyakini lebih efisien dalam membanteras penularan kes denggi berbanding kaedah cari dan musnah diamalkan sekarang.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pihaknya bersedia mengaplikasi kaedah itu dikawasaannya jika pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Kerajaan Negeri tidak dapat melaksana atas kekangan tertentu.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (3)“Bagaimanapun, pelan ini masih dalam kajian sebelum dilaksanakan di kawasan saya.

“Kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO) dengan persatuan penduduk bakal diadakan bagi menjayakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Wakaf Komuniti Jalan SS15/2E, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Hannah mencadangkan Kerajaan Negeri mengikut jejak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaplikasikan kaedah itu yang dilihat lebih efektif mengurangkan kawasan panas denggi.

Beliau berkata, satu pembentangan kaedah terbabit akan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pengindahan Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebelum November ini.

“Ia sudah dibentangkan di hadapan Timbalan Yang Dipertua dan beliau merasakan pembentangan di jabatan terbabit juga perlu dilakukan.

“Ini merupakan satu kaedah baru, jadi ia memerlukan masa untuk penilaian dan sebagainya,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Wakaf Komuniti tingkat prestasi rukun tetangga

 

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 22 OKT: Persatuan penduduk dan rukun tetangga diseru bergerak lebih proaktif dalam menjaga keselamatan persekitaran setempat.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata inisiatif itu mampu membendung peningkatan kes jenayah yang semakin meruncing.

Katanya, kerjasama dengan polis juga perlu dijalin bagi memudahkan kerja rondaan dan kawalan keselamatan.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (3)“Saya sarankan semua menyimpan nombor telefon balai polis terdekat bagi memudahkan aduan kejadian mencurigakan.

“Penduduk juga boleh memainkan peranan menerusi aplikasi telefon pintar seperti Whatsapp bagi membendung jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika merasmikan Wakaf Komuniti Jalan SS15/2E di sini, hari ini.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu juga berkata, kewujudan wakaf terbabit bertujuan memberi keselesaan kepada pasukan Rukun Tetangga SS 15/2 dan SS 15/3 berehat ketika bertugas.

“Sebelum ini mereka cuma berehat di bawah payung kecil tetapi kini sudah ada meja dan kerusi yang lebih sesuai.

“Wakaf ini juga berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti di sini,” katanya.

Rukun Tetangga SS 15/2 dan SS 15/3 dianggotai hampir 80 anggota yang kebanyakannya merupakan bekas pesara berumur antara 60 hingga 75 tahun.

-nR-

Categories
SELANGOR

Dua SRJK (C) terima geran RM60,000

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 7 OKT : Dua buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C) di USJ dekat sini menerima sumbangan geran sebanyak RM60,000 daripada Kerajaan Selangor untuk tujuan prasarana.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata sebanyak RM50,000 diberikan Kerajaan Negeri kepada SRJK (C) Chee Wen di USJ 1.

Manakala, RM10,000 lagi diberikan kepada SRJK (C) Tun Tan Cheng Lock di USJ 15 daripada peruntukan DUN Subang Jaya.

Hannah Yeoh pic“Walaupun SRJK (C) Tun Tan Cheng Lock adalah sebahagian daripada pelan tindakan Sekolah Wawasan, namun mereka menerima bantuan yang sangat sedikit daripada Kementerian Pendidikan.

“Sekolah itu juga terpaksa berkongsi kantin dan dewan yang sama dengan dua buah sekolah lain tetapi menjalankan pentadbiran secara berasingan,” katanya menerusi facebook.

Hannah berkata, Kerajaan Selangor sentiasa memperuntukkan bantuan kewangan kepada semua sekolah di negeri itu meskipun ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan perlu memastikan bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai dana tahunan yang mencukupi untuk penyelenggaraan sekolah,” katanya.

-NR-

Skim baru Kerajaan Negeri bantu 179 pemilik kilang terima hak milik

Penantian hampir 20 tahun 179 pemilik kilang di Taman Industri Subang mmembuahkan hasil apabila menerima hak milik individu, daripada Kerajaan Negeri melalui Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Penduduk Tuntut Prasarana Bentang Pelan Pejalan Kaki Projek BRT Sunway Line

Hannah Gotong Royong

SUBANG JAYA 15 JUN : Pemaju projek Bas Rapid Transit (BRT) Sunway Line, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) digesa segera membentangkan pelan laluan pejalan kaki kepada penduduk di PJS 7 dan PJS 9.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, penduduk terlibat sudah menunggu sejak daripada tahun lalu bagi melihat cadangan pelan laluan pejalan kaki tersebut kerana meragui aspek keselamatan.

Katanya, pada 24 November tahun lalu, Prasarana mengadakan sesi dialog bersama penduduk dan berjanji memberikan pelan laluan kaki tersebut kepada penduduk untuk membuat penilaian sewajarnya.

“Prasarana berjanji untuk memberikan pelan laluan tersebut kepada penduduk untuk dinilai sama ada sesuai atau tidak tetapi sehingga ke hari ini, pelan cadangan tersebut belum dibentangkan kepada para penduduk di PJS 9,” katanya.

Menurut Hannah, penduduk di PJS 9 membantah cadangan laluan tersebut kerana khuatir laluan tersebut melalui belakang kawasan perumahan mereka.

“Saya menggesa Prasarana untuk segera membentangkan pelan berkenaan kepada penduduk, sama ada di buat macam terowong ke, kita tak tahu sebab pelan itu belum dibentangkan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, penduduk PJS 7 menyatakan persetujuan mengenai cadangan laluan pejalan kaki tersebut.

Dalam pada itu, BRT merupakan sistem rapid transit lengkap yang menggabungkan pengangkutan awam lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu (LRT).

Projek berkenaan akan dimulakan pada suku kedua tahun 2013 dan dijangka siap pada 2015.

Hannah ditemui dalam satu program gotong-royong bersama penduduk USJ6, Subang Jaya anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Bridget Bomba Seksyen 17, Subang Jaya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hannah Yeoh : Syabas Perlu Tangani Gangguan Air Subang Jaya

hannah yeoh wong chen isu syabas 01

SUBANG JAYA 7 JUN : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh mahu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi respon terhadap cadangan yang dikemukakannya bagi menangani krisis air di Subang Jaya.

Menurutnya, cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat bersama wakil Syabas pada 20 Mei lalu.

Antara cadangan itu adalah meminta Syabas menaiktaraf perkhidmatan pelanggan terutama di laman web dan pusat panggilan.

Selain itu, Syabas perlu mewujudkan sistem amaran awal sekiranya tahap bekalan air di empangan di Subang berada di paras separa kritikal.

“Sebelum ini, jika berlaku ketiadaan air, penduduk akan menghubungi Syabas malangnya pihak Syabas tidak mengangkat panggilan.

“Amaran awal penting supaya penduduk dapat bersedia untuk menyimpan air bagi kegunaan mereka jika berlaku ketiadaan air,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Hannah menambah pihak Syabas juga perlu menghantar tangki air dua kali sehari di antara jam 6 hingga 8 pagi dan 8 hingga 10 malam.

“Sebelum ini, penduduk membuat aduan bahawa pihak Syabas tidak menghantar tangki. Mereka hanya menghantar sekiranya penduduk membuat panggilan dan mendesak Syabas,” katanya.

Selain itu, Wong Chen berkata pihaknya terpaksa membuat sidang media berkenaan isu ini kerana melihat pihak Syabas tidak mempedulikan cadangan yang dihantar.

“Dalam mesyuarat itu, mereka memberikan respon yang positif tetapi selepas lebih dua minggu, pihak Syabas diam.

“Kami ada menghantar email susulan dari cadangan itu untuk mengetahui perkembangannya, namun pihak Syabas juga tidak memberi respons,” katanya.

Difahamkan cadangan itu dihantar selepas penduduk Subang Jaya khususnya di SS19, mengalami krisis air selama dua hari.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Portfolio Penerangan Pastikan Rakyat Dapat Maklumat Tepat

Exco Selangor Baru

KLANG 30 MEI : Portfolio Penerangan diwujudkan bagi memastikan rakyat Selangor mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai segala program yang dirangka Kerajaan Negeri menerusi hebahan media.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim langkah ini mengambil pengajaran ketika pentadbiran penggal pertama lalu ,biarpun banyak program dijalankan seperti agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) namun ia tidak sampai kepada rakyat secara menyeluruh.

“Oleh sebab itu salah satu tugas portfolio ini ialah memberikan penerangan yang lebih tepat, jelas dan terus kepada rakyat.

“Ini akan kita bincangkan supaya sebarang maklumat dan komunikasi kepada rakyat dapat dilaksanakan melalui pelbagai usaha seperti hebahan melalui TVSelangor, radio dan semua media,” katanya dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah exco Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah di sini hari ini.MB exco baru

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri komited meneruskan agenda MES dalam penggal terbaru ini di mana kekayaaan negeri diagihkan kepada rakyat.

Menurutnya, beliau dan barisan exco yang baru dilantik menerima segala nasihat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan memastikan kesinambungan pentadbiran bersih dan telus yang ditunjukkan Kerajaan Negeri  sepanjang lima tahun lalu.

‘Kepada rakan yang baru dilantik, saya yakin mereka mampu memberikan komitmen yang tinggi terhadap bidang tugas yang diamanahkan demi meneruskan kecemerlangan kerajaan Selangor,” katanya.

Antara muka baru dilantik adalah Adun Sabak, Sallehen Mukhyi selaku Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa; Adun Kota Alam Shah, V Ganapathi Rao (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan serta Sains, Teknologi dan Inovasi.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) kini disandang Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker DNS.

Bekas Speaker DNS, Datuk Teng Chang Kim yang juga Adun Sungai Pinang dilantik Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Selain itu, Menteri Besar turut memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam (Pemutihan Kilang Haram), Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (Pelaburan, Pembangunan Desa dan Pelancongan) serta Jawatankuasa Adat Melayu.