Categories
NASIONAL SELANGOR

Jangan salahkan MPK, jabatan kerajaan terlibat sama -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 13092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) meroboh premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru disebabkan beroperasi haram dan menyalahi Akta Kanun Tanah Negara, tegas ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

2. PKR melantik Pengarah Komunikasinya yang baru, Fahmi Fadzil menggantikan penyandangnya sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad.

3. PKR hari ini mengecam hasrat NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mahu mendapatkan tandatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk membenarkan maklumat akaun bank Ketua Umum PKR itu didedahkan kepada umum, lapor Sinar Harian.

Categories
NASIONAL

Fahmi Fadzil dilantik Pengarah Komunikasi PKR baru

fahmi-PKR

KUALA LUMPUR 12 SEPTEMBER: PKR melantik Pengarah Komunikasinya yang baru, Fahmi Fadzil menggantikan penyandangnya sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad.

Fahmi yang merupakan Setiausaha Politik kepada Naib Presiden PKR , Nurul Izzah Anwar, menggalas jawatan itu berkuatkuasa mulai semalam.

Perkara itu dinyatakan dalam twitter KEADILAN.

Fahmi berkata, beliau nekad memastikan kepercayaan yang diberikan akan dilaksana sebaik mungkin dipetik Keadilan Daily.

?Alhamdulillah saya bersyukur di atas lantikan ini. Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang berat.

?Namun saya percaya berbekalkan doa, semangat reformasi dan sokongan teman-teman seperjuangan.

“Insya-Allah matlamat membina sebuah Malaysia yang lebih baik serta adil buat semua anak watan bakal menjadi realiti satu hari nanti,? katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi menerusi twitternya turut mengucapkan tahniah atas lantikan itu.

?Tahniah atas lantikan sebagai Pengarah Komunikasi yang baru.

?Saya akan bantu apa yang perlu Insya-Allah,? katanya.

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia dipilih menggalas jawatan tersebut bermula 16 Ogos 2010.

Fahmi juga merupakan Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan.

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah Hadir Buat Aduan Kepada JAIS

SHAH ALAM, 9 NOV : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah bertemu dengan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini untuk membuat aduan berkenaan kenyataannya tentang kebebasan beragama yang didakwa telah diputarbelitkan oleh media pro-Umno.

“Alhamdulillah saya telah datang ke JAIS untuk menyatakan perkara sebenar kepada pengarah JAIS, Datuk Marzuki (Hussin) dan Alhamdulillah JAIS memberikan kerjasama yang baik,” kata Nurul Izzah dalam sidang media di lobi Bangunan JAIS di sini.

“Saya berikan keratan akhbar fitnah Utusan Malaysia termasuk penjelasan dan transkrip saya,” katanya, yang juga MP Lembah Pantai.

Pertemuan dengan Marzuki bersama tiga pegawai JAIS mengambil masa kira-kira 45 minit. Nurul Izzah ditemani, Fadhlina Sidek.

Menurut peguam Nurul Izzah, JAIS memberikan kerjasama baik dalam pertemuan itu dan kita menunggu maklum balas daripada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya.

“Kita dari masa ke semasa akan memberikan maklumat terkini. Bukan serah diri dan bukan memberikan keterangan, kita memberikan penjelasan perkara sebenar,”kata Fadhlina.

Di dalam satu kenyataan media, Marzuki mengesahkan kehadiran Nurul Izzah ke JAIS bagi memberikan penjelasan isu tersebut.

Setiausaha politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil memaklumkan, writ saman terhadap akhbar kawalan Umno-BN itu kini dalam persediaan.

Nurul Izzah mendakwa laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memutar-belitkan kenyataannya di sebuah forum ?Islamic State: Which version? Whose responsibility?? di Subang Jaya, 3 November lalu.