Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kesan 60 kluster perayaan, lebih 3,000 positif Covid-19

SHAH ALAM, 10 JUN: Sebanyak 60 kluster perayaan membabitkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai dikesan sepanjang 13 Mei hingga hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 58 kluster Aidilfitri dan dua sambutan Gawai itu merekodkan 3,511 kes positif selepas 13,023 individu disaring.

Jelasnya Sabah mencatatkan bilangan tertinggi dengan 11 kluster, diikuti Sarawak (lapan) dan Kedah (tujuh).

“Sebanyak 20 kematian dilaporkan dari kluster kategori ini dan sehingga kini 11 kes masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Peningkatan kes dan kematian dari kluster ini adalah serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh singkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes akan terus meningkat sekiranya masyarakat masih leka dan tidak mengambil iktibar dari perkara ini.

“Kita wajar contohi negara jiran yang berjaya kawal situasi pandemik hasil kerjasama semua pihak dan kepatuhan tinggi kepada tatacara operasi piawaian (SOP).

“Oleh itu rakyat digesa kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak selain mendaftar pengambilan vaksin bagi membentuk imuniti kelompok,” katanya.

Categories
NASIONAL

Tun M dan isteri ucap selamat menyambut Hari Gawai, Pesta Kaamatan

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Saya dan isteri berharap semua orang bergembira menyambut hari yang menandakan berakhirnya musim menuai ini.

“Semoga hubungan rapat antara kaum terus terjalin, keamanan rakyat dan negara sentiasa terjaga,” katanya menerusi catatan di akaun Twitter, @chedetofficial.

Pesta Kaamatan atau perayaan menuai di Sabah adalah satu perayaan selama sebulan khusus bagi masyarakat Kadazandusun, dan kemuncak perayaan disambut pada 30-31 Mei sementara sambutan Hari Gawai pula diraikan pada 1-2 Jun oleh masyarakat Dayak dan Iban di Sarawak.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

MB: Selamat Hari Gawai

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 31 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai kepada seluruh rakyat Sarawak.

Mohamed Azmin berkata, Hari Gawai adalah hari istimewa buat masyarakat Dayak di Sarawak menandakan berakhirnya musim menuai dan mulanya musim menanam padi yang baharu.

“Hari Gawai itu juga menandakan meraikan semangat persaudaraan dalam kalangan semua kaum di Sarawak untuk mencari rezeki.

“Tanpa ikatan persaudaraan yang kuat dalam kalangan Dayak di Sarawak, tidak mungkin hasil tuaian yang baik akan dapat diperoleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, atas semangat persaudaraan yang diraikan, hubungan persaudaran antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan kekal terjalin erat.

Katanya, pengagihan kekayaan negara dengan lebih adil dan saksama kepada Bumi Kenyalang akan menjadi asas penting pembangunan oleh kerajaan sekarang.

“Potensi sebenar Sarawak boleh direalisasikan dengan hala tuju baharu ini, Sarawak tidak akan ditinggalkan lagi.

“Tumpuan pembangunan ekonomi Sarawak akan terarah kepada agenda membasmi kemiskinan, membangun infrastruktur serta membela anak negeri,” katanya.

Mohamed Azmin dalam perutusannya berkata, hak Sarawak ke atas sumber ekonomi yang pelbagai terus dimajukan dalam kerangka Federalisme demi kebaikan rakyat Bumi Kenyalang dengan limpahan kemakmuran pasti akan menaikkan nama Malaysia kembali.

“Atas semangat Hari Gawai, saya menyeru rakyat Sarawak untuk meraikan perayaan ini dengan semangat persaudaraan bersama dengan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Categories
SELANGOR

Putrajaya perlu iktiraf Hari Gawai sebagai cuti nasional – MB

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 JUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencadangkan supaya Hari Gawai diiktiraf sebagai cuti nasional menandakan berakhirnya musim menuai dan mulanya musim menanam padi baharu.

Beliau berkata, Hari Gawai mengingatkan semula sejarah perjuangan kaum Dayak yang berjaya mengiktirafnya sebagai cuti umum di Sarawak bermula 1 Jun 1965.

“Kaum Dayak meraikan pesta menuai bersama keluarga dan saudara mara biarpun berbeza agama menandakan rasa syukur ke atas hasil tuaian yang juga simbol serta sumber kehidupan penting bagi masyarakat pribumi.

Azmin Ali“Pada zaman penjajahan, masyarakat Dayak dihalang menyambut pesta menuai pada waktu berlainan mengikut cara mereka sendiri. Sejurus pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kebangkitan semangat nasionalisme Dayak melahirkan idea untuk satu hari rasmi bagi merayakan Gawai Dayak.

“Sesungguhnya Hari Gawai kini adalah simbol harapan, perpaduan dan aspirasi yang tidak tercabut daripada akar tradisi ketika kita merentas arus pemodenan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kualiti hidup masyarakat Dayak juga masih jauh ketinggalan dan perlu diberi perhatian ekoran peminggiran pemerintah terhadap keupayaan politik mereka.

Namun, beliau memuji keberanian kaum itu yang terus memberikan kepercayaan terhadap calon KEADILAN sehingga berjaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mei lalu.

“Hak ke atas tanah adat misalnya terus dipinggirkan selain infrastruktur asas tidak memuaskan menyebabkan masyarakat Dayak ketinggalan dalam pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara dinikmati mereka yang lain.

gawai-sarawak“Meskipun hanya bila tiba pilihan raya negeri, pimpinan Sarawak yang mendekati masyarakat Dayak semata-mata mahu meraih undi.

“Saya tetap rasa bangga apabila melihat bara kesedaran untuk mencapai keadilan mula wujud dalam kalangan masyarakat pribumi Sarawak, termasuklah kaum Dayak. Mereka nampaknya tidak lagi gentar untuk memperjuangkan hak mereka dan berani memenangkan calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Krian dan Ba’ Kelalan,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan itu sekali gus membuktikan simbol kesedaran politik baharu dalam kalangan orang Dayak.

“Justeru, tidak keterlaluan apabila kita harus menggesa kerajaan mengiktiraf kekuatan budaya masyarakat Dayak ini setara dengan kaum lain dengan memberikan cuti umum pada 1 Jun setiap tahun,” katanya.

-AA-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Presiden KEADILAN sempena Hari Gawai

Bersempena dengan Perayaan Hari Gawai yang disambut pada 1 dan 2 Jun ini, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai bagi rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik.

Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain.

pkrMasyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.

Gawai dalam pengertiannya adalah hari kesyukuran kepada tuhan yang mengurniakan rezeki. Dengan tuaian yang baik setiap tahun maka hari Gawai disambut bagi memanjat kesyukuran.
Hari ini perayaan Hari Gawai harus dievolusi dengan kepelbagaian kaum dan budaya untuk menghargai sumber ekonomi.

Sehubungan dengan itu, pada pandangan KEADILAN, pemimpin seharusnya mempunyai tanggungjawab moral untuk berusaha mensejahterakan rakyat dari sudut ekonomi, bukannya membebankan mereka dengan bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang semakin hampir, KEADILAN mengulangi komitmen kepada Deklarasi Kuching 2012 dan Pelan Borneo 7 Perkara 2014 untuk berusaha mengembalikan autonomi Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan, penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil, menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat, menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dari 5% ke 20%, dan berusaha membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Kepada rakyat Sarawak diucapkan “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” (Mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanah air).

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Datuk Seri Anwar Ibrahim : Perutusan Hari Gawai

 

?Selamat Hari Gawai Dayak
Gayu guru, gerai nyamai
Lantang senang ngereja pengawa
Chelap lindap nguan menua
Betuchung baka bukit,
Bekebung baka langit,
Bepunchak baka jala,
Bulih reta bulih tengkira.

Untuk Hari Gawai pada 1-2 Jun ini, sebuah perayaan yang akan memenangi dan dekat di hati para saudara dan saudari daripada Sarawak, terutama komuniti Dayak, saya ingin mengirim ucapan tulus ikhlas dari hati kepada anda.

Walaupun terdapat segenap angka orang Dayak yang masih kekal didalam agrikultur, dan juga dalam industri yang lain seperti perkapalan, minyak dan pendidikan, tetapi nilai dan simbol Hari Gawai tetap sama.

Yang bahawasanya komuniti bergandingan bersama untuk menzahirkan apresiasi kepada hasil yang melimpah ruah serta kelangsungan budaya itu.

Oleh sebab itu Hari Gawai perlu sentiasa diiktiraf dan diraikan bukan sahaja sebagai suatau perayaan untuk rakyat Sarawak, tetapi juga sebagai perayaan rakyat Malaysia.

Sarawak adalah negeri yang terbesar didalam Malaysia, antara penyumbang terpenting untuk kebajikan negara, terutama dalam sektor gas dan minyak. Kaum Dayak pula adalah komuniti keempat yang terbesar dalam negara kita.

Bagaimana keseiringan Sarawak (Dengan Malaysia), dan apakah cita-cita yang didukung Pakatan Rakyat kepada rakyat?

Amat mendukacitakan bahawa majoriti dalam kekayaan sumber, Sarawak tidak menerima faedah yang setimpal sebagai negeri yang bertuah.

Kebanyakan kaum dicerakinkan menjadi kelompok-kelompok yang kecil, kekurangan akses kepada pendidikan, tawaran kerja, kemudahan asas seperti air dan perkhidmatan elektrik, serta penjagaan kesihatan.

Itu perlu ubah, itu perlu diubah.

Saya percaya bahawa arus perubahan telah mula bertiup kearah persisiran Sarawak.

Mereka yang telah kehilangan tanah kepada syarikat-syarikat yang secara jelas menindas, sudah mula menampakkan kemenangan dalam tuntutan hak mereka.
Pilihan Raya Kecil yang lalu adalah satu bukti bahawa rakyat Sarawak kini sudah bangkit menentang keterlampauan dan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Pakatan Rakyat tidak melihat Sarawak sebagai satu deposit tetap untuk sesiapa; Sarawak lebih penting daripada hanya sekadar undi. Sarawak terdiri daripada rakyat yang peduli, rakyat yang perlu dibebaskan untuk menerima takdir mereka sebagai rakyat.

Perubahan adalah tunjang Pakatan Rakyat untuk Sarawak, untuk membebaskan rakyat Sarawak.

Sarawak pada hemat kami adalah setara dengan Persekutan Malaysia.

Dalam visi kami untuk masa depan, rakyat Sarawak akan membentuk negeri mereka sementara membantu sebuah persekutuan yang lebih luas untuk menjadi lebih kuat dan bersatu.

Ini adalah semangat/tujuan sebenar Persekutuan Malaysia (Penyatuan Sarawak dalam Gagasan Persekutan Malaysia) ketika dibentuk pada tahun 1963.

Kepentingan negeri dan masa depan harus dijaga dan dijamin, seperti yang termaktub didalam Perlembagaan.

Rakyat Sarawak harus menghentikan peranan mereka daripada terus-terusan menjadi ?batu loncatan? dalam politik di Malaysia, terutama dalam perkara-perkara yang menglibatkan mereka.

Ini adalah matlamat yang kami tju, ini adalah apa yang kami janjikan.

Saya ingin mengkonklusikan dengan mengharapkan agar semua penyatuan semula Hari Gawai diadakan dengan semangat yang hebat untuk memperkasakan semula suatu budaya yang hebat dan kental. Juga kepada semua yang akan pulang ke rumah dan kampung halaman masing-masing, selamat didalam perjalanan mereka, dan mereka menyertai kami dalam Pakatan Rakyat untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang adil kepada semua rakyatnya.

Sekali lagi, aku meri besai terima kasih ngagai semua kitai ke bansa Dayak ke nyambut Ari Gawai taun tu. Gayu guru, gerai nyamai! Ketegal Rakyat! Uuuuuhaaaaa!!!

Categories
NASIONAL

UCAPAN KAAMATAN : Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sinopsis : Ucapan Ketua Umum PR Sempena Perayaan Kaamatan

Categories
NASIONAL

UCAPAN GAWAI : Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sinopsis : Ucapan Ketua Umum PR Sempena Hari Gawai