Categories
NASIONAL SELANGOR

430 Projek Tertangguh Didakwa BN, Sudah Diselesaikan Kerajaan Negeri – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 05022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 5 FEBRUARI 2013 :

1. Krisis air yang menyebabkan 430 projek pembangunan ditangguhkan seperti yang didakwa oleh Umno-BN, kini sudah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2. Tawaran harga pampasan kepada empat syarikat konsesi air Selangor dalam usaha mengambil alih perkhidmatan air akan ditentukan melalui proses timbang tara antarabangsa.

3. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba menyelamatkan Syabas dengan tambahan peruntukan sebanyak RM120 juta.

4. Bagi membantu golongan belia Selangor menceburi bidang perniagaan, Kerajaan Negeri membuka sebuah Pusat Kecantikan, Spa, Dandanan Rambut dan Jahitan BeS di Kuala Selangor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Syabas Yang Gagal Mahu Dibantu, Kerajaan Selangor Yang Berjaya Diabaikan – INFO 12

Sinopsis

Info 12 Untuk 04022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 4 FEBRUARI 2013 :

1. Bantuan RM 120 juta kepada Syabas oleh Kerajaan Persekutuan bukti jelas bahawa syarikat konsesi itu gagal mengurus dana yang diberikan kepadanya sebelum ini.

2. Unisel percaya kepimpinan negara yang telus dan tidak mengamalkan sistem kapitalis sebenarnya mampu merealisasikan pendidikan percuma di negra ini.

3. Sudah tiba masanya sistem pendidikan negara diperkasakan dari terus mewarisi dasar pendidikan penjajah yang sekular.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Selangor Akan Ambilalih Air Dalam Tempoh 14 Hari – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 31012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 31 JANUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari bermula daripada 4 februari depan sekaligus bakal menamatkan krisis pengurusan bekalan air di Selangor yang berlarutan lebih 5 tahun.

2. Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri berhubung isu air yang melibatkan Syabas.

3. Prasarana sekolah KAFA dan SAR yang kurang memuaskan, gaji, ketetapan jawatan, pencen dan elaun guru Kafa dan SAR akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.

4. PBT Kuala Lumpur dan Petaling Jaya digesa memantau perkembangan projek pembangunan di persekitaran Bukit Gasing bagi memastikan ia tidak mengancam keselamatan penduduk sekitar.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Batal Projek Kondominium Batu Caves – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 25012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 25 JANUARI 2013 :

1. Kontroversi berhubung pembinaan kondominium 26 tingkat di Batu Caves akhirnya selesai apabila Kerajaan Selangor membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada pemaju hartanah Dolomite Properties Sdn Bhd.

2. SAT1M : Tanah untuk pembinaan Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti di Sri Muda bertukar menjadi Pangsapuri Mewah.

3. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan RCI berhubung isu pendatang asing di Sabah yang diberikan kerakyatan.

4. Bawani nafi bersikap biadap sewaktu forum di UUM pada 8 Januari lalu sebaliknya hanya mahu memberi pendapat berhubung pendidikan percuma.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Kerajaan Pusat Memihak Kepada SYABAS Bukan Rakyat – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 22012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 22 JANUARI 2013 :

1. Kerajaan Pusat dilihat lebih berminat menjaga kepentingan kroni dan Syabas berbanding kepentingan rakyat. Perkara ini jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi apabila isu air di Selangor terus berlarutan tanpa penyelesaian.

2. Kesan daripada gangguan bekalan air di Lembah Klang selama lebih dua minggu masih dirasai penduduk di beberapa pangsapuri di Bandar Tun Razak.

3. Pakatan Rakyat akan lebih membawa pulang pakar Malaysia yang kini bertugas di luar negara untuk berbakti di Malaysia bagi meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Gaji Besar Untuk CEO Syabas, Tetapi Mutu Perkhidmatan Amat Mengecewakan – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 21012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 21 JANUARI 2013 :

1. Meskipun gaji Pengerusi Pegawai Eksekutif Syabas sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, namun Tan Sri Rozali Ismail masih gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini.

2. Kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda, meskipun bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang sudah kembali pulih.

3. 1,300 permohonan untuk kewarganegaraan yang dihantar Exco Selangor, Xavier Jayakumar sudah diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Categories
NASIONAL SELANGOR

Iskandar Perkenal Polisi Pastikan Hanya Yang Layak Miliki RMM – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 18012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 18 JANUARI 2013 :

1. Kerajaan Selangor akan memastikan Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibinanya, dimiliki oleh golongan yang benar-benar layak sahaja dan polisi baru ini juga membuka ruang keutamaan kepada golongan berpendapatan dibawah RM5,000 memiliki rumah pertama mereka.

2. Pakatan Rakyat Selangor mengesa polis menyiasat risalah berunsurkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang kini diedarkan secara meluas kepada ketua-ketua kampung tradisi.

3. Sekurang-kurangnya 2,000 ribu keping poster dan papan iklan termasuk iklan sindiket pinjaman wang haram atau ah-long diturunkan setiap bulan dalam operasi yang dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

4. Kenyataan susulan yang dikeluarkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin selepas penyelesaian isu saman Anwar-KJ, perlu dirujuk semula kepada mahkamah kerana dipercayai mempunyai unsur menghina mahkamah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Najib Takut Selangor Urus Air Lebih Baik – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 16012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 16 JANUARI 2013 :

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa sengaja tidak mahu serahkan pengurusan perkhidmatan air kepada Selangor kerana bimbang Kerajaan Negeri berjaya mengurus perkhidmatan air lebih cekap dengan kos efektif.

2. Sesi dialog antara penduduk dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menerangkan punca sebenar gangguan air berakhir dengan kemarahan penduduk ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Syabas.

3. Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM9.7 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Seri Kembangan sedangkan ia adalah projek yang harus dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

4. Polis masih mengamalkan sikap dwi-standart terhadap Pakatan Rakyat apabila mengenakan syarat larangan membawa kanak-kanak ke HKR 112 di Stadium Merdeka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakar Matematik Anggar 700,000 Hadir HKR112 – INFO 12


 
Sinopsis

Info 12 Untuk 15012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 15 JANUARI 2013 :

1. Bekas Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Shaharir Md Zain menganggarkan 700,000 hadir HKR112

2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi kroninya dengan terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor berhubung gangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak sejak dua minggu lalu.

3. Kerajaan Negeri Selangor anjur Program Kempen Wanita Menentang Jenayah senagai usaha memberi kesedaran dan pengetahuan berguna kepada golongan itu ketika berdepan dengan penjenayah.

4. Keperitan dan dilema hidup wanita bergelar ibu tunggal mendapat perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi program santai “Bicara Hati Ke Hati Bersama Kak Wan”.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Penduduk Demo Gesa SYABAS Pulih Bekalan Air – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 11012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 11 JANUARI 2013 :

1. Lebih 50 penduduk sekitar Pandan berhimpun di Wisma Rozali semalam bagi menggesa Syabas memulihkan bekalan air di kawasan terbabit yang terputus bekalan sejak dua minggu lalu.

2. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi membuktikan kemampuan pentadbirannya apabila berjaya melangsaikan janji lapuk Umno-BN pada kempen Pilihan Raya Umum ke 12 lalu dengan membina Jejantas kos RM1.35 juta berbanding RM3 juta yang dijanjikan Umno-BN.

3. Kerajaan Selangor mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan penggunaan kalimah Allah dalam lagu Selangor sebagai suatu isu yang besar kerana tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan kalimah tersebut.

Categories
NASIONAL

Stadium Merdeka Jadi Lokasi Rasmi Himpunan 12 Jan – INFO 12

Sinopsis 

Info 12 Untuk 10012013 

Saksikan secara langsung "INFO 12" sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 10 JANUARI 2013 :

1. Pengerusi Penganjur HKR, Mohamad Sabu mengesahkan Stadium Merdeka akan menjadi lokasi rasmi himpunan itu Sabtu ini.

2. Wanita Pakatan Rakyat menyatakan sokongan padu dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal berlangsung Sabtu ini. 

3. Kerajaan Selangor mahu sebidang tanah di Bukit Raja, Klang yang telah diperuntukkan untuk sebuah kem tentera digunakan untuk tujuan tersebut dan bukan untuk kegunaan meraih untung semata-mata.

4. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang tidak mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah Sdn Bhd akibat kegagalan menyiapkan projek Puspahanas.
Categories
NASIONAL

Polis Mahu “Lakar Sejarah” Kerjasama Dengan Penganjur Himpunan 12 Jan – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 09012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 9 JANUARI 2013 :

1. Ketua Polis Negara berjanji pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dan mencipta satu ‘historical moment’ dalam negara bahawa polis dan penganjur Himpunan Aman boleh bekerjasama dalam satu perhimpunan aman.

2. Pimpinan Tertinggi ATM digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku pemindahan batalion tentera ke beberapa kawasan ibu kota dan luar bandar.

3. Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.

4. Sekurang-kurangnya 40 premis pusat refleksologi sekitar bandar Klang dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) atas kesalahan melanggar peraturan papan iklan sepanjang tahun 2012.