Categories
NASIONAL

RMM Kerajaan Persekutuan hanya siap 27 peratus

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt melahirkan kebimbangan terhadap keupayaan rakyat Sabah memiliki rumah sendiri susulan kelewatan penyiapan projek rumah mampu milik (RMM).

Menurutnya, kebanyakan rakyat Sabah mempunyai pendapatan rendah tambahan mereka memerlukan 11.4 kali ganda daripada pendapatan untuk memiliki rumah pertama.

“Berdasarkan kajian dilakukan Institut Rakyat, 11.4 kali ganda pendapatan diperlukan untuk rakyat Sabah membeli rumah pertama mereka sedangkan harga jualan hampir sama seperti di Kuala Lumpur,” katanya.

Berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Persekutuan kini hanya mampu menyiapkan 237,738 unit atau 27 peratus daripada keseluruhan 875,490 unit rumah mampu milik (RMM) sejak penggal pasca PRU-13.

Daripada jumlah itu, 17,665 daripada 72,310 unit atau 24 peratus unit dijanjikan di Sabah sudah disiapkan dalam tempoh berkenaan.

Mengikut statistik seluruh negara, RMM tertinggi sudah disiapkan adalah di Kedah (72 peratus), Pahang (65 peratus) dan Terengganu (47 peratus).

“Kita ingin bertanya kepada Barisan Nasional, berapakah jumlah RMM dijangka berjaya disiapkan dalam tempoh setahun lebih lagi sebelum pilihan raya ini?

“Kita harap pihak kerajaan boleh memberikan jawapan,” katanya.

15,000 RMM mula dibina 2015, insentif untuk pemaju

Kerajaan Negeri berikan insentif kepada pemaju termasuk pengecualian caj pembangunan dan pengurangan kadar premium tanah bagi tujuan pembinaan RMM di Selangor

JURNAL BERITA: 1,800 unit rumah mampu milik bakal dibina di Shah Alam

1. MB: Perjanjian Penstrukturan Semula Air dimeterai dalam masa terdekat

2. ‘Pendekar Ludah’ cemar Institusi Kesultanan Melayu

3. Kes demam denggi menurun namun pengawasan dipertingkat

4. 1,800 unit rumah mampu milik bakal dibina di Shah Alam

5. Mansuh segera Akta Hasutan 1948, henti serang pimpinan PR

6. Kerajaan Pusat perlu tegas tangani isu pukat tunda jejas ekosistem

7. Langkah mitigasi berterusan atasi masalah bekalan air

8. Pusat Bantuan Nur Barakah mohon sumbangan pakaian terpakai

9. Kaunter baharui lesen perniagaan MPK 2015 dibuka bermula 2 September

10.AKTIVITI YB: Kemelut MB tidak halang ziarah raya DUN Gombak Setia

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor sasar 35,000 unit rumah mampu milik dalam lima tahun – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 23102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh lima tahun akan datang.

2. Cadangan memansuhkan saman tertunggak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hanya menambahkan kekeliruan rakyat yang sudah sedia terbeban.

3. Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan himpunan aman membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena pembentangan Belanjawan 2014, pada 25 Oktober ini.

35,000 Rumah Mampu Milik dibina di Selangor menjelang 2018

Kediaman berkembar 1 tingkat yang  tersergam indah

SHAH ALAM 23 OKT : Sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) akan dibina di Selangor menjelang 2018 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pembinaan itu termasuk 5,000 unit RMM yang diselaraskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di bawah Skim Rumah Selangorku dengan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

“Rumah ini akan dibina dengan keluasan minimum 800 kaki persegi dan dijual pada harga tidak melebihi RM150,000,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, petang ini.

Abdul Khalid berkata, LPHS juga akan membuat kajian bagi membina 1,700 unit RMM untuk disewa yang akan memberi hasil kepada kerajaan negeri, selain dijual kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“LPHS juga bercadang untuk membangunkan projek perumahan mampu milik menggunakan teknik pre fabrikasi kerana kaedah ini lebih jimat, cepat dan mengurangkan tenaga kerja seperti yang diguna secara meluas di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengenal pasti satu tapak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, sebagai projek perintis untuk pembinaan RMM menggunakan teknik pre fabrikasi yang dijangka dimulakan tahun depan.

“Perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan mendesak dan perlu disegerakan terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mana peluang untuk golongan membeli rumah agak terhad dan terbatas,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Negeri Perkenal Dasar Baru Tambah Rumah Mampu Milik

rumah mampu milik sept 2012 01

SHAH ALAM 4 JULAI : Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dasar baru bagi mempelbagaikan jenis Rumah Mampu Milik (RMM) yang wajib dibina pemaju pada bulan September ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata, polisi yang bakal dilaksanakan ini menyediakan lebih banyak RMM kepada semua rakyat di negeri ini.

Jelasnya, Kerajaan Negeri berhasrat mempastikan stok perumahan ini mencukupi kepada semua golongan, rendah dan sederhana.

“Polisi baru ini ada lebih banyak jenis (rumah) bagi memenuhi kehendak rakyat yang berpendapatan rendah sehingga yang berpendapatan isi rumah RM 8,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Menurut Iskandar, polisi baru ini menggantikan polisi yang dilaksanakan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 lalu.

“Untuk polisi baru, kita belum lagi menghapuskan rumah kos rendah, tetapi dalam polisi baru, kita memberi fokus kepada mereka yang berpendapatan sederhana,” ujar Adun Cempaka itu.

Sehingga kini, seramai 15,105 orang pemohon ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh 2008 hingga 2013.

Manakala seramai 1,568 pemohon ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik sejak ia diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.

Iskandar : Keuntungan Projek Mewah Biayai Rumah Mampu Milik

datum-jelatek-pix

SHAH ALAM 2 JULAI : Keuntungan daripada projek mewah Datum Jelatek yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan disalurkan bagi pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata PKNS menggunakan keuntungan yang diperoleh daripada projek seperti Datum Jelatek bagi membiayai projek seperti perumahan terbengkalai Bukit Botak.

“Secara keseluruhannya seperti di Bukit Botak, PKNS telah membelanjakan RM 70 hingga RM 80 juta untuk selesaikan masalah di kawasan itu.

“PKNS juga telah selesaikan masalah di Bangi dengan pembinaan RMM di mana subsidinya sahaja menjangkau RM 12 juta.

“Bagi dua projek di Bukit Botak dan Bangi, PKNS telah membelanjakan subsidi hingga RM 82 juta.

?Maka itu sebabnya PKNS perlu membuat rumah dengan kos yang lebih tinggi di kawasan lain,” katanya kepada media selepas sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan di sini hari ini.

Iskandar menjelas kos jualan sebuah unit RMM adalah RM 99,000 sedangkan kos membinanya adalah RM 130,000.

Projek Datum Jelatek menjadi hangat apabila terdapat pihak yang mempertikaikannya dengan mendakwa Kerajaan Negeri membelakangkan kepentingan rakyat kerana projek itu dianggap mewah.

Hari ini satu memorandum diserahkan Badan Bertindak Datum Jelatek diketuai Salleh Samad kepada Kerajaan Negeri bagi membantah projek tersebut.

Mengenai perkara itu, Iskandar berkata, sewajarnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi ruang bagi menjelaskannya dengan lebih lanjut.

“Isu ini berkaitan PKNS. Saya rasa biarlah Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS memberikan jawapan,” katanya.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk – INFO 12

 

 

Sinopsis

Info 12 Untuk 060322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 6 MAC 2013 :

1. Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihanraya akan datang.

2. Kerajaan Negeri akan menambahbaik Pusat Dialisis milik PNSB di Taman Sri Andalas bagi membantu mereka yang memerlukan.

3. PKNS bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka siap pada Disember 2014.

4. Ibu kepada Arwah Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban dalam kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah redha dengan ketentuan ilahi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Lebih Berminat Jaga Kebajikan Rakyat Berbanding Memberi Keuntungan Kepada Syabas – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 20022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sentosa, Klang dan kawasan sekitarnya bagi memenuhi kehendak rakyat setelah masalah banjir dikawasan tersebut berjaya diselesai.

2. Kerajaan Negeri lebih berminat untuk menjaga kebajikan rakyat di Selangor berbanding memberi keuntungan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas).

3. Pihak polis digesa menjalankan siasatan segera dan menangkap dalang disebalik perbuatan mengsabotaj papan billboard yang mempromosikan pelancongan di Sekinchan.

Categories
SELANGOR

MB : Sentiasa Menyokong Usaha PKNS Membina Rumah Mampu Milik

pkns

HULU SELANGOR 8 FEB : Satu lagi projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dikenali Projek Idaman PKNS Antara Gapi bakal berada di pasaran menjelang Disember 2014.

Ia merupakan projek Rumah Mampu Milik ketiga yang dibina PKNS selepas di Bukit Botak Selayang dan Bandar Baru Bangi.

Timbalan Pengurus Besar PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim berkata projek itu bakal menempatkan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat pada harga bermula dari RM100,000 – RM120,000 sebuah bergantung kepada keluasan lot tapak.

“Bahkan menerusi harga menarik yang ditawarkan, PKNS menanggung subsidi sebanyak RM4.2 juta,” katanya.

pkns1Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong usaha menyediakan Rumah Mampu Milik bagi memastikan rakyat memiliki rumah sendiri.

Katanya, PKNS membina projek perumahan kos tinggi bukanlah untuk mengaut keuntungan semata tetapi ia disalurkan kepada masyarakat yang belum memiliki rumah.

Ujarnya, ia dilakukan dengan memberi subsidi kepada projek RMM seperti di Bukit Botak sebanyak RM79.6 juta dan di Bandar Baru Bangi sebanyak RM12 juta.

“Dengan pencapaian PKNS selama ini yang tidak mempunyai projek terbengkalai, saya harap rakyat Selangor terus memberikan sokongan kepada PKNS,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman PKNS Antara Gapi di Serendah di sini.

Dalam pada itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Selangor telah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Rumah Mampu Milik dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan keputusan pembangunan itu.

Katanya, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan ia dianggotai oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor.

“Setakat ini seramai 942 pemohon telah mengisi borang untuk memohon perumahan mampu milik,” kata Iskandar.

pkns2

Categories
NASIONAL SELANGOR

Iskandar Perkenal Polisi Pastikan Hanya Yang Layak Miliki RMM – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 18012013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 18 JANUARI 2013 :

1. Kerajaan Selangor akan memastikan Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibinanya, dimiliki oleh golongan yang benar-benar layak sahaja dan polisi baru ini juga membuka ruang keutamaan kepada golongan berpendapatan dibawah RM5,000 memiliki rumah pertama mereka.

2. Pakatan Rakyat Selangor mengesa polis menyiasat risalah berunsurkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang kini diedarkan secara meluas kepada ketua-ketua kampung tradisi.

3. Sekurang-kurangnya 2,000 ribu keping poster dan papan iklan termasuk iklan sindiket pinjaman wang haram atau ah-long diturunkan setiap bulan dalam operasi yang dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

4. Kenyataan susulan yang dikeluarkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin selepas penyelesaian isu saman Anwar-KJ, perlu dirujuk semula kepada mahkamah kerana dipercayai mempunyai unsur menghina mahkamah.

Categories
SELANGOR

OKU Gembira Terima Skim Rumah Mampu Milik Selangor Pertama

RMM bangi surat tawaran 01

BANGI, 15 DIS: Seorang warga kurang upaya (OKU), Razali Adnan, meluahkan perasaan gembira dan syukur kerana penantiannya untuk memiliki rumah sendiri kini hampir terlaksana selepas menerima surat tawaran Rumah Mampu Milik (RMM).

Katanya, RMM menawarkan unit rumah dan rekabentuknya mengambil kira keperluan golongan OKU sepertinya seperti tandas yang luas dan unit yang terletak di aras bawah kompleks pangsapuri itu.

“Proses memohon RMM ini mudah dan ianya tidak memerlukan karenah birokrasi seperti yang diamalkan Kerajaan Negeri dahulu,” katanya yang kini bergantung sepenuhnya kepada isterinya yang bekerja sebagai peniaga.

Unit yang bakal siap pada Julai tahun depan merupakan RMM pertama Kerajaan Negeri dan dibina anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Razali ditemui pemberita selepas menerima surat tawaran pemilikan RMM yang disampaikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad di perkarangan Kompleks PKNS Bangi di sini hari ini.

Turut hadir, Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar PKNS (Pentadbiran dan Pembangunan), Noraida Mohd Yusof.

RMM bangi surat tawaran 02

Seramai 112 orang menerima surat tawaran RMM selepas disenarai pendek oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) selepas mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Antara syaratnya adalah gaji isi rumah pemohon mestilah diantara RM 2,500 sehingga RM 5,000 sebulan serta tidak pernah memiliki rumah sendiri.

Sebanyak 124 unit pangsapuri enam tingkat yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi ditawarkan pada harga mulai RM 60,000 sehingga RM1 44,000 seunit.

PKNS telah membelanjakan subsidi sebanyak RM 12 juta bagi projek itu yang mula dibangunkan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, seorang lagi penerima, Hazhari Ismail, 33, memuji usaha Kerajaan Negeri yang menyediakan RMM dengan harga berpatutan serta mampu dimiliki golongan berpendapatan sederhana sepertinya.

“Kerajaan Negeri sekarang bagus kerana prihatin mengenai beban dan permasalahan yang ditanggung rakyat dan saya berharap usaha ini diteruskan dan diperluaskan di masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Am Pejabat di Putrajaya.

Sementara itu, Iskandar dalam satu sidang media berkata, Kerajaan Negeri menggalakkan lebih ramai pemaju swasta terlibat dalam membina RMM di masa akan datang supaya setiap rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

“Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, PKNS mensasarkan sebanyak 11 ribu unit RMM dan saya galakkan lebih ramai pemaju lain turut membina RMM di masa akan datang,” katanya.

Jesteru itu, terdapat sebuah pemaju swasta turut menyediakan sebanyak 136 unit RMM di Sungai Long, Kajang yang dijadualkan siap pada Julai 2013.

Iskandar berkata, sebuah lagi anak syarikat, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) turut bercadang untuk membina sebanyak 300 unit RMM yang terletak di Sabak Bernam pada masa akan datang.