Categories
NASIONAL SELANGOR

Rombak Struktur Ekonomi Akan Biayai Dasar PR – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 28022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 28 FEBRUARI 2013 :

1. Dasar di dalam manifesto Pakatan Rakyat boleh dilaksana dengan jayanya menerusi dana yang diperoleh daripada merombak kembali sistem monopoli dan mengadakan sistem tebuka bagi kontrak kerajaan.

2. Sasaran gaji RM 4,000 sebulan untuk setiap isi rumah oleh Pakatan Rakyat mampu dicapai dengan menyelaraskan skala gaji pekerjaan di Malaysia dan mengagihkan kekayaan negara.

3. Selain menjimatkan RM 11.40 sebulan untuk setiap lima juta pengguna Selangor, skim air percuma 20 meter padu oleh Kerajaan Negeri juga mendidik mengurangkan kadar penggunaan air secara menyeluruh selama lima tahun pelaksanaannya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lantik Najib : Umno-BN Selangor Sudah Tidak Bermaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 27022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 27 FEBRUARI 2013 :

1. Perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.

2. Kajian Merdeka Center mendapati sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mencatatkan penurunan.

3. Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Isnin lalu, secara jelas mengiktiraf sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum itu.

4. Bagi menangani rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa di negara ini, Pakatan Rakyat menerusi Manifesto yang dibentangkan Isnin lalu bakal memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) yang akan memberdayakan sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pendapatan RM4,000 Sebulan Dalam Penggal Pertama Pentadbiran Pakatan Rakyat – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 26022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 26 FEBRUARI 2013 :

1. Pakatan Rakyat mensasarkan agar setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahannya di Putrajaya.

2. Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kepimpinan Menteri Besar Kelantan dan Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang sukar dicari dalam sejarah politik negara malah menjadi contoh bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara kelak.

3. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim optimis bahawa dasar dan inisiatif di dalam Manifesto Pakatan Rakyat dapat direalisasikan sekiranya gabungan PKR, PAS dan DAP diberi mandat menerajui Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

4. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifarkan pemberian “one-off” seperti BR1M oleh kerajaan Umno-BN seperti pemberian zaman Firaun yang mendidik rakyat menagih simpati dan patuh walaupun kerajaan zalim keatas mereka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

AES : Kerajaan Negeri Berbincang Dengan LLM – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 25022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 25 FEBRUARI 2013 :

1. Berhubung isu pemasangan struktur dua kamera AES di Lebuhraya di Sepang, Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi memastikan bidang kuasa yang dimiliki Kerajaan Negeri.

2. Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Jom Shopping walaupun berlakunya pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Parlimen kerana dana untuk program tersebut sudah diperuntukkan.

3. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah melucutkan jawatan kakitangan awam di Selangor hanya kerana tidak menyokong atau tidak hadir dalam majlis-majlis anjurannya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Gantung Sementara Projek Prasarana Persekutuan – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 22022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 22 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Selangor gantung semua projek pembangunan persekutuan buat sementara waktu sebagai respon terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam di dalam kes dua tiang kamera AES yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.

2. Hakim Mahkamah Syariah Selangor diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan keputusan kes penceraian dan pembahagian harta kerana masih terdapat banyak rungutan berhubung kes tersebut.

3. Puncak Niaga, Abbas, Splash dan Syabas boleh membawa tawaran RM 9.65 bilion ke Jawatankuasa Timbang Tara sekiranya tidak berpuas hati dengan jumlah Kerajaan Negeri.

4. PAS mengambil pendekatan sama memperkenalkan kenderaan kempen mereka sendiri selepas rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

5. Isu pergolakan pentadbiran PAS Kedah disifatkan sebagai hanya mainan satu ‘berita pilihan raya’.

Selangor Tawar RM 9.65 Bilion Ambil Alih Pengurusan Air – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 21022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 21 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion kepada empat syarikat yang mengurus industri air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengambilalih operasi mereka.

2. AMK Selangor akan sentiasa berdiri teguh di belakang Kerajaan Negeri Selangor atas apa juga dasar baik yang dirangka untuk rakyat.

3. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada halangan dan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri bagi pembubaran DUN Selangor untuk diadakan pilihan raya apabila tiba masanya.

4. Kerajaan Negeri akan membuat keputusan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Puchong selepas berakhir mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Lebih Berminat Jaga Kebajikan Rakyat Berbanding Memberi Keuntungan Kepada Syabas – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 20022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sentosa, Klang dan kawasan sekitarnya bagi memenuhi kehendak rakyat setelah masalah banjir dikawasan tersebut berjaya diselesai.

2. Kerajaan Negeri lebih berminat untuk menjaga kebajikan rakyat di Selangor berbanding memberi keuntungan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas).

3. Pihak polis digesa menjalankan siasatan segera dan menangkap dalang disebalik perbuatan mengsabotaj papan billboard yang mempromosikan pelancongan di Sekinchan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 19022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 19 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri akan mengumumkan langkah seterus yang akan diambil setelah tempoh tawaran pengambilalihan industri air telah tamat semalam.

2. Kerajaan Selangor menyifatkan keuntungan sehingga 30 peratus yang diperolehi Syabas dalam industri air sebagai keterlaluan kerana ianya tidak adil dan membebankan rakyat.

3. Pelabur dan pengusaha industri menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri membina jambatan ketiga Klang yang diharap dapat memudahkan lagi perjalanan ke Pelabuhan Klang.

Jambatan Ketiga Klang Akan Disiap Dalam Tempoh Yang Ditetapkan – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 18022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 18 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri beri jamninan Jambatan Ke-3 Klang akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan peruntukkan dari wang rizab simpanan negeri sejumlah RM300 juta.

2. Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Jom Shopping Ibu Tunggal’ sebagai satu lagi usaha memperkasa golongan wanita di negeri Selangor.

3. Konsep 1Malaysia disifatkan sebagai rektorik kerajaan pimpinan Najib Razak apabila beliau sendiri tidak serius menegur kumpulan Ketuanan Melayu (Perkasa) yang membakar semangat perkauman.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Di Malaysia – INFO 12

Sinopsis:

Selangor terus mencatat sasaran negeri pelaburan tertinggi di Malaysia dengan mencatatkan jumlah pelaburan lima tahunnya berjumlah RM 48.53 bilion.Ini di ikuti dengan Sarawak kedua dan ketiga Pulau Pinang.

Nilai pelaburan tersebut turut menyumbang sebanyak 30 peratus dari jumlah pelaburan negara.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar: PR Mara Lebih Dahsyat Daripada PRU 2008 – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 08022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 8 FEBRUARI 2013 :

1. “Idaman PKNS Antara Gapi” satu lagi projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibangunkan PKNS bakal berada di pasaran menjelang Disember 2014.

2. Kerajaan Negeri Selangor akan meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri supaya memberikan elaun khas kepada kakitangannya yang mempunyai kepakaran terhadap hal ehwal tanah.

3. Pakatan Rakyat bersama kekuatan jentera parti siap sepenuhnya menghadapi pilihan raya tahun ini dan hanya menunggu tiupan wisel pembubaran parlimen daripada Perdana Menteri.

4. Tindakan Kerajaan BN mengundang artis popular Korea Selatan, Psy sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang bukan sahaja membazir malah bertentangan dengan usaha kerajaan yang ingin mendidik rakyat hidup berjimat cermat.

Categories
NASIONAL

Lagi Pemimpin Umno-BN Selangor Didakwa Terlibat Skandal Tanah – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 07022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 FEBRUARI 2013 :

1. Setiap kediaman di Selangor boleh menerima air percuma sekirannya Syabas melakukan tanggungjawabnya menukar semua meter pukal kepada meter individu enam tahun lalu.

2. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor.

3. Mulai minggu depan, golongan belia yang berkahwin pada tahun ini dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan yang diberikan Kerajaan Negeri.

4. Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D dengan harga RM2 sekali.