Categories
SELANGOR

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 OKT: PAS Selangor tidak bersetuju terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu Perkasa.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata meskipun PAS bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN), namun parti itu menolak pihak yang membawa sentimen perkauman.

Iskandar SamadKatanya PAS Selangor juga sudah menerima penjelasan daripada PAS Pusat bahawa mereka hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.

“Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang BN dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman.

“Seluruh tenaga rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digemblingkan untuk berhadapan penyelewengan dan salah guna kuasa BN,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata PAS juga hanya membincangkan tiga perkara iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan SOSMA.

“Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan kerjasama seperti yang dilaporkan media.

“Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Rakyat mahu kerajaan fokus isu kehidupan & pembelaan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Pentadbiran Kerajaan Selangor kekal berjalan seperti biasa walaupun wujud suasana politik agak tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ini jelas seperti dinyatakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya Kerajaan Negeri memenuhi mandat diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

suk“Saya lihat Menteri Besar jelas dalam kenyataannya, Pakatan Harapan hanya untuk PRU-14 nanti bukan sekarang. Kerajaan Negeri sekarang perlu berjalan seperti biasa sebab kita memikul amanah yang perlu dipenuhi iaitu mandat pada 2013.

“Rakyat tak mahu (pemimpin) asyik berpolitik tetapi dia nak longkang dia bersih, jalan dia rata, dia nak ada orang bantu dia bila nak beli rumah, kalau flat dia bocor ada orang bantu, bila nak cat ada orang bantu.

Katanya lagi, pergolakan politik tidak memberi sebarang kesan positif dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri itu.

“Rakyat lebih suka bila kerajaan memberi fokus kepada perkara-perkara ini (kebajikan) bukan cerita bergaduh siapa yang duduk di sini atau siapa duduk di sana.

“Tetapi lebih kepada perkara yang betul-betul memberi kesan kepada kehidupan mereka. Itulah yang mereka nak,” kata Iskandar kepada Selangor Kini.

EZY

Categories
SELANGOR

7 tahun tadbir Selangor, Pakatan pecah tembok perkauman

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PANDAN, 5 OKT: Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor berjaya memecahkan tembok pemisah perkauman sebagai pencapaian terpenting sepanjang tujuh tahun mentadbir negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ini berikutan kunci kejayaan negeri itu terletak pada keharmonian masyarakat dan saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Pesta Tanglong“Hari ini kita melihat manifestasi usaha Kerajaan Selangor menyatukan rakyatnya. Sepanjang tujuh tahun Pakatan menjadi kerajaan, kita berjaya memecahkan tembok pelbagai bangsa di negeri ini.

“Kita melihat semua program dianjurkan Kerajaan Negeri atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) sama ada program Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali, bukan dihadiri satu bangsa sahaja tetapi dihadiri semua bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Pesta Tanglung peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Pandan Jaya di sini, malam tadi.

Bagaimanapun jelas Iskandar, masih terdapat sesetengah golongan yang sengaja memainkan sentimen perkauman sempit seperti berlaku dalam Perhimpunan Baju Merah demi kepentingan politik pemimpin korup.

“Saya ingat dulu-dulu apabila orang Cina buat persembahan Tarian Naga dengan gendangnya yang kuat bunyinya apabila masa itu kita orang Melayu takut persembahan itu sebab rasa seperti mengancam kita.

“Tetapi bila kita mengenali budaya masyarakat yang bukan daripada kalangan kita, rasa takut itu hilang,” kata Iskandar.

Ketika menyentuh kehadiran dianggarkan hampir 1,000 hadirin, Iskandar berkata beliau sendiri tidak menyangka menerima sambutan memberangsangkan walaupun dalam cuaca berjerebu.

EZY

Categories
SELANGOR

Iskandar: KLIK turun ke 20 lokasi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 OGOS: Program Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) mengenalpasti 20 kawasan pangsapuri kos rendah untuk pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad, berkata satu kumpulan remaja akan dikenalpasti untuk menjadi kumpulan yang akan membawa perubahan kepada pembangunan kawasan mereka di bawah program KLIK.

Iskandar (PAS-Chempaka) berkata, kumpulan terbabit akan bertindak sebagai koordinat bagi kawasan mereka dan akan diberikan latihan serta kursus.

Iskandar Samad“Kerajaan Negeri yakin bahawa remaja lebih efektif dalam membawa perubahan kepada masyarakat sebagai tujuan mengurangkan masalah sosial di pangsapuri kos rendah.

“Kerajaan Negeri juga menganjurkan kempen seperti Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni bagi tujuan sama,” katanya dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menjawab pertanyaan Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang), semalam.

Iskandar berkata, Skim Rondaan Keselamatan Kejiranan (SEROJA) turut diberikan kebenaran kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan MC menggunakan sebahagian peruntukkan geran untuk memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV).

“Kita faham kaedah memantau dan rondaan masa kini adalah sukar dilaksanakan secara konsisten berdasarkan senario masa kini.

“Oleh itu, kaedah paling relevan era moden ini adalah pemasangan CCTV. Mereka perlu memberi maklumat bilangan kes jenayah yang berlaku kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk dianalis,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan RM1 juta setahun juga diberikan kepada SEROJA dan KLIK.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Iskandar: Pemaju gagal berdepan tindakan tegas, elak projek ‘sakit’

Oleh: NAEEM RAFFI

GOMBAK, 15 OGOS: Pemaju Rumah Selangorku yang gagal menyiapkan projek seperti ditetapkan bakal berdepan tindakan tegas termasuk pemberhentian atau penangguhan projek lain di bawah mereka.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ketetapan itu diambil bagi memastikan tiada projek ‘sakit’ membabitkan pembangunan Rumah Selangorku yang akhirnya membebankan rakyat.

yb iskandar 1“Pendekatan ini diambil bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan hutang yang terpaksa dibayar tetapi rumah mereka gagal disiapkan.

“Kita tak mahu projek Rumah Selangorku bermasalah dan akhirnya Kerajaan Negeri dipersalahkan seperti pengalaman sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dan Pendaftaran Rumah Selangorku Kampung Seri Temenggung di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Pemantau Kualiti Rumah Selangorku (KUASEL) berperanan memantau perkembangan semua projek Rumah Selangorku selain memastikan kualiti setiap unit dibina menepati piawaian ditetapkan.

sri gombak 3KUASEL dianggotai wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), anak syarikat Kerajaan Negeri lain dan ahli profesional itu bertanggungjawab memastikan projek disiapkan dalam jangkamasa tiga tahun.

“Kita tidak mahu mengulangi kegagalan kerajaan terdahulu yang meluluskan pembinaan rumah kos rendah tetapi ada antara pemaju tidak membina langsung rumah yang dijanjikan sehingga hari ini,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri sebelum ini turut menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang dalam masa kurang 60 hari selain menubuhkan KUASEL.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Air: Kerajaan Persekutuan sengaja cari sebab jatuhkan MB

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kerajaan Persekutaan dalang yang menyebabkan isu air gagal diselesaikan hingga kesalahan itu diletakkan kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamad Azmin Ali.

Exco Perumahan, Pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata seharusnya usaha gigih Mohamed Azmin turun naik ke Putrajaya selesai tetapi perjanjian tidak ditandatangani.

yb iskandar 1“Tetapi, Kerajaan Persekutuan tidak mahu menandatangi persetujuan yang dibuat dua minggu lalu, bahkan sengaja meletakkan syarat baru menjadikannya tertangguh.

“Sebenarnya, persetujuan itu sudah siap selepas Kerajaan Negeri selesaikan tiga masalah yang dikemukakan Kerajaan Persekutuan tetapi kini ditambah syarat baru yang seakan sengaja meletakkan halangan untuk persetujuan diteruskan,” katanya.

Iskandar berkata, sebenarnya masalah berhubung isu air sudah berlaku sebelum Mohamed Azmin dilantik menjadi menteri besar.

“Kami kini dalam usaha menyelesaikan isu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi menteri besar. Jadi, kesalahan tidakboleh diletakkan sepenuhnya kepada Mohamed Azmin.

“Kerajaan Persekutuan harus mengambil tindakan sama untuk segera menyelesaikan masalah ini demi kebaikan rakyat bukan cuba mencari sebab menjatuhkan menteri besar,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan patut bantu pekerja Ladang Segambut

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa campurtangan bagi penyelesaian adil isu bekas pekerja Ladang Segambut.

Nain Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, bekas pekerja ladang berkenaan tidak diberikan alternatif daripada pihak pemaju mahupun pemilik tanah sehingga hari ini.

Iskandar SamadKatanya, beliau dimaklumkan penduduk notis juga hanya dikeluarkan tiga hari sebelum rumah-rumah mereka dirobohkan.

“Buat masa ini, penduduk tinggal di bawah khemah berhampiran tapak kampung mereka yang sudah dirobohkan itu.

“Dengan itu, saya menggesa menteri yang terlibat serta DBKL membantu penduduk kampung yang sekarang tinggal dalam keadaan daif,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 19 Jun lepas, tiga ditahan dalam usaha menghalang perobohan rumah milik bekas pekerja Ladang Segambut yang berusia 100 tahun itu.

Pihak pemaju perumahan dilaporkan meroboh sebuah bengkel, kedai runcit dan lima buah rumah.

Mengulas lanjut, Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor berkata kebiasaannya penduduk akan ditawarkan membeli rumah kos rendah atau rumah alternatif lain.

EZY

Iskandar, Amar dan Idris gandingan baharu Naib Presiden PAS

Jawatan Naib Presiden PAS Pusat dimenangi Dato’ Iskandar Abdul Samad, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad

Categories
SELANGOR

Keluarga tahanan kes rampasan kuasa Perak terima bantuan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Keluarga mangsa yang dipenjara 10 bulan ekoran terlibat dalam perhimpunan membantah ‘rampasan kuasa’ Perak 2009 mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengunjungi keluarga Bad Latif Mansor, yang diwakili isteri beliau, Nashita Md Noor.

11156314_1001953639823633_4114694150951503453_nIskandar hadir sambil ditemani Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada keluarga Bad Latif.

Nashita ketika dihubungi terharu dengan keprihatinan Iskandar selaku wakil Kerajaan Selangor dan rombongan menziarahi keluarga sambil bertanya mengenai perkembangan semasa suami beliau.

“Kami merasa bertuah dan lega kerana nasib kami yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memenjarakan suami kami mendapat perhatian dan pembelaan dari wakil pimpinan Selangor dan juga ramai yang lain lagi.

“Ini menambahkan kekuatan kami untuk terus tabah dan kuat dan menyambung perjuangan suami kami,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau turut memaklumkan rombongan Iskandar turut menziarahi keluarga Shidahtul Sabtu, isteri kepada Zulhaizam Zulkifli di Pandan Indah dan menyerah sumbangan sama.

Ketika ditanya mengenai perkembangan suaminya beliau memaklumkan mereka semua sihat dan masih kuat untuk meneruskan perjuangan.

Bad Latif bersama 11 yang lain dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan bermula 18 Mac lalu.

Beliau turut memaklumkan 10 dari 12 orang tahanan dipindahkan ke Penjara Tapah.

Sejak ditahan, beliau hanya berkesempatan menziarahi suami tercinta sebanyak dua kali.

“Insya Allah Ahad ini kami dibenarkan melawat suami. Penjara menetapkan keluarga boleh melawat mereka sebulan sekali,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pemaju perlu mohon kebenaran merancang sebelum hujung tahun

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 MAC : Pemaju hartanah swasta yang sudah menerima kelulusan merancang bagi membina rumah mampu milik diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendapatkan kebenaran merancang daripada Kerajaan Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sekiranya pemaju gagal berbuat demikian, maka permohonan mereka untuk membina kediaman jenis berkenaan akan ditarik semula dan disenarai hitam.

RumahBagaimanapun katanya setakat ini belum ada pemaju yang disenarai hitam dan akan diberi tempoh masa untuk melaksanakan syarat yang ditetapkan.

“Setakat ini seramai 42 pemaju sudah menerima kelulusan merancang sejak 2009.

“Kita sudah bincang dengan pemaju dan ramai yang bersetuju hendak buat (rumah mampu milik) tetapi tangguh (atas sebab-sebab tertentu),” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, semalam.

Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan Rumah Selangorku sebanyak 15,000 unit dalam tempoh dua tahun.

Setakat ini, lebih 11,000 unit rumah mampu milik sudah dibina Kerajaan Negeri.

EZY

Categories
SELANGOR

Selcat: Tiada perancangan sewa beli di PPR Selangor

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC : Tidak keputusan atau perancangan untuk menawarkan perjanjian sewa beli kepada penduduk bagi semua Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata PPR sedia ada akan kekal disewa kepada penghuni yang layak kerana skim sewa beli tidak ditawarkan untuk jenis pangsapuri berkenaan.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (6)Katanya kebanyakan penghuni di PPR juga tidak mampu memiliki kediaman sendiri ekoran memiliki pendapatan bulanan yang rendah.

“Untuk skim sewa beli kita sudah wujudkan DanaSel yang membolehkan mereka membeli rumah lain (bukan rumah PPR).

“Ini kerana ada sekolompok masyarakat yang tidak mampu untuk mendapatkan sewa bagi membeli terus rumah mereka dan menjadikan ia rumah transit sebelum dapat kerja lebih baik atau buat keputusan cukupkan pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor ( Selcat) di Dewan Annex, hari ini.

Iskandar berkata sekiranya Kerajaan Negeri membenarkan skim sewa beli dilaksanakan di PPR, maka akan berlaku masalah pentadbiran di sesebuah blok itu.

“Kalau nak buat perjanjian sewa beli lebih baik semua blok kita laksanakan perkara sama.

“Setakat ini tiada keputusan atau perancangan sewa beli untuk semua PPR, ia akan kekal disewa,” katanya lagi.

Beliau berkata Kerajaan Negeri tidak akan menggunapakai polisi di Singapura yang memaksa rakyat mereka membeli kediaman lain sekiranya pendapatan bulanan mereka bertambah.

Malah katanya polisi menjual rumah selepas dua tahun menyewa di PPR juga tidak akan dilakukan Kerajaan Negeri.

“Ramai yang tidak mampu, jadi lebih baik kalau kita tambah baik sahaja PPR berkenaan untuk keselesaan penduduk,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

726 Rumah Selangorku harga bawah RM250,000 ditawar

SHAH ALAM 21 FEB: Sebanyak 726 unit Rumah Selangor di sembilan projek dibuka untuk dibeli oleh orang ramai dengan harga di bawah RM250,000 sebuah.

Exco Perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata unit itu adalah baki dari 1,683 unit yang pernah ditawarkan untuk jualan.

bukit botak rumah asri 01Katanya lokasi projek itu adalah di Bandar Baru Bangi, Cheras, Taman Subang Mas, Sutera Damansara, Desa Alam U12, Antara Gapi, Cyberjaya dan Taman Emas Dengkil.

“Mereka berminat boleh melayari laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rumah Selangorku adalah rumah mampu milik di bawah RM250,000 sebuah. Sementara pendapatan isi rumah pembeli mesti tidak melebihi RM8,000 sebulan,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Beliau berkata rumah Selangorku adalah rumah yang wajib dibina pemaju dengan kerajaan negeri mensasarkan 15,000 unit dibina dalam tahun ini.

“Sasaran keseluruhan adalah 35,000 unit mula dibina atau siap dibina menjelang 2018, sebanyak 8,402 unit akan dilancarkan selewat-lewatnya bulan April ini,” katanya.

EZY