Categories
NASIONAL

Nombor pendaftaran ‘Malaysia’ sempena sambutan kemerdekaan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 JUN: Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan siri nombor pendaftaran ‘Malaysia’ sempena ulang tahun sambutan kemerdekaan ke-61.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bidaan akan dibuka kepada orang ramai bermula 2 Julai sehingga 16 Julai ini dan keputusan tawaran akan diumumkan, pada 15 Ogos ini.

Katanya, tawaran bidaan nombor pendaftaran istimewa itu membabitkan 10,000 siri bermula daripada Malaysia 1 sehingga Malaysia 9999.

“Pelaksanaan nombor pendaftaran ‘Malaysia’ ini bagi memupuk semangat cinta pada negara selaras tema Hari Kemerdekaan ‘Sayangi Malaysiaku’ seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia juga dibuat selaras keputusan Jemaah Menteri, pada 30 Mei lalu dan ia akan diikuti siri negeri lain antaranya ‘Selangor’, ‘Perak’ dan semua negeri di Malaysia tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelaksanaan tawaran nombor pendaftaran istimewa itu dijangka mampu menjana hasil memberangsangkan kepada kerajaan.

“Ini berdasarkan kepada hasil diperolehi melalui tawaran dan penjualan nombor pendaftaran indeks siri ‘V’ serta ‘F’ lalu yang masing-masing merekodkan hasil RM22.48 juta juga RM17.55 juta.

“Manakala harga bidaan tertinggi yang pernah direkod bagi kedua siri itu adalah RM989,780 bagi nombor pendaftaran V1 dan RM836,660 bagi bidaan nombor pendaftaran F1,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kakitangan SPAD diserap masuk ke JPJ

OEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 MEI: Kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan diserap masuk ke agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, kakitangan tetap di SPAD akan diserap masuk ke JPJ ekoran terdapat 1,000 kekosongan jawatan, di agensi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang berjawatan kontrak, hal itu akan dikaji semula dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

“Tiada siapa akan dipecat memandangkan kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) adalah kerajaan prihatin.

“Manakala, peranan SPAD pula akan diambil alih Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui JPJ,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Anthony berkata, terdapat kira-kira 800 kakitangan tetap di SPAD bakal diserap masuk ke JPJ.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan, semua akan diserap, namun jika ada pertindihan jawatan kita akan kaji semula hal berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan SPAD akan dimansuhkan kerana ia tidak memberi manfaat kepada negara, sebaliknya hanya meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

“Kita dapati peranannya bertindih dan ini adalah pembaziran merugikan negara,” katanya pada sidang media Mesyuarat Jemaah Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Categories
NASIONAL

JPJ ronda 24 jam 18 Februari ini

SHAH ALAM, 13 FEB: Rondaan pasukan penguat kuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi 24 jam, pada 18 Februari ini, bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pasukan penguat kuasaan JPJ melakukan rondaan selama 16 jam, bermula 9 hingga 23 Februari ini dari jam 8 pagi hingga 12 malam, kecuali pada 16 dan 17 Februari.

Katanya, dalam tempoh itu, JPJ akan turut menjalankan pemeriksaan bas secara rawak di hentian rehat dan rawat di lebuh raya.

“Rondaan akan menggunakan kenderaan penguat kuasa berlogo dengan membuka lampu mata arah, berkelajuan tidak melebihi 70 kilometer/jam menggunakan lorong kecemasan atau lorong paling kiri jalan,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Stesen JPJ, di kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah selatan), di Lebuhraya Utara Selatan, baru-baru ini.

Pada masa sama, Shaharuddin berkata, pegawai JPJ akan turut melakukan penyamaran di dalam bas bagi memantau pemandu yang merokok atau menggunakan telefon bimbit sambil memandu.

Katanya, pegawai terbabit juga akan memeriksa tayar, brek dan lampu bas ekspres sebelum berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan.

“Sebanyak 120 pasukan berkenderaan dan 40 unit bermotosikal JPJ akan terbabit dalam operasi penguat kuasaan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

“Rondaan dan penguat kuasaan pada sambutan perayaan ini meliputi 240,000 kilometer jalan raya di seluruh negara membabitkan 1,500 hingga 2,000 pegawai dan anggota JPJ,” katanya.

Mengulas berkenaan Stesen JPJ yang dirasmikan baru-baru ini, Shaharuddin berkata, ia adalah stesen zon tengah dengan pihak pengurusan PLUS Malaysia Bhd memberikan ruang eksklusif untuk pegawai penguat kuasa JPJ beroperasi, di kawasan rehat dan rawat berkenaan.

“Sebagai permulaan, Stesen JPJ Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah selatan) akan memberikan fokus kepada operasi penguat kuasaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Bagi jangka masa panjang, stesen JPJ ini merancang untuk menyediakan perkhidmatan memeriksa saman, memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bagi kemudahan pengguna lebuh raya,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Sokong JPJ, perlu ada pemandu kedua bas ekspres

OLEH AZAN ISMAIL

Saya menyokong penuh usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan mengenakan tindakan keras terhadap mana-mana pengusaha bas ekspres yang tidak menyediakan pemandu kedua sepanjang Ops Selamat sempena Hari raya Aidilfitri tahun ini.

Ini kerana setiap kali menjelang musim perayaan, insiden kemalangan jalan raya memang amat membimbangkan kerana saban tahun angka kenderaan terlibat termasuk bas dan mangsa terkorban semakin meningkat.

Salah satu puncanya adalah kerana pemandu bas yang letih kerana kurang tidur ekoran terpaksa memandu dalam jarak jauh dan lama berseorangan.

Saya juga mengharapkan supaya JPJ akan lebih mengetatkan penguatkuasaannya
lagi dengan melakukan sekatan jalan raya secara mengejut ke atas syarikat bas ekspres yang cuba mengambil kesempatan daripada kelonggaran undang-undang.

Dalam pada masa sama, saya juga ingin mengingatkan kerajaan supaya bersikap tegas dan tidak teragak-agak menarik balik lesen dan permit perniagaan pengusaha bas ekspres dan persiaran sekiranya ingkar kepada arahan yang telah ditetapkan.

Azan_IsmailDengan cara ini sudah pasti mereka lebih berwaspada dan mematuhi arahan yang diberi.

Pada musim hari raya 2016, Ops Selamat 9/2016 telah mencatatkan sebanyak 15,524 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara. Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 2.5 peratus atau 377 kes.

Dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa ini, saya yakin tahun ini (2017) akan dapat menurunkan angka kemalangan ini.

Selain daripada itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga juga perlu melakukan pemantauan semasa dan penguatkuasaan bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya tidak terus mencatatkan peningkatan dan trafik lancar pada Aidilfitri tahun ini.

*Azan Ismail adalah ADUN Bandar dan Pengerusi KEADILAN Terengganu

Categories
NASIONAL

SPRM & JPJ patut tingkat penguatkuasaan atasi kes kenderaan klon

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 APR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut meningkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi kes kenderaan klon yang membahayakan pengguna.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA), Dr. N. Marimuthu berkata, JPJ juga patut meningkatkan pemantauan berterusan agar kes sedemikian dapat dibendung.

klon“Mereka perlu pertingkatkan operasi pemeriksaan demi keselamatan orang ramai supaya tidak tertipu dengan sindiket penjual kenderaan haram,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, selain mengelakkan kerugian pendapatan kerjaan dalam bentuk cukai, JPJ dan SPRM juga mampu mengelak kerugian kepada pemilik kenderaan.

Beliau berharap SPRM memperbaiki sebarang kelemahan dalam sistem sedia ada dan memperluaskan operasi ke seluruh negara.

Baru-baru ini, sebanyak 167 buah kenderaan klon bernilai lebih RM13 juta disita SPRM dan JPJ.

EZY

Categories
NASIONAL

Satu nombor, dua kenderaan?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 NOV: Di sebalik keghairahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan ‘strobe light’ pada kenderaan, pengguna kenderaan kini dikejutkan dengan pemilikan nombor pendaftaran pendua pada kenderaan berbeza.

Beberapa keping gambar mula dikongsikan sejak kebelakangan ini yang menyaksikan timbul pertikaian dan kekeliruan kepada pemilik kenderaan.

Sejak dua hari lalu, beberapa laman sosial memuat naik sekeping gambar dua kenderaan model Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran AJK 8033.

duplicate 2Salah sebuah kenderaan berkenaan berwarna merah sementara sebuah lagi berwarna merah gelap.

Salinan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan AJK 8033, Mohd Rizal Arbaine di Balai Polis Teluk Intan turut dikongsikan di laman sosial.

Turut menjadi mangsa adalah seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Wish di Sabah yang berkongsi situasi sama di laman sosial Facebook Sukan Star TV (SSTV).

Menurut pemilik kenderaan berkenaan, keretanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran JLT 4488 dijumpai kakak beliau di Kelantan dengan nombor pendaftaran yang sama tetapi berwarna hitam.

Beliau turut berkongsi gambar cukai jalan beliau yang tamat pada 31 Ogos 2015 dan didaftarkan di Sabah, sementara sebuah lagi model dengan cukai jalan bertarikh 31 Ogos 2014 di Semenanjung.

1467344_774438825956471_3027555485420604218_nKatanya, beliau menerima empat keping saman dan sudah membuat empat laporan polis.

Pelayar laman sosial turut berkongsikan sekeping lagi gambar model Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WPS 533 yang turut menjadi mangsa klon nombor pendaftaran.

Menurutnya, model asal adalah berwarna hitam dan berada di Kuala Krai, Kelantan milik majikannya.

Lebih mengejutkan, pemilik turut menerima satu notis saman kerana didapati memandu melebih had kelajuan di Kuantan daripada nombor pendaftaran sama dengan model Vios berwarna putih.

duplicate 3Turut memiliki nombor pendaftaran sama adalah model Honda Civic ES dengan nombor pendaftaran WKU 6111 pada dua kenderaan berbeza dengan warna kenderaan putih dan kelabu.

Sementara model Honda Accord Euro-R CL7 dengan warna hitam dan merah turut ditemui dan masing-masing didaftarkan dengan nombor pendaftaran WRX 2622.

Tidak terkecuali dua buah motosikal daripada model yang berbeza, namun mempunyai nombor pendaftaran sama iaitu WVW 2337.

-NFN-

Categories
NASIONAL

JPJ keluar arahan henti operasi plat kenderaan?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 NOV: Sepucuk ‘surat pekeliling’ supaya penguatkuasaan kesalahan mempamerkan plat pendaftaran kenderaan tidak mengikut spefikasi dihentikan serta-merta didapati mula berlegar di internet sejak semalam.

Surat dikatakan dikeluarkan Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu menimbulkan tanggapan kononnya disebabkan bantahan orang ramai terhadap tindakan JPJ mengeluarkan saman terhadap atas kesalahan terbabit.

10262139_533957406741037_3584977394246784592_n“Untuk makluman, Menteri Pengangkutan pada hari ini (12 November 2014) mengarahkan supaya penguatkuasaan JPJ ke atas kesalahan mempamir nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

“Bagaimanapun penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID dan ‘Strobe Light’ hendaklah diteruskan.

“Sukacita diingatkan juga bahawa Yang Bahagia Datuk/Tuan atau mana-mana pegawai tidak dibenarkan membuat kenyataan media berhubung penguatkuasaan ini,” menurut surat yang didakwa dihantar menerusi faks kepada pangarah-pengarah JPJ seluruh negara.

Beberapa pemilik akaun laman sosial facebook menyifatkan ‘perkembangan terkini’ itu sebagai kemenangan rakyat selepas memberi tekanan hebat kepada JPJ termasuk di akaun facebook rasmi JPJ sendiri.

LipEngSebelum ini, alasan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang mengaitkan punca kemalangan jalan raya mengorbankan 6,915 nyawa berpunca daripada kegagalan mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan dianggap dangkal dan melucukan.

Ekoran tindakan tegas JPJ itu dan kenyataan Ismail itu, JPJ dikecam hebat dan dipersendakan pemilik akaun di laman-laman sosial.

Antaranya komen beberapa pengguna facebook yang mengaitkan tulisan plat kenderaan yang kecil menyebabkan kesukaran ‘kaki nombor ekor’ membaca nombor pendaftaran kenderaan sekaligus menyebakan kemalangan.

Manakala beberapa pengguna laman sosial lain pula bertindak memaparkan gambar plat kenderaan dalam spesifikasi sebenar dengan tulisan plat mempersendakan JPJ.

Selain itu, mereka turut mempertikaikan kenderaan Ketua Pengarah JPJ itu sendiri yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

EZY

Categories
NASIONAL

Berita anggota JPJ dikepong & ditetak palsu

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS : Hebahan di media sosial berkenaan dengan “anggota JPJ dikepong dan ditetak” adalah palsu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kejadian sebenar yang berlaku semalam, pada 12 Ogos adalah berkenaan dengan kes kemalangan kenderaan JPJ dengan seorang pemandu yang memandu secara berbahaya.

JPJKatanya, dua kenderaan yang terlibat adalah jenis Toyota Fortuner (JPJ) dan jenis Proton Saga.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 1:50 tengah hari, apabila anggota JPJ susur ke Jalan Bukit Kemuning pulang ke ibu pejabat di Padang Jawa.

“Tiba-tiba jenis Proton Saga memotong secara bahaya dan berlaku geseran di bahagian belakang sebelah kiri motokar milik JPJ,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Tiada sebarang kecedaraan berlaku terdapat sedikit kesan calar dibahagian belakang kiri kenderaan JPJ.

Categories
NASIONAL

JPJ: Ibu bapa diingat tidak mudah benarkan anak memandu tanpa lesen ke sekolah

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS:  Ibu bapa diingatkan memantau anak-anak supaya tidak sewenang-wenangnya membiarkan mereka yang tidak memiliki lesen memandu menjadikan motosikal sebagai kenderaan ke sekolah.

Ia ekoran kemalangan motosikal di kalangan pelajar sekolah sering berlaku, tetapi ibu bapa masih tidak endahkan keselamatan terhadap anak-anak.

pelajarJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kebanyakannya ibu bapa sanggup memberikan motosikal milik keluarga kepada anak-anak untuk digunakan ke sekolah atau kemana saja.

Ini berlaku kerana mereka enggan menghantar anak-anak sendiri ke sekolah atas alasan sibuk dan sebagainya.

“Jangan berkira soal kewangan untuk membolehkan anak-anak mempunyai lesen memandu apabila layak mengikut umur yang dibenarkan JPJ.

“Purata pelajar yang berusia antara 13 hingga 17 di negara ini didapati menggunakan motosikal tanpa lesen untuk ke sekolah setiap hari.

JPJ“Di mana mereka lebih terdedah kepada kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau cacat anggota seumur hidup,” kata JPJ dipetik dari laman Facebook.

JPJ berkata, mempunyai lesen adalah penting kerana pengguna jalan raya yang mempunyai lesen memandu akan dilindungi oleh insurans jika berlaku sebarang kemalangan.

EZY

MB : Perantara bebas tentukan jumlah bayaran pengambilalihan air

Sinopsis

FOKUS Untuk 15112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada badan bebas sebagai perantara untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi air jika persetujuan itu masih menemui jalan buntu.

2. Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan 35,000 Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri itu tercapaai.

3. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merampas lesen sebuah kilang kitar semula tong yang dipercayai mengalirkan sisa bahan kimianya ke dalam Sungai Kundang, di Taman Perindustrian Puteri Permai, baru-baru ini.

4. Pelajar cemerlang Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) peringkat Selangor, Nur Nabiha Nasuha Muhammad Zamri menyifatkan restu ibu bapa sebelum ke sekolah adalah kunci kejayaannya.

5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan program pelancongan yang dinamakan ‘Mini Cruise Sungai Klang’ bagi menyahut usaha kerajaan negeri membangunkan sungai berkenaan.

6. Kerajaan Pusat seharusnya tidak membelanjakan dana yang besar bagi memperuntukkan sistem yang tidak efesien seperti sistem MySikap apabila kos bernilai hampir RM200 juta digunakan JPJ di seluruh negara.

7. Jika pagi semalam beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petangnya pula menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk ‘membalas dendam’.

MB : Belanjawan 2014 Selangor paling menyeluruh, mantap


Sinopsis

FOKUS Untuk 14112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Belanjawan 2014 Selangor yang akan dibentangkan pada 19 November ini merupakan belanjawan paling menyeluruh dan mantap pernah dibentangkan.

2. Ekoran kejadian banjir kilat yang sering melanda di beberapa tempat di Klang, Kerajaan Selangor mengumumkan langkah segera bagi melaksanakan kerja-

kerja tebatan banjir dan menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi masalah terbabit.

3. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melengkapkan pegawai penguatkuasanya dengan senjata api

4. Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan kenyataan rasmi berhubung tindakan bakal diambil badan itu ekoran dakwaan terdapat ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) di pejabat Peguam Negara.

5. Kegagalan sistem MySikap bagi menangani masalah kebanjiran pengguna berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu lagi bukti projek pembaziran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

6. Pelajar lulus dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor meningkat kepada 85.6 peratus daripada 36,077 calon pada 2013 berbanding tahun sebelumnya 81.7 peratus.

Categories
SELANGOR

MySikap RM200 juta satu lagi projek pembaziran BN

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 14 NOV : Kegagalan sistem MySikap bagi menangani masalah kebanjiran pengguna berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu lagi bukti projek pembaziran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata beliau kesal dengan kegagalan sistem berharga RM200 juta itu berfungsi dengan sempurna sehingga menyusahkan pengguna.

“Kita berharap JPJ memperbaiki sistem yang menjadi rungutan apabila kaunter di seluruh negeri tidak dapat memberikan khidmat dengan baik dengan sempurna.

“Seharusnya, JPJ perlu memperhalusi keberkesanannya sebelum memperkenalkan sistem MySikap ini,” katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, semalam.

Media turut melaporlan portal MySikap menghadapi masalah menangani kapasiti beban besar daripada pengguna yang menggunakan sistem itu yang menyebabkan masalah teknikal menjejaskan berjuta pengguna dan mengikut rekod Malaysia mempunyai kira-kira 14 juta pemandu dan 24 juta kenderaan didaftarkan di bawah JPJ.

Yahya berkata, kerajaan perlu bertegas mengambil tindakan mendenda syarikat kontraktor yang dilantik mengendalikan operasi MySikap.

“Apa yang berlaku menyusahkan penggunadan kita mengharapkan supaya kerajaan pusat bertindak dengan menamatkan khidmat mereka dan melantik kontraktor lain. Pengguna yang berhadapan dengan masalah itu perlu memberikan komen dan aduan secara terus kepada laman sesawang JPJ dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

yahya saari batik songkok 01“Berikan aduan yang dihadapi di semua kaunter JPJ seluruh negara supaya tindakan segera dapat diambil kerajaan,” katanya.

Komen pengguna Facebook, Iean Nizar, berkata, kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh dan menyediakan pelan keselamatan sebelum MySikap diperkenalkan.

“Perlu ada pelan kecemasan A, B, C, D jika perlu bila berlaku ‘server breakdown’ dan sebagainya, bukan bila sudah laksana dan dijalankan secara menyeluruh baru ada pelan kitu. Sebab utama adalah MySikap membabitkan ramai pihak daripada pelanggan hingga pejabat JPJ sendiri,” katanya.

-NFN-