Categories
AGENDA JENAYAH

Baki enam lagi anggota JPJ P Pinang didakwa rasuah hari ini

BUTTERWORTH, 26 JUL: Hari ini, baki enam terakhir daripada 18 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang didakwa atas pertuduhan rasuah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini.

Kesemua mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan, bagi melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya yang membawa lebih muatan di negeri ini.

Sehingga semalam, 11 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang termasuk seorang wanita dan seorang bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama selepas di bawa ke mahkamah pada Rabu dan Khamis.

Pendakwaan itu susulan penahanan lebih 70 pegawai dan anggota JPJ Pulau Pinang pada Januari lalu, selepas disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya ketika ditanya sama ada akan ada lagi tangkapan selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak boleh memberikan maklumat kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

“Kami minta pihak media untuk memahami kerana kes ini yang bermirip sindiket kita tidak mahu siasatan disabotaj,” katanya dalam lawatan kerjanya ke Pulau Pinang pada Selasa lepas. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

JPJ keluar 32,725 saman sepanjang Ops Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 32,725 saman daripada 128,569 kenderaan yang diperiksa sepanjang Operasi Penguatkuasaan Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 yang dijalankan selama dua minggu.

JPJ memaklumkan, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 40,660 saman yang dikeluarkan daripada 110,755 jumlah kenderaan yang diperiksa pada operasi sama tahun lalu.

“Ini menunjukkan kadar pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya semakin meningkat di kalangan masyarakat negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi kesalahan utama pula JPJ mengeluarkan 12,433 saman termasuk 8,632 kesalahan di bawah operasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

JPJ juga memeriksa 649 bas di 77 buah depoh seluruh negara serta mengeluarkan lapan notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1), memeriksa 11,176 bas di 28 terminal seluruh negara dan menahan lapan lesen memandu pemandu bas yang gagal pemeriksaan saringan urin.

“Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres juga, Op Penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dilaksanakan dan sebanyak 97 saman dikeluarkan daripada 753 buah bas ekspres yang dinaiki,” katanya.

JPJ turut menyita 14 kenderaan dan mengeluarkan 39 notis atas keingkaran arahan larangan yang ditetapkan sepanjang tempoh larangan penggunaan kenderaan barangan selama lima hari iaitu pada 2 hingga 4 Februari (sebelum cuti perayaan) serta 9 dan 10 Februari (selepas cuti perayaan).

Dalam pada itu, JPJ turut bekerjasama dengan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dalam Op Khas Motosikal bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang dalam kalangan penunggang motosikal.

Op Khas Motosikal yang dilaksanakan serentak di seluruh negara telah menyita 186 kenderaan dan mengeluarkan 7,668 saman yang mana kesalahan tertinggi adalah tiada lesen memandu (2,788 saman) diikuti Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (1,751 saman).

– BERNAMA

 

MB : Belanjawan 2014 Selangor paling menyeluruh, mantap


Sinopsis

FOKUS Untuk 14112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Belanjawan 2014 Selangor yang akan dibentangkan pada 19 November ini merupakan belanjawan paling menyeluruh dan mantap pernah dibentangkan.

2. Ekoran kejadian banjir kilat yang sering melanda di beberapa tempat di Klang, Kerajaan Selangor mengumumkan langkah segera bagi melaksanakan kerja-

kerja tebatan banjir dan menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi masalah terbabit.

3. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melengkapkan pegawai penguatkuasanya dengan senjata api

4. Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan kenyataan rasmi berhubung tindakan bakal diambil badan itu ekoran dakwaan terdapat ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) di pejabat Peguam Negara.

5. Kegagalan sistem MySikap bagi menangani masalah kebanjiran pengguna berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu lagi bukti projek pembaziran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

6. Pelajar lulus dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor meningkat kepada 85.6 peratus daripada 36,077 calon pada 2013 berbanding tahun sebelumnya 81.7 peratus.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MBPJ fokuskan lima sektor untuk PJ lestari – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 08102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi fokus kepada lima sektor pembangunan utama dalam pelan bajet tahunannya selaras dengan hasrat menjadikan kawasan itu sebagai bandar lestari (PJ Lestari) pada 2014.

2. Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas calon pilihan raya umum BN di Permatang Pauh Mazlan Ismail dan Utusan Malaysia beberapa hari lagi.

3.Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

4. Pendidikan Kewangan akan diterapkan ke dalam mata pelajaran teras di sekolah rendah dan menengah, sebagai langkah ke hadapan untuk meningkatkan kesedaran dan pengurusan kewangan yang cekap di kalangan pengguna negara ini.

Categories
NASIONAL

Tony Pua Sifatkan EAIC Harimau Tidak Bertaring

tony pua Forum Air

SHAH ALAM 10 JUN : Setiausaha Publisiti DAP,  hari ini menyifatkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebagai harimau tidak bertaring dan penubuhannya hanya kerja kosmetik untuk menenangkan orang ramai disebalik desakan cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta bantahan lantang daripada pasukan polis.

Tony berkata demikian sebagi menyangkal dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang menyamakan EAIC dengan cadangan penubuhan IPCMC.

Perbezaan antara kedua-dua adalah jelas dalam niat mereka. Sebaliknya, Tony menegaskan EAIC yang ditubuhkan pada 2011 hanya diberi kuasa untuk membuat cadangan kepada organ tatatertib polis atau pendakwaraya.

Penubuhannya adalah sekadar bertujuan menenangkan desakan meluas untuk penubuhan IPCMC pada ketika itu.

“Sedangkan IPCMC seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2005 adalah jelas sebagai sebuah agensi untuk memeriksa disiplin dan memupuk semangat profesionalisme dalam pasukan polis.

“Jelas, EAIC direka khusus untuk gagalkan objektif IPCMC,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Tony berkata sejak tiga tahun ditubuhkan, EAIC yang  menerima bajet RM7 juta setahun sekadar mempunyai seorang pegawai penyiasat di samping 23 pekerja lain; termasuk kerani dan juga pemandu.

Kenyataan yang dikeluarkan bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad bahawa sehingga akhir 2012, EAIC hanya mencadangkan satu tindakan disiplin dan mengeluarkan dua amaran kepada penjawat awam juga membuktikan badan itu sebenarnya tidak efektif.

“Hakikat bahawa kerajaan tidak serius, dengan hanya satu pegawai penyiasat untuk memantau 19 agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya adalah bukti niat keseluruhan aktiviti EAIC adalah untuk gagal,” tambahnya.

Lebih dikesalkan, jelas Tony, Menteri JPM itu begitu cepat menyesuaikan diri dengan budaya penipuan BN dengan memungkiri janjinya untuk menyokong cadangan IPCMC yang menurutnya adalah lebih tinggi martabatnya berbanding EAIC.

Paul Low yang ketika itu merupakan Presiden Transparency Intergrity Malaysia pernah berkata tindakan kerajaan mencairkan cadangan IPCMC adalah indikator jelas bahawa kerajaan tidak mampu mengawal pihak-pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan semalam, Paul Low mengumumkan kerajaan mengambil keputusan ‘lebih kurang’ untuk tidak melaksanakan IPCMC tetapi akan melakukan banyak rombakan memperbaiki EAIC yang sedia ada.

Categories
NASIONAL

Peguam Negara Perlu Pulang Semula Wang Saman AES

AES_Grafik_1

SHAH ALAM,19 DIS : Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya memulangkan semua wang yang dibayar oleh mereka yang sudah menyelesaikan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Gani Patail seharusnya bertindak demikian bukan sekadar hanya menarik balik dakwaan terhadap individu yang telah dihukum melalui AES itu.

Katanya, Kerajaan BN seharusnya mengakui bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah betul dalam memansuhkan AES.

“Hampir 300,000 saman dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi pada 23 September 2012.

“Lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, penggantungan dakwaan ke atas pemandu yang dikenakan dengan 300,000 saman trafik di bawah AES membuktikan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menghalang pemasangan AES adalah wajar dan benar.

Ujarnya, walaupun Abdul Gani cuba untuk mengurangkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Pusat dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas ?undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain? .

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa AES kehilangan kredibiliti awam.

Seharusnya skim kotor ini, yang membenarkan dua syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen daripada setiap saman trafik, dan yang kononnya adalah untuk mengurangkan kemalangan, dihentikan tanpa melengahkan masa.

“Kenyataan Abdul Gani di sisi undang-undang adalah betul bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah.

“Oleh itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ bagi menebus kembali sokongan beliau terhadap AES.

“Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletakkan jawatan kerana menjadi penyokong AES, dengan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya menggalakkan kemalangan berlaku,” katanya.